Selasa, 30 Jun 2009

HARI KANTIN SMK BKT SENTOSA MERIAH TAHUN INI - AHAD 28 JUN 2009



Hari Kantin SMK Bukit Sentosa meriah dengan kehadiran lebih 5000 pengunjung pada tahun ini melebihi apa yang dijangkakan. Gambar menunjukkan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Wan Khatijah (kanan) sedang memerhati Puan Sharifah Osman (2 dari kiri) yang menjaga gerai jualan pada hari tersebut.

KEPERLUAN KE KEM MOTIVASI SPIES BELIA/REMAJA - KEM AMPANG PECAH 11-12 jULAI/1-2 OGOS

KEPERLUAN & PERALATAN PESERTA SEPANJANG PROGRAM adalah seperti berikut :-

Peserta Lelaki
Kemas, sopan dan tidak ketat sehingga menampakkan kulit / bentuk tubuh badan
•Berseluar panjang & berbaju lengan pendek / panjang sepanjang program kuliah (dalam•dewan) atau yang bersesuaian.
•Pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti luar / Solat ( untuk peserta beragama Islam)

Peserta Perempuan
•Kemas, sopan dan tidak ketat sehingga menampakkan kulit / bentuk tubuh badanBlaus / Baju kurung / berseluar Panjang & berbaju lengan pendek / panjang semasa•program kuliah (dalam dewan) atau yang bersesuaianDiwajibkan memakai tudung (untuk peserta beragama Islam)
Pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti luar / Solat (untuk peserta beragama Islam)

•Keperluan & Peralatan peribadi
1. Pakaian peribadi untuk kuliah
2. Pakaian solat bagi yang beragama Islam
3. Tuala
4. Selipar
5. Keperluan asas lain (contoh: ubat & berus gigi, sabun)
6. Ubat alergi / gatal-gatal dan ubat–ubatan bagi mereka yang mempunyai penyakit

BARANGAN LARANGAN YANG TIDAK BOLEH DIBAWA
1. Dadah
2. Alatan tajam seperti pisau dan parang
3. Barangan kemas
4. Rokok

Itulah antara keperluan dan larangan yang dikenakan kepada semua peserta, diharapkan semua peserta dapat menerima peringatan ini

Shaiful Anuar
Koordinator Program
016 2772882

Ahad, 28 Jun 2009

PENYAMPAIAN KOMPUTER KEPADA JKKK DAERAH HULU SELANGOR DAN GOMBAK 26 JUN 2009 DEWAN KKB





SHAH ALAM, 25 Jun - Selangor mendahului negeri-negeri lain membekalkan kemudahan komputer kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata Selangor menjadi negeri pertama melaksanakan kemudahan tersebut dengan peruntukkan kerajaan negeri sebanyak RM1,081,550.00.
“Setiap Pengerusi JKKK akan menerima kemudahan ini mulai Selasa ini di mana mereka akan menerima sebuah komputer, mesin pencetak dan juga alat penyimpan data”, katanya agihan 466 komputer kepada semua daerah bakal dilakukan secara berperingkat.
Rodziah berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Penerimaan Peralatan Komputer kepada 166 Pengerusi JKKK Daerah Klang, Petaling dan Hulu Langat di Dewan Jubli Perak, dekat sini, pagi tadi.
Katanya, daerah yang sudah menerima sijil tersebut boleh menuntut peralatan komputer masing-masing di Dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mulai Selasa ini.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan), Dato’ Tarmedi Omar dan Setiausaha Bahagian, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Wahilman Siwar.

PIBG SK BKT BERUNTUNG ANJUR MAKAN MALAM AMAL 1 OGOS 2009

BUKIT BERUNTUNG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung (SKBB) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal yang dinamakan ‘Malam Warisan Kasih’ pada 1 Ogos nanti. Yang Dipertuanya, Yaziz Yunus berkata, program bertujuan mengumpul dana bagi membina bumbung di tapak perhimpunan terbuka sekolah itu pada akhir tahun ini. Menurutnya, pelaksanaan program itu dilakukan secara jualan meja dan kerusi kepada orang ramai khususnya ibu bapa murid sekolah itu. “Setiap meja dijual RM700 kepada penderma. Ini bermakna setiap satu kerusi berharga RM70 yang mula dijual sejak semalam kepada ibu bapa dan guru. “Kami mensasarkan kutipan RM40,000 untuk program amal pertama tahun ini bagi mengumpul dana membina bumbung di tapak perhimpunan, “ katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung semalam. Yaziz berkata, selain itu, ibu bapa dan syarikat swasta lain juga boleh menyumbang bagi menjayakan majlis amal itu dengan menaja slot pengiklanan dalam buku program. Menurut beliau, jumlah bayaran mengikut saiz iklan dalam halaman buku program bermula RM250. “Persatuan ini akan mengadakan beberapa program lain termasuklah Kejohanan Golf Amal pada September ini yang mensasarkan kutipan melebihi RM30,000 bagi menampung kos pembinaan bumbung yang mencecah lebih RM100,000. “Saya merayu kepada ibu bapa, badan korporat dan swasta menghulurkan bantuan bagi menjayakan program ini demi kemudahan murid sekolah yang sentiasa berpanas ketika berkumpul di dataran perhimpunan,” katanya. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh menghubungi Daud Alwi menerusi talian 012-6638975.

Sabtu, 27 Jun 2009

Aktiviti Gotong Royong di Surau Kg Ayer Bangi, Sg Choh Stesyen 27 Jun 2009




Bermula seawal 8 pagi lagi, lebih dari 30 orang penduduk disekitar Kampong Ayer Bangi, Sungai Choh Stesyen telah bersedia menahan panas dan melimpah keringat demi kerja-kerja sukarela bergotong royong membersihkan surau mereka.
Kawasan di dalam surau dan diluar telah dibersihkan demi menambahbaik dan membersihkan keadaan rumah ibadah yang menjadi tempat berkumpulnya penduduk kampung tersebut.
Program anjuran Jawatankuasa KEselamatan dan Kemajuan Kampung dibawah pengerusinya, Sdr Muzaffar Ahmad, dengan kerjasama Tan Chong Assembly Sdn Bhd (TCASB), telah berkerjasama menjalankan tanggongjawab sosial mereka. Pengurus Sumber Manusia TCASB, Sdr Zainal Bharuddin ketika bertemu telah melahirkan rasa gembira dapat memberikan khidmat sukarela dengan membersihkan kawasan surau begini.
Pegawai khas Dun Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman mewakili Pejabat DUN, ketika ditemui turut memberikan rasa senang hati melihat kumpulan penduduk kampung menjalankan tanggongjawab mereka. Menurut Sdr Muzaffar Ahmad, program lain bersama TCASB akan diadakan di masa depan saperti Siri Keusahawanan dan Lawatan Ke Kilang TCASB.

Rabu, 24 Jun 2009

SIR HENRY GURNEY DIBUNUH KOMUNIS MALAYSIA


KUALA KUBU BHARU 21 Jun – Dalam beratus-ratus kenderaan yang melalui Jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiap hari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalan itu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yang menggegarkan negara.Bagi mengajak orang ramai dan pelancong luar mengimbau semula peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor mengambil inisiatif meletakkan sebuah papan tanda di lokasi berlaku tragedi berdarah di selekoh itu.Pegawai Daerahnya, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, perletakan papan tanda itu dibuat supaya orang ramai yang melalui jalan itu dapat memperingati dan mengimbau semula peristiwa hitam itu.“Ramai yang melalui jalan ini untuk ke Bukit Fraser tidak tahu di sini terpahat satu peristiwa bersejarah di mana seorang pegawai British ditembak mati oleh pengganas komunis,” katanya ketika ditemui selepas majlis perletakan papan tanda itu di sini, semalam.Beliau berkata, papan tanda berkenaan diletakkan sebagai sebagai satu ‘monumen’ untuk mengingatkan orang ramai dan pelancong luar mengenai peristiwa bersejarah itu.Katanya, dengan adanya usaha itu, diharapkan masyarakat terutamanya golongan muda lebih maklum mengenai sejarah negara dan lebih menghargai keamanan yang dicapai negara hari ini.“Jika sebelum ini mereka hanya membaca kisah pembunuhan itu di dalam buku-buku sejarah, kami juga mahu pelawat-pelawat yang datang ke sini melihat dengan mata kepala mereka sendiri lokasi sebenar pembunuhan Henry Gurney,” katanya.Henry Gurney yang berumur 53 tahun ketika itu, merupakan Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestin sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.Henry Gurney mati ditembak dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser pada 7 Okt 1951, semasa beliau dikatakan bersama isteri dan setiausaha peribadinya D.J. Staples sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser.Kira-kira 12 kilometer sebelum sampai di Bukit Fraser, kereta Rolls Royce yang dinaiki mereka dan dipandu oleh seorang Konstabel Mohd. Din dengan kibaran bendera Union Jack, menjadi sasaran peluru komunis. – Bernama

Skim Mesra Usia Emas: Daftar Segera (sebelum jun 30)

Pejabat DUN Batang Kali ingin memaklumkan kepada seluruh warga emas di dalam kawasan Dun Batang Kali, Selangor supaya mendaftar diri dibawah skim Mesra Usia Emas yang merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor Darul Ehsan.
Skim ini disediakan kerajaan Selangor Darul Ehsan untuk dimanfaatkan oleh semua warga emas dan OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa mengira jantina, agama, pendapatan, kedudukan dalam masyarakat dan faham politik.Pendaftaran skim berkenaan adalah percuma.
Warga emas yang layak berumur 60 tahun ke atas dan, sama ada lahir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/1/1974 sedang menentap di Selangor atau bermastautin di Wilayah Persekutuan, dan bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.Warga emas yang berdaftar menerusi skim ini akan mendapat sumbangan sebanyak RM2,500. Sebanyak RM1,000 akan diberikan dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian warga emas yang berdaftar berkenaan. Sijil kematian yang original diperlukan.
Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut?
Tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan di dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat.Penama boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.
Siapakah urusetia yang boleh dihubungi untuk pertanyaan selanjutnya?
Hubungi ketua kampong berdekatan atau datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali (Bandar Bukit Sentosa atau Bandar utama Batang Kali)
atau hubungi;
Rantaian Mesra Sdn Bhd
Alamat : Tingkat (G), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 3468, 03-5510 3472
Faks: 03-5510 3455
Akhirnya, diharapkan kepada semua warga emas dan OKU yang layak menurut syarat-syarat yang disebutkan tadi mendaftarkan diri sebelum 30 Jun 2009. Selepas 30 Jun mana-mana kematian warga emas yang belum mendaftarkan diri selepas 30 Jun mereka tidak akan mendapat manfaat daripada skim berkenaan.
Shaiful Anuar Sulaiman
Pegawai Khas
DUN Batang Kali

PROGRAM MOTIVASI INTERAKTIF -KEM REMAJA SPIES

Satu program SPIES akan di adakan pada bulan Ogos ini untuk semua remaja di kawasan DUN Batang Kali bersama DUN-DUN lain di parlimen Hulu Selangor ini. Program anjuran kerajaan negeri Selangor ini merupakan salahsatu program SPIES di bawah Exco YB Dr Halimah Ali.

Pendaftaran seramai 50 orang yang pertama akan berpeluang ke Kem Bina Semangat Yayasan Selangor di Ampang Pecah kelak.

TARIKH : 1 – 2 Ogos 2009
MASA: 2 HARI 1 MALAM
TEMPAT : Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Ampang Pecah

Sila hubungi Shaiful di talian 016 2772882

Ahad, 21 Jun 2009

WACANA PENDIDIKAN RAKYAT CARLTON HOLIDAY HOTEL, SHAH ALAM

Wacana Pendidikan Rakyat (WADIRA) 2009 memutuskan beberapa resolusi untuk menjadikan pendidikan sebagai wacana teras dalam merealisasikan prinsip perjuangan KeADILan bagi menegakkan kebenaran, mewujudkan keamanan, memperkasakan perpaduan, menyubur kemakmuran serta memberi kesejahteraan hidup kepada seluruh warga Malaysia.
WADIRA selama dua hari anjuran Parti Keadilan Rakyat di Hotel Carlton, Shah Alam bermula Sabtu lalu, dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Biro Pendidikan Parti KeADILan Rakyat, Dr Mohd Nor Manuty, berkata WADIRA yang dihadiri lebih 400 peserta telah menyumbangkan pelbagai pandangan dan idea yang sangat bermanfaat.
Antara resolusi yang diputuskan ialah PKR memandang berat agenda pendidikan tanpa toleransi dan dasar pendidikan yang kini berada dalam keadaan krisis memerlukan suatu mekanisma perubahan.
WADIRA turut menyokong usul Kongres PKR (29-30 November 2008) yang lalu, bahawa PKR perlu menggubal satu Sistem Pendidikan Nasional Baru yang progresif dan berkualiti bermatlamatkan penjanaan sumber daya dengan berpaksi kepada sistem nilai bersama bersumberkan kepelbagaian tamadun manusia dengan berteraskan Perlembagaan.
PKR perlu mengembalikan semula roh falsafah pendidikan Negara yang telah termaktub dalam Akta pendidikan 1986.
Menjadikan bahasa Melayu sebagai mekanisme linguislistik iaitu medium komunikasi atau bahasa perantaraan sebagai asas utama bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang berkualiti.
Sistem pengajaran dan kaedah penyampaian mata pelajaran bahasa Inggeris harus direncanakan semula bagi mengelakkan ketidak-seragaman atau jurang tahap pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Kekayaan tahunan Negara yang diperolehi hendaklah dibelanjakan secara setimpal antara prasarana dan sistem pendidikan yang digunapakai untuk mengambarkan ciri-ciri sistem pendidikan sesebuah Negara maju. Lantaran itu, segala kebocoran di dalam pengagihan dan perbelanjaan dana bagi projek pendidikan ini, hendaklah dibenteras.
Menstruktur semula mereka yang benar-benar layak menerajui bidang keilmuan. Memartabatkan golongan cendekiawan dan ilmuan di tempat sewajarnya.
Pendidikan perlu berteraskan nilai-nilai murni, akhlak dan etika yang terdapat dalam pelbagai budaya dan kaum di Negara ini.
Mendokong nilai-nilai Hak Asasi Manusia seperti demokrasi pendidikan dan kebebasan bersuara.
Bahasa Melayu mestilah digunakan sebagai bahasa perantara dalam urusan rasmi kerajaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan digunapakai dalam urusan perniagaan dengan pihak kerajaan.
Menghidupkan semula fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengiktiraf guru-guru yang dapat menterjemahkan bahan-bahan ilmiah. Anugerah akan diberikan kepada guru dan sekolah yang Berjaya.
Menyokong Ketua Pembangkang yang mengemukakan usul bantahan perlaksanaan wajib lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sementara itu, WADIRA juga mengesa negeri-negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat, menimbangkan cadangan-cadangan yang berada di bawah wilayah pengaruhnya sekarang iaitu;
Mengubal dasar pendidikan yang boleh diterima bersama oleh ahli semua parti dan diketengahkan sesuai dengan penerimaan masyarakat.
Mengkaji potensi institusi-intitusi pendidikan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutama di Selangor untuk menjadi model reformasi pendidikan dengan menjadikan UNISEL dan KUIS sebagai benchmark.
Memastikan institusi pendidikan yang dikuasai Pakatan Rakyat, dipimpin oleh mereka yang berkebolehan serta menghayati falsafah dan perjuangan reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Cadangan ditubuhkan Majlis Pendidikan Rakyat untuk menyelaraskan dasar-dasar dan tindakan yang berkaitan dengan pendidikan rakyat.

SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA WARGA BATANG KALI DAN DAERAH HULU SELANGOR !

Sahabat menyambut menantu di Taman Widuri, Bkt Beruntung..21 Jun 2009 Ahad




Tidak sempat merakam gambar pengantin tetapi sempat bergambar dengan YB Azmin Ali yang turut hadir di majlis perkahwinan Marzwan anak kepada Hj Muhammad Yahaya, sahabat lama di Bukit Beruntung hari ini. Saya hadir bersama Tuan Ramley Mey, Setiausaha Mesjid Bukit Sentosa. Majlis meriah dengan persembahan nasyid sekolah rendah agama Bkt Beruntung dan Kumpulan Marhaban dari Batu Caves. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Exco Kanan Negeri, YB Datuk Hassan Mohd Ali dan YB Azmin Ali... Zahid dan rakan turut hadir. Ramai kawan-kawan YB Amiruddin Saari hadir...

Jumaat, 19 Jun 2009

Selangor state government collects as much as RM18mil annually from summonses



Story and photo by CHARLES FERNANDEZ
ONE of the main incomes for the Selangor state government is derived from summonses and it could be as much as RM15mil to RM18mil annually.
Summonses ranged from as much as RM500 to as high as RM25,000 for illegal extension to properties and in some cases where building plans are not adhered to.
New Village Development and Unlicensed Factory Settlement Committee chairman Ean Yong Hian Wah said while there were no statistics on the number of individual properties that are illegally renovated, the summonses slapped were considerably high.
“There were also some instances where certain owners have received more than one summons for the same offence within a year,’’ he said during a special briefing.
It’s fixed: Ean Yong (centre) with Serdang MP Teo Nie Ching (right) and a MPSJ councillor briefing reporters on the new compound rates for individual households. Ean Yong who is also Seri Kembangan assemblyman added that at a Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) full board meeting last month, it was decided that the minimum compound for individual properties that are illegally renovated would be fixed at RM500.
“This also involves individual properties that have been built without the approval of the local authorities, usage of premises other than it is intended for and not following the original building plans,’’ he said.
He said in the case of developers, the punishable offence ranges from RM2,500 to RM12,000 to a maximum compound of RM25,000 for any form of land clearance carried out without the approval of the local authorities.
“We will continue to monitor the situation from time to time and repeat offenders will be slapped with double the compound, both for individual property owners and developers,’’ added Ean Yong.
As a preventive measure, he urged house owners to be familiar with the various Local Government Acts.
He reminded those who have carried out extension to their homes and have been compounded for the offence, to correct the mistake by following the original plan for the building.

Khamis, 18 Jun 2009

PELEKAT UTK OKU DI SEMUA PBT !



SHAH ALAM, 15 Jun – Kerajaan Negeri Selangor komited memastikan semua bangunan boleh digunakan dan dikunjungi golongan orang kurang upaya (OKU) tanpa wujud sebarang halangan sama ada bagi urusan peribadi mahupun perkhidmatan kaunter kerajaan di negeri ini.
Ini berikutan ramai OKU lebih gemar memilih untuk berada di rumah berbanding keluar berurusan di luar ekoran suasana persekitaran masyarakat umum yang tiada kesedaran menjaga hak dan membantu golongan ini.
Demikian kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Rodziah Ismail pada sidang media selepas merasmikan “Bengkel Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU” di Hotel Grand Bluewave dekat sini pagi tadi.
Bengkel tiga hari tersebut diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pihak kejuruteraan dan perancang dari seluruh PBT di Selangor tentang kaedah mengaudit, mengenalpasti halangan yang wujud dan membuat perancangan menyediakan kemudahan awam OKU di setiap bangunan dalam kawasan masing-masing supaya akta bangunan dapat aplikasikan untuk kegunaan OKU kelak.
“Kita mengharapkan dalam jangka tiga tahun program ini dapat dilaksanakan sepenuhnya, selepas tempoh itu kita perlu ada perancangan untuk membaikpulih atau menambahbaik kemudahan OKU tersebut terutamanya dalam bangunan-bangunan lama manakala bangunan baru sememangnya diwajibkan melaksanakannya sepertimana dalam Akta Bangunan sedia ada”, kata Rodziah.
Menurutnya selain bangunan, kerajaan negeri juga berhasrat memastikan semua pengangkutan awam di Selangor turut menyediakan kemudahan bagi kegunaan OKU tanpa dikenakan sebarang bayaran untuk ke mana-mana destinasi di Selangor sahaja.
Pada majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi ini juga turut melancarkan pelekat kenderaan untuk OKU yang bakal dilaksanakan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor secara selaras yang terdiri daripada dua jenis iaitu pelekat kekal dan pelekat mudah alih yang boleh digunakan dalam mana-mana kenderaan.
Sebelum ini, pelekat OKU tersebut sudah digunakan di beberapa PBT seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) namun pelekat kenderaan tersebut tidak seragam dan ini amat menyukarkan golongan OKU untuk memohonnya.
Katanya, pelekat kenderaan OKU tersebut boleh diperolehi di semua PBT berdekatan selewat-lewatnya Julai ini manakala Jabatan Kebajikan Masayarakat pula dalam tempoh sebulan.
“Sekarang ini OKU hanya perlu datang ke PBT yang berdekatan dengan membawa kad OKU dan daftar mereka akan diberikan dua jenis pelekat ini”, ulasnya lagi pelekat tersebut boleh digunakan di semua tempat letak kereta di Selangor sahaja manakala caj tempat letak kereta pula adalah percuma.
Selain itu, pelekat kenderaan ini hanya boleh digunakan oleh OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor mengikut kriteria tertentu sahaja seperti cacat anggota, masalah pembelajaran, kecacatan saraf (Cerebal Palsy) dan mereka yang mempunyai lebih daripada satu kecacatan.
“Buat masa ini kita mengeluarkan hampir 40,000 pelekat kenderaan OKU dan setiap PBT kita bagi 500 set untuk permulaan”, kata Rodziah setiap pelekat tersebut boleh digunakan untuk tempoh dua tahun secara percuma dan sekiranya berlaku kehilangan kad, penggunaan pas bakal digantung selama tiga bulan dan dikenakan denda RM30.00 kepada pemegang pelekat kenderaan.
Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk melaksanakan pengambilan kakitangan awam dalam kalangan orang kurang upaya sekurang-kurangnya satu peratus (1%) pada masa hadapan.
“Polisi menempatkan 1% OKU dalam mengisi jawatan sudah ada tapi pelaksanaannya masih belum mencapai peratusan yang diharapkan, sebab itu saya sekarang ingin menekankan kepada semua pihak terutamanya agensi kerajaan supaya pengambilan itu perlu diisi segera”, katanya pada masa ini hanya Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja sudah menepati sepenuhnya polisi tersebut.
“Mungkin kita boleh mula dengan operator yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak, tugas-tugas yang mudah seperti kaunter pertanyaan dan sebagainya”, tegasnya lagi.
Sehingga kini, sebanyak 20,000 orang kurang upaya sudah berdaftar berada di Selangor.

TANAH DIRMAPAS FELCRA TERUS TENGGELAM - LADANG HULU CHOH

SUNGAI CHOH – Setelah hampir sebulan isu tuntutan pemilik tanah di sini yang mendakwa tanah mereka dirampas Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), masih tiada sebarang maklum balas diterima pihak terbabit. Pemiliknya, Habibah Lambeha, 51, berkata, sehingga kini Felcra dianggap berdiam diri dan seolah sengaja mahu isu itu tenggelam begitu sahaja. Bagaimanapun katanya, dia tidak akan sesekali mengaku kalah dan akan terus memperjuangkan haknya sehingga tuntutan itu selesai. “Setelah beberapa minggu disiarkan dalam akhbar, kami masih tak dapat sebarang respons daripada Felcra. “Saya rasa Felcra cuba untuk menyembunyikan sesuatu atau sengaja mahu isu ini senyap begitu sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Namun, dia dan suami tetap akan memperjuangkan kes tersebut sehingga segala hak dan tuntutan yang dibuat diperoleh dengan cara serta saluran yang betul. Sementara itu, suami beliau, Haris Fadzilah Shari, 54, berkata, isu itu juga terkandas ekoran wujud tindakan tidak adil daripada peguam yang dilantik. Menurutnya, menjadi harapan mereka selepas melantik peguam, perkara itu dapat diselesaikan dengan baik dan hak mereka dapat dikembalikan. “Tetapi sebaliknya berlaku apabila peguam juga seolah menutup sesuatu dan ada keputusan berbeza selain pernah memutuskan bahawa kes itu selesai. “Bagaimana peguam boleh kata selesai sedangkan apa yang kami inginkan tak dapat sampai sekarang. “Kami mahu hak kami dikembalikan dan Felcra harus bertanggungjawab dalam perkara ini dan tidak hanya berdiam diri tetapi dalam masa yang sama melaungkan lembaga itu membela nasib orang Melayu,” katanya. Haris yakin wujud rundingan dalaman antara peguamnya dengan Felcra sebelum ini kerana kes tersebut pernah dibawa ke mahkamah, namun tidak ada keputusan meyakinkan diperoleh. “Kes ini pernah sampai ke tarikh perbicaraan terakhir, di mana kami dipanggil untuk perbicaraan pada Oktober tahun lalu. “Bagaimanapun sebaik tiba tarikh itu, kami tidak dipanggil untuk masuk ke kandang perbicaraan sebaliknya berlaku rundingan luar antara peguam dan Felcra. “Dan sebaik rundingan selesai, peguam memberitahu kes itu selesai dan Felcra juga menganggap ia selesai tetapi kami teraniaya sampai sekarang,” katanya. Menurutnya, segala kos pembayaran peguam yang mencecah RM5,000 juga ditanggung oleh Felcra termasuk perbelanjaan lain. Jelasnya, berkemungkinan kesungguhan Felcra sehingga sanggup menanggung segala perbelanjaan itu kerana mahu kes selesai begitu sahaja. Sambil mengibaratkan Felcra sebagai ‘Jendalu’, Haris mahu ada pihak yang bangkit memperbetulkan keadaan tanpa sebarang rundingan tersembunyi yang akhirnya memenangkan pihak tertentu dan menindas bangsa sendiri. Haris turut berusaha menyiapkan dan menghantar surat yang menyatakan isi hati dan tuntutannya terhadap tanah berkenaan kepada Perdana Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dengan harapan nasib terbela. Namun, sehingga kini mereka tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak terbabit. Sinar Harian sebelum ini menyiarkan laporan pemilik tanah di Lot 1627 di Ladang Hulu Choh di sini yang mempersoalkan tindakan Felcra merampas tanah mereka.

TUDUHAN YB ISA BATANG KALI CETEK PEMIKIRAN !

SHAH ALAM, 17 Jun – Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengulangi sekali lagi pendiriannya tetap mengambilalih pengurusan aset air negeri ini daripada pemegang konsesi yang terlibat pada harga yang munasabah dan tidak merugikan mana-mana pihak.
Demikian kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Abu Kasim yang mendakwa Kerajaan Negeri Selangor ingin mengaut keuntungan hasil daripada pembelian aset air tersebut adalah tidak berasas malah menyifatkannya sebagai cetek pemikiran.
Ini kerana sekiranya Kerajaan Negeri menguruskan sendiri aset air tersebut, tarif air dapat diturunkan berbanding pada masa ini, masing-masing dengan penurunan 10 peratus pada 2009, 20 peratus pada 2011 dan 25 peratus pada 2013 sekaligus program pemberian air percuma 20 meter padu pertama dapat diteruskan dan ini amat menguntungkan rakyat bukannya individu dan syarikat swasta tertentu sahaja sepertimana yang diamalkan pada pemerintahan lalu.
Sehubungan itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sewajarnya menyelesaikan kemelut ini dengan bijak bukan sekadar melaungkan konsep ‘Satu Malaysia’ sahaja, malah perlu membuktikannya melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri memperjuangkan hak rakyat mendapatkan perkhidmatan air yang lebih efisyen dan berpatutan.
Justeru, sebagai pemimpin kepada bangsa Malaysia yang berdaulat lagi bermaruah seharusnya satu kata sepakat perlu dicapai dengan kadar segera serta sewajarnya Perdana Menteri, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional bersama-sama Kerajaan Pakatan Rakyat dapat mengenepikan kepentingan politik demi menjaga kebajikan rakyat di Selangor dan juga Wilayah Pesekutuan dalam usaha penstrukturan semula aset air tersebut.

Selasa, 16 Jun 2009

Pakatan Rakyatkah yg perbodohkan rakyat? TS Khalid harap isu air selesai akhir bulan ini

Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai pemikiran yang sama dengan beliau dalam menyelesaikan isu air yang berpanjangan di negeri ini.
Menurutnya, matlamat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah untuk menjaga kebajikan rakyat, tanpa membebankan mereka.
Justeru, katanya kerajaan negeri telah mengemukakan tawaran untuk mengambil alih pengurusan industri air di negeri Selangor pada harga yang sangat berpatutan. “Kerajaan Negeri mahu menawarkan harga yang terbaik untuk rakyat. Lebih rendah lebih baik kerana jika kerajaan negeri membeli pada kadar yang tinggi, ia sudah tentu akan membebankan rakyat.
“Kerajaan negeri mempunyai sikap yang sama dengan Perdana Menteri untuk berkhidmat untuk rakyat dan Najib pasti setuju jika tawaran itu tidak menyusahkan rakyat,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Najib pagi tadi di Subang yang mengatakan tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih industri air daripada syarikat-syarikat konsesi tidak munasabah.
Tan Sri Khalid menegaskan, pembelian operasi air itu tidak akan merugikan syarikat-syarikat konsesi yang terlibat iaitu Puncak Niaga, Abbas, Syabas dan Splash.
“Harga yang dibeli tidak akan merugikan syarikat konsesi, tetapi mereka tidak untung banyak. Jadi ia adalah adil untuk kedua-dua pihak,” jelasnya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas merasmikan Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor 2009 di Kompleks PKNS, Shah Alam petang tadi.
Beliau berkata, jika kerajaan persekutuan bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan oleh kerajaan negeri, rundingan itu boleh berakhir semalam, tetapi ia akan diteruskan sehingga akhir bulan ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.
Menurutnya, dalam rundingan itu kerajaan negeri diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai Unit Perancangan Ekonomi Negeri, pegawai dari Pejabat Menteri Besar dan beberapa pakar pelaburan.
Manakala kerajaan persekutuan diwakili oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Pengurusan Aset Air Berhad dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Mac lalu, kerajaan pakaran rakyat Selangor menawarkan pembelian asset sebanyak 4.7 bilion ringgit dan 1.1 bilion ekuiti syarikat-syarikat konsesi yang dianggap sangat berpatutan.
Tawaran itu bagaimanapun dilihat oleh sesetengah pihak tidak memadai kerana belum cukup menguntungkan poket mereka yang tamak.
Kerajaan Selangor sepatutnya menamatkan rundingan pada 20 Februari lalu, tetapi kerajaan persekutuan melalui SPAN mencelah dan mengambil alih rundingan dengan syarikat konsesi.
Tindakan itu dilihat seolah-olah dilakukan dalam keadaan terdesak apabila ‘bail-out’ yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pesekutuan untuk syarikat konsesi air, menunjukkan kegagalan dasar penswastaan kerajaan Barisan Nasional.

Isnin, 15 Jun 2009

DAILOG BERSAMA RONNIE LIU, EXCO NEGERI SELANGOR 14 JUN 2009 - BANDAR UTAMA, BATANG KALI


BATANG KALI – Isu peniaga kecil, pembangunan kawasan serta kemudahan infrastruktur antara yang dibangkitkan masyarakat daerah ini pada Dialog Bersama PBT (pihak berkuasa tempatan) di sini, semalam. Dialog dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew dan turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail dan barisan Ahli Majlis MDHS serta jabatan berkaitan.

Seorang peniaga, Mohd Jailani Ariffin, 38, membangkitkan permasalahan yang dihadapi penjaja dan peniaga kecil kawasan ini terutama berkaitan tempat berniaga dan isu saman pihak berkuasa. Menurutnya, peniaga dan penjaja kawasan itu sering berdepan dengan masalah ekoran ketiadaan lokasi khas diberikan untuk melaksanakan usaha itu. “Kami sering menghadapi masalah untuk berniaga kerana tiada tempat khas disediakan dan lebih membebankan apabila pihak berkuasa sering mengenakan tindakan termasuk saman setiap kali mengadakan rondaan. “Kebanyakan kami juga tidak mendapat permit disebabkan faktor itu dan saman yang banyak amat membebankan peniaga yang kebanyakannya Melayu di kawasan ini,” katanya. Beliau mahu PBT menyegerakan permohonan dikemukakan penduduk melalui Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Batang Kali untuk membina tapak khas seperti dicadangkan bagi mengatasi masalah itu. Jailani juga meminta pihak berkuasa tidak mengenakan sebarang tindakan memandangkan peniaga tiada pilihan lain untuk berniaga selagi permohonan itu tidak selesai.

Manakala, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya, Ismail Md Nor menyuarakan fungsi Jawatankuasa Penduduk (JKP) yang kurang dimanfaatkan kebanyakan masyarakat. Menurutnya, jika peranan jawatankuasa itu dimanfaatkan sepenuhnya, beliau yakin banyak permasalahan dapat diselesaikan. “Penduduk perlu manfaatkan sepenuhnya fungsi JKP selain sentiasa peka dengan permasalahan dihadapi di kawasan masing-masing. “Sekiranya perkara ini dilaksanakan sepenuhnya, saya yakin tidak berlaku permasalahan di peringkat PBT terutama dalam mengambil tindakan penyelesaian terhadap semua isu,” katanya. Menurutnya, sikap masyarakat sering menyalahkan PBT dianggap tidak wajar kerana kebanyakan masalah ditimbulkan daripada masyarakat sendiri. Justeru, beliau menyifatkan sesi dialog sebagai medan utama menyuarakan segala masalah di kawasan masing-masing.

Ahad, 14 Jun 2009

Sekim Mesra Usia Emas (SMUE) -


Tarikh tutup untuk pendaftaran usia emas yang melebihi umur 60 tahun adalah pada 30/6/2009. Pendaftaran untuk penduduk yang akan melangkah umur 60 tahun adalah sentiasa dibuka.

Berikut adalah maklumat berkenaan Program Mesra Usia Emas (MUE).
Tarikh tutup untuk pendaftaran usia emas yang melebihi umur 60 tahun adalah pada 30/6/2009. Pendaftaran untuk penduduk yang akan melangkah umur 60 tahun adalah sentiasa dibuka.

Berikut adalah maklumat berkenaan Program Mesra Usia Emas (MUE).

1. Di mana BORANG dan bagaimanakah cara untuk menyertai Mesra Usia Emas?

Bermula 1 Oktober 2008, pemohon hendaklah mendapatkan Borang Mesra Usia Emas di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan pemohon tinggal. Sila lihat senarai Pusat Khidmat DUN

2. Apakah tujuan program Mesra Usia Emas ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri? Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.

3. Bilakah tarikh program Mesra Usia Emas ini akan beroperasi secara rasmi?

Program Mesra Usia Emas ini dijangka akan beroperasi sekitar Oktober 2008, dan tertakluk kepada sebarang pengumuman rasmi dari semasa ke semasa . Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2008 yang lalu. Manakala Logo rasmi Mesra Emas pula (seperti yang telah dipaparkan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008, sempena Sambutan Perayaan Ambang Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor

4. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program Mesra Usia Emas ini?

Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN -
Lahir di Negeri Selangor ATAU -
Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU -
Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

5. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini?

Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.

6. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut?

Tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan di dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat.Penama boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.

Tarikh. tutup pendaftaran pada 30/6/2009
Harap maklum kepada semua petugas dun.

En. Kamsani Bin Nasir, Ketua Pegawai Operasi, Rantaian Mesra Sdn Bhd
Alamat : Tingkat (G), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 3468, 03-5510 3472
Faks: 03-5510 3455E-mel:

Sila dapatkan Borang Permohonan dan khidmat nasihat mengenai Program Mesra Usia Emas dari Pusat Khidmat ADUN kawasan anda !

Sabtu, 13 Jun 2009

Kerajaan Selangor bela ibu tunggal dengan projek cendawan

PUCHONG, 12 Jun (Hrkh) - Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terhadap nasib ibu tunggal direalisasikan dengan mewujudkan projek penanaman cendawan dalam satu program yang dikenali sebagai satu kampung satu produk.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi desa terutamanya meningkatkan pendapatan golongan ibu tunggal yang hilang punca pendapatan selain daripada terpaksa menanggung perbelanjaan anak-anak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Yaakop Sapari, Kerajaan Negeri kena bantu golongan ibu tunggal. Oleh sebab itu, satu sistem dibangunkan untuk membantu sekali gus dapat keluar dari lingkaran kemiskinan.
"Program ini merupakan program kerajaan negeri, di mana pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menyediakan sedikit dana untuk menjayakan projek ini dan menepati sasarannya," katanya ketika ditemui.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek pembangunan produk cendawan bagi program satu kampung satu produk di Kampung Sri Aman, dekat sini semalam.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu, satu set khemah bersaiz 20' X 11' dengan 5,000 bongkah cendawan berharga RM15,000 dan kerajaan negeri tidak bagi hasil dalam bentuk tunai tetapi bagi dalam bentuk teknologi dan bimbingan.
Dengan cara itu katanya, adalah lebih praktikal untuk membolehkan golongan susah di Kampung ini dapat dibantu. Lepas ini, Kerajaan negeri akan teruskan lagi, kalau ada rakyat yang susah akan dibantu.
Tambah beliau, di samping tempat ini, kampung ini juga ada pengusaha-pengusaha cendawan yang lain dan tempat ini dipilih kerana sudah mempunyai tempat latihan cara penanaman cendawan.
"Ini merupakan tempat yang pertama diadakan projek seperti ini. Selain itu, projek yang sama telah dilakukan di Hulu Langat, Tanjung Karang dan Hulu Yam dan ini bergantung di mana pakar penanaman cendawan berada," katanya.
Beliau sebagai exco yang bertanggunjawab berharap agar Negeri Selangor akan menjadi pengeluar cendawan untuk pasaran tempatan. - mns_ -->

ADUN P.Pinang Rela Lepaskan Jawatan Jika Tuduhan Rasuah Dibukti


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agung Parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.
Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Guan Eng meminta surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).
"Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti," Katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.
Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.
Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan meminta parti menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.
"Saya berbesar hati untuk mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada kepimpinan parti kerana parti mempunyai hak untuk bertindak terhadap rasuah," katanya.
Guan Eng berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus, untuk menyiasat perkara itu dan tindakan tegas akan diambil jika ada sebarang salah laku.
Tan didakwa telah menuntut RM2,000 daripada Pejabat Daerah untuk set televisyen dan pemain cakera padat yang hanya bernilai RM450. Beliau menafikan segala tuduan itu sebagai tidak berasas.

selamat bersidang kepada semua perwakilan Hulu Selangor ke Kongress Khas 2009, Kuis 13 Jun 2009

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa audit khas bagi memastikan kontrak pengurusan sampah di Selangor diberikan kepada mereka yang merupakan operator sebenar.Jawatankuasa audit akan bekerjasama dengan Alam Flora bagi memastikan pemberian kontrak tidak melalui orang tengah lagi. Jawatankuasa tersebut juga akan menjalankan penelitian serta kajian ke atas nilai perkhidmatan yang disediakan.Bagi syarikat yang didapati menggunakan orang tengah, kontraknya akan ditarik balik serta-merta dan kes ini akan dilaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan.Kerajaan Negeri berharap penubuhan Jawatankuasa ini dapat membendung cara pemberian kontarak yang tidak sihat melalui orang tengah. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak berhasrat bagi meneruskan amalan yang tidak beretika ini sepertimana yang sering dilakukan oleh kerajaan lalu.Kerajaan negeri juga berharap langkah ini dapat menjamin perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kontraktor kepada rakyat Selangor adalah setimpal dengan nilai wang - tanpa mengira pendirian politik, bangsa atau latarbelakang.Kerajaan juga dalam usaha mengkaji strategi bagi melaksanakan sistem tender yang lebih telus dan bertanggungjawaban bagi pemberian kontrak masa depan.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Khamis, 11 Jun 2009

SPIES BELIA DUN BATANG KALI 6-7 JUN 2009








Selangor Lancar Portal S.P.I.E.S

SHAH ALAM, 10 Jun – Kerajaan Negeri Selangor tidak ketinggalan dalam usaha memanfaatkan setiap perkembangan dan kegunaan teknologi bagi melancarkan serta menyebarluaskan maklumat kepada orang awam khususnya rakyat di negeri yang maju ini.
Antara perkembangan mutakhir teknologi internet dan web, termasuklah penggunaan konsep portal dan laman web yang lebih dinamik dan interaktif.
Tambahan pula, ketika ini semakin banyak aplikasi dan modul-modul laman web yang sofistikated dan serasi dengan letusan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malah konsep ICT itu sendiri kini semakin bersilih ganti dengan konsep Sains Teknologi dan Inovasi atau “STI”, bergantung pada peranan dan keperluan.
“Laman web S.P.I.E.S. merupakan antara contoh yang terbaik, yang dibangunkan berasaskan konsep portal dan laman web terkini yang lebih dinamik, interaktif, mesra pengguna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih efisien, bersesuaian dengan kehendak semasa”, kata Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika majlis pelancaran laman web SPIES Negeri Selangor di Bilik Gerakan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini petang tadi.
Dalam pada itu, “S.P.I.E.S” merupakan singkatan bagi konsep-konsep Spritual, Physical, Intellectual, Emotional, dan Social (Kerohanian, Jasmani, Cendekiawan, Emosi dan Kemasyarakatan atau Sosial) yang juga diinspirasikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Hjh Dr. Halimah Ali.
Abdul Khalid berharap agar laman web S.P.I.E.S ini dapat berperanan sebagai pusat sehenti atau “One Stop Centre” terhadap pelbagai maklumat dan kandungan berkaitan dengan S.P.I.E.S. yang boleh dicapai dengan mudah.
Antara maklumat umum berkaitan S.P.I.E.S. yang boleh dicapai sekarang termasuklah berita-berita serta progam-program terkini yang berjaya dilaksanakan menerusi Standco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Laman web ini dilengkapi galeri gambar, multimedia, video-video menarik serta forum yang membolehkan masyarakat umum berinteraksi atau memberi maklum balas, berkongsi idea dan pendapat.
Di samping itu, dengan pelancaran laman web ini, secara tidak langsung dapatlah Sekretariat Program S.P.I.E.S. menampilkan dan menyebarluaskan pelbagai aktiviti yang berhubung kait dengan pembangunan modal insan.
Dan perkara yang lebih penting lagi ia membolehkan penyaluran maklumat dan penyertaan interaktif kepada pihak awam, khususnya rakyat negeri Selangor.
Justeru, diharapkan laman web S.P.I.E.S ini dapat memberikan pelbagai maklumat kepada masyarakat umum tentang tanggungjawab dan rancangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor dalam usaha melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik dan bersepadu melalui pelbagai program yang sedang dilaksanakan serta yang bakal direncanakan.
Golongan belia muda boleh mengikuti dan mendapatkan perkembangan semasa aktiviti dan program yang sudah diaturkan Kerajaan Negeri Selangor dengan melayari laman webnya di alamat spies.selangor.gov.my.

Sabtu, 6 Jun 2009

SESI "ZERO MIND" DI KURSUS SPIES BELIA PAGI INI..

Seramai lebih 80 orang peserta menyertai kursus Spies Belia di Kalumpang Resort di sini hari ini. Kursus yang dijalankan oleh Airbone Discovery bermula hari ini 6 sehingga 7 Jun 2009 dengan kerjasama pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUn Batang Kali, telah mencapai sasarannya, dimana hampir majoriti peserta adalah berumur 17 sehingga 25 tahun.

Pagi ini, Hj Azizan dan Pn Heliza telah mengemudi program "Zero Mind" di Dewan Helang, Kalumpang Resort Training Center bagi memulakan kursus 2 hari 1 malam ini.

(Gambar akan menyusul kemudian)

Dari Kalumpang, Shaiful Anuar Sulaiman melaporkan.

Jumaat, 5 Jun 2009

Kamu Mungkin Gadis Melayu Yang Dicari!

Jika kamu...
1. Berpewatakan menarik.
2. Bijak berkomunikasi.
3. Sukakan cabaran.
Hadiri ujibakat Pencarian Gadis Melayu TV9 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada 6 & 7 Jun 2009, dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Warganegara Malaysia.
2. Berketurunan Melayu.
3. Berumur 22 - 27 tahun.
4. Kelulusan minima Diploma.
5. Gambar berukuran poskad.
Yang berminat pergilah cuba peluang anda!!!

Peluang Dalami Bidang Produksi Video

Thursday, 04 June 2009
SHAH ALAM, 4 Jun - Orang awam kini berpeluang mendalami bidang produksi video dengan hanya RM50 melalui program “Ampang Speaks Through Video Clips Production Training” anjuran Sekretariat Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Selangor.
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata program tersebut akan diadakan setiap hujung minggu (Ahad) bermula pada 7, 14, dan 21 Jun ini.
“Program ini bertujuan memberi latihan asas kepada masyarakat untuk menggunakan kemudahan media teknologi terkini seperti telefon bimbit, kamera digital dan video sebagai medium perantaraan.
Peserta juga akan didedahkan dengan teknik penulisan skrip, penerbitan teknik rakaman, penataan bunyi, cahaya, proses, suntingan, muat turun ke internet dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan produksi”,kata kenyataan itu.
Menurutnya, hasil-hasil kerja peserta program akan ditayangkan melalui tayangan sulung pada 18 Julai ini.
Pendaftaran kini dibuka kepada orang ramai yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor di talian 03-5544 7916 (Encik Johan) / 03-5544 7921 (Puan Ayu) atau melalui Pejabat ADUN Teratai di talian 03-4295 1267 bagi tujuan pendaftaran.

Lawatan Dr Xavier ke Rumah Peneroka Felda Sg Tengi, Hulu Selangor






Felda Sg Tengi, Hulu Selangor, 4 Jun 2009 - YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah meluangkan masa melawat 12 buah rumah peneroka felda yang berada di dalam keadaan usang dan daif.
Beliau terperanjat melihat kepayahan hidup beberapa orang peneroka yang dilawatinya. Rumah mereka begitu usang dan perlukan bantuan 'baik pulih' atau 'bina baru' dalam program 'Kerajaan Prihatin' Negeri Selangor.Tegasnya perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana skim perladangan Felda dipantau sepenuhnya agensi-agensi kerajaan di bawah kerajaan persekutuan. Beliau berasa kesal pihak pengurusan Felda tidak mengambil berat masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka tersebut.Tambahnya lagi kerajaan negeri akan mula memasuki kawasan-kawasan skim perladangan Felda seluruh negeri Selangor bagi membantu peneroka-peneroka yang memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik masing-masing.Lawatan beliau turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, pihak Lembaga Zakat, beberapa orang Ahli Majlis Hulu Selangor, Ketua Kampung dan Penghulu Mukim serta beberapa orang pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
Turut hadir ialah Puan Elya Marlini Bte Dahamin, Timbalan Pengarah Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).Beliau turut menyampaikan hamper barangan makanan kepada beberapa orang peneroka yang miskin.

RM500 Sebulan: Rakyat FELDA Sg Tengi Antara Termiskin Di Selangor (SELANGORKINI)

HULU SELANGOR, 4 Jun - Masih ramai rakyat negeri Selangor khususnya dalam kawasan pedalaman dan ladang, memperolehi pendapatan dalam paras kemiskinan, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar.
Malah ada antara mereka yang masih menetap di Rancangan Felda Sungai Tengi, memperolehi pendapatan sekitar RM400 hingga RM500 sebulan.
Beliau yang mengadakan lawatan di beberapa buah rumah penduduk di tanah rancangan itu hari ini, mendapati keadaan rumah mereka sangat daif dan memerlukan bantuan segera.
Kebanyakkan mereka adalah peneroka asal dan ibu tunggal yang sudah uzur serta tidak mampu lagi menguruskan ladang masing-masing.
Kebanyakan ladang mereka kini diuruskan oleh orang lain, termasuk warga asing.
“Pegawai-pegawai kami pergi ke rumah penduduk terbabit selepas mendapat maklumat daripada pejabat daerah dan hasil tinjauan serta penilaian yang dibuat terhadap latar belakang keluarga, tanggungan dan pekerjaan, kami mendapati pendapatan mereka tidak sampai RM500 sebulan.
“Malah ada yang memperolehi RM400 atau RM300 sebulan. Justeru kami memutuskan untuk membina rumah-rumah baru untuk mereka kerana mendapati rumah yang didiami sudah uzur dan tidak lagi sesuai,” katanya.
Dr. Xavier berkata, tahun lalu kerajaan pakatan rakyat membelanjakan lebih RM6 juta untuk membina hampir 250 rumah baru penduduk termiskin dan membaiki kira-kira 300 rumah lagi yang mengalami kerosakan, khususnya bumbung bocor dan dinding yang dimakan anai-anai.
Pada lawatan itu, Dr. Xavier turut menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada sembilan buah keluarga yang dikunjungi.
Beliau turut dimaklumkan bahawa ada 85 ibu tunggal dalam kawasan itu, kini menjalankan perusahaan membuat kerepek dan kuih-muih secara kecil-kecilan dalam koperasi.
Menurutnya, kerajaan negeri sedia membantu mereka dengan menyediakan mesin pembungkusan yang sesuai dan menarik bagi memudahkan produk yang mereka hasilkan, berupaya menyaingi pasaran tempatan.

Bersosial di internet... Anak-anak perlu diawasi !


RAMAI daripada kita pasti masih ingat, sebelum era Internet diperkenalkan khidmat pen pals amat popular di kalangan pelajar. Kiriman surat atau aerogram menjadi penghubung mengeratkan persahabatan sama ada di dalam mahupun di luar negara.Namun, sejak Internet diperkenalkan, perkhidmatan pen pals 'pupus' sama sekali dan serentak itu rangkaian laman sosial dalam talian mula mengambil tempat.Facebook, Friendster, My Space dan sebagainya secara tiba-tiba menjadi medium yang popular, berkesan, mudah dan menarik untuk menjalinkan persahabatan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.Dilihat dari sudut positif, pengenalan dunia tanpa sempadan ini sememangnya mendatangkan banyak kebaikan termasuk dari segi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak.'Bersosial di Internet' mungkin dapat meluaskan ilmu, pandangan dan pengalaman, namun sejauh manakah keselamatan data dan informasi yang dikongsi anak bersama rakan-rakannya di Internet?Tahukah dengan siapa mereka bersahabat? Dan adakah mereka memberikan semua maklumat yang diminta oleh rakan tersebut?


Inilah yang setiap ibu bapa perlu ketahui. Buat lah checking ke pc anak-anak..

Khamis, 4 Jun 2009

MINUM AIR DARI TANAH PERKUBURAN ? SINAR HARIAN 4 JUN KHAMIS

SUNGAI CHOH – “Kami sudah tidak ada pilihan lain, jadi terpaksa minum.” Demikian kata seorang penduduk Kampung Orang Asli Sungai Garing yang terpaksa meminum sumber air diperoleh daripada bukit tanah perkuburan Cina di sini.
Sarimah Abdullah, 35, berkata, sejak 35 tahun tinggal di situ, dia bersama empat anaknya tidak pernah merasa nikmat air bersih. Malah bagi meneruskan kehidupan, mereka sanggup mengambil air daripada bukit di belakang rumah yang merupakan air yang mengalir dari tanah perkuburan Cina di situ. “Terpaksalah. Kalau tidak macam mana nak hidup,” katanya ringkas tanpa sedikitpun rasa geli meminum sumber air daripada bukit berkenaan. Menurutnya, sebelum kawasan penempatan mereka dibangunkan dengan membina perumahan menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), keadaan mereka lebih selesa walaupun terpaksa bergantung kepada air telaga. Bagaimanapun, setelah Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mewujudkan peruntukan membina penempatan di kawasan itu, keadaan serta-merta berubah. “Kehidupan kami seolah kembali ke zaman darurat yang tiada bekalan air dan api malah terpaksa mencari sumber atau punca air mata air bagi mendapatkan bekalan itu. “Begitu juga dengan bekalan elektrik, sejak dulu lagi kawasan kami sentiasa bergelap dan sehingga kini masih menggunakan lampu pelita dan lilin,” katanya yang jelas mengharap sesuatu daripada pihak berkenaan. Sarimah berkata, keadaan itulah memaksa dia dan anaknya menggunakan ‘air kubur’ sebagai keperluan untuk minum, memasak, mandi dan membasuh setiap hari. Menurutnya, satu lagi sumber air yang diperoleh ialah dari mata air, namun air yang sentiasa kuning dan kadang-kadang berkarat mengehadkan penggunaan air itu. Sarimah sebelum ini sesekali pernah mengambil air daripada rumah rakannya yang terletak jauh dari perkampungan mereka. Dia terpaksa berulang ke rumah rakannya menaiki motosikal, tetapi masalah kewangan akhirnya menghalang dia dari terus berbuat demikian. “Saya ambil dari rumah rakan pun kena bayar, bukan percuma. Nak guna motosikal pun kena isi minyak, jadi keadaan itu menghalang saya untuk mendapatkan air dari sana,” katanya yang hanya memperoleh pendapatan daripada hasil jualan daun pisang atau sesekali dengan jualan buah-buahan apabila tiba musimnya. Sarimah turut sedih dan terkilan kerana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan wakil rakyat yang diharapkan jarang sekali memantau keadaan mereka malah ada saja alasan yang diberikan sehingga memaksa dia menguruskan sendiri segala urusan berkaitan keperluannya. Sedangkan katanya, dia sering mengajukan permasalahan dihadapi dan Sarimah adalah pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Sementara itu, anak sulung Sarimah, Nur Rosshafila Sahira Abdullah, 14, ketika ditanya perasaannya yang terpaksa melalui kehidupan sedemikian berkata, dia redha dan terpaksa melaluinya dengan sabar. Nur Rosshafila berkata, kadang-kadang dia terpaksa menggunakan pakaian sekolah yang telah digunakan beberapa hari kerana ketiadaan air bersih dan mencukupi untuk membasuh.

kONVENSYEN PEMBANGUNAN BELIA SELANGOR DI HOTEL HILTON, PJ - PENUTUP 6 JUN SABTU 8PG

SHAH ALAM- Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah proaktif dengan mengadakan Konvensyen Pembangunan Belia Negeri Selangor yang bermula pada hari ini, 2 hingga 4 Jun 2009 dengan majlis penutup pada 6 Jun 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Program berbentuk forum selama tiga hari dengan dua sesi setiap hari ini terbuka kepada orang awam khususnya golongan belia. Hasil perbincangan dalam konvensyen pada 2 hingga 4 Jun ini bakal digarap dan dirumuskan untuk menjadi asas panduan kepada program-program pembangunan belia oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Butiran program adalah seperti berikut:
4 Jun (Khamis), 8.00 malam
Dewan 1) Penglibatan Golongan Muda Dalam Politik Baru
Ahli Panel:
1) Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman, Timb Setiausaha Agung PKR;
2) Lee Khai Loon, Youth for Change
Dewan 2) Sukan sebagai Kerjaya Hidup
Ahli Panel:
1) Roslin Hashim, Pemain badminton negara;
2) Koo Cai Lin, Perenang dan Olahragawati Selangor 2008
Majlis penutup dijadualkan pada Sabtu ini (6 Jun), 8.00 pagi – 12.00 tengah hari, di Hotel Hilton PJ. Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka menyampaikan ucaptama setelah selesai pembentangan hasil perbincangan di konvensyen dalam tiga hari tersebut.

Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) yang bertanggungjawab mengelolakan program ini merupakan sebuah badan di bawah naungan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab merangka, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan belia di Negeri Selangor.
Program anjuran SBNS menggunakan slogan “Gen-S” iaitu singkatan untuk Generasi muda Selangor yang memiliki sahsiah diri yang tinggi, mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial, mempunyai apresiasi terhadap seni, aktif dalam sukan serta bersemangat dalam aktiviti kesukarelawan.

SUMBANGAN BELIA UNTUK NEGARA SELALU TIDAK SEIMBANG...

PETALING JAYA, 2 Mei - Krisis kemanusiaan merupakan satu peristiwa yang mewujudkan satu ancaman, mungkin menjejaskan keselamatan, keamanan, kesihatan, keselesaan, ketenteraman awam sama ada dari sudut jiwa mahupun fizikal kepada komuniti yang membabitkan kawasan yang luas dan memberi kesan jangka panjang.
Demikian kata Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hj. Husin Ismail ketika memulakan sesi perbincangan forum “Konflik Kemanusiaan dan Penglibatan Belia dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan” pada Konvensyen Agenda Pembangunan Belia di Hotel Hilton, di sini malam tadi.
“Terdapat dua bentuk krisis kemanusiaan, antaranya krisis kemanusiaan semulajadi ataupun bencana alam dan krisis ciptaan manusia seperti konflik peperangan akibat perbuatan manusia sendiri yang mempunyai matlamat tertentu dan mengejar hasrat masing-masing”, katanya.
Lazimnya krisis kemanusiaan bencana alam mudah dikenalpasti kerana ianya berlaku secara semulajadi iaitu mengikut hukum alam seperti tsunami, banjir, kemarau dan tanah runtuh berbanding krisis ciptaan manusia disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri akibat kerakusan manusia mengejar kemewahan dan kuasa demi kepentingan dan mencapai matlamat masing-masing seperti peperangan, kebuluran, penularan wabak penyakit, pelarian dan pemanasan global.
Natijahnya banyak memberi kesan buruk kepada keharmonian dan kesejahteraan kehidupan manusia baik jiwa mahupun fizikal di samping menjejaskan kualiti alam sekitar, merundumnya ekonomi dunia yang menjadi permasalahan sejagat dan sebagainya.
Sebagai contoh, isu dafur di Sudan berlaku konflik kebejatan kemanusiaan akibat kebangkitan sesebuah etnik yang tidak bersetuju dengan satu pihak yang lain yang akhirnya menimbulkan pergolakkan komuniti tersebut. Menurut United Nation, konflik di dafur mengakibatkan sehingga 400,000 warganegaranya mati akibat perebutan kuasa terhadap wilayah tersebut yang didakwa memiliki deposit uranium yang terbesar dan dipercayai mempunyai hubungkait dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Selain itu, krisis kemanusiaan juga boleh wujud apabila berlaku pertembungan ideologi yang berbeza yang mempunyai kepentingan tersendiri sesuatu pihak sama ada berteraskan kepada politik mahupun ekonomi.
Dalam konteks penglibatan belia dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula, jelas menunjukkan bahawa peranan mereka kian terpinggir sama ada dalam kalangan komuniti mahupun negara. Golongan belia yang berada dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun ini seringkali mendapat liputan media massa bukan kerana sumbangannya kepada negara atau komuniti tetapi konflik sosial yang kian parah setiap tahun, antaranya masalah penagihan dadah, penularan wabak HIV dan AIDS akibat salahguna dadah dan seks bebas, gejala samseng jalanan, ragut dan bunuh.
Senario ini amat membimbangkan kita malahan merugikan negara kerana kehilangan tonggak masa hadapan, pelapis pembangunan dan pemimpin yang turut menyumbang kepada kemelesetan tenaga mahir dan professional untuk menjana ekonomi setempat.
“Hampir 86% golongan belia di Malaysia tidak terlibat dalam konteks membuat sebarang keputusan walhal populasi mereka ini antara terbanyak dalam sejarah manusia terutamanya dalam negara dunia ketiga namun peranan dan idea mereka dinafikan dan tidak diketengahkan di peringkat nasional”, kata Pengurus Projek, Program Pembangunan United Nation, Siti Altaf Deviyati Ismail.
“NGO tidak mahu dikongkong ataupun diletakkan dalam badan kerajaan namun ianya perlu bantuan dan sokongan dari segi moral dan dana bagi terus menggerakkan aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan”, tegas Hj. Husin mendedahkan peranan dan pendekatan NGO amat penting bagi membantu kerajaan Malaysia menangani konflik kemanusiaan dalam dan luar negara dari sudut sosial, kemasyarakatan dan ekonomi.
Sehubungan itu, hasil perbincangan forum dapat dirumuskan bahawa pihak berkuasa dan pemimpin berperanan untuk mendekati dan mendampingi golongan belia bagi membendung krisis kemanusiaan ini.
Antara lain, pihak NGO perlu bekerjasama antara satu sama lain, melalui pemaufakatan gerak kerja, ide dan tindakan susulan bagi memperkukuhkan pertubuhan masing-masing dalam menyuarakan kehendak dan keperluan golongan belia supaya diketengahkan di peringkat nasional yang kelak mengurangi konflik sosial.
Dalam pada itu, kepincangan sosial masyarakat hari ini boleh dipulihkan melalui pendekatan rohani dan kembali kepada ajaran agama masing-masing yang berteraskan keharmonian dan kesejahteraan di samping kesedaran dalam kalangan masyarakat baik tua mahupun muda bahawa konflik ini perlu diatasi segera sebelum menjadi parah.
Justeru, satu pelan tindakan bersama kerajaan negeri Selangor perlu dicanang bagi mengiktiraf penglibatan belia dalam sebarang aspek pembangunan negara supaya majoriti golongan ini diberi ruang menyuarakan pendapat dan kehendak mereka boleh diterjemahkan mengikut minat dan kebolehan masing-masing dengan saluran yang betul.

SPIES BELIA 6 & 7 JUN DI KALUMPANG RESORT, CEPAT DAFTAR UTK DAPATKAN TEMPAT!

Sila daftar sebelum Jumaat, 5 Jun ini untuk mendapatkan tempat!
Hubungi Shaiful Anuar 019 3291967!

Kerajaan Negeri Henti Kutipan RM50 Serta Merta

SHAH ALAM, 3 Jun - Kerajaan Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan serta merta kutipan bayaran RM50 terhadap seluruh peniaga pasar malam di negeri ini.
Demikian kata Dato’ Menteri Besar Selangor kepada pemberita selepas merasmikan Program Meningkatkan Pendidikan Sekolah-Sekolah Tamil, di sini, petang tadi.
Menurutnya, langkah menghentikan bayaran tersebut dibuat berikutan aduan yang diterima pihaknya berikutan para peniaga di kawasan Ampang Jaya menanggung beban pembayaran tersebut.
“Exco kerajaan negeri telah berbincang dan memutuskan tiada lagi kutipan wang RM50 terhadap mereka malam selepas ini,” katanya yang berjanji memulangkan semula bayaran yang dibuat oleh peniaga sebelum ini.
Dalam masa yang sama, Abdul Khalid berkata kutipan sebanyak RM4 sebagai yuran pengurusan sampah di kawasan pasar malam diteruskan seperti biasa.
“Walau bagaimanapun urusan kutipan hanya dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam kawasan masing-masing sahaja”, katanya.