Jumaat, 3 Julai 2009

Peranan Ekuinas Perlu Di Kaji Semula

SHAH ALAM, 1 Julai - Kerajaan Persekutuan perlu memastikan institusi pelaburan baru, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) yang akan diwujudkan, tidak mempunyai peranan dan tanggunggjawab yang sama dengan pelaburan yang sedia ada, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tan Sri Khalid berkata, Ekuiti ini bukan sesuatu yang bijak kerana kerajaan telah mempunyai pelbagai badan pelaburan yang sudah sedia ada seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional, Tabung Haji dan ValueCap yang menguruskan pelbagai jenis pelaburan di Malaysia.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan peranan dan faedahnya Ekuinas bagi memastikan pelaburan baru itu lebih telus serta bertanggungjawab kepada rakyat yang membuat pelaburan,”.
“Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor mengalakkan model ekonomi baru yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri bagi meningkatkan ekonomi dalam keadaan ekonomi lembab namun pekara ini perlu dibuat dalam jangka masa sederhana dan bukan dengan cara pantas seperti ini,” tambahnya lagi.
Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan cuba membuat program merangsang ekonomi yang dipanggil “credit-multiplier” bagi membuka peluang perniagaan dan pekerjaan dalam jangka masa pendek.
Walaupun, keperluan liberalisasi ekonomi ini tidak boleh disangkal namun dasar-dasar ini perlu seimbang dengan polisi yang melindungi pelabur atau peniaga tempatan.
Katanya, jika kita memandang kepada Negara membangun yang sudah mengamalkan kelonggaran ekonomi, menunjukan pelabur antarabangsa and players lebih tertumpu kepada dana lebihan dan pemain lebih cenderung kepada melabur kepada modal dan pasaran kewangan.
Jika ia berlaku di Malaysia, bank Malaysia, pelabur kecil dan orang ramai di kawasan luar bandar akan lebih terpinggir untuk mendapatkan faedah dari ini. Ia lebih menampakkan jurang dan perbezaan dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.
Beliau berharap Kerajaan Persekutuan akan membuat program untuk perkhidmatan industri tempatan kerana membolehkan pelabur kecil menyertai pelaburan modal dan kewangan.
Oleh itu, langkah awal ialah memastikan universiti dan institusi pendidikan tinggi menyalurkan pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang bertaraf antarabangsa di mana fokus utama juga diberi kepada akreditasi professional dalam perbankan dan industri pasaran modal. -
@ (TV SELANGOR)

Tiada ulasan: