Isnin, 29 Mac 2010

bengkel motivasi smart learning, 27 mac 2010 Sabtu Auditorium Kulliah Engineering UIA Gombak

SOI LEK MENANG ! KEMANA ARAH MCA SEKARANG ?

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat ialah:

1. Tan Ken Ten
2. Koh Nai Kwong
3. Loh Seng Kok
4. Tan Cheng Liang
5. Gan Tian Loo
6. Chong Itt Chew
7. Hou Kok Chung
8. Lee Chee Leong
9. Wee Jeck Seng
10. Chuah Poh Khiang
11. Hoh Khai Mun
12. Heng Seai Kie
13. Kong Sing Chu
14. Teh Kim Poo
15. Wong Koon Mun
16. Tee Siew Kiong
17. Tan Ah Eng
18. Ti Lian Ker
19. Tan Chai Ho
20. Por Choo Chor
21. Lee Wei Kiat
22. Ong Ka Chuan
23. Liew Yuen Keong
24. Yoo Wei How
25. Toh Chin Yaw

Malaysiakini/-

Jumaat, 26 Mac 2010

Alfatihah, takziah kpd keluarga allayarham Dk Dr Zainal Abidin Ahamad, MP Hulu Selangor

Jenazah allahyarham akan disemadikan kira-kira jam 11 pagi ini selepas sembahyang jenazah di Mesjid Kuning, Bt 10, Hulu Langat pagi ini...Alfatihah.


Bagi pihak pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dun Batang Kali ingin mengucapkan takziah kpd keluarga allahyarham..

Selasa, 9 Mac 2010

TS KHALID - RM50 JUTA UNTUK DANA MIKROKREDIT SELANGOR ..

Kerajaan Selangor akan menggunakan hasil kutipan hutang dari Talam Corporation bagi membangunkan program Pimpinan Mikrokredit bagi membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah di Selangor. Kutipan hutang bernilai 50 juta ringgit itu akan dijadikan dana permulaan bagi memastikan semua masyarakat miskin di negeri ini dibela tanpa mengambil kira faktor kaum, agama mahupun kepartian.
Program itu akan dilancar dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi. Bercakap dalam majlis penyerahan watikah kepada ketua kampung di Selangor, Menteri Besar di Stadium Malawati, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program itu akan dilaksanakan mengikut perbankan Islam.Program mikrokredit itu berkonsepkan Qardhul Hassan iaitu sistem yang digunapakai oleh sebuah bank di Bangladesh, Gramen Bank yang telah Berjaya membantu golongan miskin di negara ini. “Kita mengenal pasti lebih dari RM50 juta dikutip dari Talam Corporation dan kutipan itu akan disalur melalui MBI dan digunakan untuk program mikrokredit yang dilaksanakan mengikut perbankan Islam,” katanya.
Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menentukan proses dan pendekatan program itu. Ia diketuai diketuai oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.

Khamis, 4 Mac 2010

DR HALIMAH ALI - JWK KHAS TANGANI MASALAH SOSIAL DI SELANGOR

SHAH ALAM – Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor telah mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk menangani masalah-masalah yang timbul kesan daripada sistem sosial yang semakin rosak dan hilang arah. Pengerusinya, Dr Halimah Ali berkata, inisiatif berkenaan diambil bagi mengelakkan kejadian sadis yang menimpa kanak-kanak malang, Syafia Humairah Sahari, 3, berulang.
Menurutnya, banyak pihak marah dan sedih apabila kejadian tidak berperikemanusiaan seumpama itu berlaku tetapi malangnya tidak ramai yang benar-benar mahu memainkan peranan berkesan untuk mencegah dan mengatasi malah terbabit.
“Apa yang kita lihat ini adalah jelmaan luaran masalah rumit dan kompleks di dalam individu, keluarga serta masyarakat.
“Kita hanya melihat bahagian atas bongkah ais tetapi bahagian lebih besar tidak nampak di permukaan air dan begitulah juga permasalahan yang kita hadapi dalam menangani gejala sosial ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Beliau berkata, penumpuan dan perhatian hanya diberikan kepada laporan dramatik sensasi sahaja tanpa membedah siasat punca-punca sebenar serta mengenal pasti faktor pendorongnya.
Adun Selat Klang itu berkata, semua pihak seharusnya memainkan peranan dan ibu bapa perlu memahami erti sebenar menjadi ibu serta bapa. Katanya, keluarga terdekat pula seharusnya memahami bagaimana mereka boleh menyumbang atau menghalang kaum keluarga daripada terjebak dalam perkara maksiat dan mungkar.
“Institusi pendidikan mesti mengkaji semula adakah silibus, sistem pengajaran dan pembelajaran mereka berkesan dalam mencegah serta menangani penyakit sosial.
“Adakah pelajar berjaya dididik untuk menjadi manusia yang mempunyai hala tuju hidup yang jelas, syakhsiyyah terbaik dan kemahiran hidup yang mencukupi.
“Adakah masyarakat sedar bahawa iklan, program televisyen, internet dan rakan sebaya mampu mencorakkan pemikiran masyarakat khususnya daripada golongan muda,” katanya.
Menurut beliau, sistem nilai yang sentiasa ditonjolkan kepada masyarakat melalui media massa juga memberi impak besar kepada hidup seseorang terutama yang bersifat pasif. Katanya, pihak pemerintah dan pemimpin juga harus proaktif memainkan peranannya dan beliau berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pihak pengurusan masjid, surau, ketua-ketua komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pendidikan memainkan peranan masing-masing.
Dr Halimah berkata, sekolah-sekolah agama juga harus menekankan aspek bagaimana mengamalkan akhlak dan syariat Islam dalam kehidupan bukan hanya secara akademik dan teori.
Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor berkata, Kerajaan Negeri dan persekutuan harus serius menangani masalah kepincangan sistem kemasyarakatan itu.