SHAH ALAM, 28 Mei - Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan bakal menganjurkan satu program lawatan perdagangan ke Bandung dan Jakarta, Indonesia pada 15 hingga 18 Jun ini.
Pengerusinya, Yaakob Sapari dalam satu kenyataan berkata program berkenaan bertujuan membantu para usahawan yang berminat dalam perniagaan perdagangan (trading) melalui pertemuan bersama pengilang-pengilang yang beroperasi dekat sini.
“Produk yang sering mendapat sambutan, antaranya produk pakaian, kain, barangan berasaskan kulit, cenderamata, makanan dan lain-lain produk lagi yang terdapat di dua bandar ini,” katanya.
Menurut Yaakob lagi, kerajaan negeri juga dijangka mengadakan satu perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha di Bandung melalui program ‘business matching’. “Kita mengharapkan melalui program tersebut, para usahawan daripada kedua belah pihak dapat menjalinkan perhubungan perniagaan secara berterusan.
“Program sebegini amat sesuai untuk disertai oleh para usahawan memandangkan kita semua maklum bahawa produk dari negara Indonesia khususnya di Bandung dan juga Jakarta ditawarkan pada harga yang rendah jika dibeli secara terus dari pengilang secara borong,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Menurutnya, melalui cara berkenaan Selangor dijangka dapat mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang terlibat dalam sektor pemborongan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada ejen-ejen atau orang tengah.
“Melalui program ‘business matching’ ini produk-produk keluaran usahawan Selangor berpeluang untuk menembusi pasaran di sana kelak,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai atur cara sudah dirancang sepanjang empat hari lawatan tersebut.
“Sepanjang empat hari berada di sana kita akan mengadakan lawatan ke kilang-kilang pembuatan dan pusat-pusat jualan borong di sekitar Bandung dan juga ke Tanah Abang, Jakarta.
Dan kita berharap dengan program yang sudah dirancang ini dijangka dapat memberikan pengalaman dan juga maklumat serta jaringan perniagaan kepada para usahawan yang turut serta”, katanya yang berharap agar para usahawan mengambil peluang tersebut untuk turut serta.
Menurut Yaakob, kerajaan negeri juga akan terus menjadikan program sebegini sebagai program utama jika ianya mendapat sambutan.
“Pihak kita juga merancang pada masa akan datang untuk mengadakan lawatan perdagangan sebegini ke negara-negara lain seperti China, Kemboja, Vietnam serta Thailand,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan