Jumaat, 31 Julai 2009

GERAK LAPOR RASUAH KE SPRM...

Jam 11.30 pagi tadi, bertempat di pejabat SPRM Selangor, Pengerusi Gerakan Intergriti Dan Anti Korupsi [GERAK] Mohd Nazree Yunus telah menyerahkan senaskah dokumen pengaduan penyelewengan terhadap seorang wakil rakyat Selangor untuk siasatan lanjut pihak SPRM.Wakil rakyat Selangor lagi…??Syabas diucapkan kepada Sdra Nazree yang tidak mengendahkan tekanan yang cuba dimainkan oleh pihak pembangkang setelah tercetus isu kematian misteri Teoh Beng Hock.Sesuatu yang menarik disini ialah menurut sumber-sumber dari wakil wakil NGO yang mengiringi Nazree pagi tadi mengesahkan bahawa aduan tersebut adalah keatas wakil rakyat BUKAN dari parti DAP…..Hah! Ini bermakna laporan yang dikemukan oleh GERAK sebentar tadi adalah menjurus kepada wakil rakyat samada dari PKR ataupun PAS…!Adakah beliau seorang Exco..? “ No komen “ jawab wakil NGO itu pula.Yb melayu atau bukan melayu…?Jawapan ini terpaksa Blogmaster Black Out sebab sudah berjanji dengan wakil NGO tersebut untuk tidak menyiarkannya.
"sungguh tak ku sangka, harapkan wajahnya saja seperti orang bertaqwa, rupa-rupanya sama juga jadi penyamun..."Pihak Blogmaster juga difahamkan bahawa dokumen yang diserahkan itu adalah merupakan pengaduan berkaitan peruntukan dana sebuah DUN yang habis dibelanjakan secara tidak berhemah melebihi suku jutaan ringgit dalam tempoh beberapa bulan sahaja….., juga beberapa transaksi berkaitan perbelanjaan dan tuntutan [claim] yang sangat meragukan!Semoga pihak SPRM akan teruskan usaha membenteras penyalahgunaan wang rakyat Selangor oleh mana mana wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab

SENARAI AHLI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR 2009/2010


Muka baru ahli majlis ;
EN. LAW SAY HIN
680804-10-5265
2, JALAN JATI UTAMA 2
BANDAR BARU
44300 BATANG KALISELANGOR
TEL :03-6057 3046


VELUMONY A/L PERUMAL
690924-10-6499
131, JALAN HAMZAH
44000 KUALA KUBU BHARU,SELANGOR
TEL :012-629 8401 (HP)


PN. LAW SUET PENG
720122-10-5704
NO. 1, JALAN BERLIAN 3C
TAMAN LEMBAH DAMAI
44100 KERLING,SELANGOR
TEL :012-323 1172 (HP)



CIK YONG CHAN HEE
800320-14-5096NO. 39, LORONG MELATI
TAMAN KKB UTAMA
44000 KUALA KUBU BHARUSELANGOR
TEL :
03-6064 2689 (R)
012-211 2957 (HP)

EN. CHEAH CHEE MUN
700608-10-5589
NO. 11, JALAN BUNGA KERTAS 3A
SEK. BS148300 RAWANG
SELANGOR
TEL : 012-290 2882 (HP)

EN. CHAN KOK SIEW
730818-08-5077
NO. 440, KAMPUNG BARU KALUMPANG
44100 KERLING SELANGOR
TEL :
03-6064 1985 (R)019-389 2919 (HP)

HARI BERTEMU PELANGGAN MDHS


TAHNIAH KEPADA SEMUA MUKA BARU DAN LANTIKAN SEMULA AHLI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR !

Buletin Rakyat mengucapkan tahniah kepada semua ahli-ahli majlis yang dilantik semula dan muka baru. Semoga amanah dan tanggongjawab dapat dilunaskan dengan prinsip-prinsip keadilan.
Mesyuarat penuh majlis telah pun dibuat, semoga dapat dibuka untuk orang ramai hadir dan mengikuti perjalanan mesyuarat ahli majlis.

ALFATIHAH! PRK DI DUN PERMATANG PASIR..


Al-Fatihah. Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini. Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Semoga Allah s.w.t. menempatkan rohnya bersama orang-orang soleh.

SURAU CEMPAKA MERAYU DANA PEMBANGUNAN !!

TAMAN BUNGA RAYA – Penduduk Apartmen Cempaka di sini memohon sumbangan ikhlas orang ramai dalam mengumpulkan dana berjumlah RM300,000 bagi membina surau baru. Dana itu diperlukan bagi menampung kos keseluru han pembinaan surau baru yang bakal di bina atas tanah seluas setengah ekar hasil pemberian pemaju, MK Land Holdings Berhad. Pengerusi Surau Cempaka, Amri Isfar berkata, pembinaan surau baru itu bagi menggantikan surau lama yang hanya menggunakan sebuah unit apartmen di kawasan terbabit dan terpaksa disewa sebelum ini. “Selama ini, penduduk di sini hanya menyewa sebuah unit apartmen dengan kadar RM250 sebulan untuk dijadikan surau. “Sudah lebih 10 tahun surau itu digunakan dan sudah tiba masanya untuk kami di sini membangunkan surau baru, tambahan pula pemaju memberikan tapak khas untuk tujuan itu,” katanya. Beliau berkata, sejak 1999, seluruh penduduk dari 720 unit rumah di Apartmen Cempaka menjalankan program agama serta aktiviti komuniti di surau yang lama. Namun kini katanya, surau itu tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang ramai dan struktur bangunan juga tidak boleh diubahsuai. “Oleh itu, kami memohon jasa orang ramai termasuk dermawan untuk menyumbangkan bantuan kewangan bagi tujuan murni ini. “Usaha penduduk juga tidak terhenti dalam mengumpulkan dana bagi merealisasikan pembinaan surau baru. Terbaru, kami mengadakan Ceramah Per dana sempena sam butan Israk dan Mikraj dengan tu juan mengumpulkan dana diperlukan,” katanya. Amri berkata, motivator terkenal yang juga Pengarah Urusan Mantop Training dan Consultancy, Mohd Zamri Mohd Zainuldin dijemput khas sebagai penceramah pada program tersebut. Menurutnya, berkat usaha dan kelancaran program itu, Ahli Jawatan kuasa Pembinaan Surau dan Pengumpul Dana dapat mengumpul sumbangan daripada orang ramai. Beliau berkata, sehingga kini jumlah dana terkumpul sebanyak RM49,999.75. Justeru, beliau berharap lebih ramai dermawan akan tampil menghulurkan sum bangan bagi menjayakan hasrat tersebut.

PROGRAM SPIES REMAJA DI TANGGUHKAN PADA 8-9 OGOS

HARAP MAAF..
PROGRAM SPIES REMAJA
DIJADUAL SEMULA
PADA 8-9 OGOS DARI 1-2 OGOS!!
KEM BINA SEMANGAT
AMPANG PECAH
KUALA KUBU BHARU!

Ahad, 26 Julai 2009

PROGRAM S.P.I.E.S 2009 TERKINI !!!!


PROGRAM SPIES REMAJA
8-9 OGOS
PENYERTAAN TERBUKA KPD 15 -17 TAHUN
PENYERTAAN TERHAD (50 ORG)
2 HARI 1 MLM
KEM BINA SEMANGAT, AMPANG PECAH
HUBUNGI 016 2772882/0193291967

SPRM S'gor terus siasat dakwaan salahguna dana negeri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor masih meneruskan siasatan berhubung kes dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri walaupun kelancarannya terganggu dengan kematian saksi kes, Teoh Beng Hock.Pengarah SPRM Negeri Selangor Jaafar Mahad berkata siasatan ke atas tujuh ADUN dan exco Kerajaan Selangor berhubung dalam kes salah guna peruntukan negeri yang disalurkan menerusi pejabat daerah Petaling, terjejas berikutan pihak polis terpaksa menjalankan siasatan ke atas SPRM Selangor berikutan kematian Teoh.Teoh, 30, setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, dipercayai akibat jatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat SPRM pada 16 Julai lalu.Kejadian itu berlaku selepas Teoh dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut."Siasatan masih dijalankan, kita (SPRM) cuma perlahankan sahaja kerana polis sedang menyiasat kes (kematian) ini," katanya kepada Bernama.Jaafar berkata pegawai-pegawai SPRM kerap kali disiasat polis, selain 'lawatan mengejut' polis ke premis suruhanjaya itu di Plaza Masalam."Polis juga kerap kali datang (ke pejabat SPRM) untuk membuat pemeriksaan, periksa premis, siasat pegawai-pegawai kita, ambil keterangan mereka, ambil telefon bimbit mereka. Keadaan ini menjejaskan kelancaran siasatan," katanya.Yakin pegawai ikut SOPJaafar berkata kesemua 16 pegawainya yang terlibat dalam menyiasat kes penyelewengan itu telah disoal siasat polis.Ditanya bilakah SPRM akan menyelesaikan siasatannya, Jaafar berkata, ia bergantung kepada keadaan kerana inkues awam mengenai punca kematian Teoh, serta suruhanjaya diraja bagi mengkaji peraturan soal-siasat yang digunakan suruhanjaya itu semasa menyoalsiasat Teoh telah ditubuhkan.Inkues kematian Teoh akan dijalankan selama 14 hari, mulai Rabu ini.Jaafar berkata, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), siasatan kes-kes besar seumpama ini biasanya mengambil masa sebulan untuk diselesaikan."Kita tak dapat pastikan bila siasatan ini boleh diselesaikan kerana inkues dan suruhanjaya diraja telah ditubuhkan. Ia juga nanti akan melibatkan siasatan terhadap pegawai-pegawai saya dan ini sedikit sebanyak menjejaskan siasatan kami kerana kita tidak cukup kakitangan," katanya.Jaafar menegaskan pihaknya yakin bahawa pegawai-pegawainya telah mengikuti semua SOP yang ditetapkan semasa soal siasat dilakukan."Kita patuh dengan arahan kerajaan dan kita terima kerana kita yakin kita mengikut prosedur yang betul," katanya.Difahamkan SPRM memulakan siasatan penyalahgunaan peruntukan tersebut selepas menerima aduan daripada pihak yang mendakwa mereka tidak menerima wang daripada peruntukan itu.Selain Yong, enam lagi Adun yang turut disiasat ialah Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

SEKITAR PELEPASAN JELAJAH HULU SELANGOR -AMK HULU SGR 25 JULAI 10PG DATARAN SENTOSA






Seramai lebih dari 50 buah kereta telah menyertai Program Jelajah Hulu Selangor pada hari Sabtu lepas, dimana menyaksikan beberapa tempat telah dikunjungi oleh squad Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Selangor. Diantara tempat kunjungan adalah Hulu Rening, Sungai Tengi, Hulu Bernam dan berakhir di D'Rimba Hulu Tamu, Batang Kali. Pelepasan konvoi telah selamat dilakukan oleh Ketua Cabang sendiri, Sdr Nashruddin Abd Aziz di Dataran Sentosa, Bukit Sentosa..
Pengarah Program, Sdr Zainal dari Kampong Sungai Buaya ketika ditemubual, berasa terharu dengan sambutan warga Hulu Selangor, yang rata-ratanya adalah anak-anak muda, mungkin aktiviti sebegini sesuai bagi melahirkan insan yang sihat dan bertanggongjawab di kalangan masyarakat sekarang. Aktiviti lain dijalankan semasa sampai adalah perlawanan bolatampar, penyerahan bolasepak dan bolajaring diakhiri dengan kemuncak di D'Rimba Tamu Hill, Batang Kali, dimana diadakan penyampaian hadiah dan penyerahan borang ahli PKR.


Khamis, 23 Julai 2009

Ean Yong Beri Keterangan Kepada Polis Di Pejabat Exco

SHAH ALAM, 22 Julai - Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung siasatan kes kematian Setiausaha Politiknya, Teoh Beng Hock.
ASP Mohd Amirul Abdullah dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam tiba di pejabat Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram ini, mula mengambil keterangan Ean pada jam 3.30 petang.
Ean yang ditemani dua peguamnya, Keppy Wong dan Manoharan memberi keterangan di bilik perbincangan, di pejabatnya selama tiga jam.
Manoharan kemudiannya dibawa ke bilik Pembantu Exco, Ng Suee Lim bersama Setiausaha Sulit kepada Ean, Hiew Kim Boon untuk disoal siasat oleh ASP Mohd Hafiz dari IPD Klang kira-kira pada jam 3.50 petang.
Kim adalah antara individu yang rapat dengan keluarga mendiang Teoh, yang ditemui mati di tingkat lima, bangunan Plaza Massalam, Khamis lalu.
Menurut Manoharan, Kim sudah mengenali Teoh sejak berkhidmat di pejabat Exco ini, pada bulan Mei tahun lalu.
“Since he knew him past one year, how was he’s so peramah, tekun”, kata Manoharan selaku peguam Kim.
Dalam pada itu, siasatan terhadap Ean berakhir jam 6.30 petang di bilik berasingan.
Menurutnya, dari segi prestasi kerja, Teoh berada dalam keadaan sihat dari segi mental dan fizikal serta tidak menghadapi masalah kewangan seperti hutang.
Beliau berkata, sewaktu Teoh disoal siasat pegawai SPRM, beliau cuba menemuinya kira-kira jam 11.30 malam, namun Ean dihalang dan diberitahu bahawa mereka berhak menahannya selama 24 jam.
“Polis menyiasat kejadian ni dalam pelbagai sudut, seperti dia bertanya mengenai prestasi kerja, adakah dia mengalami apa-apa mental problem, adakah dia mengalami masalah kewangan, hutang yang besar, adakah dia membuat tuntutan palsu, berapa teman wanita yang dia ada dan sebagainya lah. Saya berharap keterangan saya dapat membantu pihak polis untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock. I arrived at the office around 11.30 night time yes, I didnt saw him I’m not allow to see to met him, they say they had right to keep him within 24 hours”, kata Ean pada sidang media selepas disoal siasat pihak polis di pejabatnya petang tadi.

Rabu, 22 Julai 2009

Peruntukan Wajib Diberikan.. tidak perlu dua pejabat pembangunan negeri di Selangor..

SHAH ALAM, 21 Julai - Hanya peruntukan yang wajib bakal disalurkan kepada Kerajaan Selangor, manakala peruntukan lain pula dijangka disalurkan terus kepada lima pejabat pembangunan daerah yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.
Demikian kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan (ICU) Negeri Selangor, Dato’ Noh Omar ketika mempengerusikan mesyuarat pertamanya di Shah Alam, hari ini.
Menurutnya, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih jentera Barisan Nasional dalam pembangunan negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan dengan melantik pegawai daerahnya sendiri bagi tujuan yang sama.
“Oleh kerana dia sudah tukar kita punya jentera, sebab itu kerajaan persekutuan sebagai ownership kepada peruntukan ini, kita wujudkan jentera kita sendiri, memang duit kita melalui HDO, melalui pegawai pembangunan negeri, di bawah pegawai pembangunan negeri, kita pun ada kita punya dipanggil penghulu kita, di bawah penghulu kita bawah federal kita pun ada pejabat daerah kita sendiri, di negeri Selangor ada sembilan daerah, kita ada wujudkan lima pejabat daerah, jadi tiap-tiap daerah ada dua pejabat daerah, kita ada lima, mereka ada sembilan lah, jadi semua duit yang diperuntukkan kerajaan Barisan Nasional dia akan melalui pembangunan negeri, pembangunan negeri pula akan melalui DO-DO kita sendiri”, kata Dato’ Noh Omar kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, Shah Alam pagi tadi.
Noh berkata, peruntukan dalam Perlembagaan yang wajib disalurkan terus kepada kerajaan negeri adalah berbentuk per kapita rakyat dan penyelenggaraan jalan negeri.
Pada mesyuarat itu, Noh turut menyerahkan waran Kerajaan Persekutuan untuk Guru-guru KAFA Negeri Selangor melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah RM9.2 juta, iaitu bayaran bagi enam bulan pertama tahun ini.
Selain itu, katanya kerajaan pusat juga akan menyalurkan tiga lagi peruntukan bagi membiayai elaun imam, pegawai penyelaras masjid daerah dan guru-guru takmir yang mengajar di masjid berjumlah RM4.28 juta.
“Keseluruhan duit yang dibayar kepada kerajaan negeri Selangor oleh JAKIM dalam empat kategori ni ialah sebanyak 22.9 juta”, jelas Noh lagi.
Mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar Selangor mempunyai hanya sebuah pejabat pembangunan negeri, Noh berkata pejabat persekutuan tidak ditanggung oleh kerajaan negeri.
“Tak pa laa, kalau tak perlu kenapa dia susah, bukan kita ambil duit dia, kita tak ambil duit kerajaan negeri pun, kita sewa bangunan kita sendiri, apa kena mengena, dia nak duit kerajaan persekutuan salur pada dia, besok kita salur pada lain pula dia buat”, tegas Noh mahu Menteri Besar Selangor tidak mencampuri urusan pejabat pembangunan tajaan Kerajaan Pusat.
Semalam, Tan Sri Andul Khalid Ibrahim berkata, Selangor tidak harus mempunyai dua pejabat pembangunan kerana ia akan membazirkan wang rakyat.
“Tidak perlu ada dua pejabat untuk pembangunan negeri Selangor, dua pejabat maknanya pejabat yang dikelolakan oleh kerajaan persekutuan dan pejabat yang dikelolakan oleh kerajaan negeri. Tak perlu untuk Selangor saya tak tahu untuk negeri lain tapi untuk Selangor tidak perlu kerana dia merugikan wang rakyat because the overhead cost is double”, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, semalam. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

POLIS AMBIL KENYATAAN DARI EXCO EAN YONG DAN YB MANOHARAN


Selangor Chief Police Officer Deputy Commissioner Datuk Khalid Abu Bakar said police had recorded the statements of Selangor Exco member Ean Yong Hian Wah and Kota Alam Shah assemblyman M. Manoharan as part of their investigations into Teoh Beng Hock’s death

Isnin, 20 Julai 2009

Pegawai Dan Kakitangan SUK Beri Penghormatan Terakhir Teoh


Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock terus mendapat perhatian dan simpati daripada rakyat Selangor dan menuntut keadilan ke atasnya. Hari ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor turut menganjurkan rombongan untuk kakitangan dan pegawai kerajaan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh yang disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, tengah hari tadi.
Rombongan yang disertai kira-kira 50 pegawai dan kakitangan SUK bertolak kira-kira jam 10.30 pagi tadi, manakala sebahagian lagi sudahpun berada di kediaman Teoh di Kelemak, Alor Gajah, Melaka sejak awal pagi.
Mendiang sepatutnya mendaftar perkahwinannya di Melaka Sabtu lalu tetapi ditemui mati, dipercayai jatuh dari tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencehagan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 1.30 petang sehari sebelumnya.
Kematiannya menimbulkan seribu tandatanya kerana Teoh dilapor telah dibebaskan selepas soal siasat SPRM jam 3.45 pagi dan kali terakhir dilihat di lobi pejabat itu jam 6 pagi, sebelum hilang dan ditemui mati di bahagian bumbung tingkat lima bangunan 20 tingkat itu.
Setiausaha Politik, Exco Perumahan Selangor, Rosly Abidin berkata sebelum kematian Teoh, kakitangan pejabatnya telah merancang untuk memberi hadiah dan menghadiri majlis perkahwinannya.
"Kami dari SUK, kerajaan mahu kakitangan dan pegawai kerajaan di sini untuk turut serta mengikut bas ke Semenyih."
"Sudah tentu kami memberi perhormatan terakhir, kami sangat ramai, jadi jika ada apa-apa bencana kami perlu beri sokongan kepada mereka," katanya.
Sementara itu, Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), turut memberi kerjasama mengiringi rombongan berkenaan ke tanah perkuburan tersebut.

PAY LAST RESPECT TO MENDIANG TEOH BENG HOCK ...




ALOR GAJAH: More than 2,000 people gathered on Monday to pay their last respects to Teoh Beng Hock at his family home in Taman Sri Kelemak here before his body was taken to its final resting place at the Nirvana Memorial Park in Semenyih, Selangor.
Mourners, a majority of whom were DAP and PKR supporters in black T-shirts, had gathered as early as 8am to witness the last rites before his coffin was sealed at 9:15am and the final prayers held.
Teoh’s grieving family members and relatives, joined together by friends and members of the public, paid their final respects before the hearse left the home at about 11am.
Many were in tears, including members of the public and his political colleagues.
DAP and PKR members led the cortège in a 500m procession, carrying two banners that read “Justice For Beng Hock” and “Answers For The People.” A 10m by 8m banner with Beng Hock’s portrait and similar words was later unfurled.
The cortège left Malacca and headed for the Nirvana Memorial Park in Semenyih for Teoh’s burial.
Amongst those present to pay their final respects were senior PKR and DAP leaders such as Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Azmin Ali and PKR’s newest member, Datuk Chua Jui Meng.

Ahad, 19 Julai 2009

MAY GOD BLESS MENDIANG BENG HOCK !!



Announcement: TBH's Funeral 20/7
Beng Hock's funeral procession will be held on Monday, 20th July 2009.The last prayer session will be held at 9am at Beng Hock's residence in Alor Gajah, Melaka.After that, we will depart from the residence at 10.45am, and tentatively arrive at the Nirvana Memorial Park in Semenyih at 12.30pm.For those who would like to join the last prayer session, pls gather at Beng Hock's residence in Alor Gajah before 9am.You may also pay your last respect to Beng Hock at Nirvana Memorial Park in Semenyih - gather there before 12pm.

Jumaat, 17 Julai 2009

LILIN UNTUK KEADILAN MALAM 16 JULAI 2009


Malam ini @9mlm, lebih dari 500 orang datang ke tempat kejadian mendiang Teoh Beng Hock, pembantu exco Ean Yong, membawa poster dan postkad menyatakan keadilan untuk mendiang.

Khamis, 16 Julai 2009

PEMBANTU KHAS EXCO JATUH BANGUNAN...


SHAH ALAM, 16 Julai - Setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati dipercayai jatuh daripada tingkat 14 bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, pagi tadi.
Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Semalam Teo sudah dibawa ke pejabat berkenaan untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri ini.
Berikutan berita mengejut dan luar biasa ini, pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.
Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM, termasuk Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.
Liu dan Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.
Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru serta kot hitam dan berseluar putih.
Dalam sidang media di pejabat SPRM Selangor, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul berkata mayat itu ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo sebagai saksi kes selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.
Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan.
“(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka”, katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

Rabu, 15 Julai 2009

HINA DEWAN - YB ISA BATANG KALI SERTA YB IDRIS HULU BERNAM ANTARA DIGANTUNG

SHAH ALAM, 14 Julai - ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San hari ini mengusulkan supaya Adun Sungai Panjang, Khir Toyo digantung tugas, kemudahan serta elaunnya selama setahun.
Empat lagi Adun Barisan Nasional turut dicadangkan penggantungan tugas serta elaun selama enam bulan kerana enggan hadir pada perbicaraan awam Selcat dan menghina dewan menerusi kenyataan media.
“Adun Sungai Panjang dikenakan penggantungan selama satu tahun, penarikan elaun dan kemudahan-kemudahan…dijalankan secara serentak bersama empat adun lagi yang dikenakan enam bulan penggantungan…Adun Batang Kali, Adun Sabak, Adun Hulu Bernam, Adun Dengkil selama enam bulan,” katanya.
Lau berkata, keputusan lima adun tersebut yang enggan hadir pada perbicaraan awan Jawatankuasa Pilihanan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), itu membawa padah kepada diri sendiri.
“Mesyuarat jawatankuasa telah diadakan dan sesi pendenagran itu tidak dihadiri kesemua lima adun itu untuk membela diri dan hanya menghantar tujuh orang peguam dan mengemukakan bantahan dan membuat keputusan tidak akan membela diri,” katanya.
Bagaimanapun, perbahasan serta keputusan menerima usul itu akan diketahui pada sidang dewan negeri yang akan bersambung esok.ATIQAH YAACOB-TVSELANGOR

AHLI MAJLIS TIDAK DIPILIH SEMULA - PROTES

KUALA KUBU BHARU – Keputusan tidak adil dan tiada penjelasan rasmi antara yang dipersoal dan dibangkitkan penduduk berhubung perlucutan jawatan seorang bekas Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di sini. Kira-kira 60 orang mewakili pelbagai parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung perkara itu. Mereka rata-rata tidak berpuas hati mengapa seorang bekas Ahli Majlis yang disifatkan berkaliber, bertanggungjawab, mesra dan prihatin dengan keperluan serta kehendak rakyat tidak dipilih untuk menganggotai barisan baru Ahli Majlis MDHS untuk sesi akan datang. Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, E Sundehnadewan, 42, antara yang menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung perkara itu. Beliau mempersoalkan mengapa tiada surat pemberitahuan atau perbincangan dibuat kepada setiap Ahli Majlis sebelum pelantikan baru diputuskan. “Tindakan itu menimbulkan tanda tanya dan rasa tidak puas hati penduduk di tambah dengan keputusan penyingkiran seorang ahli majlis yang mempunyai potensi dan cukup bertanggungjawab,” katanya dalam satu sidang media khas bersama Sinar Harian yang turut dihadiri bekas Ahli Majlis, Rajoo Naidu di sini, semalam. Sundehnadewan mendesak supaya satu kenyataan bertulis disediakan yang menyenaraikan sebab mengapa Rajoo tidak dilantik semula menganggotai Ahli Majlis untuk sesi 2009/10. Sementara itu, ahli DAP, Peter Yap, 57, menyifatkan tindakan melucutkan jawatan Rajoo sebagai tidak adil dan tidak munasabah sehingga mendorong penduduk kawasan itu mengeluarkan kenyataan melalui media. Menurutnya, Rajoo seorang pemimpin yang baik dan mesra malah telah melaksanakan banyak program untuk rakyat tempatan. Wakil Makkal Sakti, KG Segaran, 40, berkata, Rajoo seorang Ahli Majlis yang rajin dan aktif dalam menganjurkan program kemasyarakatan. “Kriteria penilaian melalui prestasi yang dinyatakan Menteri Besar juga perlu diambil kira kerana prestasi Rajoo cukup baik dan amat membanggakan kami. “Sebab itu kami tidak berpuas hati dengan tindakan menyingkirkan beliau daripada menyandang jawatan itu,” katanya. Manakala seorang lagi ahli PKR, Hanifah Sinan, 63, yang kecewa dengan pengguguran Rajoo mahu supaya pelantikan baru dibuat terhadapnya bagi mengisi tiga lagi kekosongan yang ada. Terdapat juga desakan supaya Exco bertanggungjawab turun padang meninjau sendiri aktiviti dan prestasi Ahli Majlis yang benar-benar melaksanakan tugas dan tidak sewenangnya menyenaraikan ahli baru hanya atas sebab mahu menjaga kepentingan tertentu.

Selasa, 14 Julai 2009

LAUTAN SAMPAH

IDRIS Yusof terduduk kecewa di tanah miliknya di Sungai Sabai, Kuala Kalumpang, Selangor, semalam.
Idris Yusof, 55, kesal apabila melihat tanah miliknya seluas 0.8 hektar di Sungai Sabai, Kuala Kalumpang didakwa digunakan tanpa kebenaran oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebagai tapak pembuangan sampah.
Tanah yang dahulunya subur kini dipenuhi dengan sampah yang menghasilkan bau busuk dan hanyir. Bukan itu sahaja, Sungai Sabai dan Sungai Kerling yang terletak berhampiran tanah berkenaan turut tercemar ekoran air sampah yang terhasil mengalir ke dalam alirannya.
Beliau adalah salah seorang daripada tujuh pemilik tanah di situ yang bakal menuntut ganti rugi sebanyak RM1.708 juta terhadap MDHS atas dakwaan kecuaian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjadikan tanah mereka sebagai tapak pelupusan sampah.

SPRM siasat 7 ADUN

SHAH ALAM – Fail pe-runtukan Ahli Dewan Negeri (ADUN) di Daerah Petaling iaitu kawasan Kinrara, Seri Kembangan, Damansara Utama, Bukit Lanjan, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku yang berada dalam simpanan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diambil pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu. ADUN Kinrara, Teresa Kok menyifatkan tindakan yang dilakukan pegawai SPRM itu dianggap bermotifkan politik dan tidak adil kerana mereka ADUN Pakatan Rakyat (PR). Menurutnya, sebagai ADUN dan wakil rakyat di kawasan tersebut, beliau menggunakan hak yang diberikan untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan seperti persatuan, sekolah, surau dan sebagainya. “Kami berasa aneh kenapa fail ADUN kami diambil oleh pegawai SPRM dan juga saya rasa aneh yang mana dalam kes saya yang mana saya pernah memberikan sumbangan RM10,000 kepada sebuah surau di Puchong untuk membeli pembesar suara malah imam dan jawatankuasa itu telahpun disoal siasat oleh pegawai SPRM selama beberapa jam pada dua hari lalu. “Dan mereka akan datang menyoal siasat ahli jawatankuasa surau malam ini (semalam). Jadi saya hendak tanya, apakah kesalahan yang kami telah buat? Kami hanya menjalankan tugas sahaja dan kenapakah kami diganggu oleh pihak SPRM. Kenapa hanya kami tujuh orang sahaja,” katanya. Katanya, disebabkan siasatan selama beberapa jam ke atas penerima peruntukan kerajaan tersebut, mereka sangat bimbang dan takut kerana menerima peruntukan daripada ADUN PR. Beliau turut mempersoalkan peruntukan diberikan kepada surau itu satu korupsi dan mengapa ahli jawatankuasa surau perlu disiasat. Sementara itu, ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang kesal dengan tindakan SPRM akan membuat satu aduan kepada Ketua Lembaga Penasihat SPRM, Tun Hamid Mohamad kerana itu satu isu salah guna kuasa dan juga serangan secara peribadi. “Apabila PR menjadi kerajaan negeri pada 8 Mac, kita pula telah mencari data di mana kebanyakan ADUN Barisan Nasional (BN) yang dahulunya sudah kalah itu menghabiskan peruntukan DUN sebanyak RM500,000 dalam masa dua bulan. “Tetapi sampai sekarang siasatan oleh SPRM masih belum dijalankan terhadap mereka. Jadi mengapa kita, tujuh ADUN dari Daerah Petaling menjadi sasaran pada masa ini,” katanya. Jumaat lalu, pejabat ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh menerima panggilan telefon pegawai SPRM, mereka bertanya mengenai wang peruntukan berjumlah RM10,000 yang diberi kepada pembantu untuk menjalankan klinik kesihatan untuk rakyat miskin di kawasan tersebut. Bagaimanapun, Hannah telah menyatakan bagaimana beliau menggunakan jumlah peruntukan yang digunakan dalam laman sesawangnya. “Setiap tahun kita ada dua atau tiga klinik kesihatan kerana Subang Jaya tidak mempunyai klinik kesihatan. Duit peruntukan ini digunakan untuk menganjurkan hari kesihatan penduduk miskin. “Saya tidak faham menga-pa peruntukan yang diberikan kepada rakyat dipersoalkan oleh SPRM. Jadi saya nampak ini lebih kepada gangguan kepada orang memperuntukan wang kepada rakyat disoal siasat tetapi yang menyeleweng, langsung tiada siasatan,” katanya.

Kadar kemiskinan di Batang Kali tertinggi


SHAH ALAM- Paras kemiskinan di Batang Kali mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 1,522 keluarga mengikut pecahan Dewan Negeri (DUN) dan kaum manakala di Bukit Gasing adalah paling rendah. Ahli Dewan Negeri (ADUN), Dr Xavier Jayakumar berkata bacaan bilangan paras kemiskinan tersebut diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) yang melaporkan bahawa bilangan keluarga yang berada di bawah paras kemiskinan seluruh negeri adalah sebanyak 13,990 keluarga. “Secara umum terdapat banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada kemiskinan iaitu faktor penghijrahan, kematian ketua isi rumah, keadaan ekonomi, kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, sikap dan mentaliti individu serta faktor lain yang boleh menjadi penyumbang kepada insiden kemiskinan. “Selain itu, data juga akan berubah apabila garis kemiskinan diubah. Justeru kerajaan negeri sedang memperkemaskan maklumat dan data kemiskinan secara menyuruh agar dapat memudahkan pemberian bantuan kepada penerima,” katanya menjawab pertanyaan daripada ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib, di Persidangan DUN semalam. Menurutnya, peratusan kemiskinan mengikut kumpulan etnik menunjukkan etnik Melayu mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 73 peratus diikuti India, 20.4 peratus, Cina 5.5 peratus dan etnik lain sebanyak 1.1 peratus.

Isnin, 13 Julai 2009

BERSENAM SENDIROBIK RAKYAT DI DEWAN KOMUNITI BKT SENTOSA 12 JULAI 2009






GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KURSUS KEJURULATIHAN SENDIROBIK RAKYAT DIANJURKAN OLEH LINE DANCE BUKIT SENTOSA, PUSAT KHIDMAT RAKYAT BUKIT SENTOSA DAN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR.

PROGRAM SPIES BELIA DI KEM BINASEMANGAT, AMPANG PECAH 11-12 JULAI 2009





Kejayaan pasukan belia Bakawali menjadi pasukan terbaik dan berjaya merakul peserta terbaik kem spies belia siri ke 3 di Kem Ampang Pecah, Kuala Kubu baru menjadi pendorong semangat dan pembakar motivasi kepada ketua pasukan belia Bakawali, Sdr Haisani.. Peserta terbaik, Sdr Chee Song Beng pula merasa terharu apabila diumumkan sebagai pemenang peserta kem terbaik kali ini. Beliau cukup berteimakasih kepad kerajaan negeri yang berjaya menganjurkan program seperti ini di daerah Hulu Selangor.
Seramai 150 orang belia telah menjalani kursus asas belia anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama pejabat-pejabat khidmat rakyat DUN Batang Kali dan Hulu Bernam, dimana dapat menyaksikan belia-belia dari pelbagai bangsa mengharungi kursus dua hari dan satu malam di kem ini. Majlis penutup telah dilakukan oleh Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz, Penyelaras Pejabat DUN Batang Kali memerangkap Ahli Majlis Daerah. Turut hadir adalah Penyelaras Pejabat DUN Hulu Benram, Tuan Hj Syukor dan Koordinator Program, Shaiful Anuar Sulaiman. Pengendali kursus kali ini adalah I Generasi Innovatif, Sdn Bhd diketuai oleh Pn Nazariah.

SUKSES 2009, Hulu Selangor Dahului Daerah Lain




Kontinjen Hulu Selangor kekal mendahului daerah lain dalam pungutan pingat, Sukan Selangor (Sukses) 2009 yang berlangsung sejak 1 Julai lalu.
Keputusan rasmi sehingga jam 12.30 tengahari semalam, menunjukkan daerah Hulu Selangor kekal di tempat pertama dengan pungutan 8 pingat emas, 1 perak dan 3 gangsa.
Sementara Kontinjen Klang ditempat kedua dengan pungutan 4 pingat emas, 4 pingat Perak dan 4 pingat gangsa.
Manakala Petaling di tempat ketiga dengan pungutan 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 2 pingat gangsa.

Keputusan rasmi sehingga jam 12.30 tengah hari, 10 Julai 2009

Jumaat, 10 Julai 2009

Iskandar:Wujud Task Force Projek Terbengkalai atasi masalah pembangunan dan perumahan terbengkalai

Isu pembangunan dan perumahan terbengkalai yang berlaku di negeri ini mendapat perhatian serius kerajaan negeri dengan mewujudkan satu Jawatankuasa Task Force Projek Terbengkalai.
Task Force ini ditubuh untuk memulihkan projek-projek yang terbengkalai sejak sekian lama di negeri ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, setakat 30 Jun lepas, sebanyak 42 projek terbengkalai telah diambil alih oleh kontraktor baru.
“Sekarang ini terdapat 130 projek terbengkalai yang masih belum mempunyai pemaju penyelamat walaupun kita telah menyelesaikan 48 projek, apabila turun padang, ada lagi projek yang tidak siap.
“Bagaimanapun, ia bukan bermakna tidak boleh diselamatkan, masih belum ada pemaju bersetuju,” katanya.
Dalam task force ini, tiga syarikat telah bekerjasama bagi membantu untuk mengkaji dan menilai semula projek-projek yang berpotensi untuk dipulihkan.
Ia dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib.
Selain itu, Iskandar berkata, dari Jun hingga Disember 2008, sebanyak lapan projek telah disiapkan dan dipantau oleh kerajaan negeri.
Iskandar berkata, sesebuah projek memerlukan masa untuk mendapatkan pemaju penyelamat kerana baki pembiayaan oleh bank tidak dapat menampung kos menyiapkan projek tersebut.
Ia kerana kos pembinaan meningkat bagi projek terbengkalai hampir 10 hingga 15 tahun, ia berikutan pemaju membuat tuntutan lebih daripada pembeli dan gagal mengambil kira semua kos yang terlibat.
“Masalah ini berlaku kerana ada di mana pemaju tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan melanggar undang-undang sedia ada, ada yang tidak ada kelulusan bangunan, dan isu tanah pertanian, itu menyebabkan projek terbengkalai,” katanya

Gangguan Air di Hulu Selangor

Water Supply Disruption In Hulu Selangor By: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, July 9 (Bernama) -- An unscheduled water supply disruption happened in Hulu Selangor Thursday as a result of diesel spillage at the intake point of the Sungai Selisek water treatment plant.Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) said the 1pm incident affected water supply to about 2,500 consumers.The areas affected were Kampung Sungai Nilam, Kampung Paya Lebar, Kampung Lalang, Kampung Serigala, Rumah Murah Sungai Selisek, Kampung Sekolah, Kampung Bahom, Kuarters Klinik Sungai Selisek, Kuarters Guru Sungai Selisik, Kampung Masjid and Kampung Gesir Tengah, it said in a statement here.It added that the company had activated its emergency response plan to handle the situation and expected the problem to be resolved soon.More information can be obtained by calling Syabas customer service's toll free number at 1-800-88-5252.

Rabu, 8 Julai 2009

Mengapa SPIES BELIA SELANGOR ? 60 BELIA SEKITAR DUN BATANG KALI AKAN KE KEM BINA SEMANGAT AMPANG PECAH, KUALA KUBU BARU-11-12 JULAI 2009



Gologan belia di negara ini merupakan salah satu kumpulan masyarakat yang mempunyai bilangan majoriti. Oleh yang demikian, belia merupakan golongan harapan bangsa dan negara, khazanah dan aset terpenting. Golongan belia yang berjaya mengharungi liku-liku kehidupan dan secara langsung merubah kehidupan mereka yang produktif demi untuk diri sendiri, keluarga dan seterusnnya bangsa dan negara.
Demi mencapai matlamat negara sebagai satu anjakan paradigma, golongan belia perlulah di dampingi agar masalah sosial yang kian memuncak ke saban hari dapat dikurangkan. Untuk mendekati mereka, kita harus tahu kemahuan dan kecenderungan mereka dalam setiap setiap aktiviti. Belia juga merupakan golongan yang berkecenderungan melakukan sesuatu aktiviti secara bersama rakan-rakan yang seangkatan dengannya. Kebersamaan menjadi agenda penting untuk merealisasikan keseronokan dalam kehidupan mereka.
Justeru itu, kecenderungan bersama yang ada pada mereka perlulah dicernakan dengan perkara yang bermanfaat untuk diri mereka. Sekiranya tiada pengawalan yang sempurna, maka balasan yang tidak diingini akan berlaku bukan hanya pada diri mereka malah bangsa dan negara. Seperti kata pepatah Melayu ”kerana nila setitik, habis susu sebelanga”.
Walaupun dalam masa yang singkat, kursus ini merupakan kesinambungan bagi para belia membuka minda mereka untuk membuat suatu anjakan paradigma demi merangsang kesedaran dalam diri mereka.Islam amat menitikberatkan perubahan kepada yang lebih baik dalam diri manusia. Perubahan ini boleh dilaksanakan dengan usaha sendiri dan memerlukan pendidikan yang berterusan. Termasuk dalam aspek pentarbiyyahan ialah motivasi yang diberikan kepada individu muslim.
Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan bertanya kepada manusia muslim apa kejayaan yang dilakukan semasa hidup di atas muka bumi ini. Tetapi Allah s.w.t. akan bertanya apa yang telah kita lakukan semasa kita hidup di dunia ini.
Justeru ingatlah pesanan daripada Allah s.w.t. melalui firmannya di dalam surah as-Syams ayat 7 – 10: Maksudnya :”Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sentiasa untuk membersihkan diri (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya akan hampalah orang yang mengotorkan dirinya (dengan kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah)”.
Pengunjung yang berminat untuk menyertai Program SPIES BELIA, sila hubungi segera ditalian 016 2772882 ! Kursus akan datang pada 1-2 Ogos 2009 & 8-9 Ogos 2009!
Bas disediakan dari Tapak Pasar malam Bukit Sentosa pada jam 7 pagi hari Sabtu -11 Julai ini. Sila bawa peralatan untuk solat, sukan dan berbaju tangan panjang/baju kurung untuk peserta-peserta!
Shaiful Anuar Sulaiman
Koordinator Program

YB NG SUEE LIM SEDIA JADI EGEN JUAL RUMAH KHIR TOYO

SHAH ALAM, 7 Julai - Pemimpin Umno-Barisan Nasional mementingkan diri sendiri dan tidak bersungguh-sungguh membela nasib rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan (ADUN), Ng Suee Lim.
Katanya, ini jelas dapat dilihat dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohammad Khir Toyo yang membina mahligai bernilai RM24 juta, walaupun hanya berkhidmat untuk tempoh lapan tahun sahaja.
Bercakap dalam sidang media di Bangunan Annex, Shah Alam hari ini, Ng Suee Lim berkata, keadaan ini amat berbeza dengan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya rasa ini masa yang sesuai untuk dedahkan, walaupun esok perbicaraan Anwar dan sidang DUN, semua itu secara kebetulan, dan yang penting adalah pengundi di Manek Urai perlu buat keputusan yang tepat.
“Ini menunjukkan perbezaan antara Menteri Besar dan Menteri Besar, contohnya di Kelantan, hingga sekarang masih duduk rumah kampung. Sebagai rakyat kita perlu memilih pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat dan berwibawa,” katanya.
Beliau membuat pendedahan ini supaya pengundi di Kawasan Manek Urai dapat membuat keputusan tepat untuk memilih pemimpin yang benar-benar dapat membantu mereka pada pilihanraya kecil kawasan itu, 14 Julai ini.
Semalam, Ng Suee Lim membawa pihak media melawat mahligai ala bali yang dibina ketua pembangkang Selangor itu, di Seksyen 7, Shah Alam.
Ng Suee Lim juga menunjukkan salinan hak milik, tertera nama Khir Toyo dan isterinya, Zaharah Kechik yang membeli satu lot tanah seluas hampir 1 ekar dengan harga RM2.9 juta dan satu lot lagi di sebelahnya, dengan harga RM900 ribu.
Ng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pejabat Daerah dan Tanah Selangor berkata, beliau mungkin mendedahkan banyak lagi tanah yang dimiliki Khir Toyo sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor.
“Saya tahu ada lagi tempat-tempat lain, tapi tak boleh bagi detail sekarang, saya tengah cari dan akan bongkarkan tanah-tanah yang dimiliki YB Sungai Panjang. Istana ini hanya satu permulaan”, katanya.
Dalam pada itu Ng Suee Lim berkata, beliau sedia menyambut cabaran Khir di akhbar tempatan hari ini, untuk menjadi broker menjual mahligai berkenaan yang didakwa oleh Khir hanya bernilai RM3.5 juta sahaja.
“Hari ini saya secara rasmi dan terbuka menerima tawaran beliau untuk menjadi agen atau broker beliau untuk menjual istana tersebut. Sehubungan itu, saya minta agar surat tawaran yang terbuka diserahkan kepada saya kerana ia penting, jika tidak orang takkan percaya.

Selasa, 7 Julai 2009

SIDANG KHAS KEPADA DUTA DAN DIPLOMAT ANTARABANGSA - KES MAHKAMAH DS ANWAR






SIDANG KHAS BERKENAAN KES MAHKAMAH DS ANWAR ... 10 PAGI DE PALMA INN, JALAN AMPANG..

YB RODZIAH DI BUKIT SENTOSA: OSCC UTK MEMBANTU WANITA DLM KEGANASAN

BUKIT SENTOSA - Golongan wanita disaran memanfaatkan sepenuhnya fungsi Pusat Sehenti Wanita (OSCC) yang diwujudkan Kerajaan Negeri di beberapa hospital kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, saranan itu dibuat bagi membantu wanita dalam menangani kesan keganasan yang masih berlaku terhadap golongan itu. “Usaha kerajaan menghidupkan kembali fungsi OSCC sudah tentu bagi membantu wanita dalam menangani kesan keganasan yang berlaku terhadap mereka. “Kita menyedari ramai di antara wanita yang masih belum sedar akan kewujudan pusat sehenti ini. “Untuk itu, kerajaan negeri melalui jawatankuasa ini akan berusaha menyebarluaskan maklumat mengenainya agar keberkesanan OSCC dapat dimanfaatkan bersama,” katanya ketika pada di program Fiesta Feminin 2009 di Masjid As-Salam di sini. Pada majlis itu, Rodziah turut menyampaikan bantuan barangan keperluan kepada 43 penerima terdiri golongan kurang berkemampuan termasuk ibu tunggal, Orang Asli dan saudara Islam (mualaf). Hadir sama, Ketua Nisa’ Hulu Selangor, Nuradila Rahmad dan Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Mohd Nashruddin Abd Aziz. Rodziah berkata, menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam menangani permasalahan yang berlaku terhadap wanita kerana memandang ia adalah permasalahan bersama. Menurutnya, keganasan yang masih mencatatkan rekod setiap tahun amat merisaukan dan perlunya pendekatan sesuai diambil untuk menanganinya. Beliau berkata, menerusi program yang diadakan seperti fiesta berkenaan ia sedikit sebanyak membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat megenai OSCC. “OSCC pada dasarnya berfungsi sebagai pusat aduan kepada wanita yang terlibat dalam sebarang kes keganasan termasuk rogol, penderaan dan sebagainya. “Namun, dengan meletakkan beberapa unit atau kaunter khas di dalamnya, wanita yang teraniaya bukan sahaja dapat dibantu dari segi mendapatkan rawatan malah dengan adanya khidmat kaunseling semangat mereka dapat dipulihkan,” katanya. Beliau berkata, wanita tidak sepatutnya takut untuk hadir ke OSCC dan tidak menunggu lama untuk tampil membuat aduan kerana spesimen yang terdapat pada badan sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti rogol akan dapat dikesan dalam tempoh 72 jam. Menurutnya, kegagalan wanita untuk tampil mengemukakan laporan kes akan menyukarkan pihak berkuasa dalam membantu menyelesaikan sebarang kes berlaku. “Sebab itu, kita mahu wanita lebih berani dan berkeyakinan dalam segala hal termasuk berani berdepan dengan masalah. “Justeru, tampillah membuat laporan tanpa rasa malu dan terus membantu pihak kerajaan dalam menangani isu-isu keganasan terhadap wanita,” katanya.

Isnin, 6 Julai 2009

DSAI bersama Mahasiswa di Unisel

Pidato Kepimpinan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim &
Forum Memperkasakan Mahasiswa dan Realiti Politik Kampus

PEMIDATO:
YB Yusmadi Yusoff
Sdr Shamsul Iskandar
Tn Hj Mustafa Kamil Ayub

Moderator :
Prof Mohd Noh Nawawi

Tarikh : 9hb Julai 2009
Pukul : 8 Malam
Tempat : Dewan Utama Unisel Kampus Bestari Jaya.
Anjuran : MPP UNISEL


Orang ramai di jemput hadir.

KURSUS IT RAKYAT DI SHAH ALAM 4-5 JULAI 2009








PARAH KERETA TERJUNAM MASUK TEBING LOMBONG

KUALA KUBU BHARU – Seorang parah manakala dua lagi cedera apabila kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa terjunam ke tebing berhampiran lombong dekat sini setelah terlanggar pokok pagi, semalam.
Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 8.30 pagi itu berpunca daripada kegagalan kenderaan yang dipandu mangsa di selekoh berdekatan Taman Bukit Bujang di sini berikutan jalan yang licin.
Akibatnya, kenderaan mangsa merempuh pokok di tepi jalan sebelum terjunam ke tebing berhampiran lombong di situ.
Seorang mangsa yang hanya mengalami cedera ringan, Ahmad Razali Ismail, 26, berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan daripada Batang Berjuntai ke tempat kerja di Ampang Pechah.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu Nasir, 23, gagal dikawal akibat jalan yang licin lalu merempuh pokok sebelum terhumban ke tepi lombong.
“Seperti biasa kami melalui jalan itu untuk ke tempat kerja tetapi sebab jalan licin Nasir tak dapat kawal kenderaan lalu melanggar pokok pinang di tepi jalan,” katanya yang bekerja di kolam ikan di Ampang Pecah.
Akibat rempuhan kuat itu, kenderaan mangsa remuk dan pemandu bersama seorang lagi penumpang yang duduk di sebelah kanan tersepit.
“Nasir dan Farid tersepit di tempat duduk dan hanya dapat dikeluarkan setelah bomba tiba beberapa minit kemudian,” katanya.
Menurutnya, bomba terpaksa menggunakan alat pemotong bagi mengeluarkan mangsa yang terapit dan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk dikeluarkan.
Mangsa bagaimanapun dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk pemeriksaan sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut.
Sinar Harian dimaklumkan, Nasir mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan termasuk patah tulang pinggul dan kaki.
Sementara itu, Farid, 24, cedera di beberapa bahagian badan dan menerima beberapa jahitan di muka.

Sabtu, 4 Julai 2009

JKKK DAERAH HULU SELANGOR DAPAT KOMPUTER

KUALA KUBU BHARU – Usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat kepada masyarakat kini diperluas menerusi pemanfaatan sepenuhnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Untuk itu, semua JKKK diperlengkap dengan kemudahan komputer dan bekalan teknologi siber untuk sebarang urusan pentadbiran dan lain-lain. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, usaha itu kini diperluas ke daerah Gombak dan Hulu Selangor di mana seramai 446 ketua kampung keseluruhannya diberikan set komputer masing-masing. “Ini adalah usaha berterusan kerajaan negeri dalam memastikan segala mesej dan maklumat dapat disalurkan terus kepada rakyat. “Selain itu, kaedah ini juga mampu melicinkan lagi proses urus tadbir sesebuah jawatankuasa di setiap kampung,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Sijil dan Komputer kepada JKKK di sini. Sebanyak 96 set komputer diserahkan kepada kesemua JKKK di dua daerah terbabit yang kesemuanya menelan belanja hampir RM1.82 juta. Hadir sama di majlis itu, Pegawai Daerah Gombak, Huzaini Samsi dan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Rodziah berkata, usaha itu juga mampu mendidik setiap ketua kampung untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat dan kaedah menyampai dan menyebar maklumat lebih tertumpu kepada sistem dalam talian. “Kita juga percaya, melaluinya wujud budaya disiplin dalam kerja dan tanggungjawab yang di�laksa�nakan selain memu�dahkan setiap ketua kam�pung memperoleh ma�k�l�u�mat mengenai kera�jaan negeri dengan segera, tepat dan benar,” katanya. Menurutnya, sehingga kini lima daerah telah menerima peruntukan itu termasuk Klang, Petaling Jaya dan Hulu Langat dan usaha itu akan diperluas ke semua JKKK dalam Selangor. Beliau juga mencadangkan supaya setiap JKKK mewujudkan laman web rasmi bagi memudahkan sebarang urusan berkaitan. Langkah itu juga berkesan dalam memudahkan pihak lain mengekses seterusnya dapat mengetahui perkembangan sesebuah kampung selain mengetahui lokasi menarik di kampung terbabit untuk tujuan pelancongan dan sebagainya. Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Hulu Rening, Mohd Yusof Sarman, 60, memuji usaha Kerajaan Negeri sambil menyifatkan langkah itu bakal membawa negara ke era lebih maju. Menurutnya, langkah itu amat berkesan dalam mendekatkan pemimpin dengan rakyat sekali gus memudahkan rakyat berurusan terus dengan pihak berkenaan.

Jumaat, 3 Julai 2009

Peranan Ekuinas Perlu Di Kaji Semula

SHAH ALAM, 1 Julai - Kerajaan Persekutuan perlu memastikan institusi pelaburan baru, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) yang akan diwujudkan, tidak mempunyai peranan dan tanggunggjawab yang sama dengan pelaburan yang sedia ada, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tan Sri Khalid berkata, Ekuiti ini bukan sesuatu yang bijak kerana kerajaan telah mempunyai pelbagai badan pelaburan yang sudah sedia ada seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional, Tabung Haji dan ValueCap yang menguruskan pelbagai jenis pelaburan di Malaysia.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan peranan dan faedahnya Ekuinas bagi memastikan pelaburan baru itu lebih telus serta bertanggungjawab kepada rakyat yang membuat pelaburan,”.
“Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor mengalakkan model ekonomi baru yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri bagi meningkatkan ekonomi dalam keadaan ekonomi lembab namun pekara ini perlu dibuat dalam jangka masa sederhana dan bukan dengan cara pantas seperti ini,” tambahnya lagi.
Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan cuba membuat program merangsang ekonomi yang dipanggil “credit-multiplier” bagi membuka peluang perniagaan dan pekerjaan dalam jangka masa pendek.
Walaupun, keperluan liberalisasi ekonomi ini tidak boleh disangkal namun dasar-dasar ini perlu seimbang dengan polisi yang melindungi pelabur atau peniaga tempatan.
Katanya, jika kita memandang kepada Negara membangun yang sudah mengamalkan kelonggaran ekonomi, menunjukan pelabur antarabangsa and players lebih tertumpu kepada dana lebihan dan pemain lebih cenderung kepada melabur kepada modal dan pasaran kewangan.
Jika ia berlaku di Malaysia, bank Malaysia, pelabur kecil dan orang ramai di kawasan luar bandar akan lebih terpinggir untuk mendapatkan faedah dari ini. Ia lebih menampakkan jurang dan perbezaan dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.
Beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan membuat program untuk perkhidmatan industri tempatan kerana membolehkan pelabur kecil menyertai pelaburan modal dan kewangan.
Oleh itu, langkah awal ialah memastikan universiti dan institusi pendidikan tinggi menyalurkan pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang bertaraf antarabangsa di mana fokus utama juga diberi kepada akreditasi professional dalam perbankan dan industri pasaran modal. -
@ (TV SELANGOR)

Kerajaan Negeri Alu-alukan Aduan Curi Pasir Di Selangor

KLANG 2 Julai - Kejadian curi pasir yang semakin kerap dilaporkan oleh pelbagai pihak, termasuk pemimpin Barisan Nasional, boleh membantu Kerajaan Negeri memantau kegiatan berkenaan.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana pemimpin terdahulu mempunyai banyak maklumat berhubung kegiatan itu ketika Barisan Nasional mentadbir Selangor.
“Baru kita tahu sekarang ini ramai orang yang curi pasir, tetapi usaha mencuri pasir ini sudah 20 tahun dahulu, mencuri pasir bersama ahli politik, kerajaan terdahulu beri lesen kepada orang-orang untuk ambil pasir sekarang mereka pula yang banyak melaporkan,” katanya.
Tan Sri Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama daerah Klang di Sekolah Rendah Islam Al-Farabi Kg Delek Kiri, Klang, pagi tadi.
Menurutnya, usaha kerajaan negeri dalam merakyatkan ekonomi Selangor, menunjukan kesan positif apabila semua pihak sedar mengenai hak mereka dan melaporkan sebarang penyelewengan kepada pihak berkuasa.
“Bila kita merakyatkan ekonomi dan rakyat faham, pasir adalah hak rakyat , hasil pasir akan disalurkan kepada rakyat melalui program-program yang dijalankan, maka semua orang akan pantau sapa yang curi pasir dan buat laporan, ini adalah usaha kita yang paling bagus,”
Pada majlis ini, Abdul Khalid menyampaikan bantuan kewangan berjumlah 1.5 juta ringgit kepada 24 buah sekolah agama di daerah Klang.
Beliau berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak 6 juta ringgit yang diagih-agihkan kepada sekolah agama di seluruh negeri ini, ada tahun ini.
“Sejumlah 6 juta ringgit telah diperuntukan untuk sekolah agama dan diagihkan mengikut keperluan yang kita nilai, sesetengah itu kita rasakan sudah usang dan tidak layak digunakan di sekolah,” katanya.
Pada majlis ini, Abdul Khalid sempat melakukan upacara meletak batu asas asrama dan bangunan sekolah ini dan melawat bilik-bilik darjah Sekolah Agama Al Farabi, ini.-
@KEMALIA OTHMAN (TVSELANGOR)

Rabu, 1 Julai 2009

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Selangor

Kepada yang tidak mempunyai pekerjaan. Sila lawati website SINI .. untuk pelbagai jawatan kakitangan kerajaan Negeri Selangor. Tarikh tutup adalah pada 6hb Julai 2009.

20% Ahli Majlis PBT Selangor di gugurkan

Seramai 66 ahli majlis di Selangor akan di lucutkan dari jawatan dan akan di gantikan bermula minggu depan. Khalid menyebut mereka yang di lucutkan tersebut adalah seramai 20% dari jumlah kesemua 288 ahli majlis yang telah berkhidmat selama setahun.Perlucutan tersebut adalah kerana gagal menjalankan tugas, tinggal di luar kawasan atau enggan meneruskan kerja kerana mempunyai tugasan lain.
Terdapat dua kes ahli majlis yang bankrup dan seorang mempunyai rekod polis.
Senarai penuh ahli majlis yang baru akan di berikan pada Isnin depan.

FIESTA FEMININ DI BUKIT SENTOSA-MESJID AS SALAM 4 JULAI 2009 SABTU


SILA DATANG BERAMAI-RAMAI KE FIESTA FEMININ DI BUKIT SENTOSA UNTUK BERSAMA-SAMA MENGERATKAN SIRATULRAHIM SAMBIL BERAKTIVITI DAN BERTUKAR MAKLUMAT MELALUI KAUNTER-KAUNTER PERKHIDMATAN JABATAN KERAJAAN NEGERI