SHAH ALAM: Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, pada Isnin 11 Mei, menerima menghadap Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, di Four Seasons Hotel, California, setelah baginda, yang menjalani pembedahan jantung pada Sabtu, 2 Mei di Stanford University Medical Centre, disahkan sihat dan dibenarkan meninggalkan pusat perubatan tersebut.
Dalam kunjungan diraja tersebut, Tan Sri Abdul Khalid, yang ditemani isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, diberitahu oleh doktor peribadi Tuanku, Dr Anuar Marzuki bahawa DYMM Sultan semakin pulih dan sedang menerima rawatan susulan.
“Saya sudah menyembahkan ke bawah Duli Tuanku berkenaan dengan doa dan harapan seluruh rakyat agar Tuanku segera pulih dan sihat walafiat sepenuhnya dan baginda akan dapat segera berangkat pulang ke Selangor,” tegas Tan Sri Abdul Khalid.
Sementara itu, dalam lawatan kerja di California, Dato’ Menteri Besar diberikan taklimat tentang beberapa projek perumahan yang diusahakan oleh kumpulan bukan mencari keuntungan, Mid-Peninsula Housing Coalition (MPHC), yang bermatlamat untuk membantu keperluan perumahan bagi kalangan keluarga berpendapatan rendah, para pesara dan mereka yang kurang upaya di California.
Presiden dan pengasas MPHC, Fran Wagstaff, memberikan taklimat tersebut serta turut menemani Tan Sri Abdul Khalid ke beberapa lawatan projek MPHC di San Metro County, Pablo Alto dan San Jose.
Ekoran taklimat dan lawatan ke beberapa projek MPHC itu, Tan Sri Abdul Khalid mahu Kerajaan Negeri segera melakukan kajian menyeluruh mengenai kemungkinan melaksanakan projek-projek ala MPHC dalam hal mempercepat usaha pembinaan rumah yang sesuai dengan kehendak bakal pembeli di Selangor khususnya.
Pada masa sama, Tan Sri Abdul Khalid sempat mengadakan beberapa perjumpaan dengan kumpulan industri di Silicon Valley, berkat bantuan pejabat Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) di San Jose.
Seterusnya, beliau berkunjung ke Plug and Play Tech Centre, iaitu pusat inkubator swasta yang membantu operasi Silicon Valley dalam bentuk penyediaan kawasan, bantuan teknologi dan peluang pelaburan.
Beliau juga berpeluang menemui Novus Incorporate dan mengadakan perbincangan tentang kemungkinan mendapatkan bantuan mereka kepada syarikat semikonduktor yang beroperasi di Selangor dan Pulau Pinang.
Dato’ Menteri Besar dijangka menghadiri perjumpaan dengan masyarakat Malaysia di Silicon Valley sebelum berlepas pulang pada Jumaat dan kembali bertugas pada Ahad ini.
SEKRETARIAT AKHBARPEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan:
Catat Ulasan