Khamis, 4 Jun 2009

kONVENSYEN PEMBANGUNAN BELIA SELANGOR DI HOTEL HILTON, PJ - PENUTUP 6 JUN SABTU 8PG

SHAH ALAM- Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah proaktif dengan mengadakan Konvensyen Pembangunan Belia Negeri Selangor yang bermula pada hari ini, 2 hingga 4 Jun 2009 dengan majlis penutup pada 6 Jun 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Program berbentuk forum selama tiga hari dengan dua sesi setiap hari ini terbuka kepada orang awam khususnya golongan belia. Hasil perbincangan dalam konvensyen pada 2 hingga 4 Jun ini bakal digarap dan dirumuskan untuk menjadi asas panduan kepada program-program pembangunan belia oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Butiran program adalah seperti berikut:
4 Jun (Khamis), 8.00 malam
Dewan 1) Penglibatan Golongan Muda Dalam Politik Baru
Ahli Panel:
1) Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman, Timb Setiausaha Agung PKR;
2) Lee Khai Loon, Youth for Change
Dewan 2) Sukan sebagai Kerjaya Hidup
Ahli Panel:
1) Roslin Hashim, Pemain badminton negara;
2) Koo Cai Lin, Perenang dan Olahragawati Selangor 2008
Majlis penutup dijadualkan pada Sabtu ini (6 Jun), 8.00 pagi – 12.00 tengah hari, di Hotel Hilton PJ. Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka menyampaikan ucaptama setelah selesai pembentangan hasil perbincangan di konvensyen dalam tiga hari tersebut.

Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) yang bertanggungjawab mengelolakan program ini merupakan sebuah badan di bawah naungan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab merangka, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan belia di Negeri Selangor.
Program anjuran SBNS menggunakan slogan “Gen-S” iaitu singkatan untuk Generasi muda Selangor yang memiliki sahsiah diri yang tinggi, mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial, mempunyai apresiasi terhadap seni, aktif dalam sukan serta bersemangat dalam aktiviti kesukarelawan.

Tiada ulasan: