SHAH ALAM, 10 Jun – Kerajaan Negeri Selangor tidak ketinggalan dalam usaha memanfaatkan setiap perkembangan dan kegunaan teknologi bagi melancarkan serta menyebarluaskan maklumat kepada orang awam khususnya rakyat di negeri yang maju ini.
Antara perkembangan mutakhir teknologi internet dan web, termasuklah penggunaan konsep portal dan laman web yang lebih dinamik dan interaktif.
Tambahan pula, ketika ini semakin banyak aplikasi dan modul-modul laman web yang sofistikated dan serasi dengan letusan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malah konsep ICT itu sendiri kini semakin bersilih ganti dengan konsep Sains Teknologi dan Inovasi atau “STI”, bergantung pada peranan dan keperluan.
“Laman web S.P.I.E.S. merupakan antara contoh yang terbaik, yang dibangunkan berasaskan konsep portal dan laman web terkini yang lebih dinamik, interaktif, mesra pengguna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih efisien, bersesuaian dengan kehendak semasa”, kata Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika majlis pelancaran laman web SPIES Negeri Selangor di Bilik Gerakan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini petang tadi.
Dalam pada itu, “S.P.I.E.S” merupakan singkatan bagi konsep-konsep Spritual, Physical, Intellectual, Emotional, dan Social (Kerohanian, Jasmani, Cendekiawan, Emosi dan Kemasyarakatan atau Sosial) yang juga diinspirasikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Hjh Dr. Halimah Ali.
Abdul Khalid berharap agar laman web S.P.I.E.S ini dapat berperanan sebagai pusat sehenti atau “One Stop Centre” terhadap pelbagai maklumat dan kandungan berkaitan dengan S.P.I.E.S. yang boleh dicapai dengan mudah.
Antara maklumat umum berkaitan S.P.I.E.S. yang boleh dicapai sekarang termasuklah berita-berita serta progam-program terkini yang berjaya dilaksanakan menerusi Standco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Laman web ini dilengkapi galeri gambar, multimedia, video-video menarik serta forum yang membolehkan masyarakat umum berinteraksi atau memberi maklum balas, berkongsi idea dan pendapat.
Di samping itu, dengan pelancaran laman web ini, secara tidak langsung dapatlah Sekretariat Program S.P.I.E.S. menampilkan dan menyebarluaskan pelbagai aktiviti yang berhubung kait dengan pembangunan modal insan.
Dan perkara yang lebih penting lagi ia membolehkan penyaluran maklumat dan penyertaan interaktif kepada pihak awam, khususnya rakyat negeri Selangor.
Justeru, diharapkan laman web S.P.I.E.S ini dapat memberikan pelbagai maklumat kepada masyarakat umum tentang tanggungjawab dan rancangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor dalam usaha melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik dan bersepadu melalui pelbagai program yang sedang dilaksanakan serta yang bakal direncanakan.
Golongan belia muda boleh mengikuti dan mendapatkan perkembangan semasa aktiviti dan program yang sudah diaturkan Kerajaan Negeri Selangor dengan melayari laman webnya di alamat spies.selangor.gov.my.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan