SHAH ALAM 29 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Amerika Syarikat (AS) pagi ini untuk menjalani pembedahan injap jantung di Standford University Medical Centre, California Ahad ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata, baginda berlepas pada pukul 9 pagi menerusi penerbangan terus ke San Francisco bagi menjimatkan masa untuk tiba di pusat perubatan tersebut.
Menurutnya, pembedahan yang akan mengambil masa enam jam itu untuk menentukan sama ada injap jantung baginda perlu diperbaiki atau diganti dan seterusnya diberi rawatan selama tiga minggu di situ.
"Pembedahan itu akan dilakukan oleh dua doktor pakar di pusat perubatan tersebut iaitu pakar kardiologi Prof. Dr. Alan Yeung dan pakar 'mitral valve' Prof. Dr. Craig Miller.
"Baginda meminta rakyat negeri Selangor khasnya tidak berasa gusar dan mendoakan pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya serta sentiasa dipelihara oleh Allah SWT agar segera pulih bagi menjalankan tugas seperti biasa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di sini hari ini.
Ramli menambah, keberangkatan baginda diiringi oleh adinda baginda, Tengku Indera Setia, Tengku Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; doktor pakar Sime Darby Medical Centre Subang Jaya, Datuk Dr. Anuar Masduki dan Ahli Dewan Diraja Selangor, Tan Sri Syed Mohd. Yusof Tun Syed Nasir.
Turut sama ialah Datuk Pengelola Bijaya kepada Sultan Selangor, Datuk Zakaria Abdul Rahman dan dua sahabat baginda.
"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dijadual menziarahi baginda di sana pada minggu depan," jelasnya.
Ramli berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga diminta mendapatkan kerjasama jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri agar mengadakan bacaan Yasin dan doa selamat malam esok supaya baginda selamat menjalani pembedahan tersebut.
Katanya, solat hajat selepas solat Jumaat di masjid di seluruh negeri juga akan diadakan sepanjang tempoh rawatan baginda di pusat perubatan berkenaan.
Sementara itu, beliau memberitahu, sepanjang tempoh rawatan, tiada pelantikan pemangku sultan dilakukan kerana tempoh baginda berada di luar negara hanya 15 hari.
Katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, sultan hanya perlu melantik pemangku jika baginda berada di luar negara lebih daripada 30 hari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan