Sabtu, 31 Oktober 2009

TERLANGSUNGLAH KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK HARI INI DI HOTEL SYUEN -IPOH



Perwakilan dari semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat Perak memenuhi dewan hotel terkenal di IPOH dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak kali pertama. Sumber foto dan teks : Cina islam

Jumaat, 30 Oktober 2009

JURUTERBANG MAUT TERHEMPAS BERSAMA KAPAL TERBANG EAGLE DI HULU BERNAM


HULU BERNAM - Seorang juruterbang maut apabila pesawat ringan Eagle Twin Seater yang dipandunya terhempas dalam kejadian lewat petang semalam. 

Pemandu pesawat malang itu, Mohd Ehsan Sayed Abu Tahir, 22, dari Taman Nirwana, Ampang, dikatakan melakukan penerbangan solo terakhirnya sebelum diiktiraf sebagai juruterbang sebenar dari Ipoh menuju ke Subang sebelum pesawatnya terhempas lebih kurang 2 kilometer dari Kelab Golf Lembah Beringin dekat sini kira-kira jam 6 petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Affandi, pesawat jenis 9M-CLK milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu terhempas di satu kawasan hutan kira-kira empat kilometer dari kelab golf berkenaan.
Kata beliau, polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) jam 6.20 petang setelah pesawat ringan itu hilang dari radar kira-kira 4.20 petang.
“Gerakan mencari terus dilakukan dan lebih kurang jam 8.20 malam, Unit Udara Polis Diraja Malaysia berjaya menemui bangkai pesawat ringan itu di satu anak sungai,” katanya pada sidang media yang diadakan di lokasi kejadian, malam tadi.
Norel berkata, polis percaya juruterbang cuba melakukan pendaratan cemas berdasarkan keadaan roda pesawat yang rosak akibat tersangkut pada tebing anak sungai itu dan bahagian depannya mengalami kerosakan.
“Ketika pasukan mencari dan menyelamatkan tiba di lokasi kejadian, kami mendapati juruterbangnya tercampak kira-kira 30 meter daripada kokpit.
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami cedera di kepala, kaki dan kecederaan dalaman serta maut di tempat kejadian,” katanya.
Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan polis mengawal di sekitar kawasan kejadian hingga pihak DCA menjalankan siasatan hari ini.
“Punca sebenar nahas masih disiasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Norel berkata, operasi mencari dan menyelamat itu turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat dengan bantuan tujuh kenderaan pacuan empat roda dari Kelab 4x4 Bukit Sentosa.
Sementara itu, Ketua Mekanik Kelab Golf Lembah Beringin, Suhaimi Abdul Aziz, 29, berkata, kira-kira jam 5 petang dia bersama beberapa rakan sedang minum petang di sebuah restoran berhampiran tempat dia bekerja sebelum melihat berlegar-legar di ruang udara berhampiran kawasan kejadian.
“Saya melihat pesawat itu terbang berlegar-legar di udara dan kadang kala ia terbang rendah. Kami ingatkan juruterbangnya sedang melakukan latihan penerbangan.
“Tapi lama kelamaan keadaannya semakin serius dan kami rasa dia sedang berusaha melakukan pendaratan kecemasan sebelum pesawat itu terhempas,” katanya.

Proses kematangan parti mengambilaleh... buat apa nak dirisau..

Ada orang ramai bertanya tentang keadaan sekarang didalam parti , kononya kelamkabut, yb pkr keluar jadi bebas, sokong bn, ramai tidak sokong ketua cabang..

Apa yang nak di risau walaupun sedikit. Yang jelas saya nyatakan bahawa puluhan ribu ahli UMNO sudah keluar parti, ada yang masuk PAS dan ada yang masuk KEADILAN.

Sesetengah mereka itu masuk kerana kesedaran, ada sesetengah mereka itu tinggalkan UMNO kerana keciwa tak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Ada diantara mereka itu yang ada pengaruh, dan diterima menjadi pimpinan samada dalam PAS atau KEADILAN.

Dan apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendakki mereka keluar pula dari PAS atau KEADILAN.

Yang paling banyak berhijrah ke parti-parti lain adalah dari UMNO, merekalah yang banyak keluar. Mungkin 1/3 atau lebih dari anggota-anggota KEADILAN adalah dari UMNO, kadang-kadang mereka ini terbawa-bawa dengan budaya yang mereka ambil dari UMNO.


Orang-orang UMNO suka berkomplot, suka fitnah-memfitnah, suka menjatuhkan sesama sendiri, dan perkara ini kadang -kadang terikut-ikut juga dalam KEADILAN.

Tetapi bukan semua mereka dari UMNO itu yang berperangai buruk sedemikian rupa. Lebih ramai yang baik, mereka keluar dari UMNO kerana keinsafan dan kesedaran, mereka tidak suka sifat-sifat buruk didalam UMNO, mereka menyertai KEADILAN dan mereka tidak mahu sifat-sifat buruk itu berlaku didalam KEADILAN.

Mana yang nak keluar dari KEADILAN itu, keluarlah, tak siapa yang nak dan boleh menghalang mereka. Mungkin, mereka tidak dapat apa yang mereka hajatkan dari KEADILAN.

Seperkara yang pasti bahawa didalam KEADILAN tidak ada projek ini dan projek itu, dan jauh sekali kalau nak jadi exco atau menteri, kerana KEADILAN adalah sebuah parti pembangkang diperingkat Persekutuan.

Namun, jika KEADILAN memerintah pun, tak semudah itu projek-projek dan kontrak-kontrak akan diberikan kerana jelas dasar dan dinyatakan didalam manifesto KEADILAN bahawa parti itu menentang kronism, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Saya tengok pemerintahan Negeri Selangor tidak ada pemberian projek secara pilih-kasih kepada kroni-kroni. Kontrak-kontrak diberikan secara tender terbuka. Semua orang berpeluang mendapat kontrak termasuk kontraktor-kontraktor dari UMNO dan lain-lain parti. KEADILAN bukan sekadar hanya bercakap tetapi apa yang dicakapkan adalah dikotakan.

Ada orang tidak suka dengan keadaan ini, mereka kata, didalam pemerintahan UMNO hanya ahli-ahli UMNO dan kroni pemimpin-pemimpin saja yang dapat projek dan kontrak, kenapa didalam KEADILAN tidak dibuat begitu?
KEADILAN berjuang untuk keadilan untuk semua, kerajaan KEADILAN adalah kerajaan untuk semua rakyat, dan dengan melakukan keadilan untuk semua, rakyat boleh menilai dan rakyat akan terus menyokong KEADILAN.

Pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri eloklah keluar dari parti supaya perbuatan dan tindakan mereka yang akan menyeleweng itu tidak merosakkan parti.


Orang-orang seperti itu elo0klah berada didalam UMNO dan lain-lain parti didalam BN dan tidak ada faedahnya jika mereka menempel didalam KEADILAN, dan bagi KEADILAN pula tindakan mereka itu bolehlah dianggap sebagai pembersihan parti.


@MediaRakyat/SAS

Rabu, 28 Oktober 2009

Secebis jubah speaker buat bukti Yb Sivakumar...



Sivakumar menunjukan cebisan jubah speaker yang ditarik dan akhirnya jubah itu dirampas oleh anggota polis.Ketua Polis Perak harus bentanggungjawab kerana mengarahkan anggotanya supaya menarik, mengoyak jubah speaker. Inilah yang dikatakan Polis akan menjaga keselamatan adun.

Sanggup bersekongkol dengan UBN bagi memalukan Rakyat Sultan Perak dengan cara yang paling tidak bertamadun, bagaimana pandangan masyarakat terhadap anggota polis masa akan datang. ( bila dah pencen selalunya mengaku penyokong pembangkang).
@sumber - perakkume



Selasa, 27 Oktober 2009

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH DI KUALA DIPANG


Terkini !!!  19 safe, 1 dead, 2 still missing 

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH DI KUALA DIPANG





TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH - Seramai 22 pelajar Tahun 5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan sekitar Daerah Kinta yang sedang mengikuti Kem 1 Malaysia di SK Kuala Dipang, Kampar dipercayai hilang dihanyutkan air deras akibat kejadian jambatan gantung yang mereka lalui runtuh malam tadi .... menunggu berita terkini


Selasa, 20 Oktober 2009

PGRM MOTIVASI SPM 2009 - CEPAT DAFTAR ! 25 OKT 2009 AHAD 8 PAGI DEWAN JUBLEE PERAK, SUK

KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2009
KURSUS MOTIVASI SPM
OSMAN AFFAN
PERCUMA !

DEWAN JUBLEE PERAK,
SUK SHAH ALAM

BAS DISEDIAKAN
TAPAK PASAR MLM BUKIT SENTOSA
BERGERAK 7 PAGI AHAD 25 OKT

HUBUNGI
SHAIFUL
019 3291967

Gambar Sekitar Majlis Sumbangan Fasa 2 SMUE, jamuan adilfitri & deepavali Dun Batang Kali Sabtu 17 Okt 2009





19 Oktober 2009-Bandar Bukit Sentosa - Sibuk dengan panggilan dan jemputan rumah terbuka pada hari Ahad lepas, masa untuk berFB dan uploading gambar tidak dapat dibuat. Maaf dipinta. Pengalaman di jamuan Emkay, banyak memberikan pengalaman kepada orang seperi Abdul Malek dan Md Nor, harap mereka tabah menghadapi keperitan dan tekanan, maklumlah bukan semua orang faham kerja-kerja yang dianggap"amal" seperti ini (disaat memerintah pun ada mcm nie kaa?) Kepada tetamu yang datang (terutama VVIP), jutaan maaf dipinta kerana tidak dapat menyediakan hidangan sepatutnya, yang penting tetamu semua yang lain dapat merasakan sedikit sebanyak hidangan pada hari itu.. tidak lupa tarian line-dance ala-ala tarian poco2 yang di sembahkan oleh kumpulan Line Dance Bukit Sentosa Joy Club  menangkap saat menunggu hidangan .. Thanks Pn June !!
Tetamu yang hadir sehingga jam 6 petang, terimakasih daun keladi..

psss... Semalam ke rumah Mustafafa Kamil.. cerita penuh dengan cabaran untuk parti di Sarawak, terpalit sama dengan apa yang terjadi di Sabah, arus perdana media (NST) memutar belitkan fakta dan ada dalang yang mendapat upah untuk mengaut keuntungan, maklumlah disaat parti 50 thn sudah melarat, perlukan perubahan untuk terus hidup, ada orang yang sanggup menjadi dalang dan mengambil peluang.... @Media PKR/SAS

Selasa, 13 Oktober 2009

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KG SG CHOH, HULU SELANGOR.. 11 OKT 2009 AHAD


Tetamu jemputan diantara lain YM Orang Besar Jajahan Hulu Selangor, YM Dato Raja Aman, Penghulu Mukim Serendah bersama Ketua Kampong Sg Choh, Hashim Yaman dan Ketua Kg Sg Choh Stesyen, Muzaffar bersama En Nordin..

Persediaan menyambut Hari Terbuka Kg Sungai Choh, Hulu Selangor Sabtu 10 Oktober..


Sabtu, 10 Oktober 2009

JADUAL RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI - AHAD 11 OKT 2009

  • MESJID BDR TASIK PUTERI, RAWANG (10 PAGI)
  • MESJID AS SALAM BKT SENTOSA (10 PAGI)
  • RUMAH TERBUKA AIDILFITRI YB YAAKOB   (2PTG) DEPAN PEJ PKR NEGERI SHAH ALAM
  • RUMAH TERBUKA PARLIMEN HULU SELANGOR (2PTG) DATARAN MERANTI, KALUMPANG
  • RUMAH TERBUKA KG SG CHOH DUN BTG KALI (12TGH - 5 PTG) MESJID SG CHOH
  • RUMAH TERBUKA JKKK KG MELAYU RASA/ADNAN 2PTG KG MELAYU RASA
  • RUMAH TERBUKA PARLIMEN GOMBAK/DUN BT CAVES -2PTG PEJ AZMIN ALI
  • RUMAH TERBUKA PKR NEGERI PERAK (8 MLM ) TG MALIM

Isnin, 5 Oktober 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA DUN KUALA KUBU..


Majlis Rumah Terbuka DUN Kuala Kubu Baru telah dihadiri oleh YB Ean Yong Tian Wah, Exco Angkat Dun KKB pada Ahad 4 Oktober semalam di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Baru..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Jadual hari ni/weekend RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SABTU & AHAD

  • Rumah terbuka Aidilfitri YB Rodziah Fri 8:30pm
  • Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kemelah 2009 Fri 8:30pm
  • Walimah Terbuka Anak Dr BadrulAmin Desa Jaya, Kepong Sat 10 am
  • RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KEADILAN TG KARANG Sat 8:00pm
  • Pas Tasik Puteri Sat 9 mlm
  • Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seri Setia Sun 10:00am
  • Rumah Zul KTM Rwg Sun 1pm
  • Majlis Aidil Fitri DAP Hulu Sgr Dewan Merdeka KKB Sun 4 ptg
  • Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Dk Mazlan Selayang Sun 6 - 11mlm

MISI KEMANUSIAAN DI PADANG SUMATERA..!!





Pasukan perubatan INSAF dan pasukan 'Rapid Assesment' akan bertolak ke Padang, Sumatera pada 8hb Oktober 2009. Pasukan perubatan yang diketuai oleh Dr Ahmad Abdul Wahid dan Dr Alvin Tan serta 'Logistiction' sdr Ishak Abd Kadir merangkap Presiden INSAF akan membawa bekalan ubat-ubatan dan peralatan khemah dalam Misi Kemanusiaan ini.

Namun begitu oleh kerana bekalan yang kami bawa hanya mampu bertahan untuk sementara waktu, pihak kami sangat mengalu-alukan bantuan sdr-sdr semua tak kira apa bentuk bantuan terutama bantuan kewangan.
Sila hubungi pihak kami
http://www.insafmalaysia.org

Khamis, 1 Oktober 2009

Selangor Kenalpasti 100 Ekar Tanah Untuk Penternak Dan Bertindak Rampas Tanah Tapak Pelupusan Sampah Haram

SHAH ALAM, 30 September - Mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor hari ini mengenalpasti tapak seluas 100 ekar di Hulu Selangor untuk dijadikan tapak penternakan untuk penternak di Kampung Sungai Kertas, Gombak yang tertimbus lembu mereka baru-baru ini.
Sementara itu, kerajaan negeri akan merampas tanah tapak pelupusan sampah haram daripada pemiliknya di Kampung Sungai Kertas, Gombak yang telah beroperasi lebih daripada lima tahun lalu.
Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, berikutan pemilik tanah tersebut enggan menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini walaupun beberapa kompaun telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).Kes ini juga akan di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah injuksi.
“MPS juga memaklumkan beberapa kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dalam usaha menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini, dan usaha membawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi menghentikan aktiviti pelupusan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco dan merasmikan Pelancaran Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SUK, di Shah Alam hari ini. Jelas Tan Sri Khalid lagi, pada 25 Januari 2007, Pegawai Daerah Gombak telah mengemukakan Borang 7A iaitu Notis Untuk Memulihkan Pelanggaran Syarat di bawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara kepada pemilik tanah untuk memulihkan pelanggaran syarat kegunaan tanah tersebut.
Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pemilik berkenanan dan keputusan diambil supaya mengeluarkan notis baru untuk pengembalian tanah kepada kerajaan. “Oleh kerana tiada tindakan yang dibuat sehingga kini, Pegawai Daerah sekali lagi diarahkan untuk mengemukakan Borang 8A iaitu Notis Pengembalian Tanah Kepada Kerajaan di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah Negara untuk merampas semula tanah berkenaan daripada pemilik berkenaan,” katanya. Kata Tan Sri Khalid, setelah usaha rampasan selesai dilakukan, MPS akan memantau dan membersihkan kawasan itu dan mendapatkan khidmat pakar daripada Worldwide Holding Berhad dalam usaha memulihara kawasan tersebut.
Jelasnya, kawasan itu telahpun diisytiharkan sebagai ‘kawasan bencana’ dan sebarang aktiviti termasuk penternakan tidak sesuai dijalankan. “Kawasan tersebut telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana semenjak 4 September dan usaha memadamkan kebakaran sampah yang telah mencecah ketinggian 300 kaki. “Berkenaan dua penternak yang terlibat, Exco juga dimaklumkan oleh MPS bahawa aktiviti penternakan tidak sesuai dijalankan di kawasan itu kerana pencemaran yang berlaku,” katanya.-


AZMIN ALI : TUN MAHATHIR KECEWA BILA ISA MASIH JADI CALON BN



PORT DICKSON – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah ahli UMNO yang paling sedih dan kecewa apabila Barisan Nasional (BN) tetap mencalonkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, sebagai pemimpin UMNO yang berpengalaman hampir 20 tahun, Dr Mahathir sudah pasti kecewa apabila mengetahui pemimpin yang disabitkan kesalahan politik wang dicalonkan mewakili BN.
“Walaupun Tun (Dr Mahathir) pernah menyarankan secara terbuka supaya BN tidak mencalonkan seseorang yang mempunyai kesalahan politik wang, namun ia tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan BN yang bertindak mencalonkan Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.
“Ahli UMNO yang paling kecewa ialah Tun kerana segala nasihat dan pandangan beliau tidak diendahkan pimpinan Pusat kerana Tun beranggapan mencalonkan seorang pemimpin yang pernah disabitkan kesalahan politik wang turut memberi kesan negatif kepada parti,” katanya selepas pada majlis memperkenalkan calon dari Pas di Pusat Perhubungan Pakatan Rakyat (PR) di Batu 9, Jalan Pantai Telok Kemang, dekat sini, malam kelmarin. Menurutnya, pengumuman Mohd Isa sebagai calon yang terbaik menggambarkan UMNO tidak mengotakan janji terhadap perwakilan dan masyarakat untuk memerangi gejala politik wang.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini berjanji akan memerangi gejala politik wang sekadar janji apabila UMNO melantik pemimpin yang pernah disabitkan kesalahan terbabit.
“Inikah tindakan yang sepatutnya diambil UMNO dalam usaha membuktikan janji kepada rakyat, adakah UMNO sudah ketandusan pemimpin atau tidak diberikan peluang,” katanya.
Malam kelmarin, calon PR dari Pas iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin Pusat PR tepat jam 10.35 malam
Azmin berkata, masyarakat kini sudah bijak menilai siapa yang harus dipilih untuk menjadi wakil rakyat adakah pemimpin yang disabitkan kesalahan politik wang atau pemimpin muda yang mewakili semua kaum dan masyarakat.
“Calon PR adalah pemimpin yang bermula di peringkat bawah dan mendapat sokongan padu daripada PR negeri dan Pusat jadi laksanakan amanah yang diberikan dalam memastikan hak semua bangsa dan agama terpelihara,” katanya.