Sabtu, 29 September 2012

BAJET PRU13 ~ ANWAR

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Bajet 2013 yang dibentangkan hari ini satu lagi gimik politik Barisan Nasional (BN).


Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi cuba memberi gimik politik bagi memenangi hati rakyat.

"Ini hanya gimik politik. Jelas memang pembentangan Bajet 2013 ini hanya bermotifkan politik," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas sesi pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Menurut Anwar, rakyat sendiri bijak menilai motif permainan politik secara senyap yang cuba dimainkan oleh BN.

"Saya yakin rakyat bijak menilai ke mana perginya sebahagian besar wang rakyat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyindir Najib kerana tiada sebarang bajet diperuntukkan bagi mengubah struktur tahap rasuah di negara ini.

"Masalah besar negara ini ialah penyelewengan dan rasuah,

"Perubahan besar bagi membendung masalah rasuah ini yang perlu dititikberatkan," tegasnya.

Anwar turut menegaskan yang Najib tidak sepatutnya menggunakan gimik politik ini bagi memenangi hati rakyat kerana rakyat negara ini mampu berfikir secara waras bagi menilai sesuatu.

Rabu, 19 September 2012

ABBY ABADI ~ AGAMA SENTIASA DI HATI SAYA

HULU BERNAM - Walaupun dunianya sebelum ini dikelilingi hiburan yang dianggap melekakan namun dia bersyukur kerana ALLAH SWT mencampakkan hidayah dalam hatinya.
Itulah detik perubahan yang membawa dunia Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ke arah dakwah keagamaan dan jauh meninggalkan popularitinya sebagai selebriti.
“Agama sentiasa ada dalam hati saya.
“Walaupun saya leka dalam dunia selebriti tetapi saya bersyukur ALLAH berikan hidayah dan memberi peluang saya berubah,” katanya ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 penduduk dan penyokong Pas di Dataran Berop, dekat sini.
Abby, 35, dijemput oleh Pas Cawangan Berop, Tanjung Malim, Perak untuk berkongsi pengalaman hidupnya dan penghijrahannya ke dunia politik.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Misbahul Munir, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjung Malim, Salam dan Ketua Pas Cawangan Berop, Daud Husain.
Turut hadir, Ketua Ulama Pas Kawasan Tanjung Malim, Baharuddin dan Ketua PKR Cabang Tanjung Malim, Mejar B Kamal Badri.

Isnin, 17 September 2012

Laungan MERDEKA kedengaran di Majlis Rumah Terbuka AidilFitri Parlimen Hulu Selangor di Batang Kali

Majlis Sambutan Rumah TerbukaEidulFiti dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Hulu Selangor disambut sederhana tetapi meriah melibatkan lebih 3000 orang tetamu yang hadir di perkarangan pejabat Penyelaras Parlimen Pakatan Rakyat Hulu Selangor semalam. Laungan MERDEKA sebanyak tujuh kali kedengaran di majlis tersebut bagi mengibas kembali laungan keramat MERDEKA yang dibuat di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 lalu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Majlis yang bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam, 16 September 2012 itu diserikan dengan kehadiran beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Hulu Selangor, Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Hj Idris, Penyelaras DUN Hulu Bernam, Tuan Hj Cikgu Syukor, Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu, Ms Lau, Wakil-wakil parti DAP, PAS.
Turut memeriahkan majlis adalah ketua-ketua kampong. JKKK dari bebrapa kampong sekitar Batang Kali, Rasa, Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu.
Hadirin dan tetamu yang hadir bersama keluarga masing-masing memenuhi perkarangan yang dihias indah dengan juadah hariraya yang menarik. Pada sebelah malamnya, tetamu di hiburkan dengan sebuah kumpulan nasyid, Sinar Jernih dari Bukit Beruntung.
Majlis rumah terbuka ini adalah anjuran bersama pejabat Penyelaras Pakatan Rakyat Parlimen Hulu Selangor dan Ahli-ahli majlis serta JKKK Kg Seri.
Tahniah kepada semua yang hadir terutama kepada Tuan Hj Razali Mokhtar (Ahli majlis MDHS), Tuan Haji Mustapha Kamal (Timbalan Ketua Cabang), Sdr Azli (SU JKKK Kg Seri), Tuan Hj Khalid (Ketua JKKK Kg Seri), Pn Kameliyah Bien (Ahli majlis MDHS) dan seterusnya kepada semua AJK yang bertungkus lumus pada hari tersebut.









Jumaat, 14 September 2012

SEMUA DIJEMPUT KE MAJLIS RUMAH TERBUKA EIDULFITRI PARLIMEN HULU SELANGOR ~16 DEPT 2012 JAM 5 PTG - 10 MLM

MAJLIS RUMAH TERBUKA "HARIRAYA AIDILFITRI" @ SAMBUTAN HARI MALAYSIA 
PERINGKAT PARLIMEN HULU SELANGOR
 ~ AHAD :16Hb Sept 2012~ Jam 5ptg--10mlm 

~DATARAN TAMUHILL BATANG KALI 
(SEBELAH PASARAYA ECONSAVES)

@ANJURAN
PEJ PENYELARAS PARLIMEN H.SGR