Sabtu, 13 Jun 2009

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa audit khas bagi memastikan kontrak pengurusan sampah di Selangor diberikan kepada mereka yang merupakan operator sebenar.Jawatankuasa audit akan bekerjasama dengan Alam Flora bagi memastikan pemberian kontrak tidak melalui orang tengah lagi. Jawatankuasa tersebut juga akan menjalankan penelitian serta kajian ke atas nilai perkhidmatan yang disediakan.Bagi syarikat yang didapati menggunakan orang tengah, kontraknya akan ditarik balik serta-merta dan kes ini akan dilaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan.Kerajaan Negeri berharap penubuhan Jawatankuasa ini dapat membendung cara pemberian kontarak yang tidak sihat melalui orang tengah. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak berhasrat bagi meneruskan amalan yang tidak beretika ini sepertimana yang sering dilakukan oleh kerajaan lalu.Kerajaan negeri juga berharap langkah ini dapat menjamin perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kontraktor kepada rakyat Selangor adalah setimpal dengan nilai wang - tanpa mengira pendirian politik, bangsa atau latarbelakang.Kerajaan juga dalam usaha mengkaji strategi bagi melaksanakan sistem tender yang lebih telus dan bertanggungjawaban bagi pemberian kontrak masa depan.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan: