Jumaat, 31 Julai 2009

SURAU CEMPAKA MERAYU DANA PEMBANGUNAN !!

TAMAN BUNGA RAYA – Penduduk Apartmen Cempaka di sini memohon sumbangan ikhlas orang ramai dalam mengumpulkan dana berjumlah RM300,000 bagi membina surau baru. Dana itu diperlukan bagi menampung kos keseluru han pembinaan surau baru yang bakal di bina atas tanah seluas setengah ekar hasil pemberian pemaju, MK Land Holdings Berhad. Pengerusi Surau Cempaka, Amri Isfar berkata, pembinaan surau baru itu bagi menggantikan surau lama yang hanya menggunakan sebuah unit apartmen di kawasan terbabit dan terpaksa disewa sebelum ini. “Selama ini, penduduk di sini hanya menyewa sebuah unit apartmen dengan kadar RM250 sebulan untuk dijadikan surau. “Sudah lebih 10 tahun surau itu digunakan dan sudah tiba masanya untuk kami di sini membangunkan surau baru, tambahan pula pemaju memberikan tapak khas untuk tujuan itu,” katanya. Beliau berkata, sejak 1999, seluruh penduduk dari 720 unit rumah di Apartmen Cempaka menjalankan program agama serta aktiviti komuniti di surau yang lama. Namun kini katanya, surau itu tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang ramai dan struktur bangunan juga tidak boleh diubahsuai. “Oleh itu, kami memohon jasa orang ramai termasuk dermawan untuk menyumbangkan bantuan kewangan bagi tujuan murni ini. “Usaha penduduk juga tidak terhenti dalam mengumpulkan dana bagi merealisasikan pembinaan surau baru. Terbaru, kami mengadakan Ceramah Per dana sempena sam butan Israk dan Mikraj dengan tu juan mengumpulkan dana diperlukan,” katanya. Amri berkata, motivator terkenal yang juga Pengarah Urusan Mantop Training dan Consultancy, Mohd Zamri Mohd Zainuldin dijemput khas sebagai penceramah pada program tersebut. Menurutnya, berkat usaha dan kelancaran program itu, Ahli Jawatan kuasa Pembinaan Surau dan Pengumpul Dana dapat mengumpul sumbangan daripada orang ramai. Beliau berkata, sehingga kini jumlah dana terkumpul sebanyak RM49,999.75. Justeru, beliau berharap lebih ramai dermawan akan tampil menghulurkan sum bangan bagi menjayakan hasrat tersebut.

Tiada ulasan: