Rabu, 29 Jun 2011

RISALAH PALSU BERSIH 2.0 MULA DI EDARKAN !!

Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru “tumbangkan kerajaan sekarang” atas nama “BERSIH 2.0″, pagi ini.  Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihak BERSIH 2.0, dan mengecam sekeras-keras tindakan pemalsuan ini.

Tahniah kepada Guru Hulu Selangor sempena sambutan Hari Guru Daerah Hulu Selangor

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor pada tahun 2011 telah diadakan pada 17 Jun 2011 di SM Sains Hulu Selangor. SMK Bukit Sentosa telah diberikan mandat untuk menghiburkan para hadirin yang hadir pada sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Selangor tahun 2011. Kumpulan koir SMK Bukit Sentosa telah memberikan persembahan yang amat baik sehingga menyebabkan hadirin terkesima. Tahniah diucapkan kepada para koir SMK Bukit Sentosa.

Jumaat, 3 Jun 2011

SEMINAR PEMERKASAAN USAHAWAN DI BATANG KALI

Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Selangor telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Usahawan Negeri Selangor 2011 pada 2 Jun 2011 bertempat di Dewan Dato Abdul Hamid Bandar Ligamasa, Batang Kali semalam.

Seminar telah di tutup oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman. Objektif seminar ini diadakan ialah untuk Mendedahkan peniaga dan usahawan mendalami ilmu-ilmu perniagaan yang
berkesan dan juga cara-cara pemasaran yang terkini seperti penggunaan laman web. Seminar yang terbuka kepada semua ini disertai oleh peniaga, usahawan, pesara dan bakal-bakal usahawan juga lepasan universiti.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah usahawan yang menerangkan teknik-teknik perniagaan yang berkesan, kemudian disambung dengan teknik pemasaran mengunakan laman web. Sesi petang dimulakan dengan penerangan ringkas daripada wakil-wakil agensi pinjaman kredit seperti Agro Bank, Mimbar, Skim Mikro Kredit Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Bank. Selepas sesi taklimat ringkas tersebut, sesi dialog dijalankan antara peserta seminar dan panel-panel yang terdiri daripada agensi-agensi pinjaman
kredit dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Tukiman  dan program tamat pada jam 5.30 petang.