KUALA LUMPUR 8 Mei - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan kerajaan mengkaji kos operasi menternak dan pengeluaran ayam tempatan sebelum membuat keputusan mewujudkan stok penimbal dan permit import (AP) ayam bulat.
Ketua Eksekutif, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, akhir-akhir ini penternak seringkali memberikan alasan kos operasi bahan mentah ternakan ayam yang tidak menentu sebagai merupakan punca ketidakstabilan harga.
"Adalah lebih baik jika kerajaan mencari jalan menghasilkan sendiri bahan makanan dan ubatan ternakan ayam agar dapat mengurangkan kos operasi sekali gus menurunkan harga ayam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas cadangan kerajaan untuk mewujudkan stok penimbal ayam dan membuka semula AP ayam bulat bagi memastikan harga ternakan itu lebih stabil di pasaran.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, sudah tiba masa kerajaan mewujudkan stok penimbal untuk ayam di mana apabila ayam berkurangan kementerian boleh mengeluarkan stok yang ada.

Mohd. Yusof menambah, mewujudkan AP ayam boleh mengakibatkan negara menjadi terlalu bergantung dengan negara luar kelak, selain timbulnya faktor keselamatan makanan terutama dari segi kebersihannya.Bagi cadangan stok penimbal pula, katanya, ia juga tidak digalakkan ekoran kerajaan terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi kerana perlu memastikan makanan tersebut masih boleh digunakan dalam jangka masa panjang."Kerajaan perlu ambil sedikit masa lagi untuk berbincang dengan pihak-pihak tertentu supaya usaha membeli barangan buatan Malaysia di kalangan pengguna tidak hapus begitu sahaja," katanya.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd. Firdaus Abdullah pula berkata, mengawal harga ayam dengan menetapkan harga siling merupakan langkah terbaik mengatasi masalah kenaikan harga ayam yang tidak pernah reda.Beliau berkata, langkah tersebut juga sama dapat membantu penternak tempatan meneruskan dan memperluaskan industri ayam."Mengenai AP ayam pula, kerajaan boleh letakkan sebagai alternatif kedua sekiranya penternak masih berdegil untuk meletakkan harga mengikut kehendak mereka."Tetapi buat masa ini, PPPM meminta kerajaan untuk mengutamakan penetapan kawalan harga dulu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan