Selasa, 28 April 2009

BEREBUT MEMBELI AMANAH SAHAM NASIONAL ...ASW 2020


ORANG ramai tidak melepaskan peluang membeli unit-unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) sebaik sahaja ia dibuka untuk langganan semalam.
Di Kuala Lumpur, pelabur menunggu di Ibu Pejabat Permodalan Nasional Berhad (PNB) seawal pukul 4 pagi untuk melanggan saham tersebut walaupun kaunter hanya dibuka pukul 8 pagi.
Justeru tidak menghairankan apabila dalam tempoh tiga jam 50 minit, kesemua 980 juta unit atau 49 peratus daripada 2 bilion unit ASW 2020 yang diperuntukkan bagi langganan pelabur bukan bumiputera, telah habis dijual.

Kunjungan EXCO Yb Iskandar Abd Samad ke Bukit Beruntung/Bukit Sentosa - 26 April 2009 3ptg - 6ptg


Kunjungan YB Iskandar, Exco Perumahan ke Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung bertepatan dengan situasi dimana banyak masalah-masalah di kawasan perumahan di sisi dapat di berikan penerangan secara langsung oleh YB Exco sendiri...

Ahad, 26 April 2009

Tahniah! Selangor tetap juara !!!


SHAH ALAM, 24 April - Kerajaan negeri hari ini menjanjikan RM15,000 kepada setiap pemain Selangor sekiranya mereka berjaya membawa pulang Piala FA, esok, kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, ganjaran itu merupakan suntikan semangat kepada pemain untuk merampas kembali kejuaraan Piala FA yang dimenangi Kedah tahun lalu.
“Saya juga berharap para pemain dapat bermain dengan tahap disiplin yang tinggi tanpa ada sebarang kekasaran berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan semua pemain-pemain Selangor di kediaman rasminya di sini, pagi tadi.
Menurutnya, walaupun perlawanan itu tanpa kehadiran DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, beliau mahu para pemain menunjukkan kesungguhan untuk menumpaskan Kelantan pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penduduk Bkt Beruntung lega, kerajaan selesai bil TNB ....


SHAH ALAM, 24 April - Penduduk perumahan Bandar Bukit Beruntung dan Taman Bukit Sentosa hari ini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor hari ini tampil menyelesaikan sebahagian bil tertunggak pemaju kepada syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Penyerahan replika cek bernilai RM38,500 disampaikan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali kepada wakil TNB di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, pagi tadi.
Dato’ Dr Hasan ketika ditemui pemberita berkata penyerahan cek tersebut adalah sebahagian daripada bayaran tunggakan oleh kerajaan akibat kegagalan pemaju kawasan perumahan terbabit menjelaskan bayaran bil lampu jalan di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.
“Kira-kira 80,000 orang penduduk di kawasan itu hidup dalam kegelapan sejak Januari lalu disebabkan tunggakan bil yang bertahun-tahun tidak dibayar,” katanya memberitahu yang perkara itu juga telah menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk terbabit.
Dalam pertemuan pagi tadi, wakil TNB berjanji akan memulakan kerja-kerja pemulihan lampu-lampu jalan kawasan terbabit malam ini secara berperingkat-peringkat.
Mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri menyelesaikan sebahagian bil tunggakan itu, beliau berkata ianya berpandukan kepada cadangan-cadangan yang diberikan oleh Majlis Daerah dan ianya dikemukakan dalam mesyuarat Exco dua minggu lalu.
“Kertas cadangan ini telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan beberapa tindakan telah diambil iaitu mengadakan rundingan dengan pihak-pihak pemaju, TNB dan dengan agensi kerajaan seperti majlis daerah serta pejabat tanah,” katanya.
Menurut beliau selain tunggakan yang dibuat hari ini, kerajaan negeri juga akan menjadi pemantau dalam rundingan di antara pihak TNB dengan pemaju bagi menyelesaikan bil tunggakan yang lebih besar iaitu berjumlah RM400,000.00.
“Hal ini telah diputuskan dalam mesyuarat Exco dengan membuat satu rundingan yang lebih lanjut di antara pihak TNB dengan pemaju dan kerajaan negeri akan menjadi pemantau bagi rundingan ini supaya ia tidak merugikan mana-mana pihak,” katanya yang berharap satu keputusan dapat dicapai dan keputusan itu nanti akan dapat memberi kegembiraan kepada penduduk. -
BR: Macam nie la jika dapat pemaju yang lepas tangan, rakyat jadi mangsa, bernasib baik lah mempunyai kerajaan berperihatin seperti Pakatan Rakyat... walaupun dicemuh dan dikritik, dapat juga melaksanakan hutang untuk pemaju (dimana pergi anak syarikat Europlus dan Talam Corporation sekarang?)

Jumaat, 24 April 2009

PAC Dapati Wujud Penyelewengan Terhadap Tanah Milik Negeri


HULU SELANGOR, 23 April - Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Negeri Selangor hari ini mendakwa wujudnya penyelewengan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) terdahulu terhadap tanah milikan kerajaan negeri seperti yang berlaku di Hutan Simpan Rantau Panjang (Batu Arang).
PAC Selangor menerusi pengerusinya, Lee Kim Sin berkata penyelewengan jelas berlaku apabila tanah yang diberikan kepada pihak swasta untuk diusahakan tidak mendatangkan keuntungan malah merugikan kerajaan negeri.
Katanya, mengikut laporan yang diterima pihaknya mendapati masalah utama berkaitan tanah milik kerajaan negeri itu disebabkan kadar pajakannya yang terlalu rendah.
“Bayangkan untuk tempoh satu hingga enam tahun, kadar pajakan hanya RM10 (setahun) untuk satu hektar,” katanya jumlah itu hanya akan dinaikkan menjadi RM13 selepas tempoh enam tahun.
Menurutnya, hasil kutipan dari tanah yang dipajak itu juga tidak mencecah RM1 juta dan merugikan kerana membabitkan keluasan tanah yang besar.
“Keputusan yang dibuat pihak PKPS semasa dipimpin oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo jelas tidak memikirkan tentang kepentingan negeri,” katanya.
Adun kawasan Kajang ini berkata kepada pemberita semasa membuat lawatan ke Hutan Simpan Rantau Panjang, di sini petang tadi.
Turut bersama dalam lawatan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim, Adun Damansara Utama, Dr Cheah Wing Yin, Adun Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pengurus Besar PKPS Bahagian Perkhidmatan Korporat, Nordin Darhan dan Timbalan Pengurus Besar PKPS, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Aqmal Azam Ahmad.
Beliau bersama anggota PAC yang lain turut melahirkan rasa kesal apabila pembangunan hutan simpan ketika di bawah pimpinan PKPS terdahulu tidak dilaksanakan dengan baik malah katanya ianya tidak diselaras dengan dasar yang diwartakan.
Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil PAC selepas ini, beliau berkata pihaknya akan meminta laporan yang terperinci lagi.
“Sekiranya tindakan undang-undang perlu kita akan arahkan pihak perundangan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Suee Lim yang ditanya berhubung projek penghutanan semula di negeri ini berkata barisan pimpinan PAC yang ada sekarang ini akan terus memantau kerja-kerja penambahbaikan hutan simpan.
“Saya berharap usaha ini akan berjaya mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri dan juga rakyat kerana banyak tanah-tanah PKPS di negeri ini yang terbengkalai dan diabaikan,” katanya yang bersetuju jika ada usahasama dilakukan tapi masing-masing mendapat keuntungan dari kerjasama itu. - MURIZA ABDUL HAMID

Rakyat mahu perubahan,bukan lawatan mengejut!

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) -Transformasi yang cuba dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memperkukuhkan pentadbiran barunya hanya dilihat sebagai satu kosmetik semata-mata. Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub apa yang berlaku adalah segala yang digalaskan di bahunya kini sarat dengan bebanan yang ditinggalkan bosnya dahulu.
"Bagi saya apa yang Najib buat itu bukan dalam satu konteks perubahan ataupun soal yang dinanti-nanti dan diharapkan rakyat,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Mengulas mengenai lawatan Najib ke Perumahan Vista Angkasa, Kampung Kerinci dan tempat tumpuan orang ramai di Jalan Petaling selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Salahuddin menganggap ia sebagai bukan satu pembaharuan.
"Itu bukan satu perubahan. Itu cuma beberapa program mengejut yang melibatkan hanya aktiviti harian seorang menteri.
"Apa yang rakyat hendak visi dan gagasan besar Najib yang rakyat mahu melihat satu perubahan untuk kepentingan negara dalam skala yang lebih besar,"jelasnya lagi.
Tambahnya, rakyat mahu misalnya, melihat agenda memerangi rasuah dan agenda menaik taraf kehidupan rakyat termiskin dalam negara ini.
"Rakyat mahu melihat satu bentuk agihan sistem ekonomi yang lebih adil dengan melihat bagaimana gagasan kerajaan dalam menghadapi masalah perpaduan negara.
"Itu sebenarnya gagasan-gagasan yang rakyat tunggu. Bukan sekadar lawatan-lawatan mengejut begitu sahaja,"tegasnya. - mks.

Rabu, 22 April 2009

Jual kad prabayar telefon lebih 50 sen, pemilik kedai gambar didenda RM500

KUALA LUMPUR 22 April — Akibat menjual kad tambah nilai telefon bimbit melebihi 50 sen daripada harga sebenar, pemilik sebuah kedai gambar didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chong Meow Fong, 53, pemilik kedai gambar Quick Foto Sdn Bhd di sini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Beliau didakwa menawarkan untuk membekalkan 11 unit kad tambah nilai Hotlink dengan harga RM10.50 seunit walhal harga yang tertera pada kad ialah RM10 seunit. - Bernama

Penyokong KL boleh beli tiket final di jalan maharajela esok dan jumaat


Bagi memudahkan penyokong Selangor yang bekerja atau menetap di sekitar Kuala Lumpur, Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) akan membuka kaunter jualan tiket final Piala FA di Wisma FAS (lama), Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur esok dan Jumaat.

Tiket final Selangor - NS dijual hari ini

Penyokong Selangor yang mahu menyaksikan pertandingan akhir Liga Perdana di antara pasukan Gergasi Merah dan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan tidak perlu gusar kerana tiket perlawanan itu mula dijual di pejabat FAS dan Stadium Shah Alam mulai hari ini.

Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd Amin berkata, kaunter tiket di pejabat FAS akan mula dibuka jam 8 pagi hingga 5 petang manakala tiket akan mula dijual di Stadium Shah Alam mulai jam 10 pagi hingga 7 petang.

�Setiap tiket biasa dijual RM10 manakala tempat duduk utama berharga RM20. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 20,000 keping tiket untuk Selangor,� katanya.

Pasir dari Perkampongan Orang Asli Sg Garing di keluar secara haram..

SUNGAI CHOH – Pendedahan Sinar Harian keluaran 18 April lalu mengenai aktiviti mengorek dan mengeluarkan pasir daripada perkampungan Orang Asli Sungai Garing di sini mendapat reaksi Ketua UMNO Cawangan Kampung Stesen, Rosli Kahan. Beliau yang ditemui berkata, kegiatan itu sememangnya sudah dipantau sekian lama bagaimanapun ia masih berleluasa berikutan tiadanya tindakan tegas daripada pihak berkuasa. “Perkara ini akan cuba diselesaikan di peringkat atasan melalui perbincangan bersama Pejabat Tanah dan Daerah Gombak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT). “Memandangkan lokasinya melibatkan sempadan dua daerah iaitu Gombak dan Hulu Selangor, perbincangan itu akan melibatkan dua pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap isu ini,” katanya. Menurutnya, usaha mengadakan perbincangan bersama pihak terbabit akan dilaksanakan secepat mungkin bagi mencapai penyelesaian segera. Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas berhubung dakwaan penduduk sebelum ini mengenai kegiatan mengorek dan mengeluarkan pasir di kawasan terbabit. Penduduk mendakwa kegiatan yang berlarutan lebih setahun itu turut menceroboh tanah yang dikatakan milik dan rizab Orang Asli. Bagaimanapun, penduduk perkampungan terbabit tidak dapat mengesahkan status tanah mereka berikutan ketiadaan geran. Sementara itu Rosli juga berkata, aktiviti itu bukan sahaja menceroboh sebahagian tanah milik penduduk di situ, malah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. “Aktiviti ini saya akui mengakibatkan pencemaran alam sekitar seperti debu dan jalan utama ke perkampungan itu akan menjadi rosak kerana dilalui kenderaan berat,” katanya. Ditanya mengenai sama ada aktiviti itu mendapat kelulusan pihak berkuasa beliau berkata, akan menyiasat perkara itu. Katanya, kemungkinan kegiatan terbabit tidak memiliki sebarang permit atau kelulusan daripada pihak berkuasa. Sinar Harian sebelum ini pernah cuba untuk menghubungi Pegawai Daerah Gombak bagi mendapatkan respons berhubung perkara itu bagaimanapun gagal. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim ketika dihubungi berkata, beliau menggesa supaya pihak berkuasa memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti tidak sihat.

Tanah Tol pun boleh dijual...

SELAYANG UTAMA – Seorang ahli politik dikenal pasti telah menyelewengkan penjualan tanah rizab kepada sebahagian besar daripada 33 peniaga menghuni premis perniagaan di deretan kedai Lot PT 2520, Batu 16, Rawang. Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen (gambar) yang mendedahkan demikian berkata, daripada hasil siasatan pihaknya, ahli politik berkenaan didakwa menjual tanah terbabit kepada peniaga di situ dengan perjanjian kononnya pada akhirnya mereka nanti akan mendapat geran. Menurutnya, sedangkan perkara tersebut agak mustahil berlaku berikutan sebahagian tanah berkenaan dikenal pasti sebagai rizab sungai itu kini terlibat dalam kerja-kerja pelebaran Jalan Kuala Lumpur-Rawang berdekatan. “Peniaga yang percaya tanah tersebut boleh dibeli termakan dengan kata-kata ahli politik berkenaan, biarpun tahu tanah tersebut hanya mempunyai Sijil Menduduki Sementara (TOL). “Pada sekitar tahun 2000 TOL tersebut sudah dibatalkan. Sekarang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sendiri telah mengambil semula tanah berkenaan untuk pelebaran dan pengalihan sungai untuk mengelakkan banjir di situ,” kata William kepada Sinar Harian dalam satu majlis, di sini, semalam Beliau berkata demikian ketika mengulas isu premis diduduki 33 peniaga di Lot PT 2520 bakal dirobohkan untuk pembangunan termasuk mendirikan sebuah pasar raya besar di situ.

Isnin, 20 April 2009

Tahniah kepada penerima pingat dari Sultan Selangor..

SHAH ALAM, 20 April – Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah hari ini berkenan mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengurniakan darjah dan pingat negeri Selangor kepada 203 orang penerima.
Kesemua mereka dari daerah Petaling dan Klang itu menerima pingat berkenaan dalam satu istiadat yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz dekat sini petang tadi.
Mendahului senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Tuan Haji Aluwi Parman.
Beliau menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) manakala Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman @ Rohman Salmin menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.).
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, Kajang, Chan Kai Choon menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.).
Pada majlis pengurniaan hari ini juga, seramai 20 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.), 32 orang dikurniakan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.), 140 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) dan lapan orang menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.).
Hadir sama Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ramli Mahmud. – MURIZA ABDUL HAMID
BR: Tahniah kepada En Adnan (CC Pentadbiran) kerana menerima PPC hari ini.

SJKC Selangor Terima Dana RM4j


Kerajaan negeri hari ini mengagihkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada 25 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Selangor.Majlis penyampaian bantuan kewangan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini pagi tadi.Abdul Khalid ketika ditemui pemberita berkata pemberian itu bagi memulihkan keadaan infrastruktur sekolah selain mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada sekolah-sekolah berkenaan.“Sejumlah RM2 juta telah kita agihkan hari ini dan kita akan mengagihkan lagi RM2 juta dari masa ke semasa bergantung kepada jenis permohonan yang diterima,” katanya memberitahu keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan.Kerajaan negeri sebelum ini telah memperuntukkan RM8 juta bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah persendirian agama rakyat.

Gambar-gambar Bengkel Smart Learning Bersama Osman Affan





Jumaat, 17 April 2009

YB WENG SAN, ADUN KG TUNKU DI KG AIR PANAS.. 12 APRIL 2009




I attended a ceramah in Kampung Air Panas, Kerling, Hulu Selangor on 12th April 2009.
About 200 villagers turned up for the ceramah. Also speaking were DAP ADUN for Subang Jaya, YB Hannah Yeoh and DAP Councillor for Hulu Selangor District Council, Sdr Santokh Singh.
We talked on a lot of issues including the latest political situation in the country as well as the latest by-elections in Bukit Gantang, Bukit Selambau and Batang Ai.

@WENGSAN , ADUN KG TUNKU

KERAJAAN NEGERI BIDAS KENYATAAN DATO’ NOH OMAR

Sejak 8hb Mac 2008, kerajaan baru yang diterajui Pakatan Rakyat telah dipilih oleh rakyat di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Maka, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah dilantik mengikut peruntukan undang-undang untuk memantapkan pentadbiran Kerajaan Negeri di segala lapisan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Pusat yang masih dikuasai Barisan Nasional enggan menerima hakikat bahawa rakyat di kelima-lima buah negeri ini telah menolak mereka dan dengan tidak sahnya mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang kononnya dapat menyalurkan bantuan Kerajaan Pusat secara terus kepada Rakyat.
Pernyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar semalam bahawa kementeriannya tidak akan melayan pengesahan sesuatu permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh JKKK di empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat bukan sahaja berbaur politik malah telah melanggari undang-undang. Justeru itu, EXCO Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Yang Berhormat Tuan Ean Yong Hian Wah menyeru supaya Menteri Pertanian tersebut menghormati undang-undang serta menjunjungi hasrat rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut dan MESTI mengiktiraf dan menerima pengesahan JKKK yang dilantik secara sah.
Dakwaan bahawa pengesahan bantuan tersebut perlu dibuat JKKKP yang tidak sah adalah untuk mengelak daripada dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu, Yang Berhormat Tuan Ean Yong Hian Wah menegaskan bahawa bantuan daripada Kerajaan sama ada Pusat atau Negeri, adalah daripada wang Rakyat, maka, percubaan untuk mengetepikan kuasa JKKK yang sah di undang-undang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan jelas ingin mempergunakan wang rakyat untuk meraih sokongan politik daripada golongan petani. Kerajaan Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya motif Barisan Nasional tersebut dan menasihatkan Kerajaan Pusat supaya mengembalikan hak rakyat untuk mendapatkan bantuan melalui saluran yang sah.
Bagi semua bantuan yang telah dirancang dan diperuntukkan Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikannya menepati sasaran dengan semua lapisan pimpinan kerajaan tidak kira ianya daripada agensi pusat mahupun negeri dan lebig penting lagi ialah bagi mana-mana golongan yang perlukan bantuan, Kerajaan Negeri akan cuba untuk menyalurkan bantuan tanpa mengira latar belakang politik, kaum, agama mahupun status mereka.

YB Tuan Ean Yong Hian Wah,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor

BANJIR BESAR MELANDA KERLING ...

KERLING – Hujan lebat luar biasa yang melanda kawasan ini awal pagi kelmarin mengakibatkan banjir besar sehingga menenggelamkan hampir keseluruhan perkampungan di sini. Antara kawasan terlibat termasuklah Kampung Jawa, Kampung Pasir, Ladang Jernih dan perkampungan Orang Asli. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, sebanyak 100 buah penempatan ditenggelami air dan melibatkan kira-kira 400 penduduk. “Pihak kami mula menerima laporan mengenai keadaan itu jam 6.30 pagi dan pada waktu itu air sudah mula naik dan menenggelamkan beberapa kawasan. “Setengah jam kemudian keadaan menjadi lebih buruk sehingga menenggelamkan keseluruhan Kampung Jawa dan kampung berhampiran,” katanya. Menurutnya, keseluruhan kawasan terjejas teruk sehingga memutuskan laluan perhubungan darat dan keadaan itu sedikit menyukarkan operasi menyelamat dilakukan. “Kami terpaksa menggunakan khidmat Unit Udara Polis Sungai Besi bagi membantu usaha menyelamat terutama di kawasan penempatan Orang Asli memandangkan kawasan mereka paling sukar ditembusi. “Selain itu, bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu turut diberikan dengan menghantar dua bot penyelamat,” katanya. Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan ditempatkan di penempatan sementara yang disediakan. Bagaimanapun katanya, keadaan mula kembali surut beberapa jam kemudian dan jaminan keselamatan yang diberikan mengizinkan penduduk terjejas untuk kembali semula ke penempatan masing-masing. Menurutnya, sehingga lewat petang kelmarin tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku kecuali kerosakan pada harta benda dan kehilangan sebuah motosikal dipercayai dihanyutkan arus deras. “Kita juga terus membuat pemantauan sehingga lewat malam kelmarin sehingga semua keadaan kembali normal. “Setakat hari ini segala keperluan bantuan telah disediakan oleh unit bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya.

Khamis, 16 April 2009

"Izinkan saya jalankan tugas dan terus berikan khidmat" - Elizabeth



SHAH ALAM: Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Elizabeth Wong hari ini kembali bertugas setelah menerima tawaran untuk mengekalkan jawatan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Rabu, 15 April 2009

BENGKEL "SMART LEARNING" UTK PELAJAR SPM 2009


19 April 2009 Ahad (8pg-4ptg)

Bengkel "Smart Learning" -SPIES
Penceramah terkenal Osman Aftan

Peserta : Semua pelajar Ting 5/SPM 2009 dikawasan DUN Batang Kali, Hulu BernaN dan K Kubu Bharu.
Makan/minum dan nota bengkel disediakan.
Lokasi: Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu.

Sila hubungi Koordinator Program DUN, Shaiful Anuar 016 2772882
untuk penyertaan. Tempat Terhad.

