Rabu, 29 Februari 2012

SUDAH DUA KALI TERIMA AMARAN DARI KDN ~

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.

(Gambar poster konsert Erykah tidak mempunyai tatoo nama Allah tetapi The Star menyiarkan gambar yang ada tatoo nama Allah)

Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.

"Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

"Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.

"Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Ekoran itu, The Star dijangka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh KDN kali ini melainkan ada tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambil.

"Sebelum ini sudah dua amaran...takkan kali ketiga amaran juga. Kalau begitu, benarlah tuduhan PAS bahawa pentadbiran negara yang diterajui Umno membiarkan akhbar MCA bebas untuk menghina Islam," kata sumber berkenaan.

Menurut sumber itu juga, beliau sendiri terkejut apabila membaca laporan berkenaan kerana gambar Erykah yang disiarkan itu terlalu besar iaitu setengah muka surat akhbar berkenaan.

"Hanya orang buta sahaja yang tidak lihat gambar itu dan saya tidak faham kenapa The Star berbuat demikian," katanya kepada Harakahdaily.

The Star menyiarkan setengah muka gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah di dadanya yang terlanjang menjelang konsertnya di Kuala Lumpur.

Padahal poster asal Erykah tidak adapun tatoo nama Allah itu.

Ekoran penyiaran itu, tiga editor kanan The Star telah dipanggil oleh KDN untuk memberikan penjelasan.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN akan bertindak berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh ketiga-tiga editor The Star itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mendakwa Umno yang memberi lesen kepada MCA melalui akhbarnya untuk menyerang Islam.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan NGO Isma mendesak agar permit The Star digantung atau ditarik balik.

Harakah Daily

Isnin, 27 Februari 2012

APA SAJA ASALKAN MENANG DI SELANGOR ~ IDRIS AHMAD

5 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -KUALA LUMPUR, 27 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat apa sahaja, asalkan menang pilihan raya.“Terbaru beliau mengaku Umno melakukan kesilapan sewaktu memerintah Selangor selama 51 tahun sebagai usaha untuk menarik simpati rakyat supaya memilih BN untuk memerintah Selangor,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Rakyat Selangor pula, katanya mengatakan nasi sudah menjadi bubur.“Nampaknya apa sahaja rakyat minta kepada Datuk Seri Najib beliau akan beri, termasuklah bulan atau matahari kalau beliau boleh beri,” ujarnya

DALANG DISEBALIK PERANGKAP KHALWAT?

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

ADA DALANG DLM PERANGKAP KHALWAT ~ DR BADRULAMIN

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Ahad, 26 Februari 2012

SEJARAH TERCIPTA DI KUANTAN HARI INI !!

Sejarah Tercipta Di Kuantan apabila lebih 20 ribu manusia yang berpakaian hijau kini sedang berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia. Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan.

Jumaat, 24 Februari 2012

TERKINI ~ HIMPUNAN HIJAU 2.0 DITERUSKAN

KUANTAN, 24 Feb - Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 (Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1. Padang MPK4 adalah lokasi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua tiada pembatalan permit oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri. Jika kedua-dua syarat itu gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini.

KENAPE NAJIB TAK PROFESSIONAL LANGSUNG?

Khamis, 9 Februari 2012

NOH OMAR BERTERUSAN PERTAHANKAN LEMBU NFC JADI PUNCA ISU SHAHRIZAT DI TONJOLKAN ~ RAFIZI


16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan.

Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung
pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.

Isu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.

"Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih
lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja," katanya.

Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.

"NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.

"Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati," katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.

Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.

"Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak... masuk akal dengan syarikat seperti itu," katanya.

Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa
dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya."

Katanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.

"Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil... kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa," katanya.

malaysiakini/-

ANTI ZINA DILANCAR LAGI SEMPENA HARI KEKASIH ~ DR HALIMAH ALI

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil inisiatif untuk melancarkan gerakan pencegahan zina sempena Hari Kekasih. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, gerakan itu akan menumpukan kawasan-kawasan yang selalunya menjadi tumpuan anak-anak muda memadu asmara seperti pusat membeli-belah, kawasan tasik dan dataran di sini. "Kita akan adakan ekspedisi dakwah di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pasangan muda-mudi.