Isnin, 31 Januari 2011

Harapan tinggi di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa...


Dimana letaknya Bukit Sentosa? Dimana Bukit Beruntung? Kekadang sukar untuk menjawab soalan ini apabila ada saudara yang jauh datang melawat penduduk disekitar kawasan ini. Mana tidaknya, papan tanda kawasan perumahan di kebanyakan tempat di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung telah pun lusuh, nama jalan pun sudah lebur hilang entah kemana.... ini adalah antara keluhan penduduk disini.

Pelaburan TESCO memesatkan pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan dan peningkatan nilai hartatanah di Bandar Bukit Sentosa. Bayangkan TESCO Transit (Gudang) betul-betul terletak di sebelah Tol Bukit Beruntung yang telah beroperasi sejak tahun lalu. Kini, Kompleks perniagaan TESCO sedang dibina di Bandar Bukit Sentosa (di tapak Juara Rakyat). Sedangkan TESCO Rawang di Batu 16 juga telah mula operasi sejak akhir tahun lepas.
Disamping itu, projek kompleks dan deretan kedai , pejabat dan bank sedang di bina sepanjang laluan antara Tol Bukit Beruntung hingga ke Bandar Bukit Sentosa (gambar atas).
Kemakmoran yang dibawa oleh Kerajaan Selangor di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat terus berkat di mana sebuah Universiti Madinah akan dibina diantara Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa.
Malangnya kelembapan samada sengaja atau tidak sengaja dan kemungkinan kurang percaya pihak bank-bank (kecuali Public Bank) kepada DS Najib melambatkan proses pembelian rumah dan hartatanah di sini. PM harus melobi bukan sahaja melobi di Abu Dhabi tapi di tempat saperti Hulu Selangor  pun Najib kena pastikan agar bank-bank dan institusi insuran membuka pasaran di sini. Penduduk di sini sudah menunggu hampir 10 tahun kehadiran institusi kewangan (yang ada sekarang cuma bank Public dan ATM). Hendak di katakan tidak ramai penduduk bukanlah alasan lagi bagi KFC dan PIZZA HUT untuk terus menjadikan destinasi yang kekal bagi cawangan mereka.
Jangan disebabkan Negeri Selangor di tadbir Pakatan Rakyat maka usaha sambil lewa saja dilakukan. Yang rugi rakyat di kawasan Hulu Selangor dan  Malaysia amnya juga, jadi dimana semangat 1Malaysia Najib dalam hal ini?
Projek Bas samada bas mini atau perlu van sapu perlu diadakan segera dari Bandar Bukit Sentosa melalui Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa 3 , Bukit Beruntung 3 dan ke Pekan Rasa dan seterusnya ulang alik .
Projek Bandar Kuala Kubu ke 2 patut disegerakan dan kemudahan Balai Bomba dan klinik kesihatan perlu diwujudkan segera di Bukit Sentosa 2.
Jika semua keperluan ini dapat disediakan maka secara langsung  kepadatan penduduk akan bertambah, rumah-rumah yang sediaada akan terbeli , aktiviti ekonomi dan perniagaan baru akan lebih giat dan akhirnya cukai lebih banyak dapat dikutip, menjadikan pendapatan majlis daerah (PBT) akan meningkat . 

(edit/padanan dari PAS Bkt Sentosa2)

Penyokong PAS Hulu Selangor mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz

Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dibawa beliau naik ke masjid Pulau Melaka.

Sebelum itu rombongan yang diketuai Adnan Mat Nor selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor turut diraikan di dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Manteri Besar, JKR-10.

Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Pegawai Penerangan Zon daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan yang tidak pernah terpinggir dan sentiasa dilibatkan di didalam setiap program.

Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya memasuki masjid untuk mendengar tazkirah yang disampaikan Nik Aziz.

Antara kandungannya Nik Aziz berkata, di Kelantan PAS mengamalkan sistem pemerintahan Islam kerana ia adil untuk semua kaum.

“Kita semua adalah keturunan dan cucu cicit Nabi Adam a.s yang merupakan adik beradik, Umno tidak pernah memberitahu sedemikian kerana mereka tidak mengamalkan sistem politik Islam, sebaliknya mereka mengamalkan sekularisme, dan ini boleh memecahbelahkan keharmonian kaum. Namun di Kelantan menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memberitahu perkara ini.

“Soal orang bukan Islam memasuki masjid sengaja diperbesar-besarkan demi politik murahan mereka, di Kelantan kita menggalakkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid, dan banyak program telah diadakan di masjid yang turut melibatkan orang bukan Islam,” jelasnya.

Beliau juga menyifatkan orang bukan Islam yang memasuki masjid akan dapat belajar apa yang diajarkan oleh Islam tetapi mestilah dengan beradab dan sopan.

Nik Aziz juga menyeru supaya perkara-perkara yang baik seperti diuar-uarkan kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negeri-negeri selain Kelantan kerana orang-orang bukan Islam di Kelantan kini telah dapat menerimacorak pemerintahan Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan kerana Islam adalah adil untuk semua.

Selepas itu ahli rombongan telah dipelawa oleh Nik Aziz ke kediamannya yang terletak bersebelahan dengan masjid.

Harakahdaily/-

Ahad, 30 Januari 2011

SMK TAMAN BUNGA RAYA, BKT BERUNTUNG MENGADAKAN MAJLIS UNTUK 12 PELAJAR 8A YG CEMERLANG DLM PMR 2010



Keputusan PMR SMKTBR1 2010 meningkat lagi. Seramai 12 orang pelajar mencapai keputusan cemerlang 8A berbanding hanya 8 orang pada tahun 2009. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dan juga kepada guru-guru yang telah berusaha keras memastikan kejayaan pelajar-pelajar mereka. Tidak lupa kepada ibu bapa pelajar yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak untuk berjaya. Mudah-mudahan kejayaan hari ini akan mendorong semua untuk terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang. 
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar2 tersebut, dan selamat berusaha untuk mencapai lebih baik lagi kepada semua pelajar2 PMR 2011....

PROGRAM IKRAR PELAJAR SMK SG CHOH TAHUN 2011


Sempena program ikrar pelajar di SMK Sg Choh, seorang penceramah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi, Tn. Hj. Arbain b. Pinni. Beliau mengingatkan pelajar bahawa mereka mempunyai empat potensi (jasmani, rohani, emosi dan, intelek) yang perlu dikembangkan serta bijak menggunakan kaedah "auto suggestion" dalam diri secara positif serta bertindak cepat memperbaiki diri. Sebelum program ceramah, ketua pelajar sekolah telah membaca ikrar dihadapan pengetua dan guru-guru sekolah tersebut. 
Selamat mengharungi pembelajaran di tahun 2011 kepada semua guru dan pelajar SMK Sg Choh !!

SMK Bukit Sentosa memberikan sumbangan kpd pelajar sempena CNY

Pihak SMKBS berbesar hati memberikan sumbangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan yatim/ yatim piatu bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi..Semoga sumbagan yang diberikan mampu memberikan sedikit cahaya kegembiraan bagi penerima untuk meraikan Tahun baru Cina 2011..Sekalung penghargaan kepada semua yang memberikan sumbangan..

Selasa, 11 Januari 2011

Karya novel Interlok di politikan ?

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.