Pejabat DUN Batang Kali ingin memaklumkan kepada seluruh warga emas di dalam kawasan Dun Batang Kali, Selangor supaya mendaftar diri dibawah skim Mesra Usia Emas yang merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor Darul Ehsan.
Skim ini disediakan kerajaan Selangor Darul Ehsan untuk dimanfaatkan oleh semua warga emas dan OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa mengira jantina, agama, pendapatan, kedudukan dalam masyarakat dan faham politik.Pendaftaran skim berkenaan adalah percuma.
Warga emas yang layak berumur 60 tahun ke atas dan, sama ada lahir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/1/1974 sedang menentap di Selangor atau bermastautin di Wilayah Persekutuan, dan bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.Warga emas yang berdaftar menerusi skim ini akan mendapat sumbangan sebanyak RM2,500. Sebanyak RM1,000 akan diberikan dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian warga emas yang berdaftar berkenaan. Sijil kematian yang original diperlukan.
Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut?
Tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan di dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat.Penama boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.
Siapakah urusetia yang boleh dihubungi untuk pertanyaan selanjutnya?
Hubungi ketua kampong berdekatan atau datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali (Bandar Bukit Sentosa atau Bandar utama Batang Kali)
atau hubungi;
Rantaian Mesra Sdn Bhd
Alamat : Tingkat (G), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 3468, 03-5510 3472
Faks: 03-5510 3455
E-mel: mesrausiaemas@gmail.com
Akhirnya, diharapkan kepada semua warga emas dan OKU yang layak menurut syarat-syarat yang disebutkan tadi mendaftarkan diri sebelum 30 Jun 2009. Selepas 30 Jun mana-mana kematian warga emas yang belum mendaftarkan diri selepas 30 Jun mereka tidak akan mendapat manfaat daripada skim berkenaan.
Shaiful Anuar Sulaiman
Pegawai Khas
DUN Batang Kali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan