Isnin, 26 November 2012

AMANAT TERAKHIR NAJIB KPD AEMNO ESOK !

PETALING JAYA: Perhimpunan agung Umno Umno kali ini adalah untuk mengesahkan kesediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke 13.
Tirai perhimpunan dibuka dengan perasmian perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam esok.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak  mahu BN menang besar dalam pilihan raya kali ini bagi menebus tsunami 2008 di mana parti itu tidak memiliki majoriti di Parlimen.
Kekalahan besar itu merupakan yang pertama bagi BN dan sangat memalukan bagi sebuah parti yang sangat berpengalaman dan kaya.
Bagaimanapun, tumpuan pasti lebih kepada amanat Najib pada majlis perasmian perhimpunan pada hari Khamis ini.
Anak bekas Perdana Menteri kedua itu akan mengetuai pilihan raya umum yang pertama selepas mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mac 2009.
Najib berulang kali meminta rakyat khususnya pengundi menolak pembangkang dan terus memberi mandat kepada BN.

Isnin, 12 November 2012

Jumaat, 9 November 2012

Ribut petir di petang deepavali..

 KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir pada sebelah petang sambutan perayaan Deepavali Selasa ini. Menurut jabatan itu hari ini, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan dijangka dilanda ribut petir pada sebelah petang. Kelantan dan Terengganu turut diramalkan menerima hujan pada sebelah petang. Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka mengalami cuaca cerah pada sebelah petang. 

Khamis, 8 November 2012

Boleh pulak masuk mesjid....

Majlis pelancaran Yayasan Pondok 1Msia telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam kawasan solat Masjid Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor petang tadi .


Kira-kira 500 warga pondok dari 109 pondok di seluruh negara hadir dan bersama Dato’ Sri Mohd Najib menunaikan solat Asar berjemaah.
Pada majlis itu juga Perdana Menteri menyampaikan tiga anugerah iaitu Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada pengasas dan mudir pondok, tiga Anugerah Pondok Contoh 2012 dan 10 pondok menerima sumbangan daripada Dato’ Sri Mohd Najib menerusi Anugerah Kasih.

Sebelah pagi diadakan karnival pondok melibatkan beberapa jabatan dan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Jakim, Yapeim, Yadim dan sebagainya.

Senator Dato’ Dr Mashitah berkata, program itu bukan bersikap ‘one off’, sebaliknya akan berterusan setiap tahun termasuk merancang mengadakan Konvensyen Pondok-Pondok Nusantara, program mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah.