Rabu, 8 Julai 2009

YB NG SUEE LIM SEDIA JADI EGEN JUAL RUMAH KHIR TOYO

SHAH ALAM, 7 Julai - Pemimpin Umno-Barisan Nasional mementingkan diri sendiri dan tidak bersungguh-sungguh membela nasib rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan (ADUN), Ng Suee Lim.
Katanya, ini jelas dapat dilihat dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohammad Khir Toyo yang membina mahligai bernilai RM24 juta, walaupun hanya berkhidmat untuk tempoh lapan tahun sahaja.
Bercakap dalam sidang media di Bangunan Annex, Shah Alam hari ini, Ng Suee Lim berkata, keadaan ini amat berbeza dengan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya rasa ini masa yang sesuai untuk dedahkan, walaupun esok perbicaraan Anwar dan sidang DUN, semua itu secara kebetulan, dan yang penting adalah pengundi di Manek Urai perlu buat keputusan yang tepat.
“Ini menunjukkan perbezaan antara Menteri Besar dan Menteri Besar, contohnya di Kelantan, hingga sekarang masih duduk rumah kampung. Sebagai rakyat kita perlu memilih pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat dan berwibawa,” katanya.
Beliau membuat pendedahan ini supaya pengundi di Kawasan Manek Urai dapat membuat keputusan tepat untuk memilih pemimpin yang benar-benar dapat membantu mereka pada pilihanraya kecil kawasan itu, 14 Julai ini.
Semalam, Ng Suee Lim membawa pihak media melawat mahligai ala bali yang dibina ketua pembangkang Selangor itu, di Seksyen 7, Shah Alam.
Ng Suee Lim juga menunjukkan salinan hak milik, tertera nama Khir Toyo dan isterinya, Zaharah Kechik yang membeli satu lot tanah seluas hampir 1 ekar dengan harga RM2.9 juta dan satu lot lagi di sebelahnya, dengan harga RM900 ribu.
Ng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pejabat Daerah dan Tanah Selangor berkata, beliau mungkin mendedahkan banyak lagi tanah yang dimiliki Khir Toyo sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor.
“Saya tahu ada lagi tempat-tempat lain, tapi tak boleh bagi detail sekarang, saya tengah cari dan akan bongkarkan tanah-tanah yang dimiliki YB Sungai Panjang. Istana ini hanya satu permulaan”, katanya.
Dalam pada itu Ng Suee Lim berkata, beliau sedia menyambut cabaran Khir di akhbar tempatan hari ini, untuk menjadi broker menjual mahligai berkenaan yang didakwa oleh Khir hanya bernilai RM3.5 juta sahaja.
“Hari ini saya secara rasmi dan terbuka menerima tawaran beliau untuk menjadi agen atau broker beliau untuk menjual istana tersebut. Sehubungan itu, saya minta agar surat tawaran yang terbuka diserahkan kepada saya kerana ia penting, jika tidak orang takkan percaya.

Tiada ulasan: