Selasa, 28 April 2009

BEREBUT MEMBELI AMANAH SAHAM NASIONAL ...ASW 2020


ORANG ramai tidak melepaskan peluang membeli unit-unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) sebaik sahaja ia dibuka untuk langganan semalam.
Di Kuala Lumpur, pelabur menunggu di Ibu Pejabat Permodalan Nasional Berhad (PNB) seawal pukul 4 pagi untuk melanggan saham tersebut walaupun kaunter hanya dibuka pukul 8 pagi.
Justeru tidak menghairankan apabila dalam tempoh tiga jam 50 minit, kesemua 980 juta unit atau 49 peratus daripada 2 bilion unit ASW 2020 yang diperuntukkan bagi langganan pelabur bukan bumiputera, telah habis dijual.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semalam 19 Oktober 2009 harga ASN 0.7687, Hari Ini 20 Oktober 2009 Harga ASN 0.7687, Semalam Indeks Komposit BSKL dalam keadaan yang memberangsangkan, tetapi harga ASN langsung tidak berubah walaupun 0.0001 sen ataupun menurun sebanyak -0.0001, apakah pekerja atau pengarah-pengarah PNB tidak tahu mengira, atau apa yang dilakukan ini bertujuan menipu orang kampong atau bangsa sendiri. Kepada yang ada di atas tu berikanlah jawatan anda kepada mereka yang lebih layak. Bersamalah kita nantikan dividen Amanah Saham Nasional tahun ini dengan alasan-alasan yang sama setiap tahun. – Pelabur Kecewa