Isnin, 13 April 2009

Kemalangan di KM443.9 Bkt Beruntung - 6 maut


Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas berlaku kira-kira jam 5.30 pagi Isnin yang mengorbankan enam orang manakala dua lagi parah. Bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur dikatakan terbabas yang kemudiannya terbalik di KM 443.9 dekat Bukit Beruntung, Rawang. Pemandu bas berkenaan dilaporkan antara yang terbunuh - 13/4/2009
Five passengers and the driver of an express bus died while two others were injured after the bus skidded, hit the divider and overturned at Km443 of the North-South Expressway near here this morning.
Police said the accident occurred at about 5.30am after the double-decker bus, carrying 34 passengers from Changlun, Kedah, went out of control.The dead were Muhamad Ismail, 27, of Kampung Lubuk Batu, Jitra; Mohamad Fauzi Awang, 57, Kampung Siam, Alor Setar; Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang; Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah, C.Magentharan, 26, Kelang, and bus driver Zulkhibri Md Saad, 35, of Kubang Ulu, Bukit Mertajam. All the dead and the injured were sent to the Sungai Buluh Hospital.

Ilegal sand mining still rampant in Selangor - Ronnie Liu


Watch the video
RAMPANT illegal sand mining activities in the districts is costing the Selangor government millions of ringgit in losses annually.
The sand mining activity, believed to be one of the biggest in the state, is being conducted on a plot of state-owned land behind the Genting Sanyen Paper Mill, off the Banting–Nilai highway.

The mine is situated next to more than 6,000ha of forest reserve, an orang asli settlement and a brick making plant. Checks revealed that the sand theft activity was rampant and had been going on for many years in the area.
Hard evidence: When the authorities visited the site, a lorry dumped this load of sand before speeding off.
It is estimated that an average of 200 trucks daily are transporting sand out from the mine which is about 20ha in size.
The mining activity stretches to about 10km around a mining pool in the area.
According to a state government source, the extracting of sand from mining pools in the area was something that goes on until late at night.
He said the activities were particularly rampant in the evening, and on weekends and public holidays.
“Loads and loads of sand are being transported out daily,’’ he added.
In their bid to stay away from authorities, the source said the activity which started in the morning normally gained momentum after office hours.
He said the District Office was aware of the activity and had conducted several raids against the culprits in the past.
He said there had been a series of enforcement raids but they had failed to stop the thieves.
“The mining activity is being operated by a syndicate which is well-organised and they provide protection for those who are involved in the theft.
“They provide cover for the trucks and the mining workers by hiring thugs including the service of tontos,’’ he said.
The source said the tontos often operated from outside the area and provided information whenever they felt the presence of the authorities in the area.
He said there had been also cases of the tontos intimidating enforcement officers or those who they felt were causing a threat to their activities.
“The tontos, who operate with four-wheel-drive vehicles, will trail government vehicles that are moving towards the sand mines and will do everything possible to stop the authorities from doing their duties.
“There have been cases of windscreens being smashed and officers receiving threats from these thugs,’’ he said.
State local government committee chairman Ronnie Liu, when contacted, agreed that a lot of money was being lost through the illegal sand mining activity.
Liu issued a stay away warning to the sand thieves or they would have to face the law.
He said it was a serious offence for people to indulge in sand theft on government land.
“I advise these people to lay off with immediate effect and apply to the state for permits to extract sand from these mines.
“We are planning to open up all the sand mines in the state and issue new licences to more companies,’’ he said

DESA MELOR - Betul ke cerun dah dibaikpulih (Sinar Harian-Isnin 13 April 2009)

SERENDAH – Penduduk Desa Melur di sini yang terlibat dengan ancaman tanah runtuh kini mampu menarik nafas lega apabila Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja menstabilkan cerun. Ketua Unit Geologi Ikram, Mohd Fadlee Baba berkata, tindakan segera akan diambil untuk menstabilkan cerun setinggi 180 meter di situ namun ia bergantung kepada bila peruntukan yang disediakan dapat disalurkan. “Setelah pemantauan dan kajian dilakukan akhirnya Ikram berjaya menemukan beberapa kaedah penyelesaian terhadap permasalahan itu. “Penyelesaian itu mengambil kira faktor jangka masa pendek dan panjang serta kesediaan kerajaan negeri dalam menyalurkan peruntukan mengikut bajet atau kos keseluruhan kerja itu,” katanya ketika memberi taklimat pada majlis penyampaian sumbangan kepada 33 mangsa terlibat di Dewan Komuniti Desa Melur di sini. Sesi taklimat itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Hulu Selangor yang juga Pegawai Daerah, Nor Hisham Dahlan, Yang Dipertua Majlis daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Anuar Ali. Fadlee berkata, daripada 11 pemantauan dilakukan hanya sedikit sahaja pergerakan tanah dapat dikesan, tetapi menurutnya jika hujan berkemungkinan pergerakan berlaku lebih tinggi. “Justeru, kami mengemukakan satu kaedah jangka pendek iaitu dengan membaik pulih sistem perparitan, menutup cerun yang di klasifikasi sebagai ‘tension crack’ dengan segera serta melaksanakan penyelenggaraan berskala. “Kedua ialah untuk jangka masa panjang dengan menanam tembok sedalam enam meter dari cerun terbabit. “Bagaimanapun, kami tak boleh memberi jaminan kaedah penyelenggaraan tersebut bertahan sampai bila tetapi ia adalah untuk jangka masa panjang dan bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya. Menurut beliau, sebaik peruntukan dapat disalurkan pihaknya akan melaksanakan kerja pembaikpulihan itu dalam tempoh enam bulan dan Ikram akan berada di kawasan tersebut sepanjang masa semasa proses baik pulih berkenaan. Sementara itu katanya, MDHS akan melaksanakan penyelenggaraan kawasan berkenaan setiap bulan sepanjang kerja dilakukan. Fadlee berkata, hasil kajiannya juga mendapati taman perumahan di kawasan itu merupakan kawasan lembah dan dikelilingi bukit bukau. Menurutnya, pemaju terdahulu menggunakan konsep memotong dan menambak bukit seperti kebiasaan pemaju lainnya lakukan. Namun katanya, cerun di kawasan itu amat luar biasa memandangkan ia dibina setinggi 180 meter dan keadaan itu memerlukan ia diselenggara lebih kerap dan berterusan.
BULETINRAKYAT: Pihak berkuasa tempatan seharusnya memberitahu tentang projek menebang balak yang berlaku di atas bukit yang menjadi punca kejadian tanah runtuh, jangan berselindung di balik kejadian dan usaha pembaikan, mesti dicari punca-punca nya untuk jangkamasa dan keselamatan penduduk setempat. Mungkin kejadian yang menjadi berita di halaman utama akhbar (termasuk di tanah runtuh di Hulu Yam) masih tidak membuka mata pihak berkuasa tentang semua kelulusan tanah yang telah diberikan kepada individu atau syarikat tertentu di masa 5 tahun yang lepas.. Satu penyelesaian secara "total" harus dijalankan oleh pihak berkuasa, jangan sampai ada lagi tanah runtuh dan nyawa yang melayang baru hendak di buat kajian..

Lima lelaki ditipu penjaga stor kereta



BUKIT BERUNTUNG – Bukan sahaja kempunan memiliki kereta idaman, malah wang deposit berjumlah melebihi RM22,000 lesap sekelip mata. Itulah malang menimpa lima lelaki yang tertipu dengan kata-kata dan tawaran istimewa oleh seorang pemuda berumur 30-an yang hanya bergelar penjaga stor kereta terpakai milik sebuah bank. Mangsa, Mohd Medor Abdul Kadir, 33, berkata, dia tidak menyangka pertemuan yang bermula di kedai makan di Jalan Inai, di sini bersama pemuda terbabit rupanya berakhir dengan kerugian. Menurutnya, suspek bijak menggunakan peluang meyakinkan dirinya dengan membuat tawaran istimewa bagi menjual kereta yang ditarik bank itu daripada pelanggannya. “Pemuda itu menawarkan pelbagai jenis kenderaan keluaran tempatan dan import dengan harga murah.

@buletinrakyat: berhati-hatilah bila berurusan di Bukit Beruntung nie.. nama aje beruntung tetapi ramai penduduknya tidak ada pekerjaan dan sentiasa mencari peluang untuk membuat pendapatan.. sampaikan semalam ada aduan ke pihak polis mengenai kejadian samun wargaemas oleh pendatang asing (indonesia) yang menyebabkan kehilangan wang/barang kemas lebih RM60,000... Diharap pihak berkuasa tempatan membuat kajian tentang keadaan sosio-ekonomi penduduk disekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa ini, dimana majoritinya adalah penduduk di kumpulan pertengahan dan rendah pendapatannya, memungkinkan banyak masalah setempat seperti penganguran, jenayah dan penyakit masyarakt lain. Dimana ahli majlis yang dilantik, adakah mereka semua menjalankan tanggongjawab masing2? Rakyat sedang menunggu selepas setahun pentadbiran kerajaan baru ini.

Jumaat, 10 April 2009

MAUT DI LANGGAR KOMUTER DARI KLANG KE KL...

SHAH ALAM: – Seorang lelaki maut selepas dilanggar komuter yang datang dari arah Klang menuju ke Kuala Lumpur semalam. : Mangsa dipercayai berdiri di tengah landasan dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.30 pagi, berhampiran sebuah kilang cat, di Seksyen 16, di sini. :Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya itu mati di tempat kejadian. :Menurutnya, sebelum kejadian, beberapa pengguna yang melalui laluan Persiaran Raja Muda, dekat sini melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berdiri di atas landasan komuter terbabit. :“Orang ramai yang melalui jalan terbabit menjerit ke arah lelaki berkenaan meminta mangsa keluar daripada landasan tetapi tiada tindak balas. :“Mereka bagaimanapun tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat lelaki berkenaan dirempuh kuat oleh komuter sehingga tubuhnya melambung ke tepi jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. :Beliau berkata, sejurus menerima panggilan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mangsa sudah meninggal dunia dan terbaring di tepi laluan komuter. :“Maklumat yang diperoleh daripada pihak pengurusan komuter memberitahu, pemandu komuter telah memberi siren amaran kepada mangsa tetapi gagal membrek sebelum melanggar mangsa. :“Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang pengenalan diri mangsa sekali gus menyu:karkan kami mengenal pasti :identitinya,” katanya. :Noor Azam berkata, punca mangsa bertindak sedemikian masih dalam siasatan dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. :Siasatan masih berjalan untuk mengenal pasti sama ada mangsa di bawah pengaruh dadah ataupun wujud sebarang unsur jenayah. :“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat. Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil untuk membantu siasatan di 03-21159999,” katanya.

SINAR HARIAN 10 APRIL 2009 - JUMAAT...KENAPA KELUAR LAGI BERITA NIE...

KUALA KUBU BHARU – Usaha penjenamaan semula seluruh perpustakaan awam negeri ini dilihat langkah terbaik menarik minat masyarakat ke perpustakaan. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Mohamad berkata, usaha yang memasuki proses terakhir pelaksanaannya juga diharap memberi impak kepada golongan pembaca. “Umum sedia maklum bahawa perpustakaan awam sekarang masih dengan imej yang kurang menarik. “Oleh itu, pihaknya mengambil inisiatif menampilkan wajah baru perpustakaan supaya bukan sahaja menarik tapi mampu mengajak masyarakat untuk ke perpustakaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2009 di Perpustakaan Syed Mahsor di sini, kelmarin. Hadir sama merasmikan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah PPAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah. Menurutnya, penjenamaan semula itu adalah hasil idea Dr Halimah yang mahu perpustakaan menjadi hub ilmuwan. “Insya Allah, pada Mei ini, PPAS akan melancarkan wajah baru itu yang jelas akan memberi impak kepada masyarakat,” katanya. Mastura berkata, penjenamaan semula itu juga bukan sekadar menekankan aspek imej dan wajah perpustakaan, malah bahan bacaan yang terdapat di dalamnya juga bakal berubah. Mengulas mengenai sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa, Mastura berkata, masyarakat umum jarang mengetahui 2 April sebagai hari sambutan itu di seluruh dunia. Di Malaysia katanya, sambutan hari itu mula diadakan pada 2007 hasil inisiatif Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia. “Setiap tahun, tema sambutan akan dipilih dan tema sambutan tahun ini adalah ‘Ayah ibu belikan ku buku’,” katanya. Menurutnya, pemilihan Perpustakaan Syed Mahsor sebagai lokasi pelancaran tahun ini adalah untuk mendekatkan perpustakaan dengan masyarakat luar bandar. “Sambutan tahun ini juga bagi menyemarakkan lagi aktiviti membaca di seluruh Selangor selaras matlamat perpustakaan untuk menanam minat membaca kepada masyarakat dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

S.P.I.E.S - Anjakan Paradigma Kerajaan Selangor

9 April 2009 Khamis
Hari ini di Dewan Jublee Perak, Shah Alam, SUK..

Sebahagian dari taklimat semasa diberikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr. Halimah bt Ali berkenaan Modul S.P.I.E.S untuk diketengahkan sebagai modul perubah masyarakat negeri Selangor amat menarik sekali, setelah sekian kali mendengar dari Ketua2 Kampong dan lain2...

Barulah ada kefahaman tentang SPIES yang disebut-sebut oleh konsultan sebelah saya tadi, terimakasih kepada YB Exco dan Dr Ruziah yang memberikan peluang kepada pendukung parti untuk bersama dengan Yb mendepani bersama didalam pembangunan modal insan ini... dapat juga menjadi KPMI..

SPIES merupakan modul untuk semua peringkat rakyat negeri selangor. Bermula dari SPIES Kanak-kanak, Belia, Siswa sehingga ke penjawat kerajaan akan di SPIES kan oleh kerajaan Negeri Selangor Daru Ehsan. Modul ini juga bukan hanya dikhususkan untuk rakyat yang beragama Islam, bahkan diperluaskan kepada semua agama.
Antara keistimewaan SPIES ialah Modul yang dilaksanakan ini dibincang secara kolektif oleh konsultan dan perunding yang cukup berpengalaman dalam aspek pembangunan Insan.
konsep penting dalam Modul SPIES ialah kepentingan penekanan spiritual dalam segenap aspek samada keagamaan dan kehidupan harian. Hampir semua agama mengajak manusia ke arah melaksanakan kebaikan. Tetapi, hanya ISLAM sahaja yang mengajak kepada kebaikan yang sebenar berteraskan konsep Keesaan kepada Allah SWT.
SPIES juga mengajak agar semua rakyat Selangor kembali menghayati agama masing-masing bagi melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni.

SPIES memberi erti :
S : Spirtual P : Physical I : Intelektual E : Emosional S : Sosial

Sosial, Emosional, Physical, Intelektual mesti berlandaskan kepada kekuatan spiritual. Jika keempat-empat elemen ini tidak digarap dengan konsep spiritual, nescaya sesebuah masyarakat akan membangun secara tempang dan senget. Spritual ialah asas kepada perbentukan peribadi manusia.
Spritual boleh diterjemahkan sebagai kepentingan menguatkan pendekatan rohani kepada peserta agar setiap peserta merasakan bahawa mereka ini disayangi dan diperhatikan oleh pencipta.
Adalah diharapkan agar kesemua konsep melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang berlandaskan kepada ketaqwaan kepada Allah SWT
Walaupun konsep ini masih diperingkat percubaan, tetapi usaha ke arah untuk melahirkan masyarakat selangor masyarakat yang cemerlang sepatutnya dipuji
Melalui maklumat pemantauan SPIES merumuskan bahawa konsep ini masih boleh diperbaiki dan boleh dijadikan sebagai satu modul kerajaan Negeri Selangor untuk dicontohi oleh negeri-negeri yang lain khususnya negeri di bawah PAKATAN RAKYAT.
Semoga modul ini menjadi perintis kepada usaha PAKATAN RAKYAT untuk membentuk Negeri Selangor Negeri yang Berkebajikan

Tahniah Yb Dr Halimah dan Sekretariat Exco !!

Kerajaan negeri komited jejaki tokoh ilmuwan, Program Tuisyen Rakyat untuk Rakyat Selangor



KUALA KUBU BHARU – Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan sedang berusaha melaksanakan sebuah program yang akan mengajak masyarakat supaya lebih mengenali kalangan tokoh ilmuwan di negeri ini. Pengerusinya, Dr Halimah Ali berkata, Program Jejak Ilmuwan yang kini di peringkat akhir persediaannya bertujuan membentuk kesedaran dan keinginan masyarakat umumnya untuk menyelami sejarah hidup serta keintelektualan tokoh dan ilmuwan itu. “Kerajaan negeri menitikberatkan ilmu dan pendidikan, oleh itu kami akan terus merangka dan melaksanakan segala program ke arah melahirkan generasi bijak pandai dan tokoh ilmuwan ini. “Bagi merealisasikannya, Exco Pendidikan akan memainkan peranan dalam menjejaki ilmuwan di negeri ini seterusnya di bawa menjelajah ke setiap kawasan untuk diperkenal dan diselami keupayaan serta keintelektualan mereka untuk dijadikan ikutan,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2009 di Perpustakaan Syed Mahsor di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Mohamad dan Ahli Lembaga Pengarah PPAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.
Turut sama hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hien Wah dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail. Beliau yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPAS berkata, generasi hari ini kurang didedahkan dengan bahan bacaan atau program yang menampilkan tokoh, wira atau idola tempatan sebaliknya didedahkan dengan bahan dan unsur asing dari luar terutama Barat. “Justeru, kerajaan negeri memikirkan perlunya satu program dirangka dalam usaha mengetengahkan tokoh dan ilmuwan di negeri ini untuk dijadikan contoh dan idola,” katanya. Beliau berkata, program itu bakal menemui rakyat pada penghujung bulan ini melalui jelajah ke setiap kampung dan taman. Pemimpin tempatan dan ketua-ketua masyarakat juga disaran supaya menghebahkan program itu kepada masyarakat setempat agar pelaksanaannya mencapai matlamat.
Dalam pada itu, Dr Halimah turut menyentuh mengenai program Tuisyen Rakyat yang digerakkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu pelajar daripada golongan berpendapatan kurang RM1,500 mengikuti kelas intensif itu. Menurutnya, program menelan belanja RM3.45 juta itu mengutamakan calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Program itu juga katanya, meletakkan ADUN sebagai bapa atau guru angkat kepada pelajar yang tersenarai mengikutinya dan akan memantau segala perkembangan pelajar terbabit.

AZILAH DAN SIRUL DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI



SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.

Rabu, 8 April 2009

JAB PENDAFTARAN JANGAN BUBARKAN BALKIS


SHAH ALAM, 8 April - Berikutan surat kepada Jabatan Insolvensi Malaysia mengenai status dana RM9.9 juta kepunyaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis), Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor, Pemegang Amanah Balkis dan Ahli-ahli Balkis di mahkamah.
Walau bagaimanapun, menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, sebelum mengambil tindakan undang-undang, pihaknya akan meminta Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor untuk membatalkan keputusan meluluskan pembubaran badan itu.
“Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor sepatutnya mengambil kira pihak terlibat memberi sumbangan kepada Balkis termasuk kerajaan negeri dan anak-anak syarikat sebelum meluluskan pembubaran Balkis.
“Sekiranya Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor enggan berbuat demikian, kita akan membawa perkara ini ke mahkamah,” kata Tan Sri Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang tadi.
Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.
Tetuan Fernandez & Selvarajah telah dilantik bagi mewakili kerajaan negeri dalam kes sumbangan yang diterima oleh Balkis.
Kerajaan negeri pada 6 April lalu telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Insolvensi Malaysia berkenaan kedudukan dana Balkis berjumlah RM9.9 juta yang disumbangkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya. Kerajaan negeri juga menggesa agar dana itu dikembalikan semula kepada kerajaan negeri jika benar dana tersebut di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia.
Sekretariat AkhbarKerajaan Negeri Selangor

EAN YONG : AHLI MAJLIS TIDAK TAHU PERANAN

SUBANG JAYA – Ada segelintir Ahli Majlis yang masih tidak cekap dalam memainkan peranan serta tidak memahami tugas dipertanggungjawabkan kepada mereka,kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pem-bangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah. Beliau yang mengulas tindakan beberapa Ahli Majlis dalam satu Mesyua-rat Penuh Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ), baru-baru ini berkata, mereka (Ahli Majlis berkenaan) tidak sepatutnya mempersoalkan sekiranya ada wakil rakyat membuat aduan atau pertanyaan di Dewan. Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab wakil rakyat untuk bertanya dan meminta penjelasan berhubung sesuatu isu daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) berkaitan sekiranya mereka mempunyai sebarang kemusykilan. “Selepas itu, apa yang perlu dilakukan adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memberi maklumbalas berkenan hal dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Exco yang memegang portfolio itu. “Tetapi bukannya mempersoalkan mengapa ADUN berkenaan bertanya itu dan ini di dalam Dewan berkenaan hal yang menyentuh kepada peranan Majlis,” katanya. Hian Wan yang juga ADUN Seri Kembangan berkata, apa yang sepatutnya berlaku adalah sekiranya menerima aduan daripada ADUN atau Ahli Parlimen, mereka bagi pihak MPSJ perlu memberi penjelasan. “Mereka juga tidak sepatutnya meminta ADUN memberi penjelasan semula berkenaan perkara yang dipersoalkan di dalam Dewan “Malah saya kecewa ada Ahli Majlis yang tidak memahami fungsi mereka di dalam Majlis yang terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata, demikian selepas ada Ahli Majlis yang meminta penjelasan berkaitan kenyataan seorang ADUN yang meminta Exco kerajaan negeri menyiasat sekiranya wujud unsur rasuah dalam pemberian lesen kepada pengusaha premis di kawasan MPSJ. Kenyataan ADUN dari sebuah kawasan bukan MPSJ itu bagaimanapun menyentuh perasaan beberapa Ahli Majlis yang meminta wakil rakyat memberi penjelasan mengapa mereka menyuarakan hal itu di dalam Dewan. Bagaimanapun, Sinar Harian difahamkan ADUN berkenan hanya meminta exco berkaitan menyiasat kaedah pemberian lesen itu dan tidak mengeluarkan sebarang tuduhan rasuah kepada mana-mana individu. Dalam perkembangan lain Hian Wah berkata, Ahli Majlis dan ADUN juga sepatutnya memberi kerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat di bawah kawasan MPSJ. Kata Hian Wah, Ahli Majlis juga tidak sepatutnya menjaga zon masing-masing sahaja kerana ia akan menjejaskan reputasi kerajaan negeri. “Pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri dan jika Ahli Majlis mempunyai sikap begitu ia akan menjejaskan imej kerajaan Pakatan Rakyat. “Walaupun menerima aduan di luar kawasan zon, mereka sepatutnya menerimanya malah tidak menyalahkan Ahli Majlis di zon berkenaan,” katanya kerana mendakwa ada di antara penduduk yang tidak tahu Ahli Majlis mana perlu dirujuk mereka. Turut hadir, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh.
BUKIT BERUNTUNG – Usaha membentuk pelajar berdisiplin perlu bermula dari peringkat awal dan menjadi tanggungjawab semua pihak dalam melaksanakannya. Bagi menggalas tanggungjawab itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Beruntung, mengambil langkah seawalnya menerapkan ciri itu dalam diri pelajar. Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah terbabit, Md Fuzi Abd Lateh berkata, melalui Kursus Kepimpinan dan Motivasi Pengawas, ia diharap dapat mencapai hasrat itu sekali gus melahirkan pelajar bertanggungjawab. “Ibu bapa dan guru sememangnya menyedari usaha dan tanggungjawab membentuk disiplin pelajar perlu bermula pada peringkat awal. “Oleh demikian, kami memikirkan perlunya satu pendekatan proaktif diambil dalam mencapai matlamat itu,” katanya. Beliau yang juga Penyelaras kursus tersebut berkata, pelbagai pengisian dan aktiviti dirangka melalui kursus sehari itu bagi memastikan mesej dan input yang ingin diterapkan diterima baik pelajar. Menurutnya, antara aktiviti itu termasuklah pendedahan mengenai kaedah pengurusan perhimpunan dan pengisian ceramah pengurusan serta motivasi oleh guru dan kaunselor.
Seramai 105 murid Tahun 2 hingga 6 terlibat dalam kursus anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Badan Disiplin dan Pengawas SK Bukit Beruntung yang dikendalikan seramai 30 fasilitator terdiri daripada guru sekolah terbabit. Guru Besar SK Bukit Beruntung, Abd Ghani Md Hassan hadir merasmikan kursus dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta terlibat. Hadir sama, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Suzanah Md Amin dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, Hasanah Ali.
Md Fuzi berkata, kursus itu bukan sahaja mampu membentuk disiplin malah melahirkan pelajar yang memiliki daya kepimpinan yang unggul. “Kami yakin kursus ini dapat merealisasikan hasrat sekolah dalam melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab. “Dalam masa yang sama pelajar juga dapat di lentur dengan budaya positif agar sentiasa peka terhadap tugas yang diamanahkan,” katanya.

Selasa, 7 April 2009

DANA BALKIS RM9.9 JUTA DUIT ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI...KENAPE KHIR TOYO NAK BERSELINDUNG...

SHAH ALAM, 6 April - Kerajaan negeri memohon agar dana Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) berjumlah RM9.9 juta dikembalikan semula kepada kerajaan negeri untuk tindakan yang sewajarnya.
Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab terhadap dana itu memandangkan ia antara lain disumbangkan agensi-agensi kerajaan negeri.
Sehubungan itu beliau berkata kerajaan negeri melalui pejabat peguam yang dilantik, telah menulis surat rasmi kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendapat kepastian mengenai kedudukan dana berkenaan.
Katanya, surat bertarikh hari ini itu turut meminta pengesahan sama ada jabatan itu sedang mengendali dana berkenaan seperti yang diberitahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Selangor kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
“Mengikut nasihat undang-undang yang diberi kepada kerajaan negeri, pembubaran Balkis adalah salah di sisi undang-undang.
“Kerajaan negeri berharap Jabatan Insolvensi akan bersikap profesional dalam mengendali kes ini dengan memberi pengesahan yang diperlukan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - NOOR ALLIA KASSIM

Persatuan Pengguna Prihatin Air konon.... sebenarnya dalang yg perjuangkan Rozali Ismail, Syabas dan Puncak Niaga...

SHAH ALAM, 7 April - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga berselindung di sebalik Persatuan-persatuan Pengguna Prihatin Air Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang kononnya memperjuangkan hak-hak pengguna di negeri Selangor.
Demikian dinyatakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurutnya, persatuan itu diwujudkan untuk menjaga kepentingan syarikat-syarikat konsesi air Selangor yang mana pengerusi penajanya adalah Dato’ Muhammad Azaham Abdul Wahab.
Dato’ Muhammad Azaham juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Air Selangor yang dipengerusi oleh Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail.
“Ia tidak mengejutkan saya kerana persatuan ini didalangi orang yang sama dengan orang yang berada di dalam Persatuan Air Selangor yang mana presiden atau pengerusi persatuan itu merupakan Tan Sri Rozali yang merupakan pengerusi kepada syarikat Syabas dan Puncak Niaga.
“Jadi tidak terkejutlah bila kita melihat bagaimana menerusi Dato’ Muhammad Azaham, Persatuan Pengguna Prihatin Air Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya menjadi perkakas kepada Syabas dan Puncak Niaga untuk mempertahankan kepentingan komersial mereka,” katanya menambah ianya jelas menunjukkan bukan kerajaan negeri yang menipu rakyat sebaliknya syarikat konsesi sendiri yang mempertahankan agar industri air terus dikendalikan oleh mereka.
Nik Nazmi berkata demikian kepada TV Selangor ketika mengulas kenyataan Persatuan-persatuan Pengguna prihatin Air Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang mendakwa risalah yang disebarkan kerajaan Selangor tidak tepat dan berbau fitnah.
Beliau yang menyanggah tuduhan itu berkata maklumat dalam risalah yang disebarkan kerajaan negeri itu berdasarkan fakta yang betul.
Menurutnya, jika benar persatuan itu prihatin terhadap kebajikan penduduk di Selangor mereka sepatutnya menjawab tentang isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara tentang bagaimana Puncak Niaga dan Syabas tidak mematuhi beberapa aspek perjanjian konsesi dan mereka juga seharusnya menjelaskan adakah persatuan mereka menyokong gaji sehingga RM5 juta setahun yang diterima pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali.
“Ini sepatutnya menjadi perkara atau isu yang perlu dibangkitkan oleh persatuan pengguna prihatin kalau mereka benar-benar mewakili rakyat Selangor yang mahukan perkhidmatan air yang baik, berkualiti dan memastikan kebajikan rakyat terpelihara,” katanya.
Menurut Nik Nazmi lagi, kerajaan negeri juga akan terus berusaha mengambil alih pengurusan air yang dikendalikan Puncak Niaga, Syabas, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holdings Berhad (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (Abass) bagi memastikan kadar tarif air diturunkan manakala pemberian bekalan air percuma 20 meter padu dapat diteruskan bagi faedah rakyat.
Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan usaha termasuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan hak pengguna dilindungi dan tiada kenaikan air dilakukan.
“Kita sudah melantik pihak peguam dan kita juga sedang mengkaji tindakan di mahkamah dan pada masa yang sama kita mahu rakyat faham tentang isu yang mendepani kita kerana sebarang perubahan termasuk tarif dari segi kenaikan air dan sebagainya perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri tapi kita lihat bagaimana kerajaan persekutuan membelakangi kerajaan negeri dalam banyak perkara,” katanya. - MURIZA ABDUL HAMID

Isnin, 6 April 2009

Laluan utama selamat dilalui penduduk Kg Mohamad Taib...Sinar harian 6 April 2009 (Isnin)

KAMPUNG MOHAMAD TAIB - Penduduk kampung di sini sudah mampu menarik nafas lega apabila laluan utama memasuki perkampungan mereka yang sebelum ini sering dinaiki air kini dapat dilalui. Keadaan itu diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang mengadakan lawatan ke kawasan itu. Menurutnya, laluan itu sudah dapat dilalui seperti biasa dan kerisauan penduduk tidak lagi timbul berikutan usaha pembesaran parit yang dilakukan. “Saya berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mengambil tindakan segera atas aduan penduduk dengan melaksanakan kerja pembesaran parit di kawasan ini. “Usaha mereka jelas dapat mengubah persepsi penduduk yang sering dihantui masalah banjir apabila hujan,” katanya. Menurut beliau, banjir di kawasan itu kerap berlaku sehingga air memenuhi laluan utama penduduk ke kawasan perkampungan selain menyukarkan pekerja kilang perindustrian memasukinya. “Tetapi dengan selesainya kerja pembesaran parit oleh JPS, laluan persimpangan ini tidak lagi mengundang banjir, sebaliknya dapat dilalui dengan mudah,” katanya. Masalah banjir di laluan persimpangan itu sudah berlarutan lebih lima tahun dan hanya apabila beberapa desakan dan rundingan dibuat, akhirnya dapat diselesaikan.
Mohd Isa berkata, antara faktor kelewatan penyelesaian terhadap permasalahan itu disebabkan kawasannya yang meliputi tanah milik individu. Bagaimanapun katanya, hasil rundingan dan kesepakatan dicapai bersama pemilik tanah, akhirnya masalah itu dapat diselesaikan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Exco kerajaan negeri yang sebelum ini hadir meninjau kawasan itu dan bersama-sama memanjangkan permasalahan penduduk sehingga berjaya diselesaikan.
Sementara itu, Ketua MIC Sungai Choh, S Retnam yang turut berada di lokasi memuji tindakan wakil rakyat yang bersungguh-sungguh dan mengambil tindakan tepat menyelesaikan masalah itu. Menurutnya, setelah wakil rakyat digantikan, barulah masalah itu dapat diselesaikan dan laluan itu boleh digunakan seperti biasa. Beliau juga berharap agar JPS sentiasa melakukan pemantauan dan penyelenggaraan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan kawasan itu benar-benar selamat dilalui.
SAS: Kenapa tidak dijemput Ketua Kampong serta Ahli Majlis Daerah sekali melawat... Bila Exco kerajaan negeri melawat ... JPS telah mengambil tindakan ...

Jumaat, 3 April 2009

OKU TERKORBAN, USAHA UTK SELAMATKAN ANAK GADISNYA

KUALA TERENGGANU - Kasih sayang dan keluhuran hati seorang bapa orang kurang upaya (OKU) untuk menyelamatkan anak gadisnya dan seorang rakan daripada lemas, berakhir dengan tragedi apabila dia tenggelam dibawa arus di Lata Belukar Bukit, Hulu Terengganu, semalam. Malah, kegembiraan perkelahan disertai dua keluarga melibatkan sembilan individu itu pasti mencatatkan sejarah hitam apabila sehingga jam 6.30 petang semalam, mangsa, Che Mohd Abdul Rashid Che Noh, 56, masih belum ditemui. Kejadian malang tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa menyedari anak perempuannya berusia 19 tahun bersama seorang lagi rakan yang seusia hampir lemas ketika mandi di lata berkenaan. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, menyedari kejadian itu mangsa yang bisu cuba membantu kedua-dua gadis itu namun tidak berjaya apabila dia tenggelam dibawa arus. “Anak perempuan mangsa dan juga rakannya terselamat namun mangsa yang berasal dari Chendering, Kuala Terengganu masih hilang dan belum ditemui,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam. Menurutnya, sebaik mendapat maklumat tentang kejadian usaha mencari dan menyelamat mangsa oleh pasukan bomba dari Kuala Terengganu terus dilakukan namun sehingga jam 6.30 petang operasi terpaksa dihentikan seketika. “Keadaan air yang keruh dan hari semakin gelap menyebabkan operasi ditangguhkan dan ia akan dimulakan semula pada jam 8 pagi esok (hari ini),” katanya.

Khamis, 2 April 2009

Siti Aishah mahu kesnya menjadi iktibar rakyat Malaysia


KANGAR: Siti Aishah Hamid, wanita Malaysia yang dibebaskan daripada penjara di Pakistan tiba di rumahnya di Kampung Permatang Pauh dekat sini hari ini dengan tekad baru iaitu untuk tidak mudah tertipu lagi.

Wanita kurang upaya berusia 44 tahun itu juga berazam untuk memulakan semula perniagaan kedai runcit yang ditinggalkannya selepas merengkok dalam penjara di Karachi, Pakistan hampir setahun lalu.

Siti Aishah yang menghidap penyakit tulang rapuh (SLE) berharap kesnya menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis pihak tertentu.

"Saya tidak menduga akan terperangkap dengan kes ini, katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pelbagai pihak yang membantunya pulang ke negara ini.

Siti Aishah berkata, sepanjang dipenjarakan di Karachi sejak 24 April tahun lalu, beliau mengalami kehidupan harian yang jauh berbeda malah kerinduan terhadap negara ini terutama kepada suami, Jaafar Noor, 44, dan seluruh anggota keluarganya amat terasa.

Siti Aishah mendakwa turut ditahan bersamanya di penjara itu ialah empat lagi rakyat Malaysia, dua berketurunan Melayu dan dua India namun beliau enggan menyatakan nama-nama mereka.

Beliau sepatutnya dibebaskan pada 24 April ini tetapi telah dibebaskan sebulan lebih awal kerana didapati berkelakuan baik, tidak sihat dan tidak menimbulkan sebarang masalah dengan pihak berkuasa penjara.

Pada 7 April tahun lalu, beliau menaiki bas dari stesen bas ekspres Kangar menuju Pudu Raya sebelum dijemput ke lapangan terbang dan dari situ, beliau mula mengalami pengalaman yang tidak pernah terfikir dalam hidupnya.

Beliau tidak mengambil kisah apabila pakej percutian ke Singapura telah ditukar serta merta ke Pakistan, tempat yang lebih jauh dan lebih indah dan dijanjikan akan berada di negara itu selama empat hari.

Selepas empat hari berlalu, Siti Aishah ingin pulang namun hasrat itu ditolak oleh "penganjur" dengan alasan ada lagi rakyat Malaysia yang belum tiba dan setelah menunggu selama dua minggu, permintaannya untuk pulang dipenuhi.

Episod hitam bermula apabila beliau ditahan oleh pihak berkuasa di lapangan terbang antarabangsa Jinnah di Karachi semasa ingin pulang kerana di dalam beg soleknya ditemui heroin seberat 950 gram.

"Saya tidak tahu bila dadah itu diletakkan dalam beg itu namun pihak berkuasa Pakistan tetap menahan saya meskipun saya telah beritahunya. Telefon bimbit saya juga dirampas," katanya.

Beliau berkata, semasa tiba di KLIA pagi semalam, bahagian Narkotik mengambil kenyataan daripada adiknya selama beberapa jam. BERNAMA