Jumaat, 5 Jun 2009

Lawatan Dr Xavier ke Rumah Peneroka Felda Sg Tengi, Hulu Selangor






Felda Sg Tengi, Hulu Selangor, 4 Jun 2009 - YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah meluangkan masa melawat 12 buah rumah peneroka felda yang berada di dalam keadaan usang dan daif.
Beliau terperanjat melihat kepayahan hidup beberapa orang peneroka yang dilawatinya. Rumah mereka begitu usang dan perlukan bantuan 'baik pulih' atau 'bina baru' dalam program 'Kerajaan Prihatin' Negeri Selangor.Tegasnya perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana skim perladangan Felda dipantau sepenuhnya agensi-agensi kerajaan di bawah kerajaan persekutuan. Beliau berasa kesal pihak pengurusan Felda tidak mengambil berat masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka tersebut.Tambahnya lagi kerajaan negeri akan mula memasuki kawasan-kawasan skim perladangan Felda seluruh negeri Selangor bagi membantu peneroka-peneroka yang memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik masing-masing.Lawatan beliau turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, pihak Lembaga Zakat, beberapa orang Ahli Majlis Hulu Selangor, Ketua Kampung dan Penghulu Mukim serta beberapa orang pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
Turut hadir ialah Puan Elya Marlini Bte Dahamin, Timbalan Pengarah Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).Beliau turut menyampaikan hamper barangan makanan kepada beberapa orang peneroka yang miskin.

Tiada ulasan: