PETALING JAYA, 2 Mei - Krisis kemanusiaan merupakan satu peristiwa yang mewujudkan satu ancaman, mungkin menjejaskan keselamatan, keamanan, kesihatan, keselesaan, ketenteraman awam sama ada dari sudut jiwa mahupun fizikal kepada komuniti yang membabitkan kawasan yang luas dan memberi kesan jangka panjang.
Demikian kata Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hj. Husin Ismail ketika memulakan sesi perbincangan forum “Konflik Kemanusiaan dan Penglibatan Belia dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan” pada Konvensyen Agenda Pembangunan Belia di Hotel Hilton, di sini malam tadi.
“Terdapat dua bentuk krisis kemanusiaan, antaranya krisis kemanusiaan semulajadi ataupun bencana alam dan krisis ciptaan manusia seperti konflik peperangan akibat perbuatan manusia sendiri yang mempunyai matlamat tertentu dan mengejar hasrat masing-masing”, katanya.
Lazimnya krisis kemanusiaan bencana alam mudah dikenalpasti kerana ianya berlaku secara semulajadi iaitu mengikut hukum alam seperti tsunami, banjir, kemarau dan tanah runtuh berbanding krisis ciptaan manusia disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri akibat kerakusan manusia mengejar kemewahan dan kuasa demi kepentingan dan mencapai matlamat masing-masing seperti peperangan, kebuluran, penularan wabak penyakit, pelarian dan pemanasan global.
Natijahnya banyak memberi kesan buruk kepada keharmonian dan kesejahteraan kehidupan manusia baik jiwa mahupun fizikal di samping menjejaskan kualiti alam sekitar, merundumnya ekonomi dunia yang menjadi permasalahan sejagat dan sebagainya.
Sebagai contoh, isu dafur di Sudan berlaku konflik kebejatan kemanusiaan akibat kebangkitan sesebuah etnik yang tidak bersetuju dengan satu pihak yang lain yang akhirnya menimbulkan pergolakkan komuniti tersebut. Menurut United Nation, konflik di dafur mengakibatkan sehingga 400,000 warganegaranya mati akibat perebutan kuasa terhadap wilayah tersebut yang didakwa memiliki deposit uranium yang terbesar dan dipercayai mempunyai hubungkait dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Selain itu, krisis kemanusiaan juga boleh wujud apabila berlaku pertembungan ideologi yang berbeza yang mempunyai kepentingan tersendiri sesuatu pihak sama ada berteraskan kepada politik mahupun ekonomi.
Dalam konteks penglibatan belia dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula, jelas menunjukkan bahawa peranan mereka kian terpinggir sama ada dalam kalangan komuniti mahupun negara. Golongan belia yang berada dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun ini seringkali mendapat liputan media massa bukan kerana sumbangannya kepada negara atau komuniti tetapi konflik sosial yang kian parah setiap tahun, antaranya masalah penagihan dadah, penularan wabak HIV dan AIDS akibat salahguna dadah dan seks bebas, gejala samseng jalanan, ragut dan bunuh.
Senario ini amat membimbangkan kita malahan merugikan negara kerana kehilangan tonggak masa hadapan, pelapis pembangunan dan pemimpin yang turut menyumbang kepada kemelesetan tenaga mahir dan professional untuk menjana ekonomi setempat.
“Hampir 86% golongan belia di Malaysia tidak terlibat dalam konteks membuat sebarang keputusan walhal populasi mereka ini antara terbanyak dalam sejarah manusia terutamanya dalam negara dunia ketiga namun peranan dan idea mereka dinafikan dan tidak diketengahkan di peringkat nasional”, kata Pengurus Projek, Program Pembangunan United Nation, Siti Altaf Deviyati Ismail.
“NGO tidak mahu dikongkong ataupun diletakkan dalam badan kerajaan namun ianya perlu bantuan dan sokongan dari segi moral dan dana bagi terus menggerakkan aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan”, tegas Hj. Husin mendedahkan peranan dan pendekatan NGO amat penting bagi membantu kerajaan Malaysia menangani konflik kemanusiaan dalam dan luar negara dari sudut sosial, kemasyarakatan dan ekonomi.
Sehubungan itu, hasil perbincangan forum dapat dirumuskan bahawa pihak berkuasa dan pemimpin berperanan untuk mendekati dan mendampingi golongan belia bagi membendung krisis kemanusiaan ini.
Antara lain, pihak NGO perlu bekerjasama antara satu sama lain, melalui pemaufakatan gerak kerja, ide dan tindakan susulan bagi memperkukuhkan pertubuhan masing-masing dalam menyuarakan kehendak dan keperluan golongan belia supaya diketengahkan di peringkat nasional yang kelak mengurangi konflik sosial.
Dalam pada itu, kepincangan sosial masyarakat hari ini boleh dipulihkan melalui pendekatan rohani dan kembali kepada ajaran agama masing-masing yang berteraskan keharmonian dan kesejahteraan di samping kesedaran dalam kalangan masyarakat baik tua mahupun muda bahawa konflik ini perlu diatasi segera sebelum menjadi parah.
Justeru, satu pelan tindakan bersama kerajaan negeri Selangor perlu dicanang bagi mengiktiraf penglibatan belia dalam sebarang aspek pembangunan negara supaya majoriti golongan ini diberi ruang menyuarakan pendapat dan kehendak mereka boleh diterjemahkan mengikut minat dan kebolehan masing-masing dengan saluran yang betul.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan