PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr 
Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang 
wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi 
Umno.
Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai 
Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier 
politiknya.
"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan 
dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.
"Malah saya 
diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia 
bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada 
pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar 
Online di sini, Isnin.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan