Ahad, 26 Julai 2009

SPRM S'gor terus siasat dakwaan salahguna dana negeri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor masih meneruskan siasatan berhubung kes dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri walaupun kelancarannya terganggu dengan kematian saksi kes, Teoh Beng Hock.Pengarah SPRM Negeri Selangor Jaafar Mahad berkata siasatan ke atas tujuh ADUN dan exco Kerajaan Selangor berhubung dalam kes salah guna peruntukan negeri yang disalurkan menerusi pejabat daerah Petaling, terjejas berikutan pihak polis terpaksa menjalankan siasatan ke atas SPRM Selangor berikutan kematian Teoh.Teoh, 30, setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, dipercayai akibat jatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat SPRM pada 16 Julai lalu.Kejadian itu berlaku selepas Teoh dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut."Siasatan masih dijalankan, kita (SPRM) cuma perlahankan sahaja kerana polis sedang menyiasat kes (kematian) ini," katanya kepada Bernama.Jaafar berkata pegawai-pegawai SPRM kerap kali disiasat polis, selain 'lawatan mengejut' polis ke premis suruhanjaya itu di Plaza Masalam."Polis juga kerap kali datang (ke pejabat SPRM) untuk membuat pemeriksaan, periksa premis, siasat pegawai-pegawai kita, ambil keterangan mereka, ambil telefon bimbit mereka. Keadaan ini menjejaskan kelancaran siasatan," katanya.Yakin pegawai ikut SOPJaafar berkata kesemua 16 pegawainya yang terlibat dalam menyiasat kes penyelewengan itu telah disoal siasat polis.Ditanya bilakah SPRM akan menyelesaikan siasatannya, Jaafar berkata, ia bergantung kepada keadaan kerana inkues awam mengenai punca kematian Teoh, serta suruhanjaya diraja bagi mengkaji peraturan soal-siasat yang digunakan suruhanjaya itu semasa menyoalsiasat Teoh telah ditubuhkan.Inkues kematian Teoh akan dijalankan selama 14 hari, mulai Rabu ini.Jaafar berkata, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), siasatan kes-kes besar seumpama ini biasanya mengambil masa sebulan untuk diselesaikan."Kita tak dapat pastikan bila siasatan ini boleh diselesaikan kerana inkues dan suruhanjaya diraja telah ditubuhkan. Ia juga nanti akan melibatkan siasatan terhadap pegawai-pegawai saya dan ini sedikit sebanyak menjejaskan siasatan kami kerana kita tidak cukup kakitangan," katanya.Jaafar menegaskan pihaknya yakin bahawa pegawai-pegawainya telah mengikuti semua SOP yang ditetapkan semasa soal siasat dilakukan."Kita patuh dengan arahan kerajaan dan kita terima kerana kita yakin kita mengikut prosedur yang betul," katanya.Difahamkan SPRM memulakan siasatan penyalahgunaan peruntukan tersebut selepas menerima aduan daripada pihak yang mendakwa mereka tidak menerima wang daripada peruntukan itu.Selain Yong, enam lagi Adun yang turut disiasat ialah Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

1 ulasan:

paparem berkata...

apalah u all ni.... tak kesian ke dengan Abang kita ni... terpaksa jual durian

http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2009/07/adun-batang-kali-jual-durian.html