Jumaat, 15 Mei 2009

YAAKOB SAPARI: PASUKAN BANTU ADUN PELABUHAN KLANG SELESAI MASALAH RAKYAT


SHAH ALAM, 14 Mei – Satu pasukan khidmat masyarakat bakal ditubuhkan bertujuan membantu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah serta pasukannya bagi membantu menyelesaikan masalah dan urusan pengundi-pengundi kawasan tersebut.
Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pejabat Menteri Besar dijangka mengendalikan pusat khidmat Pelabuhan Klang bersama-sama Adun serta Ahli Jawatankuasanya.
Pasukan ini diketuai oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad bagi membantu dan menambah baik khidmat masyarakat berikutan Badrul Hisham Abdullah mengalami masalah kesihatan.
“YB tak berapa sihat, jadi dengan bantuan ini, kita akan efisienkan lagi servis dia, we work as a team, satu pasukan, kejayaan bersama, rakyat akan dapat yang terbaik”, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari ketika ditemui pada Majlis Penutup Seminar Pemantapan Usahawan di Kompleks PKNS di sini petang tadi.
“Kita akan bantu dia sebagai satu pasukan, dulu kita bertanding satu pasukan, sekarang siapa yang ada masalah kita work as a team bantu pasukan”, tambahnya lagi. - M.SAHRULNIZAM M.ZAIN

Tiada ulasan: