Gologan belia di negara ini merupakan salah satu kumpulan masyarakat yang mempunyai bilangan majoriti. Oleh yang demikian, belia merupakan golongan harapan bangsa dan negara, khazanah dan aset terpenting. Golongan belia yang berjaya mengharungi liku-liku kehidupan dan secara langsung merubah kehidupan mereka yang produktif demi untuk diri sendiri, keluarga dan seterusnnya bangsa dan negara.
Demi mencapai matlamat negara sebagai satu anjakan paradigma, golongan belia perlulah di dampingi agar masalah sosial yang kian memuncak ke saban hari dapat dikurangkan. Untuk mendekati mereka, kita harus tahu kemahuan dan kecenderungan mereka dalam setiap setiap aktiviti. Belia juga merupakan golongan yang berkecenderungan melakukan sesuatu aktiviti secara bersama rakan-rakan yang seangkatan dengannya. Kebersamaan menjadi agenda penting untuk merealisasikan keseronokan dalam kehidupan mereka.
Justeru itu, kecenderungan bersama yang ada pada mereka perlulah dicernakan dengan perkara yang bermanfaat untuk diri mereka. Sekiranya tiada pengawalan yang sempurna, maka balasan yang tidak diingini akan berlaku bukan hanya pada diri mereka malah bangsa dan negara. Seperti kata pepatah Melayu ”kerana nila setitik, habis susu sebelanga”.
Walaupun dalam masa yang singkat, kursus ini merupakan kesinambungan bagi para belia membuka minda mereka untuk membuat suatu anjakan paradigma demi merangsang kesedaran dalam diri mereka.Islam amat menitikberatkan perubahan kepada yang lebih baik dalam diri manusia. Perubahan ini boleh dilaksanakan dengan usaha sendiri dan memerlukan pendidikan yang berterusan. Termasuk dalam aspek pentarbiyyahan ialah motivasi yang diberikan kepada individu muslim.
Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan bertanya kepada manusia muslim apa kejayaan yang dilakukan semasa hidup di atas muka bumi ini. Tetapi Allah s.w.t. akan bertanya apa yang telah kita lakukan semasa kita hidup di dunia ini.
Justeru ingatlah pesanan daripada Allah s.w.t. melalui firmannya di dalam surah as-Syams ayat 7 – 10: Maksudnya :”Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sentiasa untuk membersihkan diri (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya akan hampalah orang yang mengotorkan dirinya (dengan kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah)”.
Pengunjung yang berminat untuk menyertai Program SPIES BELIA, sila hubungi segera ditalian 016 2772882 ! Kursus akan datang pada 1-2 Ogos 2009 & 8-9 Ogos 2009!
Bas disediakan dari Tapak Pasar malam Bukit Sentosa pada jam 7 pagi hari Sabtu -11 Julai ini. Sila bawa peralatan untuk solat, sukan dan berbaju tangan panjang/baju kurung untuk peserta-peserta!
Shaiful Anuar Sulaiman
Koordinator Program
Tiada ulasan:
Catat Ulasan