Ahad, 14 Jun 2009

Sekim Mesra Usia Emas (SMUE) -


Tarikh tutup untuk pendaftaran usia emas yang melebihi umur 60 tahun adalah pada 30/6/2009. Pendaftaran untuk penduduk yang akan melangkah umur 60 tahun adalah sentiasa dibuka.

Berikut adalah maklumat berkenaan Program Mesra Usia Emas (MUE).
Tarikh tutup untuk pendaftaran usia emas yang melebihi umur 60 tahun adalah pada 30/6/2009. Pendaftaran untuk penduduk yang akan melangkah umur 60 tahun adalah sentiasa dibuka.

Berikut adalah maklumat berkenaan Program Mesra Usia Emas (MUE).

1. Di mana BORANG dan bagaimanakah cara untuk menyertai Mesra Usia Emas?

Bermula 1 Oktober 2008, pemohon hendaklah mendapatkan Borang Mesra Usia Emas di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan pemohon tinggal. Sila lihat senarai Pusat Khidmat DUN

2. Apakah tujuan program Mesra Usia Emas ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri? Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.

3. Bilakah tarikh program Mesra Usia Emas ini akan beroperasi secara rasmi?

Program Mesra Usia Emas ini dijangka akan beroperasi sekitar Oktober 2008, dan tertakluk kepada sebarang pengumuman rasmi dari semasa ke semasa . Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2008 yang lalu. Manakala Logo rasmi Mesra Emas pula (seperti yang telah dipaparkan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008, sempena Sambutan Perayaan Ambang Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor

4. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program Mesra Usia Emas ini?

Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN -
Lahir di Negeri Selangor ATAU -
Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU -
Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

5. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini?

Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.

6. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut?

Tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan di dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat.Penama boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.

Tarikh. tutup pendaftaran pada 30/6/2009
Harap maklum kepada semua petugas dun.

En. Kamsani Bin Nasir, Ketua Pegawai Operasi, Rantaian Mesra Sdn Bhd
Alamat : Tingkat (G), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 3468, 03-5510 3472
Faks: 03-5510 3455E-mel:

Sila dapatkan Borang Permohonan dan khidmat nasihat mengenai Program Mesra Usia Emas dari Pusat Khidmat ADUN kawasan anda !

Tiada ulasan: