Jumaat, 10 Julai 2009

Iskandar:Wujud Task Force Projek Terbengkalai atasi masalah pembangunan dan perumahan terbengkalai

Isu pembangunan dan perumahan terbengkalai yang berlaku di negeri ini mendapat perhatian serius kerajaan negeri dengan mewujudkan satu Jawatankuasa Task Force Projek Terbengkalai.
Task Force ini ditubuh untuk memulihkan projek-projek yang terbengkalai sejak sekian lama di negeri ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, setakat 30 Jun lepas, sebanyak 42 projek terbengkalai telah diambil alih oleh kontraktor baru.
“Sekarang ini terdapat 130 projek terbengkalai yang masih belum mempunyai pemaju penyelamat walaupun kita telah menyelesaikan 48 projek, apabila turun padang, ada lagi projek yang tidak siap.
“Bagaimanapun, ia bukan bermakna tidak boleh diselamatkan, masih belum ada pemaju bersetuju,” katanya.
Dalam task force ini, tiga syarikat telah bekerjasama bagi membantu untuk mengkaji dan menilai semula projek-projek yang berpotensi untuk dipulihkan.
Ia dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib.
Selain itu, Iskandar berkata, dari Jun hingga Disember 2008, sebanyak lapan projek telah disiapkan dan dipantau oleh kerajaan negeri.
Iskandar berkata, sesebuah projek memerlukan masa untuk mendapatkan pemaju penyelamat kerana baki pembiayaan oleh bank tidak dapat menampung kos menyiapkan projek tersebut.
Ia kerana kos pembinaan meningkat bagi projek terbengkalai hampir 10 hingga 15 tahun, ia berikutan pemaju membuat tuntutan lebih daripada pembeli dan gagal mengambil kira semua kos yang terlibat.
“Masalah ini berlaku kerana ada di mana pemaju tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan melanggar undang-undang sedia ada, ada yang tidak ada kelulusan bangunan, dan isu tanah pertanian, itu menyebabkan projek terbengkalai,” katanya

Tiada ulasan: