Ahad, 31 Mei 2009

PESERTA DARI SEK MEN BUKIT SENTOSA TERPILIH KE JAMBORI KE 7 DI MELAKA

Tarikh: 30 Mei - 4 Jun 2009
Tempat: Kem Tan Chay Yan (Kem Pengakap Melaka), Bukit Katil, Melaka
Peserta dijangka hadir dan mendaftar pada 29 Mei 2009 ( pagi ) dan meninggalkan Kem Pengakap Melaka pada 04 Jun 2009 ( tengahari )
Tema : KEAMANAN SEJAGAT

YB Isa Btg Kali took play too in Selangor State Assembly whom became local govt talk shop

25 October 2008 - 12:25pm
SHAH ALAM (Oct 24, 2008): Accusations flew across the floor between political foes as the Selangor budget debate wrap-up today touched on the running of local authorities, which some quarters have in the past described as playground for “Little Napoleons”.
Barisan Nasional (BN) assemblymen took swipes at the Pakatan Rakyat-run state government’s ability to run the local authorities and to check abuses only for the PR representative to remind them of the excesses and abuses committed during their administration.
Riled up at the frequent reference to contracts being given to Umno leaders, several party members stood up to defend themselves. Former menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo stood up to defend the former administration, prompting deputy speaker Haniza Mohamed Talha to tell him to sit down. “Your role is to ask questions, not give explanations,” she told him.
Executive councilor for local authorities and research and development Ronnie Liu, responding to queries raised by Mohd Khir earlier this week on why the PR-led administraton did not act against current owners of Port Klang state assemblyman Datuk Zakaria Mat Dero’s controversial palatial mansion, said: “It was your administration that alienated the land to Zakaria’s family and approved the structure after imposing a fine for flouting planning and building regulations.”
“So don’t blame us,” he said.
“Similarly, you also complained about the large number of massage parlours around the state,” he told Mohd Khir, adding that this was because the previous government led by Mohd Khir issued licences for these operations.
“Now speaking like we gave the licences out,” said Liu, who added that all the problems with street lights, shoddy roads and poor waste management were problems they inherited from BN.
Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) questioned Liu over allegations by the PR that all contracts in local authorities were swept up by Umno leaders.
“Give us a list of names, don’t just make allegations,” he said.
Liu said this will be made available on the local council websites.
Yap Eee Wah (BN-Sungai Pelek) then questioned the possibility of abuses that may occur in the new administration as there were still politicians involved in the administration of local authorities to which Liu disagreed, saying there were no politicians on the tender boards.
“Although there are politicians in the full board, they won’t influence the tender and audit committees,” Liu said. “In the last state administration, we had politicians who were full board members and in the tender and audit committees and this led to a lot abuses.”
He said there were no controls and that was why a RM20,000 project would end up costing RM60,000 and this type of wastage led to a lot of local councils having deficit budgets.
Meanwhile, Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) asked Liu if there would be more opportunities for non-Malays to obtain projects in the local authorities only to invite a lesson on state and Federal policies.
Liu: Our policy is to not award contracts based on the colour of one’s skin, religion or political affiliations.
Wong: Don’t you know that only class F Bumiputra contractors can get these projects, how will you change this policy?
Liu: That is a Federal system and if you want to change this, then you can help by asking your leader at the Federal level like Datuk Ong Tee Keat (MCA president) and Datuk Chua Soi Lek (MCA deputy president) to solve this with the Federal leaders.
Liu then continued to speak but was again interrupted by Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer).
Subahan: You are accusing the BN of involving politicians in the local authorities, but you too have politicians in the local councils.
Liu: We have political appointees but we also have 25% councillors from the non-governmental organisations. You had 100% politicians in the full board so why do you want to make noise now?

PROGRAM CUTI SEKOLAH - MOTIVASI PELAJAR SPM





Seramai 30 pelajar di sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang telah menghadiri satu program masa cuti sekolah, program motivasi pelajar SPM di Victoria International College, di sini pada hari Sabtu 30 Mei jam 9 pagi. Program motivasi di anjurkan oleh Wanita Prihatin BTP diketuai oleh Pn Noor, WKT Consultancy Services dan Victoria International College di dewan kolej tersebut dengan dirasmikan oleh Sdr Zulrosdi Muhammad Hul, wakil Jawatankuasa Penduduk Bandar Tasik Puteri.

Ceramah motivasi di sampaikan oleh Sdr Shaiful Anuar Sulaiman dan Sdr Ridzwan Sarpan dari WKT Consultancy Services. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Pengarah Kolej tersebut, Mr Lim Pooi dan Pengetua Kolej VIC, Dr Baharuddin Othman serta para ibubapa pelajar yang menjadi peserta program.

Jumaat, 29 Mei 2009

Calon SPM dihad ambil 10 subjek


SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.
‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.
‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.
‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.
‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.
Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.
‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.
‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.
Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurutnya, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri akan melibatkan semua aspek.
Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.
Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.

"You are connected in Selangor"

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengetengahkan satu dasar baru pencapaian internet di Selangor yang dipanggil ‘u_wisel’ dalam usaha membolehkan rakyat di negeri ini sama ada di bandar atau luar bandar mengakses internet. Dalam masa yang sama, bagi menjayakan dasar berkenaan, kerajaan negeri memperkenalkan satu teknologi baru dinamakan ‘Hybrid Wireless Infrastructure Network’ (Hywin) yang menggabungkan teknologi wifi dan wimax.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, projek berkenaan melibatkan pelaburan bernilai RM2 bilion dan pihaknya menjangkakan kemudahan mengakses internet di seluruh Selangor dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun lagi. ”Konsepnya adalah ‘you are connected in Selangor’, kita mahu Selangor ‘to be connected’ dengan dua cara iaitu dengan cara ‘wires’ ataupun gentian fiber dan juga dengan tanpa wayar. ”Sesiapa yang ingin terlibat dalam memberikan servis ini mesti menepati empat dasar utama iaitu kita akan lihat dari segi kebolehan lipu-tan (kawasan bandar dan juga luar bandar), kedua, dari sudut kualiti bermakna jika beri satu megabait (kapasiti kelajuan) tidak akan berkurangan sekiranya ramai yang mengakses,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di sini. Menurutnya, pihaknya juga mahu pembekal yang berminat mengekalkan program berkenaan dalam jangka panjang dan mengambil kira pencemaran pemandangan dan radiasi terhadap penduduk yang terlibat. Katanya, program berkenaan juga perlulah mempunyai impak ekonomi kepada rakyat dengan cara memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih pili-han bayaran harga yang berbeza serendah RM30 sebulan untuk mengakses internet. ”Kita jangka dengan teknologi yang baru ini, Selangor ‘will be connected’ dengan lebih baik dan meluas, dan diharap dalam masa dua hingga lima tahun ini tidak akan ada ‘blind spot’,” katanya. Menurutnya, bagi meningkatkan penggunaan internet dalam kalangan rakyat negeri ini yang kini hanya 20 peratus kepada 100 peratus, sebagai langkah awal, projek berkenaan akan dibangunkan di Shah Alam terlebih dahulu. Katanya, buat masa ini hanya sebuah syarikat yang dikenal pasti dapat membekalkan teknologi berkenaan dan menepati empat dasar yang diperlukan kerajaan negeri iaitu Prosontech Sdn Bhd.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek berkenaan terbuka kepada semua pembekal sama ada di dalam atau di luar negara bagi mewujudkan budaya kompetitif. ”Ia adalah terbuka (kepada mana-mana pembekal), ideanya adalah untuk mewujudkan satu standard. Pelaburan RM2 bilion adalah daripada pembekal, kita mahu mereka menjadi sangat kompetitif. ”Kita akan maklumkan kepada mereka di mana kawasan yang perlu dibangunkan, maknanya kerajaan negeri akan menyediakan semua info dan oleh itu, mereka boleh bersedia dengan pelaburan mereka. Ia (tawaran menjadi pembekal) dibuka mulai sekarang (kelmarin),” katanya.

SPIES DAPAT DIKEMBANGKAN MELALUI DUN


KUALA KUBU BHARU – Hasrat kerajaan negeri dalam melahirkan dan mengembangkan modal insan menerusi konsep dan modul Spies terus diperluas. Kini pendekatan itu diteruskan melalui kerjasama yang dibentuk di setiap Pusat Khidmat Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar daerah ini. Spies adalah singkatan kepada lima elemen spiritual, physical, intelektual, emosional dan sosial yang diperkenal Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali. Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali, Mohd Nashruddin Abd Aziz berkata, menerusi kerjasama itu mesej dan nilai yang terdapat dalam modul berkenaan akan berjaya dikembangkan sekali gus mencapai matlamatnya. “Ini adalah antara usaha kerajaan negeri dalam melahirkan modal insan terbaik selaras matlamat pembangunan negara. “Kejayaan menjalin kerjasama seumpama ini juga adalah satu kegembiraan yang dapat dikongsi bersama masyarakat setempat khasnya dan rakyat di DUN masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini. Beliau yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Hulu Selangor berkata, Spies adalah modul yang sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira status mahupun anutan agama. Menurutnya, ia mampu diterap dan diamalkan bermula dari kanak-kanak, belia, siswazah sehingga ke penjawat awam. Katanya, modul itu bukan hanya dikhususkan untuk rakyat beragama Islam sahaja malah diperluas kepada semua agama. “Antara keistimewaan Spies ialah modul yang dilaksanakan dibincangkan secara kolektif pihak konsultan dan perunding yang berpengalaman dalam aspek pembangunan insan. “Kesemua elemen yang terdapat dalam modul berkenaan perlu dilaksanakan secara seimbang agar pembangunan masyarakat dapat bergerak seiring dengan matlamat yang ingin dicapai,” katanya. Bagaimanapun menurut beliau, elemen spiritual adalah asas kepada pembentukan peribadi manusia dan elemen itu boleh diterjemahkan sebagai kepentingan menguatkan pendekatan rohani individu agar setiap mereka merasakan sentiasa disayangi dan diperhatikan oleh pencipta. Nashruddin berkata, walaupun konsep itu masih di peringkat percubaan, tetapi usaha ke arah melahirkan masyarakat Selangor cemerlang adalah dipuji. “Melalui maklumat pemantauan Spies merumuskan bahawa konsep ini masih perlu diperbaiki dan mampu dijadikan modul kerajaan negeri untuk dicontohi negeri lain khususnya di bawah Pakatan Rakyat,” katanya.

Khamis, 28 Mei 2009

Selangor Anjur Lawatan Perdagangan Ke Bandung dan Jakarta

SHAH ALAM, 28 Mei - Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan bakal menganjurkan satu program lawatan perdagangan ke Bandung dan Jakarta, Indonesia pada 15 hingga 18 Jun ini.
Pengerusinya, Yaakob Sapari dalam satu kenyataan berkata program berkenaan bertujuan membantu para usahawan yang berminat dalam perniagaan perdagangan (trading) melalui pertemuan bersama pengilang-pengilang yang beroperasi dekat sini.
“Produk yang sering mendapat sambutan, antaranya produk pakaian, kain, barangan berasaskan kulit, cenderamata, makanan dan lain-lain produk lagi yang terdapat di dua bandar ini,” katanya.
Menurut Yaakob lagi, kerajaan negeri juga dijangka mengadakan satu perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha di Bandung melalui program ‘business matching’. “Kita mengharapkan melalui program tersebut, para usahawan daripada kedua belah pihak dapat menjalinkan perhubungan perniagaan secara berterusan.
“Program sebegini amat sesuai untuk disertai oleh para usahawan memandangkan kita semua maklum bahawa produk dari negara Indonesia khususnya di Bandung dan juga Jakarta ditawarkan pada harga yang rendah jika dibeli secara terus dari pengilang secara borong,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Menurutnya, melalui cara berkenaan Selangor dijangka dapat mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang terlibat dalam sektor pemborongan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada ejen-ejen atau orang tengah.
“Melalui program ‘business matching’ ini produk-produk keluaran usahawan Selangor berpeluang untuk menembusi pasaran di sana kelak,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai atur cara sudah dirancang sepanjang empat hari lawatan tersebut.
“Sepanjang empat hari berada di sana kita akan mengadakan lawatan ke kilang-kilang pembuatan dan pusat-pusat jualan borong di sekitar Bandung dan juga ke Tanah Abang, Jakarta.
Dan kita berharap dengan program yang sudah dirancang ini dijangka dapat memberikan pengalaman dan juga maklumat serta jaringan perniagaan kepada para usahawan yang turut serta”, katanya yang berharap agar para usahawan mengambil peluang tersebut untuk turut serta.
Menurut Yaakob, kerajaan negeri juga akan terus menjadikan program sebegini sebagai program utama jika ianya mendapat sambutan.
“Pihak kita juga merancang pada masa akan datang untuk mengadakan lawatan perdagangan sebegini ke negara-negara lain seperti China, Kemboja, Vietnam serta Thailand,” katanya.

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) DUN Batang Kali N07


Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membeca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.

PTRS ini adalah diantara dasar- dasar lain dibawah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim, saperti bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah. Fokus adalah kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000, tahap kemiskinan kerjaaan Selangor.
Ini adalah tawaran dan dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), dimana ianya akan dapat membantu rakyat yang berpendapatan (RM2000 ke bawah) untuk mendapat pendidikan yang terbaik kepada anak mereka, ia juga akan membuka lebih ruang kepada pemimpin ADUN dan Penyelaras DUN untuk mendekati rakyat kawasannya. PTRS akan juga membantu memantapkan jatidiri pelajar/ mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan.

Program ini adalah sebahagian dari bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.

Kepada ibubapa dan pelajar yang akan mengambil SPM tahun ini, dapatlah membuat pendaftaran di pejabat khidmat rakyat DUN Btg Kali, 45M Jalan Orkid 2A, Bandar Bukit Sentosa, Rawang untuk mengelakkan keciciran dari peluang yang diberikan. Tuisyen percuma ini akan dijalankan setiap hari Ahad dari jam 9 pagi sehingga 2 petang.

Shaiful Anuar (019 3291967)

创育补习中心采取电脑与系统化制度,学生在进入补习中心时须佩戴证件。张念群(右起)与欧阳捍华扫描证件后进入该补习中心。左起为陈万荣与张汉民。(图:星洲日报)

Zalim!



KUALA LUMPUR 27 Mei – Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.
Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.
Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara.
Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.
Kegiatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila polis menahan dua lelaki dipercayai ah long hasil maklumat awam, di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi ini.
Ketika ditahan suspek yang berusia 30 dan 33 tahun itu sedang membuat urusan pembayaran hutang.
Susulan daripada penahanan tersebut, polis menyerbu sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini, kira-kira pukul 2.30 petang.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam serbuan di aras bawah itu, polis menyelamatkan tiga lelaki berusia 25 hingga 49 tahun yang dijadikan tahanan.
Katanya, ketiga-tiga mereka ditempatkan dalam dua bilik yang diubahsuai seolah-olah seperti lokap polis.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa turut menemui kesan-kesan lebam di seluruh badan, dipercayai menjadi mangsa dera ah long.
‘‘Berdasarkan keterangan mangsa, kita mendapati mereka dikurung antara 17 hari hingga dua bulan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Tambah beliau, polis terpaksa meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Seri Kembangan untuk memecahkan mangga pada ‘lokap’ berkenaan dan rantai yang dipasang pada mangsa.
Abdul Rahim menyifatkan tindakan ah long itu sebagai binatang dan tidak berperikemanusiaan kerana tergamak ‘memuatkan’ mangsa dalam bilik sempit seluas 1.2 meter X 1.2 meter tanpa aliran udara.
‘‘Kami yakin dengan penahanan kedua-dua lelaki pagi ini, kumpulan ah long itu yang juga terlibat dalam beberapa kes di Lembah Klang telah ditumpaskan,’’ ujarnya.
Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah dengan mengurung mangsa sekiranya gagal membayar hutang sehinggalah ahli keluarga mereka melunaskannya.
Ditanya sama ada ahli keluarga mangsa ada membuat laporan polis mengenai kejadian itu, beliau memberitahu, kesemua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Gombak, Kajang dan Segamat.
‘‘Kami terima tiga laporan berhubung kehilangan mangsa-mangsa. Dalam laporan itu mereka mendakwa mangsa dilarikan ah long namun tiada sebarang maklumat mengenai mereka,’’ ujar beliau.
Kes itu katanya, kini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah.

Progam Cuti Sekolah: Motivasi Pelajar & Tuisyen Rakyat

Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 di alu-alukan untuk menghadiri program motivasi pelajar seperti dibawah. Datang untuk diberikan motivasi dan setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan.

Tarikh: 30 Mei (Sabtu)
Masa: 9 pg - 11 pagi
Tempat : Kampus Utama, Kolej Antarabangsa Victoria, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Mulai Ahad 31 Mei ini, kelas tuisyen akan dibuka kepada semua pelajar yang akan menduduki SPM tahun ini.

Setiap Ahad
Masa: 9pg - 2ptg
Tempat: Pejabat Khidmat Rakyat, Bdr Bkt Sentosa, 45M Jln Orkid 2A.

Sila hubungi 016 2772882/019 3291967 untuk keterangan lanjut!
Koordinator PMI

Rabu, 27 Mei 2009

Belia menjalani kursus di Kalumpang Resort




Satu proram belia di bawah Pelan Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Selangor telah diadakan di Kalumpang Resort & Training Center pada Ahad 23 - 24 Mei lepas dimana lebih 100 belia dari sekitar DUN Batang Kali dan Kuala Kubu Baru telah menjalani kursus selama 2 hari 1 malam. Kursus yang dianjurkan oleh Airbone Discovery bersama pejabat DUN telah berjaya mendedahkan belia-belia kepada keperluan menjadikan insan yang cemerlang secara holistik yang berasakan kepada konsep SPIES, Spritual (Rohani), Physical(Jasmani), Intellectual(Akal), Emotional(Emosi dan Social(Sosial). Kursus di uruskan oleh Sdr Radin Ahmad Faizul dari Airbone Discovery bersama Sdr Shaiful Anuar Sulaiman, Koordinator Pembangunan Modal Insan. Penceramah adalah Ustaz Rizal Zulkarnain dari Darul Tauhid Bandung dan Tn Hj Noor Azizan Majid dari Airbone Discovery.

Majlis Daerah Hulu Sgr dapat 2 Bintang dlm Sistem Rating PBT Selangor..


SUBANG JAYA, 26 Mei – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor meraikan media massa terhadap sumbangannya dalam pelaporan berita dan rencana yang positif terhadap penambahbaikan tadbir urus dan sistem penyampaian PBT negeri ini.
Sesungguhnya media massa berperanan penting dalam usaha meyakinkan rakyat terhadap kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir urus negeri Selangor melalui penyampaian maklumat yang betul kepada masyarakat.
Demikian kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Malam Pengharagaan PBT Bersama Media dan Pelancaran Zon Bersih PBT Selangor di Grand Selangor Ballroom, Hotel Sheraton di sini malam tadi.
Selain itu, pada majlis tersebut turut meraikan kejayaan PBT Selangor memperolehi taraf empat bintang sempena Sistem Star Rating PBT (SSR-PBT) bagi tahun 2008 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada awal tahun ini dan Pelancaran Program Zon Bersih PBT Negeri Selangor.
Sebanyak empat PBT memperolehi taraf empat bintang, antaranya Majlis Perbandaran Subang Jaya (84.40), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (80.50), Majlis Bandaraya Shah Alam (80.10) dan Majlis Perbandaran Klang (76.20).
Taraf tiga bintang dianugerahkan kepada lima PBT iaitu Majlis Perbandaran Kajang (74.95), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (70.70), Majlis Daerah Kuala Langat (68.75), Majlis Perbandaran Selayang (67.30) dan Majlis Perbandaran Sepang (65.60) manakala taraf dua bintang pula dimenangi dua PBT, antaranya Majlis Daerah Hulu Selangor (58.80), Majlis Daerah Kuala Selangor (52.75) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (50.85).
Kriteria pemilihan SSR-PBT tersebut dinilai dari segi tahap pencapaian sistem penyampaian perkhidmatan, peningkatan daya saing, kecekapan dan keberkesanan organisasi yang merangkumi pengurusan (30%), perkhidmatan teras (35%), pengurusan pelanggan (15%) dan penyertaan komuniti dan pandangan penduduk (20%).
“Kriteria tersebut tertumpu kepada pencapaian dalaman oleh PBT, hanya tidak lebih daripada 20 peratus kiraan tersebut diambil kira pandangan dan pendapat pengguna (orang awam).
“Oleh sebab itu saya meminta kementerian (KPKT) untuk memberi juga keutamaan tentang servis penilaian pengguna dan penerima perkhidmatan PBT sebagai satu alat untuk menilai kejayaan PBT tersebut”, ulas Abdul Khalid.
Dalam pada itu, program Zon Bersih yang diilhamkan Eksko Selangor, Ronie Liu Tian Khiew itu bertujuan memupuk kesedaran kebersihan setempat dalam komuniti masyarakat di samping mengenalpasti satu kawasan paling kotor di setiap kawasan PBT untuk diwartakan zon bersih dalam tempoh setahun.
Pada majlis tersebut, PBT yang memperolehi taraf empat bintang menerima momento dan sijil penghargaan manakala tiga dan dua bintang pula menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor.
Turut menerima sijil penghargaan, wakil media massa.
Hadir sama, Ahli Eksko Selangor, Yaakob Sapari dan Ean Yong Hian Wah.

Selasa, 26 Mei 2009

Anugerah Khidmat Cemerlang utk Pekerja MDHS - Sinar Harian 26 Mei 2009 Selasa

SHAH ALAM – Peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) yang semakin besar menuntut pekerjanya untuk lebih tekun, beretika dan berintegriti dalam menjalankan tugas. Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail berkata, bagi menjana kecemerlangan sesuai dalam era baru, setiap kakitangan perlu melakukan anjakan paradigma dan berusaha melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai bagi meningkatkan kualiti kerja masing-masing. “Kita harus sedar bahawa kualiti kerja yang dicari bukanlah satu keadaan yang statik malah akan terus berubah. “Oleh itu, kita tidak seharusnya berpuas hati serta menjadi amat selesa dan leka dengan tahap dicapai malah perlu mengejar kualiti sepanjang masa,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2008 di sini. Hadir sama, YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md Ikhsan, Pegawai Daerah, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Orang Besar Daerah, Datuk Aman Shah Mohd Shahar. Pada majlis itu, seramai lima kakitangan MDHS menerima Pingat Jasamu Dikenang (PJK) daripada Sultan Selangor, lima penerima yang bersara termasuk telah meninggal dunia serta 21 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Tukiman berkata, cabaran lebih besar pada hari ini adalah untuk menukar cara bekerja dari menjalankan tugas rutin kepada peranan yang lebih besar sebagai pekerja berilmu yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran baru. Menurutnya, sebagai kakitangan kerajaan dalam PBT, mereka perlu bijak meramal perubahan yang akan berlaku dan berani membuat pertimbangan dan keputusan serta sanggup menghadapi risiko. “Saya merasa cukup gembira sebenarnya pada hari ini kerana kita sekali lagi berjaya mengadakan majlis yang melambangkan pengiktirafan jabatan kepada anggota pekerja dan pencapaian individu cemerlang. “Anugerah sebenarnya membawa tanggungjawab dan cabaran baru bukan setakat mengekalkan kecemerlangan malah usaha-usaha ke arah itu perlu dipertingkatkan bagi menjana idea-idea baru ke arah mencapai tahap yang lebih tinggi. “Dalam kita mengejar hasrat ini, kita perlu meningkatkan etika dan integriti. Anugerah sebegini juga diharap dapat menjadikan inspirasi dan motivasi kepada yang lain,” katanya. Dalam pada itu, Tukiman turut melahirkan penghargaan kepada MPSJ selaku ‘abang angkat’ PBT yang sentiasa berada bersama MDHS dalam menyelesaikan segala perkara. Beliau berkata, kecemerlangan dan kejayaan MPSJ selama ini sehingga diiktiraf sebagai antara PBT terbaik di Malaysia sangat dikagumi wajar dijadikan contoh. Justeru, beliau berharap dengan wujudnya jalinan baik itu, MPSJ terus memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman bersama MDHS.

Isnin, 25 Mei 2009

BERITA RINGKAS: RAGUT DI TAMAN RASA UTAMA - SINAR HARIAN 25 MEI 2009

TAMAN RASA UTAMA – Segak, bersih dan bergaya, itulah gambaran wajah peragut yang dapat diberikan mangsa sewaktu menceritakan bentuk fizikal suspek. Siti Maizura Mat, 36, berkata, dia tidak menyangka bentuk fizikal yang cantik seperti itu sebenarnya wajah peragut yang meragut dia bersama seorang lagi rakannya. Lebih menyedihkan apabila mendapati kesemua empat suspek Melayu dan masih muda berusia lingkungan 20 dan 21 tahun. Menurutnya, sebelum kejadian dia bersama rakannya, Arina Che Omar, 33, sedang berbual di hadapan rumah untuk menjemputnya ke majlis bacaan Yasin di surau berdekatan. Bagaimanapun, dia terkejut sebaik didatangi empat suspek yang menunggang motosikal dan berhenti secara melulu di hadapan mereka. “Pada mulanya kami tidak merasa sebarang keadaan yang mencurigakan walaupun melihat suspek membuat satu pusingan sebelum berhenti di hadapan kami. “Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila suspek bertindak memegang kuat tangan saya sambil mengacukan parang sebelum bertindak kasar merampas kesemua barangan kemas saya,” katanya ketika ditemui di rumah Arina semalam. Maizura berkata, ketika kejadian dia duduk di atas motosikalnya bersama anaknya, Wan Hanis Afifah Mior Zainal Abidin, 3 yang diletakan di hadapan. Terkejut menyaksikan detik itu, Wan Hanis Afifah menangis ketakutan, namun tidak diapa-apakan. Menurut Maizura, dia agak terkejut dengan kejadian itu yang berlaku terlalu pantas sehingga melesapkan barangan kemas seperti rantai, gelang dan cincin termasuk telefon bimbit, beg duit yang mengandungi wang tunai, kad pengenalannya dan dua anaknya serta beberapa kad bank. Menurutnya, dia sempat meminta supaya suspek menyerahkan kad sim dalam telefon bimbitnya sekiranya mahu mengambil telefon berkenaan, namun tidak dihiraukan. Dalam kejadian lebih kurang jam 10.40 pagi itu, mangsa dikatakan sedang berbual lalu didatangi empat suspek yang dengan pantas mengeluarkan senjata tajam dan mengugut mangsa menanggalkan kesemua barang kemas yang ada. Disebabkan terkejut dan ketakutan, mangsa hanya mampu berdiam diri dan membiarkan suspek merampas kesemua barangan kemas milik mereka.

GAMBAR LAGI : SPIES BELIA




SPIES BELIA 23-24 MEI 2009 KALUMPANG RESORT








Sabtu, 23 Mei 2009

Berpuasa 3 hari utk DUN Perak Bubar..

The opposition coalition, Pakatan Rakyat (PR), in Perak will hold a hunger strike for three days beginning Tuesday to urge for the dissolution of the State Legislative Assembly as a solution to the political crisis in the state.
Perak DAP secretary, Nga Kor Ming said the 72-hour hunger strike would begin as soon as it was launched by former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin together with former State Assembly speaker, V Sivakumar. - Bernama

SPIES Belia ... di Kalumpang Resort hari ini

Perjalanan dari Bukit Sentosa mengambil masa hampir 40 minit pagi ini untuk lebih 70 orang belia sampai ke Kalumpang Resort .. Kali ini memang semua belia dari sekitar DUN Batang Kali merasa ceria dan tersangat seronok bila melihat jeram dibelakang kawasan resort tersebut...
Insyallah..gambar akan menyusul kemudian

Jumaat, 22 Mei 2009

SELAMAT DATANG KE KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTER

Esok bas akan bertolak dari Bukit Sentos (Seroja) jam 8 pagi ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Bkt Sentosa, ke Serendah dan Batang Kali sebelum terus ke Kalumpang Resort. Kita menjangkakan akan tiba di tempat kursus jam 9 pagi.

Semalam telah dibuat pengesahan bahawa umur peserta adalah dari 15 sehingga 30 tahun, yakni satu pengesahan kumpulan umur BELIA yang diiktirafkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (kita ikut takrif dunia ni), yakni semua pelajar tingkatan 4 dan 5 berkelyakan mengikuti kursus ini. Walau bagaimanapun, satu lagi kursus sedemikian rupa akan diadakan pada 6hb dan 7 hb Jun ini. Diharap sesiapa yang ketinggalan dapat lah mendaftarkan diri anda seawal mungkin bagi mengelakkan tidak disenaraikan nanti.

Berikut adalah senarai senarai keperluan yang perlu dibawa oleh peserta Belia SPIES.

Peserta Lelaki
* Kemeja dan Seluar Panjang ( semasa kursus )
* Baju dan Seluar Panjang Sukan
* Kasut Sukan
* Kelengkapan Solat Bagi Peserta Muslim
* Kelengkapan Mandi (Tuala, Sabun, dan lain-lain)
* Selimut

Peserta Perempuan
* Baju Kurung ( Semasa Kursus )
* Pakaian Formal bagi Non Muslim ( semasa Kursus )
* T-Shirt (Lengan Panjang)
* Seluar Sukan
* Kasut Sukan
* Telekung bagi peserta muslimah
* Kelengkapan Mandi (Tuala,Sabun, dan lain-lain)
* Selimut

Khamis, 21 Mei 2009

SPIES KEPIMPINAN BELIA ! Tinggal 1 hari lagi ! penyertaan adalah percuma !

Tinggal 1 hari lagi ke Kalumpang Resort !!! Siri motivasi dan kepimpinan sambil bersantai!!!

Sila hubungi sekretariat SHAIFUL ANUAR 016 2772882 untuk mendaftar ke kursus SPIES BELIA pada 23 - 24 MEI 2009 (Sabtu dan Ahad) selama 2 hari 1 malam bertempat di KALUMPANG RESORT.

Penyertaan adalah percuma. Sila sms nama dan ic sebelum 21 Mei (9mlm) untuk pengambilan insuran nyawa/bas.
Bas disediakan dari pejabat Pusat Khidmat Rakyat Bkt Sentosa. Bertolak sekitar Sabtu 23 Mei (8 pagi).Bas boleh mengambil peserta di persimpangan Serendah, Batang Kali dan Kuala Kubu. Sila beritahu pengelola terlebih dahulu untuk menaiki bas!! Semua belia berumur 18 sehingga 30 tahun digalakkan hadir dan menyertai kursus ini. Jangan lepaskan peluang ini!!!
Sila buat persiapan dengan membawa baju sukan dan selimut utk bermalam.
Shaiful Anuar 016 2772882

Isnin, 18 Mei 2009

SPIES KEPIMPINAN BELIA ! penyertaan adalah percuma !

Tinggal 1 hari lagi ke Kalumpang Resort !!!
Sila hubungi sekretariat SHAIFUL ANUAR 016 2772882 untuk mendaftar ke kursus SPIES BELIA pada 23 - 24 MEI 2009 (Sabtu dan Ahad) selama 2 hari 1 malam bertempat di KALUMPANG RESORT.

Penyertaan adalah percuma. Sila sms nama dan ic sebelum 21 Mei (9mlm) untuk pengambilan insuran nyawa/bas.

Bas disediakan dari pejabat Pusat Khidmat Rakyat Bkt Sentosa. Bas boleh mengambil peserta di persimpangan Serendah, Batang Kali dan Kuala Kubu. Sila beritahu pengelola terlebih dahulu untuk menaiki bas!!

Semua belia berumur 18 sehingga 30 tahun digalakkan hadir dan menyertai kursus ini. Sila buat persiapan dengan membawa baju sukan dan selimut utk bermalam.

Program SPIES dapat sambutan menggalakkan

Program SPIES yang pertama anjuran Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, mendapat sambutan sangat menggalakkan.
Program dua hari satu malam di Kalumpang Resort, Hulu Selangor itu dihadiri hampir 100 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri Taman Medan.
Pada program itu, pelajar berumur 16 dan 17 tahun didedahkan dengan pelbagai kaedah pembelajaran, pemakanan serta adab-adab murni seorang insan.
SPIES atau Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social diperkenalkan oleh Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali, tahun lalu dengan menekankan pentingnya pembangunan modal insan di kalangan pelajar.
Pengurus Pemantau SPIES, Mohamad Firdaus Ariffin berkata peserta yang dipilih mengikuti program ini terdiri daripada pelajar Pusat Tuisyen Rakyat dan anak angkat Dr Halimah.
Menurutnya, modul yang digunakan oleh pihak konsultan menitikberatkan soal tanggungjawab dan amanah seorang pelajar untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Program ini dirasmikan oleh Dr Halimah dan ditutup oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Haniza Mohamad Talha yang juga ADUN Taman Medan.
Sementara itu, peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana dapat berinteraksi dengan rakan-rakan baru serta didedahkan pelbagai pengetahuan yang sangat berguna.
Mohd Nasirwan Kamaruddin, 16 tahun yang menyertai program anak angkat Dr Halimah berkata, program itu memberi banyak pendedahan mengenai pergaulan dan mengenali ramai rakan-rakan baru.
Izza Atira, 16 tahun berpendapat pendedahan yang diberi itu dapat mengukuhkan jati diri peserta untuk menghadapi cabaran hidup yang lebih getir pada masa akan datang.
Che Munira Che Man, 17 tahun pula berasa lebih yakin setelah diajar tentang pengurusan masa serta ibadat dalam kehidupan seharian.
Norumairah Sutrisnor, 17 tahun berasa sangat seronok dan berharap dapat mengikuti lagi program pemantapan yang akan dianjurkan pada masa akan datang.
Khairul Akmar Khairuddin, 17 tahun yang dipilih sebagai penghulu program sulung ini berpendapat, pengajaran sepanjang sesi ini banyak membantu peserta untuk memperkemaskan diri sebagai pelajar dan generasi yang sempurna dan berguna kepada masyarakat.

Majlis Sumbangan kpd Golongan Miskin, OKU dan Bencana Alam 17 Mei 2009 Ahad 4.30ptg






Satu majlis penyampaian sumbangan kepada 200 penerima dari golongan miskin, orang kurang upaya dan bencana alam telah diadakan semalam di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Zon Utara, Bandar Utama, Batang Kali. Penyampaian sumbangan berbentuk cek dan keperluan harian telah di lakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, YB Tuan Dr Xavier Sevakumar yang memegang porfolio kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Syed Shahir, Presiden MTUC, Penyelaras DUN Batang Kali, Nashruddin Abd Aziz, Penghulu Mukim Serendah, Tuan Jamadi, Ketua-ketua kampong dari Mukim Serendah, JKKK dan penduduk-penduduk sekitar .
Dalam ucapan beliau, YB Dr Xavier berharap dengan sumbangan daripada kerajaan negeri tersebut, semua rakyat di negeri Selangor dapat menikmati hidup yang lebih selesa tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Sesiapa yang layak berhak untuk menerima semua bantuan samada dari tempat tinggal, keperluan dan bantuan kesihatan melalui semua saluran -saluran kerajaan negeri.
Tuan Syed Shahir, Presiden Malaysian Trade Union Congress (MTUC) didalam ucapan beliau berharap semua Ketua kampung dan JKKK dapat memajukan kampung masing-masing dengan aktiviti yang berfaedah dan diharapkan dapat memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan menerusi program yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Beliau juga mengharapkan supaya rakyat bersabar kerana banyak lagi rangsangan-rangsangan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri keepada rakyat, dan terus memberi sokongan supaya dapat terus membantu rakyat hidup lebih selesa.
Nashruddin Abd Aziz berharap dengan pembukaan satu lagi pusat khidmat di Bandar Utama ini akan terus membantu semua penduduk sekitar terutama di kawasan zon utara DUN Batang Kali ini, manakala Pusat Khidmat Rakyat di Bandar Bukit Sentosa akan dapat memastikan perkhidmatan dan menumpukan penduduk disekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Majlis telah diakhiri dengan jamuan petang dan bersurai selepas jam 6 petang.

Ahad, 17 Mei 2009

Kolej Komuniti Selayang tawar kursus pertanian




Program mengatasi kemiskinan melalui latihan kemahiran merupakan aspek penting dalam usaha penyusunan semula masyarakat.
Tanpa kemahiran yang cukup, kejayaan yang diperoleh jarang mencapai tahap maksimum dan tidak berdaya saing.
Menyedari hakikat berkenaan, Kolej Komuniti Selayang (KKS) akan mengadakan Kursus Keusahawanan Agro Komersial dan Projek Sara Diri bagi memberi peluang kepada bakal usahawan meneroka bidang pertanian dan akuakultur secara komersial mahupun skala kecil.
Pengarah KKS, Nik Zaleha Nik Manap berkata, latihan secara teori dan praktikal akan dijalankan secara berperingkat sepanjang Mei hingga Ogos 2009 dengan kerjasama syarikat penggerak aktiviti pertanian dan akuakultur, Prestasi Agro Farm.
"Pihak kami pernah menjalankan aktiviti sama tahun lalu dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan KKS mengambil keputusan untuk menganjurkan kursus yang sama tahun ini," katanya.
Antara kursus yang ditawarkan adalah Teknik Pembenihan Ikan Keli secara Aruhan, Penanaman Cendawan Tiram, Tanaman Sayuran Kaedah Fertigasi, Penternakan Cacing dan Penanaman Serai Komersial.
Bidang kursus pertanian yang dipilih merupakan projek komersial yang mampu diusahakan secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan.
Nik Zaleha berkata, menternak ikan keli secara komersial lebih menguntungkan jika bakal penternak mahir melakukannya sendiri.
"Semasa kursus pembenihan ikan keli peserta bukan saja diajar mengenai teknik pembenihan aruhan tetapi diajar bagaimana menghasilkan makanan ikan dan kaedah ternakan tidak bergantung kepada palet," katanya.
Bengkel latihan bagi Penanaman Cendawan dan Sayuran Fertigasi pula, kata Nik Zaleha amat sesuai diceburi oleh golongan wanita.
Cendawan dan sayuran organik yang menggunakan teknik fertigasi bukan saja berkhasiat tetapi mendapat permintaan tinggi sekitar Lembah Kelang.
Bagi tanaman cendawan, para peserta berpeluang mengetahui bagaimana penyediaan beg media, penyuntikan benih, penjagaan rumah cendawan, kawalan penyakit dan teknik pembungkusan tepat.
Selain itu peserta juga akan didedahkan dengan tanaman serai secara pertanian kontrak bagi tujuan komersial untuk tujuan perubatan dan farmaseutikal.
Siri latihan yang ditawarkan memberikan maklumat mengenai harga pasaran bagi sayuran yang mendapatkan sambutan di pasaran misalnya serai, cili dan kunyit.
Tenaga pengajar terdiri daripada usahawan berjaya dan pegawai dari agensi kerajaan yang berkaitan.
Bagi sesi latihan praktikal, peserta akan dibawa meninjau tapak pertanian dan penternakan sekitar Lembah Kelang dan Selangor.
Mereka yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai kursus yang dianjurkan boleh menghubungi Kolej Komuniti Selayang 03-61201267 atau 016-6606471 (Zarini) atau 019-3310855/016-3094950 (Azizi) atau layari www.kkSelayang.edu.my

MUKA BARU MENGETUAI BARISAN UMNO SELANGOR

SHAH ALAM 16 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tiga muka baru bagi menggantikan beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Mereka ialah Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohd. Satim Diman sebagai Setiausaha Perhubungan negeri menggantikan Datuk Raja Ideris Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukur Idrus dilantik Ketua Penerangan baru dari penyandangnya ADUN Sementa, Datuk Abd. Rahman Palil.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor turut mengumumkan Datuk FD Iskandar sebagai Bendahari bagi menggantikan Datuk Adnan Buyong dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo mengetuai pasukan pemikir peringkat UMNO negeri.

Eleven more illegal immigrants from the Juru detention centre have been admitted to Bukit Mertajam Hospital (HBM) with leptospirosis last night.


State Exco for Health and Welfare, Caring Society and Environment Phee Boon Poh said they were sent to hospital after coming down with fever."Since May 7, 35 illegal immigrants have been admitted to HBM. Two others were treated for fever at Seberang Jaya Hospital."However, half of them are expected to be discharged soon as they have responded positively to treatment," he told reporters here today.Newspapers today reported that a Myanmar illegal immigrant died and 26 others were being treated for leptospirosis infection at two hospitals.
Leptospirosis is a rare and severe contagious bacterial infection that affects humans and a wide range of animals.The infection is commonly transmitted to humans by allowing water contiminated by animal urine like rats or squirrels to come into contact with unhealed breaks in the skin, eyes or the mucuous membrane.Phee said the Penang Health Department has cleaned up Juru detention centre and destroyed animals responsible for the outbreak of leptospirosis.He said residents in the vicinity should not panic as the disease was under control as measures have been taken to clean up the surrounding areas.Leptospirosis is also known as canicola fever, Fort Bragg fever or Weil's disease or syndrome. - BERNAMA

Man U wins 3rd Premier League title in a row



MANCHESTER, England (AP) - Manchester United has won the Premier League for the third season in a row after a 0-0 draw with Arsenal at Old Trafford.
United needed only a point to clinch the title on Saturday, and the result puts the club out of reach of second-place Liverpool, which is seven points behind and has two games to play.
United has now won 11 Premier League titles in the last 17 seasons under manager Alex Ferguson and is tied with Liverpool on 18 in the all-time list of English league champions.
Ferguson now has 25 major trophies since he arrived at the club in 1986 and hopes to make it 26 when United faces Barcelona in the Champions League final on May 27 in Rome.
While powered this season by goals from Cristiano Ronaldo and top-quality performances from strikers Wayne Rooney and Carlos Tevez, United also had a rock solid defense which led to goalkeeper Edwin van der Sar setting a British record by going 1,311 minutes without conceding a goal.
It had a wobble in April, however, when it lost 4-1 at home to Liverpool and then 2-0 at Fulham before starting a winning streak that pushed it clear of Liverpool, its big northwestern rival.
Liverpool plays last-place West Bromwich Albion on Sunday. The final round of games is next Sunday. - AP

A (H1N1): Second confirmed case in Malaysia

the STAR:PUTRAJAYA: A second Malaysian has been confirmed with the Influenza A (H1N1) virus at the Penang Hospital, said Health Ministry deputy director-general Datuk Dr Ramlee Rahmat.
Dr Ramlee said the patient, a female student in the United States, was admitted after she sought treatment for fever at the Penang Hospital on Friday evening and it was found that she had been travelling on the same flight as the first patient.
As in the first case, she too only developed a fever after returning home and the results of medical test by the Medical Research Institute yesterday morning confirmed she had the influenza, he said.
He said she was one of 16 suspected A(H1N1) patients warded at various hospital around the country as at yesterday evening but 12 others had been tested negative while the remainder three were still waiting for results.
The other suspected patients, he said, were warded at the Sungai Buloh Hospital (9), Tengku Fauziah Hospital in Perlis (2), Malacca Hospital (2), Penang Hospital (1) and Sultan Aminah Hospital in Johor (1).
Dr Ramlee said the latest patient was part of a group of four friends, including the 21-year-old confirmed with the virus at the Sungai Buloh Hospital on Friday, who had travelled on the MH 091 flight from Newark, United States and arrived at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on Wednesday morning.
The two other friends and the family members of the female student, he said, had been placed under quarantine at home but none showed signs of the symptoms linked to the H1N1.
“Both the patients confirmed with the influenza virus are receiving treatment and are being closely monitored but they no longer have any fever and are in stable condition,” he told a press conference here.
He said the ministry had also placed under quarantine at home staff at a private clinic who came into contact with the first patient when he sought initial treatment there but they and the five family members of the first patient, who are also under quarantine at home, were healthy.
Dr Ramlee also said that 81 Malaysians and 38 foreigners of the total 192 passengers and crew members on board flight MH091, were still in Malaysia and their contact details obtained from the flight manifest had been sent to the respective state health departments so they be contacted and their conditions monitored.
As for the remainder 73 passengers, he said, their details would be handed over to the World Health Organisation (WHO) to be forwarded to the respective countries they had travelled to.
“I also want to thank 35 passengers on the flight who called us after the first case was highlighted through media reports and we have forwarded their details to the respective state health departments to be quarantined at home and monitored,” he said.
Health officials will visit all those under quarantine at home twice daily to offer assistance since those affected cannot leave their homes for seven days to even perform simple tasks like going to the market, he said.
He said the ministry also identified three passengers from the same flight, including a Malaysian, who were to leave Malaysia on Friday and placed them under quarantine at the Sungai Buloh Hospital since they had checked out of their hotel rooms and had no where else to stay. They will be allowed to continue their journey on May 20.
Asked is the ministry would take action against any flight passengers who tried to avoid being contacted, Dr Ramlee said it could take legal action under the Infectious Disease Control Act 1988 but hoped those involved would act responsibly by cooperating with the efforts to control the disease.
On whether it was advisable to wear masks in public due to the outbreaks of diseases like A(H1N1) and meningitis, he said it was more sensible for those coughing, sneezing or having running nose to wear masks and avoid infecting others since anyone within a metre of patients with A (H1N1) was in danger of being infected.
He also reiterated the ministry call for people not to panic after the second case surfaced as the detection of the patient proved the health authorities were on top of things and had the problem under control.
“We have been conducting non-stop screening of travellers coming from countries where there are A (H1N1) cases and have screened 88,644 since WHO issued an alert; yesterday alone we screened 7,528 passengers comprising 400 coming in by sea, 773 by land and the rest by air,” he said.
Malaysia Airlines has located and grounded its crew members who were on flight MH091 from the United States, said its director of operations Datuk Tajuden Abu Bakar.
He said the 15 crew members had been taken off the roster for a seven-day home quarantine as a precautionary measure.
“Malaysia Airlines confirms that the flight MH091 from Newark arriving at KL International Airport on May 13 at 7.15am was on transit at Arlanda, Stockholm where 80 passengers disembarked.
“From Arlanda, 199 people including 184 passengers and 15 crew members arrived in Kuala Lumpur,” he said, adding that the national carrier has since been in contact with the Arlanda authorities to provide them with the passenger list for monitoring purposes.
“Malaysia Airlines would like to reiterate that it will continue to monitor the situation closely and co-operate with the Health Ministry and relevant authorities to ensure all preventive and control measures are in place,” he said. MAS has also clarified that none of its pilots were warded as reported yesterday.
Meanwhile, Malaysian Medical Association president Datuk Dr Khoo Kah Lin urged Malaysians not to panic with the confirmed cases of A(H1N1) as the Health Ministry is well prepared and has taken the right measures from the very beginning.
He said the ministry’s past experiences with SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) have equipped it well to deal with the present situation.
“The Government is doing its part in trying to contain the spread of Influenza A (H1N1) by screening passengers at airports, putting in place quarantine procedures and treatment of proven cases with the relevant anti viral,” he said in a statement.
He added that although the virus is not as virulent as first expected, and recovery is the norm, the public is advised to abide by the ministry’s guideline and to co-operate with the authorities to help contain the disease.
“Members of the public with flu-like symptoms such as fever, body aches and cough should see a doctor immediately especially if they fall under the high risk group such as young children, the elderly and those who have chronic diseases.
“The MMA has already sent out the ministry’s diagnostic guidelines to its branches to disseminate the information amongst all its members. Doctors are advised to keep a high index of suspicion and to report suspicious cases to the relevant authorities,” he said.
He added that doctors are also advised to educate their patients as to the risks, the precautions to take and how to seek help without causing alarm.
All passengers on the said Malaysia Airlines flight are urged to contact the Health Ministry at 03-8881 0200 or 03-8881 0300. They could also go to any hospital, clinic or health office for a follow-up action

Jumaat, 15 Mei 2009

FOMCA USUL KERAJAAN KURANGKAN HARGA AYAM DAN BUKA AP AYAM

KUALA LUMPUR 8 Mei - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan kerajaan mengkaji kos operasi menternak dan pengeluaran ayam tempatan sebelum membuat keputusan mewujudkan stok penimbal dan permit import (AP) ayam bulat.
Ketua Eksekutif, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, akhir-akhir ini penternak seringkali memberikan alasan kos operasi bahan mentah ternakan ayam yang tidak menentu sebagai merupakan punca ketidakstabilan harga.
"Adalah lebih baik jika kerajaan mencari jalan menghasilkan sendiri bahan makanan dan ubatan ternakan ayam agar dapat mengurangkan kos operasi sekali gus menurunkan harga ayam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas cadangan kerajaan untuk mewujudkan stok penimbal ayam dan membuka semula AP ayam bulat bagi memastikan harga ternakan itu lebih stabil di pasaran.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, sudah tiba masa kerajaan mewujudkan stok penimbal untuk ayam di mana apabila ayam berkurangan kementerian boleh mengeluarkan stok yang ada.
Mohd. Yusof menambah, mewujudkan AP ayam boleh mengakibatkan negara menjadi terlalu bergantung dengan negara luar kelak, selain timbulnya faktor keselamatan makanan terutama dari segi kebersihannya.Bagi cadangan stok penimbal pula, katanya, ia juga tidak digalakkan ekoran kerajaan terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi kerana perlu memastikan makanan tersebut masih boleh digunakan dalam jangka masa panjang."Kerajaan perlu ambil sedikit masa lagi untuk berbincang dengan pihak-pihak tertentu supaya usaha membeli barangan buatan Malaysia di kalangan pengguna tidak hapus begitu sahaja," katanya.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd. Firdaus Abdullah pula berkata, mengawal harga ayam dengan menetapkan harga siling merupakan langkah terbaik mengatasi masalah kenaikan harga ayam yang tidak pernah reda.Beliau berkata, langkah tersebut juga sama dapat membantu penternak tempatan meneruskan dan memperluaskan industri ayam."Mengenai AP ayam pula, kerajaan boleh letakkan sebagai alternatif kedua sekiranya penternak masih berdegil untuk meletakkan harga mengikut kehendak mereka."Tetapi buat masa ini, PPPM meminta kerajaan untuk mengutamakan penetapan kawalan harga dulu," katanya.

YAAKOB SAPARI: PASUKAN BANTU ADUN PELABUHAN KLANG SELESAI MASALAH RAKYAT


SHAH ALAM, 14 Mei – Satu pasukan khidmat masyarakat bakal ditubuhkan bertujuan membantu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah serta pasukannya bagi membantu menyelesaikan masalah dan urusan pengundi-pengundi kawasan tersebut.
Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pejabat Menteri Besar dijangka mengendalikan pusat khidmat Pelabuhan Klang bersama-sama Adun serta Ahli Jawatankuasanya.
Pasukan ini diketuai oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad bagi membantu dan menambah baik khidmat masyarakat berikutan Badrul Hisham Abdullah mengalami masalah kesihatan.
“YB tak berapa sihat, jadi dengan bantuan ini, kita akan efisienkan lagi servis dia, we work as a team, satu pasukan, kejayaan bersama, rakyat akan dapat yang terbaik”, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari ketika ditemui pada Majlis Penutup Seminar Pemantapan Usahawan di Kompleks PKNS di sini petang tadi.
“Kita akan bantu dia sebagai satu pasukan, dulu kita bertanding satu pasukan, sekarang siapa yang ada masalah kita work as a team bantu pasukan”, tambahnya lagi. - M.SAHRULNIZAM M.ZAIN

Anwar cadang serah kuasa kepada rakyat

SINAR HARIAN 15 MEI 2009: SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemelut politik yang berlarutan di Perak tidak boleh diselesaikan melalui tindakan perundangan di mahkamah. Menurutnya, dalam keadaan ini, jalan penyelesaian yang ada ialah menyerahkan kembali kuasa penentu kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang sepatutnya mentadbir negeri tersebut.
Selesaikan segera kemelut politik perak yang berlarutan sekian lama. Penyelesaiannya bukan di istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang harus menentukannya," katanya dalam blog rasminya, semalam. Beliau berkata demikian sebagai reaksi ke atas kemelut politik yang berlaku antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) apabila jawatan menteri besar saling berganti disandang oleh wakil kedua-dua belah pihak. Menurutnya, perkara tersebut telah disentuhnya semasa menghadiri majlis anjuran DAP yang turut dihadiri penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Sehubungan itu, Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihan raya bagi menyelesaikan konflik yang berlarutan itu. “Saya cabar Datuk Seri Najib untuk mengadakan pilihan raya di Perak, mengapa takut dan gentar dengan suara rakyat? Selama ini mereka terus memperalatkan media memutarkan fakta mengikut versi mereka,” katanya. Menurutnya, penyelesaian masalah negara tidak akan tercapai dengan hanya menggantikan slogan tetapi harus mengubah dasar yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat. Katanya, dalam keadaan kini, negara memerlukan pemerintah yang mempunyai dasar menjana kekuatan, memberi hak sama rata serta membela nasib rakyat. “Hakikatnya majoriti mereka yang miskin dan terpinggir itu terdiri dari kalangan Melayu dan Bumiputera selain Cina dan India. Asas mengembalikan hala tuju negara ini ke landasannya yang tepat ialah dengan berpaksikan semangat Perlembagaan Negara,” katanya.

KETUA JKKK KG BT.30 : KESAL DGN SIKAP ADUN YG PERKECILKAN PERANAN KETUA KAMPONG



SINAR HARIAN 15 MEI 2009:BATU 30 – Kenyataan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali yang menyentuh sikap tidak prihatin Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu 30 dibidas keras individu terbabit. Adnan Jamaludin yang ditemui berkata, dia kesal dengan kenyataan itu yang seolah-olah memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab beliau. “Saya kesal dengan sikap wakil rakyat yang seakan memperkecil peranan saya sebagai ketua kampung. “Saya nyatakan perkara ini bukan mahu menyalahkan atau bangkitkan permusuhan terhadap beliau, tapi sebagai wakil rakyat beliau perlu lebih profesional dan tidak menyentuh sentimen politik dalam hal membantu rakyat,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam. Adnan berkata, sebagai ketua dia menjalankan tugas sebaiknya dan jika disentuh soal tidak prihatin dengan penduduk kampung, perkara itu tidak berasas sama sekali kerana dia mampu buktikan bahawa segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan telah dilaksanakan sepenuhnya. Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang menyatakan sikap tidak prihatin JKKK dalam membantu mangsa banjir kawasan berkenaan. Dalam laporan Sinar Harian keluaran 13 Mei lalu, Mohd Isa menyebut ada menerima aduan daripada penduduk iaitu mangsa banjir yang berlaku di sini baru-baru ini, mengatakan mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan sesiapa pun selepas kediaman mereka dilanda banjir. Dalam kenyataannya lagi, Mohd Isa menegaskan penduduk datang sendiri ke pejabatnya memaklumkan perkara itu dan memberitahu bantuan tidak dihulur meskipun sudah dimaklumkan kepada JKKK. Sementara itu, Adnan berkata, soal permohonan penduduk atau mangsa banjir yang dikatakan tertanya-tanya bantuan yang tidak dihulur walaupun nama mereka sudah disenaraikan, Adnan berkata, perkara itu tidak timbul. Menurutnya, penduduk sendiri datang kepadanya dan menyatakan mereka tidak memerlukan bantuan setiap kali berlaku banjir tetapi apa yang penting adalah penyelesaian terhadap permasalahan yang menjadi punca banjir. “Saya telah laksanakan segala yang terbaik untuk penduduk di sini termasuk mengemukakan kertas kerja kepada Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Perairan dan Saliran serta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk perhatian. “Dalam kertas kerja tersebut, saya sertakan beberapa lokasi bermasalah yang menjadi punca berlakunya banjir di kawasan ini. “Harapan saya dengan adanya cadangan itu, pihak berkenaan dapat melihat sendiri keadaan itu dan tampil untuk menyelesaikannya,” katanya. Dalam pada itu, Adnan menyatakan kekesalannya dengan tindakan pihak tertentu yang melaksanakan dua projek pembaikan sistem saliran di kawasan itu yang disifatkannya sebagai satu pembaziran yang nyata. Menurutnya, pelbagai lagi cara untuk mengatasi masalah banjir di kawasan itu termasuk melebarkan sungai dan memperbaiki sistem pembetungan dan bukan dengan memasang benteng konkrit kecil yang dilihat seakan usaha melepas batuk di tangga.

SELAMAT HARI GURU !!


Kepada semua warga pendidik dan semua ibu-ibu di kawasan DUN Batang Kali dan Daerah Hulu Selangor, pejabat Pusat Khidmat Rakyat mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan kepada ibu-ibu semua, SELAMAT HARI IBU....
daripada Pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali

Khamis, 14 Mei 2009

TS ABD KHALID MENGADAP SULTAN SELANGOR, LAWATAN KE CALIFORNIA DAN SILLICON VALLEY..


SHAH ALAM: Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, pada Isnin 11 Mei, menerima menghadap Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, di Four Seasons Hotel, California, setelah baginda, yang menjalani pembedahan jantung pada Sabtu, 2 Mei di Stanford University Medical Centre, disahkan sihat dan dibenarkan meninggalkan pusat perubatan tersebut.
Dalam kunjungan diraja tersebut, Tan Sri Abdul Khalid, yang ditemani isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, diberitahu oleh doktor peribadi Tuanku, Dr Anuar Marzuki bahawa DYMM Sultan semakin pulih dan sedang menerima rawatan susulan.
“Saya sudah menyembahkan ke bawah Duli Tuanku berkenaan dengan doa dan harapan seluruh rakyat agar Tuanku segera pulih dan sihat walafiat sepenuhnya dan baginda akan dapat segera berangkat pulang ke Selangor,” tegas Tan Sri Abdul Khalid.
Sementara itu, dalam lawatan kerja di California, Dato’ Menteri Besar diberikan taklimat tentang beberapa projek perumahan yang diusahakan oleh kumpulan bukan mencari keuntungan, Mid-Peninsula Housing Coalition (MPHC), yang bermatlamat untuk membantu keperluan perumahan bagi kalangan keluarga berpendapatan rendah, para pesara dan mereka yang kurang upaya di California.
Presiden dan pengasas MPHC, Fran Wagstaff, memberikan taklimat tersebut serta turut menemani Tan Sri Abdul Khalid ke beberapa lawatan projek MPHC di San Metro County, Pablo Alto dan San Jose.
Ekoran taklimat dan lawatan ke beberapa projek MPHC itu, Tan Sri Abdul Khalid mahu Kerajaan Negeri segera melakukan kajian menyeluruh mengenai kemungkinan melaksanakan projek-projek ala MPHC dalam hal mempercepat usaha pembinaan rumah yang sesuai dengan kehendak bakal pembeli di Selangor khususnya.
Pada masa sama, Tan Sri Abdul Khalid sempat mengadakan beberapa perjumpaan dengan kumpulan industri di Silicon Valley, berkat bantuan pejabat Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) di San Jose.
Seterusnya, beliau berkunjung ke Plug and Play Tech Centre, iaitu pusat inkubator swasta yang membantu operasi Silicon Valley dalam bentuk penyediaan kawasan, bantuan teknologi dan peluang pelaburan.
Beliau juga berpeluang menemui Novus Incorporate dan mengadakan perbincangan tentang kemungkinan mendapatkan bantuan mereka kepada syarikat semikonduktor yang beroperasi di Selangor dan Pulau Pinang.
Dato’ Menteri Besar dijangka menghadiri perjumpaan dengan masyarakat Malaysia di Silicon Valley sebelum berlepas pulang pada Jumaat dan kembali bertugas pada Ahad ini.
SEKRETARIAT AKHBARPEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

DAILOG PENDUDUK BERSAMA PEGAWAI DAERAH NOR HISHAM DAHLAN


SERENDAH – Hasrat penduduk Kampung Tok Pinang di sini untuk melihat perkampungan mereka diletakan dalam kelompok Kampung Tradisi, akan tercapai sebaik di senarai dalam program pembangunan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Hasnor Puteh berkata, kemungkinan itu dikuatkan lagi setelah dialog bersama pegawai daerah seakan mendapat lampu hijau.

Sesi dialog bersama Pegawai Daerah, Nor Hosham Dahlan mungkin merealisasikan hasrat itu memandangkan beliau juga setuju dengan usul yang kami kemukakan. “Beberapa fokus utama pembangunan yang kami senaraikan dilihat mampu diterima dan dimasukkan dalam cadangan membentuk Kampung Tradisi,” katanya pada Majlis Dialog Pegawai Daerah bersama JKKK yang turut dihadiri penduduk kampung. Hasnor berkata, antara fokus utama pembangunan itu termasuklah ekonomi, keselamatan, agama, kebajikan dan penambahbaikan sistem infrastruktur. “Kita akan memberi fokus utama kepada pembangunan infrastruktur terlebih dahulu memandangkan kawasan penempatan kami mundur dari aspek itu. “Selain dikenali sebagai Kampung Tok Pinang, kampung ini juga disebut sebagai kampung bawah jambatan. “Maka menjadi hasrat kami mengubah tanggapan itu kepada yang lebih positif atau sekurang-kurangnya dapat di senarai sebagai Kampung Tradisi,” katanya. Menurut Hasnor lagi, Kampung Tok Pinang adalah antara kampung termundur di daerah itu dan memerlukan perhatian serius kerajaan untuk dibangunkan. Dengan kepadatan penduduk seramai 178 orang dan antara masyarakat yang diklasifikasikan sebagai miskin bandar, Kampung Tok Pinang sememangnya perlu dibangunkan dan diberi perhatian sewajarnya.

Pada dialog yang berlangsung selama lebih kurang tiga jam itu, Hasnor turut membangkitkan masalah jalan yang uzur selain ketiadaan laluan khas ke kampung terbabit. Selain itu, beliau menggesa Pejabat Tanah supaya mengenal pasti status beberapa tanah lapang yang terbiar untuk dibangunkan selain masalah sistem perparitan. Sementara itu, Nor Hisham berkata, fokus pembangunan yang dinyatakan penduduk akan dinilai sebaiknya sebelum sebarang cadangan dibuat. Menurutnya, kerjasama daripada JKKK kampung sekitar kawasan ini juga wajar memberi kerjasama dalam memastikan hasrat pembangunan bukan saja di kampung terbabit malah kesemua 12 perkampungan tradisi di daerah ini.

Rabu, 13 Mei 2009

Denda RM20,000 Pemaju Gagal Tubuh JMB

SHAH ALAM, 13 Mei - Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Ogos ini kepada pemaju yang menjalankan projek pembangunan bertingkat untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Join Management Body (JMB).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Pembangunan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata sehingga kini kira-kira 1,000 pemaju di Selangor masih gagal menubuhkan badan pengurusan bersama itu sejak ia diperkenalkan pada 12 April tahun lalu.
Katanya, kerajaan negeri sudah mengeluarkan arahan pada Februari lalu kepada pemaju terbabit dan setakat ini hanya 26 peratus pemaju sahaja yang berbuat demikian.
“Jika mereka (pemaju) masih gagal, mereka mungkin menghadapi tindakan denda sehingga RM20,000 atau RM500 sehari sehingga badan itu ditubuhkan,” katanya kebanyakan pemaju berkenaan melaksanakan projek mereka di Shah Alam, Petaling Jaya serta Subang Jaya.
Iskandar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia di Hotel Grand Blue Wave di sini pagi tadi.
Hadir sama, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor.
Seminar Penguatkuasaan PBT Malaysia yang bermula hari ini disertai peserta dari seluruh negeri yang terdiri daripada pengamal undang-undang, pegawai perancang bandar, arkitek, jurutera serta pegawai penguatkuasa.
Sebanyak 8 kertas kerja bakal dibentangkan sepanjang dua hari seminar berlangsung.
Sementara itu, Mazalan dalam ucapannya pagi tadi berkata seminar itu juga bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada para peserta dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut lunas-lunas perundangan bagi memelihara kewibawaan PBT sebagai institusi yang mampu menjalankan tugas pengawalan perancangan yang lebih mampan.
“Ia juga menjadi asas rujukan dalam menjalankan penyiasatan, pengkuatkuasaan dan pendakwaan yang efisyen melalui kawalan perancangan yang seragam dan bersepadu,” katanya. - MURIZA ABDUL HAMID

YB ISA ADUN BATANG KALI DIANTARA DIDAKWA MELANGGAR HAK KEBEBASAN DUN..

SHAH ALAM – Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk menghadiri pembelaan kerana didakwa melanggar hak kebebasan dewan berkenaan. Speaker Dewan, Teng Chang Khim berkata, keputusan mengenai sesi pendengaran diadakan semalam hanya dapat diberikan selepas mesyuarat kedua berhubung pertuduhan berkenaan dilakukan pada 19 Mei depan. “Kami akan mengadakan mesyuarat sekali lagi untuk menyempurnakan siasatan dan membuat rumusan jawatankuasa terhadap pertuduhan yang dibuat ke atas kelima-lima ADUN berkenaan pada minggu depan,” katanya selepas mempengerusikan pendengaran pertuduhan berkenaan di sini, semalam. Kelima-lima yang dipanggil ialah ADUN Sungai Panjang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo; ADUN Sabak, Datuk Warno Dogol; ADUN Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar; ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim dan ADUN Dengkil, Datuk Marsum Paing. Chang Khim berkata, kesalahan yang dilakukan adalah salah seorang daripadanya gagal menghadirkan diri sebagai saksi di pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan dituduh kerana membuat kenyataan yang menyentuh integriti Dewan. “Empat lagi ADUN yang dipanggil dituduh kerana membuat kenyataan menyerang Selcat dan dengan itu menyentuh hak dan kebebasan Dewan. Jika bersalah mereka boleh diperintahkan memohon maaf, atau diberi teguran secara terbuka, atau boleh diberi amaran atau boleh digantung kerja atau boleh digantung gaji,” katanya. Menurutnya, tiada hukuman penjara akan dikenakan terhadap kelima-lima ADUN berkenaan kerana kesalahan mereka dirujuk di bawah Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. “Saya terkejut dengan kenyataan Dr Khir bahawa peruntukan untuk penjara tiga tahun lebih kejam daripada hukuman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), saya rasa UMNO perlu menghantar beliau ke sekolah politik semula. “Kami tidak mengenakan Enakmen Penghinaan Dewan 2008 kerana beliau masih lagi ahli Dewan sebaliknya dirujuk kepada Jawatankuasa Khas di bawah Seksyen 70 Peraturan-peraturan Tetap,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Khir bahawa Enakmen Penghinaan Dewan 2008 yang membawa hukuman penjara tiga tahun dan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 lebih kejam daripada ISA.

BETUL KE JKKK KG BATU 30 TIDAK AMBIK PEDULI KAMPONG MEREKA?

BATU 30 – Permohonan mangsa banjir Kampung Batu 30 di sini, untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri disifatkan seakan menunggu buah yang takkan jatuh. Perumpamaan itu diberikan berikutan sikap tidak ambil peduli wakil penduduk kawasan itu yang hanya membiarkan mereka tertunggu-tunggu bantuan yang tidak pernah ada. Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim berkata, beliau merasa amat terkilan dengan sikap pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung terbabit yang hanya membiarkan penduduk tertanya-tanya bantuan yang dipohon.

BR: BERITA MACAM NIE PUN MASIH ADA, DIMANA KEIKHLASAN YB ISA?

Memang berbaloi ternak lembu


Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
lebih 400 ekor lembu dipelihara secara integrasi oleh tiga individu berbeza di Kampung Pisang, Jerantut, Pahang.
Melihat sendiri bagaimana seorang penternak memanggil ternakan lembunya dengan 'bahasa' tersendiri, memang sesuatu yang mengasyikkan bagi mereka yang belum pernah berpengalaman menyaksikannya.
Tapi itulah yang boleh disaksikan semasa menemubual seorang penternak yang mempunyai hampir 200 ekor lembu di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.
Baginya, lembu pertama yang dibelinya dan diberikan nama Atan amat istimewa dan terus dipelihara sehingga ke hari ini.
Bagi penternak terbabit , bekerja keras dan bersemangat untuk memajukan diri adalah kunci baginya mencapai kejayaan.
Bermula dengan bekerja di bahagian penyelenggaraan di Hospital Jerantut, Pahang, lebih kurang 10 tahun lalu, Muhammad Rohaimi Amiruddin, 29, kini mempelbagaikan usahanya termasuk dalam industri ternakan.
'Karier' awalnya bermula sebagai kontraktor Kelas F semasa berkhidmat di Hospital Jerantut, yang mula membuka pintu rezekinya meskipun tiga tahun dilalui tanpa sebarang projek.
Tanpa mengenal putus asa, dalam tempoh tiga tahun itu, Muhammad Rohaimi tetap dengan tugasnya di Hospital Jerantut sehinggalah dia memperoleh projeknya yang pertama.
Hasil pendapatan daripada projek berkenaan dilaburkan dengan membeli 10 ekor lembu atas nasihat rakan-rakannya.
"Pada mulanya saya membeli baka lembu dan dilepaskan di kebun ayah saya," katanya semasa ditemui di ladang sawit Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) di Kampung Pisang, Jerantut, Pahang.
Apabila mendapat kontrak demi kontrak dan syarikat tempatnya bekerja menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS), Rohaimi menerimanya. Setelah itu, bermulanya kehidupannya sebagai seorang penternak lembu dan kontraktor Kelas F.
Melabur
Hasil daripada pelbagai jenis projek yang diterima, Muhammad Rohaimi laburkan dengan membeli lembu bagi menambah bilangan ternakannya.
Selepas mendapat kontrak membersihkan ladang sawit LKPP seluas 4,000 ekar bersama-sama dengan dua rakan lain, Rohaimi mula membeli lebih banyak lembu untuk diletakkan di ladang berkenaan.
"Sebelum itu, dengan hanya beberapa ekor lembu saya letakkannya di sana, tetapi apabila saya mula menambah bilangan lembu kepada lebih 50 ekor, saya meminta kebenaran untuk menyewa tanah ladang bagi melepaskan semua ternakan tersebut," katanya.
Menternak lembu di kawasan ladang sawit, kata Rohaimi, amat menjimatkan kerana lembu yang dipelihara mudah mendapat makanan dan ladang juga bersih.
Najis lembu
Pada masa sama, najis lembu juga boleh digunakan untuk menyuburkan tanah di ladang kelapa sawit berkenaan.
Usahanya tidak diteruskan dengan menambah bilangan lembu dengan membeli pelbagai jenis lembu seperti Brahman, LID, Charolais, Kedah-Kelantan (KK) dan Draughtmaster daripada rakan-rakan dan penduduk sekitar daerah Jerantut.
Menyentuh mengenai kos menternak lembu secara integrasi, Rohaimi berkata, kosnya amat rendah kerana hanya perlu membeli air gula, ubat-ubatan dan garam.
Bagaimanapun, dia u perlu membeli tiga set pagar elektrik bagi mengelakkan ternakan tersebut merayau keluar ke kebun penduduk kampung.
"Satu set pagar elektrik bagi kawasan 10 ekar lengkap dengan bateri berharga sekitar RM2,000," katanya.
Sehingga kini ladang berkenaan menjadi tempat tinggal lebih 400 ekor lembu daripada tiga individu yang berlainan.
"Di sini kami sama-sama menjaga ternakan secara gotong-royong kerana kami mengenali lembu masing-masing.
"Setiap hari pekerja akan meninjau keadaan lembu dan mengenalpasti masalah seperti penyakit dan masalah lain," katanya yang mempunyai enam orang pekerja untuk tugas-tugas membersihkan ladang.
Setiap petang beliau yang mempunyai hampir 200 ekor lembu akan pergi meninjau keadaan lembunya sambil membawa bancuhan air gula merah.
Menyentuh mengenai pasaran, Rohaimi berkata setakat ini pasaran lembu amat menggalakkan terutama menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
Bagaimanapun Rohaimi biasanya akan membeli lembu-lembu lagi bagi menggantikan lembu yang telah dijual.
Bercerita mengenai perancangan masa depan, anak muda yang penuh wawasan ini merancang untuk menambahkan lagi bilangan lembu-lembunya.
"Apabila saya menjual lembu, saya akan membeli lagi untuk menambah bilangan ternakan saya," katanya dengan penuh semangat.

Selasa, 12 Mei 2009

Hari Ulangtahun UMNO Hulu Selangor terpaksa gunakan tenaga penduduk apartment, penyokong UMNO dimana?

BUKIT SENTOSA – Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-63 Peringkat Bahagian Hulu Selangor disambut sederhana tetapi meriah oleh seluruh ahli UMNO bersama sayap parti. Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, sambutan yang diadakan pada malam tarikh keramat penubuhan parti itu di Dewan Komuniti Apartmen Seri Kemboja di sini malam semalam, memperlihatkan kesungguhan dan semangat juang ahlinya yang terus mempertahankan parti keramat itu.

BR: Bukti UMNO pun boleh gunakan dewan komuniti, ingin juga tahu berapa bahagian UMNO memberikan sumbangan kepada persatuan penduduk di Seri Kemboja... ada penduduk yang merungut sebab mereka digunakan oleh orang umno.... penyokong UMNO tidak turun langsung membuat kerja persiapan majlis.. Hadiah untuk UMNO adalah keputusan Mahkamah TInggi mengesahkan kedudukan MB DS Nizar.... tanda perbuatan kerjaaan ZAMBRY ada jahat dan tidak mengikut perlembagaan negeri... sila baca hujah mahkamah !