Rabu, 28 Januari 2009

PENDAPAT SAYA SALAH, PENDAPAT KAMU BETUL

Wednesday, January 28, 2009

Malam tadi saya menonton Bernama TV, rancangan "Hello Malaysia". Isunya menarik -- "Penulis Blog". Hos Dahlan Maamor mewawancara blogger tersohor Dato' A Kadir Jasin dan pengacara rancangan Blog@1 Hamdan Ahmir. Rancak dan menarik. Sesuatu yang menyegarkan apabila melihat mereka berbicara soal peranan kerajaan, fungsi media massa dan tanggungjawab bloggers. Kadir dan Hamdan cukup kritikal dalam ulasan mereka.

Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila Kadir bercakap mengenai tahap toleransi sesetengah bloggers dan pengunjung blog yang rendah. Kata Kadir, bloggers mengkritik media massa yang tidak bersikap terbuka, bagaimanapun pada masa yang sama mereka juga tidak ada toleransi apabila menulis blog atau meninggalkan komen dengan menggunakan bahasa yang kesat atau penuh prasangka buruk terhadap orang lain.Saya fikir apa yang disebutkan Kadir itu ada benarnya. Saya -- seperti bloggers lain -- juga berhadapan dengan isu ini. Sementara saya mahu membuka seluas-luasnya pintu perbahasan dalam blog, ada kalanya saya terpaksa menolak komentar yang tidak serasi dengan adab dan tatasusila. Tidak salah berbeza pendapat. Apa yang salah ialah menggunakan kata-kata mencarut dan kesat, melakukan "character assassination" atau tohmahan terhadap orang lain. Ketiadaan toleransi menyukarkan kita mewujudkan suasana perbincangan yang sihat dan bermanfaat.

Terdahulu, saya pernah menyebut bahawa untuk membina toleransi yang tinggi dalam blog elok kita berpegang kepada falsafah -- "Saya yakin pendapat saya betul dan pendapat kamu salah, tetapi ada kemungkinan pendapat saya salah dan pendapat kamu betul." Sekiranya kita berpegang dengan falsafah ini, kita tidak akan menyerang orang lain secara melulu, apatah lagi menggunakan bahasa tidak elok ke atas mereka.Hampir semua pembaca blog ini yang pernah bertemu saya memberitahu mereka membaca blog tetapi juga lain-lain blog kerana ingin mengetahui pendapat orang ramai mengenai isu-isu sosial-politik yang disuarakan secara kritikal dan konstruktif. Saya fikir itu jugalah tujuan saya membangunkan blog ini.Sekiranya itu harapan semua, boleh kita jadikan blog ini kritikal dan konstruktif dengan toleransi yang tinggi sesama kita?

Two detained, police await Kugan funeral

By Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, Jan 28 — Two men wearing Hindraf T-shirts were arrested as police threw a tight cordon around the University Malaya Medical Centre (UMMC) for suspected car thief A. Kugan's funeral procession.
Police are only allowing 50 people, including family and several lawmakers, to claim Kugan's body which will be first taken to the USJ8 Taipan police station for prayers before going to the Puchong Batu 14 crematorium for the last rites.
Lawyer Gobind Singh Deo said family and friends are paying their respects at the mortuary five at a time. Police had earlier chased away reporters and nearly 100 supporters around the mortuary waiting to pay their respects.
The Federal Reserve Unit (FRU) and Light Strike Force had cordoned off the teaching hospital this morning but crowds, responding to text messages, have turned up for the funeral procession. Several tried to go through the barricade but police ordered them to disperse.
Police made the arrests when the crowd were dispersing just after noon. The government had banned the Hindraf movement last year, making all their symbols illegal, after they organised a massive protest in November 2007. Five Hindraf leaders are under ISA detention.
"I don't see why anyone has been arrested. We are not here to make trouble," Gobind, who is also Puchong MP, told reporters.
"They are just here to pay last respects," said Kapar MP S. Manikavasagam, who said he will lodge a police report against Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar for making conflicting statements over Kugan's death.
Kugan, a 22-year-old insurance claims executive, was arrested on Jan 14 for allegedly being involved in a luxury car-theft ring. He died on Jan 20 after drinking some water, police claimed. An initial autopsy said he died of "fluid in the lungs".
But the Attorney-General's Chambers have classified the case as murder after an outcry by the family and lawmakers, and a second autopsy over the weekend found external injuries and phlegm in his lungs.
The family and authorities are waiting for detailed toxicological and tissue tests in the final autopsy report.
Critics have said Kugan's death is the latest in custody deaths in Malaysia, mostly among Indians detained by police.
But Hindraf legal advisor S. Tanendran disagreed, saying it is a Malaysian issue, not a racial issue. "Deaths in detention happens to all races," he said.

Sah angkasawan ada 'makan luar'




Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memutuskan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap angkasawan pertama negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor walaupun siasatan terhadap pertuduhan itu mendapati Sheikh Muszaphar telah melanggar beberapa fasal-fasal dalam kontraknya dengan kementerian.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menterinya, Datuk Dr. Maximus Ongkili, dua hari lalu yang dipetik daripada mstar online.
Ongkili dipetik sebagai berkata, siasatan terhadap pertuduhan itu mendapati Sheikh Muszaphar telah melanggar beberapa fasal-fasal dalam kontraknya dengan kementerian.
Katanya pihak kementerian telah menghantar satu surat tunjuk sebab kepada angkawasan itu dan beliau menjelaskan ceramah-ceramah yang dihadirinya itu adalah selepas waktu pejabat ataupun semasa berada di luar negara dan tindakannya itu tidak menjejaskan tugasnya di kementerian.
"Beliau (Sheikh Muszaphar) telah menyediakan penjelasannya untuk persoalan dalam surat itu termasuk mengapa beliau mengenakan bayaran untuk sesi ceramahnya.
"Dan kami berpendapat alasannya boleh diterima jadi tiada sebab untuk membawa perkara ini lebih lanjut," katanya dan menambah melalui siasatan yang dijalankan, walaupun Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran dalam ceramahnya, jumlah itu tidak mencecah jutaan ringgit.
Ongkili turut menjelaskan bahawa terdapat maklumat yang kurang jelas dalam kontrak terdahulu yang turut menjadi sebab mengapa pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan.
Tambah beliau lagi, peguam kementerian mula mengambil langkah susulan bagi menyediakan kontrak baru selepas cuti Tahun Baru Cina.
"Kontrak baru dibuat berdasarkan kelemahan dalam kontrak sedia ada.
"Sheikh Muszaphar telah menyatakan hasratnya untuk meneruskan khidmatnya dengan kementerian namun bagaimanapun ia terpulang kepada persetujuannya berdasarkan kontrak baru nanti," katanya.
Sebelum ini, Harakah dan Harakahdaily telah mendedahkan bahawa Sheikh Muszaphar didakwa mengenakan bayaran RM8,000 bagi sejam sesi ceramah yang jika dikira secara purata 150 ceramah bandan korporat boleh memperoleh pendapatan kira-kira RM1.2 juta.
Ini tidak termasuk menjual buku yang bertajuk 'Reaching For The Stars' hasil karya adik beliau, arwah Sheikh Mustapha Shukor pada harga RM20.00 di setiap ceramah yang diadakan di sekolah.
Menurut sumber setiap sekolah dikatakan perlu 'membeli' sekurang-kurangnya 300 buah yang setiap satunya berharga RM20.00, menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000.00 setiap satu ceramah. Dilaporkan beliau telah berceramah di 200 buah sekolah.
Sebelum ini dilaporkan dalam pelbagai akhbar dan laman web, Sheikh Muszaphar beberapa kali menafikan mengenakan sebarang bayaran terhadap setiap sesi ceramah yang dihadirinya.

DSAI Menghadiri Seminar Penghayatan Islam..Ampang Pecah 24 Jan'09 Sabtu

Sabtu lalu acara perasmian dimulakan jam 7.30 pagi di Kem Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru. Jadual terpaksa diubah untuk membolehkan saya ka Langkawi mengadakan pertemuan peribadi dengan Presiden Ramos Horta, Timur Leste.
Saya kagum kerana peserta sedia tepat pada waktu menunggu ketibaan saya dan Azizah. Di antara lain saya tegaskan kepentingan memperkasa iltizam bersama menegakkan Islam serta peningkatan kefahaman, termasuk isu urutan keutamaan (fiqh awlawiyyat) saperti yang digariskan diantara lain oleh Sheikh Yusuf Al-Qardawi.
Saya memperkuat hujah dengan menukil contoh dari buku beliau. Umpamanya keghairahan gulungan kaya menderma untuk memperbaiki masjid sedia ada tetapi enggan membantu umat yang tertindas di Bosnia atau Palestin. Begitu pula menurut Sheikh Yusuf, keasyikan mengulangi ibadah haji dan umrah tetapi bakhil untuk mendukung kegiatan daawah, pendidikan atau penterjemahan karya besar.
Turut saya tegaskan berkenaan keperluan memahami maksud atau tujuan utama Shariah (maqasid Shariah), dengan menukil hujah Imam al Ghazali dalam al-Mustasfa, As-Shatibi dalam al-Mawafaqat, serta kupasan Sheikh Yusuf dan Sheikh Taha Jabir Al-Elwani.
Rumusan maqasid mencakupi ikhtiar memelihara ad-Din, kebebasan keyakinan dan bersuara, pemeliharaan harta, nyawa dan maruah. Ulama malah menegaskan isu hurriyah (kebebasan), hak asasi dan hak wanita.
Tahniah buat saudara Mustafa Kamil dan seluruh jawatankuasa, dan saya telah syurkan agar program sademikian ditingkatkan. Kertas kerja Dr. Mohd Noor Manuty dan Dr. Badrul Amin perlu diedar kepada semua aktivis parti.
ANWAR IBRAHIM

Pakatan Rakyat report card roadshow

By The Sun Maria J. Dass
PETALING JAYA (jan 27, 2009): The public in Selangor will get a chance to evaluate the performance of the local authorities and the Pakatan Rakyat (PR) state government during a road show in March.The road show will be held at every local council and will be open to the public, said state executive councillor in charge of local government, research and development Ronnie Liu.“All local council presidents, councillors, officers and I will attend the hearings,” he told theSun recently.“This is how we will be evaluating our performance since Pakatan Rakyat took over last year.“It is the people who will be giving us our report cards,” Liu added.This will be a good avenue for the public to voice out their problems and grouses and to give suggestions on how to improve the administration.“We have to be bold enough to face criticisms hurled at us,” Liu said.He said the state will also conduct a survey on the quality of services delivered by the local authorities to determine areas that need improvement.The PR has had a few hiccups during the start of its administration when there was much displeasure over the appointment of several local councillors, whose appointments were viewed as payback for their loyalty to their respective parties.Even Liu has come under fire recently for what was perceived to be his interference in local councils. His predecessor, Datuk Teh Kim Poo, has accused him of collecting money from traders for the Chinese New Year market in Pandamaran to help them get a space to trade from the Klang Municipal Council – a practice which Liu accused Teh himself of initiating.

Selasa, 27 Januari 2009

MALAM AIRMATA PALESTINE ..28 JAN'09 8 MLM DATARAN SHAH ALAM


PENGETUA PUN ADA KUASA AMBIL PELAJAR...

KUALA LUMPUR: Mulai tahun ini, semua pengetua 48 sekolah berasrama penuh (SBP) di seluruh negara diberi kuasa autonomi untuk memproses sendiri pengambilan 20 peratus pelajar lulusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Tingkatan Satu.Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran, Ashah Samah, berkata pemberian kuasa autonomi melalui projek perintis itu hanya untuk 20 peratus calon, iaitu 1,160 pelajar daripada keseluruhan pengambilan 5,838 calon, manakala baki 80 peratus masih diproses kementerian.

BOWLING RIA ...7 FEB 2009 SEKSYEN 18, SHAH ALAM


Warga Asing patut mengisi kekosongan bukan menjadi pesaing di negara kita

Web Sutera bertanya :-YB (bahasa kepada saya), apa kategori "peniaga-peniaga warga asing"? Patutkah kita halang mereka berniaga sekiranya mereka tidak buat kacau? Adakah "peniaga-peniaga warga asing" itu yang rajin berniaga dan ambil kesempatan atau orang Melayu yang malas berniaga?

Komen saya :-Tidak adil malah satu jenayah apabila warga asing boleh berniaga sesuka hati apabila peniaga-peniaga tempatan terpaksa membayar lesen, menghadiri kursus kesihatan dan mendapatan suntikan mencegah jangkitan penyakit jika mahu berniaga.Rajin atau pandai mencari kesempatan tidak boleh menghalalkan perbuatan yang salah. Kita semua perlu melindungi kepentingan rakyat tempatan.Warga asing juga mempunyai latar belakang yang berbeza. Kos sara hidup mereka adalah rendah. Ada yang sanggup tinggal sehingga 4 atau 5 keluarga satu rumah. Oleh itu, kalau sewanya RM800 sebulan, satu keluarga hanya membayar lebih kurang RM200 sahaja. Tetapi warga tempatan yang tinggal satu keluarga satu rumah terpaksa membayar sewa penuh.Setiap rumah ada hadnya. Contohnya rumah kos rendah hanya boleh didiami oleh 6 orang dewasa. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan mereka yang membenarkan sebuah rumah menjadi penuh sesak boleh didenda atau dipenjara.Ini penting kerana sistem pembentungan dan perparitan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain hanya boleh menampung bilangan penduduk yang tertentu. Sekiranya lebih dari yang direkabentuk, ia akan gagal. Itu sebabnya banyak rumah-rumah kos rendah mengalami banyak kerosakan seperti sistem pembentungan yang tersumbat dan lif-lif yang rosak kerana terpaksa menampung penduduk yang lebih ramai dari yang sepatutnya. Rumah yang dibina untuk satu keluarga kadang-kadang didiami oleh 15 orang pekerja Vietnam atau 4 keluarga Indonesia.Parit dan tandas selalu tersumbat di kawasan Semarak, Bukit Sentosa 2 adalah kerana kawasan tersebut tidak dapat menampung penduduk seramai itu. Kebanjiran warga Indonesia yang tinggal beberapa keluarga dalam satu rumah merupakan penyumbang utama kepada masalah ini. Pernah di tangkap suspek pekerja Vietnam, didapati rumah sewa penuh dengan barangan elektrik seperti tv, radio dsg.. (ini tak mahu sentuh lagi)

Serbuan bersama MDHS untuk mengenalpasti rumah-rumah kos rendah yang disalahguna patut dibuat. Ada yang telah dijadikan asrama pekerja untuk pekerja asing dan ada yang telah diubahsuai kepada pusat perjudian. Berbalik kepada kos sara hidup warga asing yang rendah, ramai dari mereka yang meninggalkan keluarga di negara asal. Kos untuk menanggung mereka yang masih tinggal di Indonesia, Myanmar atau Bangladesh adalah jauh lebih murah berbanding seorang peniaga tempatan yang terpaksa menanggung keluarga di Lembah Kelang.Seorang pekerja Bangladesh pernah datang ke pusat khidmat saya mengadu kerana terpaksa membayar permit kerja setiap tahun. Dia berkata ini tidak adil. Saya memberitahu dia, kehidupannya di Malaysia ditanggung oleh rakyat Malaysia. Contohnya bila dia makan, bahan makanan seperti minyak masak, gula dan tepung dijual dengan subsidi yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Harga bahan-bahan itu sepatutnya lebih mahal tetapi menjadi murah dengan subsidi yang dibiayai oleh cukai-cukai yang rakyat Malaysia bayar. Dia tidak membayar cukai pendapatan, cukai taksiran atau cukai tanah tetapi masih merungut.Jika benar warga asing rajin dan pandai mencari kesempatan, kenapa mereka perlu datang ke Malaysia? Sudah tentu mereka boleh mencari kesempatan di negara sendiri. Kita tidak boleh menghukum warga tempatan dengan mendedahkan mereka kepada persaingan-persaingan yang tidak seimbang atau tidak adil. Warga asing sepatutnya hanya mengisi sebarang kekosongan dan bukan menjadi saingan kepada warga tempatan. Tugas sebuah negara untuk melindungi rakyatnya. Saya berharap pengurus-pengurus pasar malam memahami jika mereka dikenakan tindakan oleh MDHS dan jangan pula 'tutup sebelah mata'.

SAS

27 Januari 2009

Rumah boleh siap seminggu



nizam.yatim@utusan.com.my



ABDUL Aziz Muhamad (tengah) bersama James Lim Theam Aik (kiri) dan Gary Choong memegang serpihan kayu selepas majlis perasmian Pameran Antarabangsa IBS Malaysia 2009 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Jika selama ini sebuah rumah cuma disiapkan dalam tempoh sebulan, kini ia boleh dipercepatkan kepada seminggu menggunakan kaedah baru ciptaan syarikat bumiputera tempatan.
Ia dilakukan dengan cara menggunakan campuran simen dengan serat batang pokok kelampaian dan telinga gajah.
Menerusi kaedah itu, bahan berkenaan akan terlebih dahulu dicampur di kilang dan dibuat dalam bentuk kepingan mengikut kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) sebelum dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang.
Ketua Pegawai Eksekutif Duralite (M) Sdn. Bhd., Datuk Dr. Abdul Aziz Muhamad berkata, pihaknya memilih serat kelampaian dan telinga gajah yang banyak terdapat di Kelantan bagi memastikan harganya lebih murah.
"Campuran dalam bentuk kepingan ini amat ringan dan senang dipotong serta sesuai digunakan untuk semua bahagian bangunan termasuk dinding dan bumbung," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Syarikat yang mempunyai kilang di Kampung Mentera, Gua Musang, Kelantan itu menyertai Pameran Antarabangsa IBS Malaysia 2009 selama tiga hari yang berakhir Jumaat lepas di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di sini.
IBS merupakan sistem pembinaan yang menggunakan teknik, produk dan komponen yang disediakan di luar tapak, dan dipasang di tapak binaan. Ia berintensifkan teknologi mekanisme dan automasi.
Abdul Aziz yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar menjelaskan, kelebihan menggunakan bahan berkenaan ialah ia tidak menyerapkan haba sekali gus membolehkan rumah sentiasa dalam keadaan sejuk walaupun ketika cuaca panas.
"Ia juga menyerap bunyi dan mempunyai daya ketahanan tinggi daripada kepanasan serta tidak mudah terbakar," katanya.
Menurut beliau, antara projek pembinaan yang telah menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera itu ialah Sri Ledang di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan Masjid Taman Harmonis, Gombak.
"Para pelanggan memuji produk ini kerana ia mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap serangan anai- anai dan kulat.
"Kita berharap lebih banyak pihak menggunakan produk ini bagi mengurangkan penggantungan kepada bahan binaan import," ujarnya.

DENGGI MENINGKAT..WABAK PENYAKIT !!

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Kementerian Kesihatan mengisytiharkan denggi sebagai wabak di seluruh negara ekoran kesnya terus meningkat termasuk yang melibatkan kematian.
Langkah itu ekoran statistik menunjukkan 4,221 kes denggi dengan 12 kematian dilaporkan hanya dalam tempoh 23 hari iaitu dari 1 hingga 23 Januari lalu, meningkat hampir sekali ganda berbanding 2,153 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.
Bagi tempoh yang sama tahun lepas, lima kematian dilaporkan.
Ekoran perisytiharan itu, Kementerian Kesihatan telah mengarahkan penubuhan pasukan khas di setiap daerah
.

HARI BERTEMU PELANGGAN MDHS 2009

Bahagian Perhubungan Awam akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada tarikh : 30 Januari 2009 (Jumaat ) bertempat di Perkarangan Pejabat MDHS dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 12.00 tengahhari. Semua kaunter Jabatan/Bahagian/Unit dibuka pada hari tersebut memandangkan banyak aduan yang diterima tentang perkhidmatan MDHS dan respon dari jabatan berkaitan agak lewat kepada pengadu. Oleh yang demikian, program ini diadakan agar segala maklumat dan penjelasan tentang perkara berkaitan dapat disampaikan secara terus kepada pengadu.
Sekian harap maklum.

Singaporean govenrment vs Najib

If you have read Singapore’s Straits Time about its economic stimulus package and let’s see:
Malaysia allocated RM70billion for 26 million people, that’s RM2.7K per person; IGNORING the distribution aspect of the distribution
Comparatively, Singapore allocated, via their Finance Minister, THARMAN SHANMUGARATNAM, S$20.5 billion to 4.6 of its population, applying conversation rate of RM2.3 to S$1, it’s a whopping RM10K per person.

Let’s look at allocation.
For Malaysia, some of the 70billion was allocated via the great Kuala Terengganu lucky draw and dead man’s ang pow give away.
In Singapore, previously untapped reserves kept by a tight fist government is finally pried out to aid it’s tax payers
1) personal income tax rebate of 20% up to S$2,000 and in addition, working parents double GST tax credit
2) retired couple living with a working child in a 3 room HDB will get $4,500 while a family of 4 working living in a 5 room HDB gets S$2,200
3) in addition to cutting corp tax by 1% to 17%, property tax rebate of 40% is given to landlords of factories, offices and shops to save them S$800 million which is intended to lower rental charge to lessees
4) low income workers will get better worker benefits and the destitute will receive more in monthly Public Assistance Payments; more funding to charities and welfare organisations; A$150million will go to low wage workers in the form of special workfare payouts
5) all government fees and charges will be frozen for a year to help cut down cost of business
6) employers paying CPF will get 12% rebate on the first S$2,500 of each months wages for each employees
7) S$5.8billion to be used as trade financing as the government will take up 80% of the credit risk, in view of the credit crunch faced by Singapore’s financial institution, this is enable companies to obtain a different financing source

Sigh, there are so much more. Najib, have you bought a copy of the Straits Time?

Jumaat, 23 Januari 2009

Kugan Ananthan, another victim of our police brutalism..







Kugan Ananthan was held under a two-week remand to facilitate police investigations linking him to several car theft cases. The job of the police is clearly to find enough evidence to charge him in court. It was not to beat him to death. .
His family accused the police of killing Kugan while in custody and lodged a report at the Subang Jaya district police headquarters in Seri Kembangan.
The youth was detained by the police on Jan 15 in Kajang for questioning regarding several car theft incidences in the Subang Jaya district.
Kugan was subsequently held at the Puchong police station under a two-week remand to facilitate investigations.
Selangor police Chief Khalid Abu Bakar was reported as saying yesterday that Kugan had died of breathing difficulties.
Photographs and video footages of Kugan taken at the mortuary however revealed severe marks on his body. There were also deep cuts in his wrists and blood was oozing from his nose and mouth.

KURSUS UNTUK IBU TUNGGAL >>

Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali akan memulakan kursus-kursus bagi usahawan kecil. Kursus tersebut dibuka kepada ibu-ibu tunggal yang berminat mencari sumber pendapatan sampingan.Kursus-kursus yang akan ditawarkan adalah menjahit manik, menjahit langsir, memasak (lauk, kuih), menganyam bakul daripada kertas dan membuat 'costume jewellery'.

Buat masa sekarang, kursus yang sudah bermula ialah menjahit manik. Yuran yang dikenakan adalah mengikut kursus dan pendapatan isi rumah. Usaha sedang dibuat untuk mencari peluang bagi peserta-peserta yang telah mengikuti kursus mendapat peluang tempahan atau memasarkan produk-produk yang telah dihasilkan kelak.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Pusat Khidmat Rakyat.

Ahli Majlis Perlu Jadi Pemantau Integriti PBT - Abdul Khalid

Tuesday, 20 January 2009 SHAH ALAM, 20 Januari - Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu berperanan sebagai pemantau terhadap integriti dan akauntabiliti institusi itu.

Menurut beliau, ahli majlis boleh mendapatkan pandangan dan maklum balas dari orang ramai mengenai sebarang penyelewengan oleh mana-mana anggota majlis.

“Betapa pentingnya ahli majlis memahami peranan dan tanggungjawab tersedia serta tidak melampaui batas-batas yang ditetapkan.

“Ahli majlis perlu mempunyai sikap-sikap diplomasi, kompromi, persefahaman dan permuafakatan dalam pelaksanaan pentadbiran serta pengurusan dengan majlis,” katanya pada majlis perjumpaan khas dengan ahli majlis PBT bagi penggal 2008/2009 di Dewan Jubli Perak dekat sini petang tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Abdul Khalid berkata semua ahli majlis seharusnya bekerjasama sebagai satu pasukan tanpa mengira latar belakang dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

Tambahnya, ahli-ahli majlis yang dilantik daripada pelbagai komponen, termasuk golongan profesional, orang kurang upaya (OKU), ahli badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik, seharusnya menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Beliau berkata walaupun tempoh pelantikan mereka hanya satu tahun, mereka boleh dipertimbangkan semula untuk menyambung perkhidmatan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.

“Tujuan penetapan tempoh ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada calon-calon lain supaya dapat menyumbang tenaga dan memperkembangkan idea-idea baru kepada PBT,” katanya.

Abdul Khalid berkata kelancaran tugas PBT sebagai institusi yang paling dekat dengan rakyat bergantung kepada peranan dan komitmen ahli majlisnya.

"Justeru, setiap ahli majlis perlu menyampaikan perkhidmatan dengan cekap, telus dan berintegriti, bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi demi kepentingan rakyat,”

Peruntukan Adun Dikawal Jika Tidak Beri Kerjasama Selesaikan Masalah

Tuesday, 20 January 2009 SHAH ALAM, 20 Januari - Mana-mana ahli dewan undangan negeri (Adun) Selangor yang enggan memberi kerjasama kepada pimpinan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin berdepan situasi ’sukar’.

Ingatan itu diberikan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah menerima maklum balas daripada ahli majlis mengenai tindakan Adun dan Ahli Parlimen tertentu yang tidak dapat bekerjasama baik dengan mereka dalam mengatasi isu dan masalah di kawasan PBT masing-masing.

Menurut Abdul Khalid, peruntukan yang diterima Adun sebanyak RM450,000 setahun akan dikawal sekiranya mereka tidak memberi kerjasama.

“Kerajaan negeri ada menyediakan peruntukan kepada Adun yang mana mereka boleh memberinya kepada ahli majlis. Jadi kalau (Adun) tidak bekerjasama dengan ahli majlis, bagaimana peruntukan ini dapat diberikan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan ahli-ahli majlis PBT di Dewan Jubli Perak, petang tadi.

“Mungkin dia (Adun) mengharapkan ahli majlis itu datang kepadanya dan bukan dia yang pergi kepada ahli majlis itu (dalam menyelesaikan masalah PBT),” katanya yang turut menerima rungutan daripada orang ramai.

Beliau berharap dengan mengawal peruntukan

MESYUARAT BERSAMA SEKRETARIAT PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN BTG KALI DAN PKR BHG HULU SELANGOR 22 JAN'09 9 MLM


Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina 23 Jan 2009 9 pg- Jumaat- Pasar Pekan Serendah



Serendah- 23 Jan 2009,
YB Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan memerangkap Timbalan Pengerusi PKR Negeri telah hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada warga emas seterusnya melancarkan Program Mesra Usia Emas DUN Batang Kali. Majlis yang dihadiri lebih 250 orang kebanykannya warga emas turut diraikan oleh Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz, Penyelaras DUN Batang kali memerangkap Ketua Bahagian PKR Hulu Selangor, Ketua Kampong Tok'Pinang, Cikgu Hasnor Puteh, Ketua Kampong Damai, Lim Siew Chan dan Ketua Kampong Datuk Harun, Loh Kit Lim. Penganjur program adalah Sdr Frankie Lim.
Semasa melancarkan Program Mesra Usia Emas itu, YB Hee diantara lain turut menyentuh tentang ini program itu yang bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia.
Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas. Ianya terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun
Pegawai Khas Dun Batang Kali, Shaiful Anuar, memberitahu bahawa semua pemohon boleh berdaftar dengan mengisi dan menyerahkan kembali borang yang boleh didapati di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Penghulu, Pejabat Ketua kampong, Pejabat Khidmat Rakyat DUN atau berhubung terus dengan Petugas Mesra Usia Emas ini, Sdr Mat Rahat Ibrahim di talian 0122114355.


Penyampaian Cek Usia Emas 22 Jan 2009 3.30 ptg


Sdr Nagarayan AL Samuthiran menerima cek dari Sdr Mohd Nashruddin A Azizi
di pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali..Turut sama adalah Petugas
Usia Emas DUN, Sdr Mat Rahat Ibrahim


Pn Asiah Budin dari Taman Sri, Batang Kali menerima
cek Usia Emas dari Sdr Nashruddin..

Happy Chinese New Year !!!!


Happy Chinese New Year 2009 and Happy Holidays to all people of
DUN Batang Kali...
In conjunction with the Chinese New Year celebrations, we want to take this opportunity to wish you Happy Chinese New Year and Happy Holidays.
We wish you all a bountiful year of prosperity, good health and happiness!
Shaiful Anuar Sulaiman
Pejabat DUN Batang Kali

Rabu, 21 Januari 2009

RAIKAN KEMENANGAN DI GAZA>>>HAMAS


Rabu, 21/01/2009 - Berpuluh ribu rakyat Palestin di Gaza telah keluar waktu tengahari Selasa(20/1/2009) ke perarakan besar yang di anjurkan HAMAS untuk merayakan kemenangan.
Perarakan itu bermula selepas solat Zohor, apabila berpuluh ribu penduduk Palestin mula keluar dari semua daerah di Gaza untuk menyertai perarakan gergasi itu, semata-mata bertujuan menyampaikan pesan dan ucapan sesama mereka selepas perang yang berlaku di Gaza selama 3 minggu.

DAP CHINESE NEW YEAR EVENT -

Date: 31.01.09Time: 11.00 am - 1.00 pm
Venue: The KL & Selangor Chinese Assembly Hall: Jalan Maharajalela, 50150 KL
Enquiries: 03-7957 8022

( Click here for Map of KLSCAH )

Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri

IPOH: Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.
"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini semalam.
Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri bagaimanapun berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan itu.
Ahmad Zahid berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
"Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP," katanya.
Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.
"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.
Berhubung permohonan biasiswa, Ahmad Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
Ahmad Zahid juga memberitahu, 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka.
"Peruntukan itu akan diberikan jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir di kawasan mereka," katanya yang enggan menyatakan jumlah peruntukan bagi setiap kawasan.

Isnin, 19 Januari 2009

Now everyone can fly ... with Selangor Exco


By Neville Spykerman
KUALA LUMPUR, Jan 19 – Tan Sri Khalid Ibrahim and his exco members took frugality to new heights by flying to and from Alor Setar with Air Asia.
The Selangor delegation had flown to Kedah to attend the conference of Pakatan Rakyat (PR) chief ministers and leaders on Sunday and were spotted by The Malaysian Insider at the Sultan Abdul Halim Airport waiting to board the return flight this morning.
With the Selangor Menteri Besar were exco members Datuk Dr Hassan Ali, Teresa Kok, Elizabeth Wong, Yaakob Sapari, Khalid's political secretary Nik Nazmi Nik Ahmad and Subang Member of Parliament Sivarasa Rasiah.
The group was seated at the boarding lounge, with other passengers waiting to board Air Asia flight Ak6347 to Kuala Lumpur, with no fanfare or fuss.
So unassuming was Khalid, dressed casually in a black-and-red chequered shirt and blue slacks, that most passengers did not realise he was the Selangor MB.
Nik Nazmi said although they were flying with the low-cost carrier, the state government had at least paid for express boarding for them.
However this came to nought as they were left at the end of the queue while other passengers rushed to board first.
The frugal attitude of the state government at these time of economic uncertainties will surely endear these leaders to the people, while bringing a smile to the face of Air Asia boss, Datuk Tony Fernandes.

Mesyuarat Ahli Majlis Negeri Selangor bersama MB

Mesyuarat Ahli Majlis Negeri Selangor bersama MB
8.30mlm Kediaman MB, Shah Alam
22 Jan 2009 Khamis

TUKAR PEGAWAI PBT?

Pertukaran kakitangan di antara PBT perlu dilakukan dengan lebih kerap kerana ia satu cara untuk memastikan pengalaman dan kepakaran mereka dikongsi oleh semua PBT.Tahap kecekapan, bentuk kepakaran dan jenis pengalaman setiap kakitangan adalah berbeza dan boleh dimanfaatkan bersama oleh semua PBT-PBT.Selain dari itu, ianya dapat menghilangkan kelesuan dan kebosanan apabila seorang kakitangan terpaksa berkhidmat di PBT yang sama sehingga bertahun-tahun lamanya.Ia akan dapat memberikan pengalaman baru kepada mereka kerana akan berhadapan dengan cabaran-cabaran baru.Kehadiran kakitangan baru juga boleh menyuntik semangat baru terutamanya jika ianya adalah seorang Ketua Jabatan dan lebih-lebih lagi jika seorang Yang Dipertua atau Dato' Bandar.Pertukaran juga perlu dilakukan kerap untuk mengelak sebarang amalan-amalan yang kurang sihat seperti pilih kasih, salah guna kuasa dan rasuah berakar umbi. Pihak polis juga mengamalkan perkara yang sama di dalam menempat pegawai-pegawai mereka seperti OCPD di daerah-daerah.

KEMENANGAN AKHIRNYA KEPADA KITA !!!!












TAHNIAH CALUN PAKATAN RAKYAT !!


Pakatan Rakyat tubuh Majlis MB, KM

ALOR SETAR: Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) hari ini menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.
Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.
"Pengistiharan Seri Mentaloon" itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Mesyuarat berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah "Seri Mentaloon" dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid.
Azizan kemudianya memberitahu pemberita, kedua-dua majlis berkenaan adalah berupa wadah untuk PR menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kepentingan bersama.
Lim berkata majlis tersebut akan mengurangkan semangat kenegerian antara negeri yang dikuasai PR selain menjadi landasan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan pengalaman.
Abdul Khalid pula berkata penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR. BERNAMA

HARI MENGUNDI ..SMK ZAINAL ABIDIN LADANG..@A.RUSULI







Sabtu, 17 Januari 2009

Teater Bilik Sulit ke Penang........17 & 18 Jan 2009

TEATER Bilik Sulit yang menceritakan mengenai tekanan yang diterima oleh tahanan Akta Zalim ISA, akan dipentaskan kepada umum di Pulau Pinang.

Persembahan berkenaan akan diadakan di Actors Studio Greenhall yang bertempat di 32 Lebuh Light Penang, George Town pada 17 dan 18 Januari ini. Ianya akan dipentaskan pada jam 8.30 malam pada 17 Januari manakala pada 18 Januari pula akan ditayangkan pada jam 3 petang dan malam.

Sumbangan sebanyak RM10 akan dikenakan penonton bagi didermakan kepada keluarga tahanan ISA.

Tempat adalah terhad dan sebarang tempahan dan pertanyaan
hubungi 0125203101/0193379018.

Khamis, 15 Januari 2009

JUMAAT 16 JAN 2008 DEMO ANTI ISRAEL MESJID BKT BERUNTUNG 12.00 TGHARI ..SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

Rakyat Malaysia perlu lebih agresif.

Cuba lihat di UK, hasil demo tiap2 hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat a'bangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat2 negara Eropah agar mempengaruhi wakil2 mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...

Interest group juga amat penting.
Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak2 di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat a'bangsa telah dilakukan oleh kumpulan2 ini untuk membela nasib wanita dan kanak2 di Gaza...

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak2 perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu.

Kirimkan bantahan kepada negara2 Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.

Prayer for Palestine people..

Our God...
Lord of the two Eastsand the two Wests.
Our God...
Lord of the holy place (Jerusalem) and the two sacred places (Makkah and Madinah).
Oh Allah, correct the positionof our brothers,
The victims of the catastrophein Palestine and Lebanon,
Oh Allah, secure their fears,Reward them as You wish.
Oh Allah, swap their fear for peace
Oh Allah, swap their fear for peace
Oh Protector of the fearful,
Oh Hope of the needy,
Oh Granter of the prayersof the oppressed,
You are the Lord of the weak,
And You are our Lord,
There is no Deity
Worthy of worship except You.

Ameen.

Rabu, 14 Januari 2009

Selamat Meraikan Hari Pongal

14 Jan 2009

Saya dan Azizah merakamkan ucapan Selamat Meraikan Hari Pongal buat semua rakyat Malaysia berbangsa Tamil yang menyambutnya.


Semuga dengan kehadhiran bulan baru ‘Thai’ ini akan meningkatkan lagi iltizam kita dalam usaha memperkasa keharmonian dan keamanan bersama. Saya turut berharap semuga limpahan rezeki terus subur dan dapat dinikmati dengan penuh kebahagiaan.
Buat semua yang meraikannya, saya ucapkan Pongum Mangalam Engum Thanguga!


ANWAR IBRAHIM

Lagi gambar-gambar Kuala Terengganu


Kerje jangan tak kerje.... idea Tan Sri bagi poskad kepada pengundi

MB sedang bagi taklimat...

Nie official vehicle Hulu Sgr di Kuala Terengganu... syabas A.Ruhuli
Tidak sah jika tak sebut nama Ali dan Edi di KT.....



Isnin, 12 Januari 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN MDHS 2009




Bahagian Perhubungan Awam akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada tarikh :
30 Januari 2009 (Jumaat )
bertempat di Perkarangan Pejabat MDHS dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 12.00 tengahhari.

Semua kaunter Jabatan/Bahagian/Unit dibuka pada hari tersebut memandangkan banyak aduan yang diterima tentang perkhidmatan MDHS dan respon dari jabatan berkaitan agak lewat kepada pengadu. Oleh yang demikian, program ini diadakan agar segala maklumat dan penjelasan tentang perkara berkaitan dapat disampaikan secara terus kepada pengadu.

Sekian harap maklum.

Ahli Majlis sarankan jaga kebersihan kawasan

BUKIT SENTOSA – Masyarakat disarankan supaya mengubah sikap kepada lebih positif dan mengutamakan aspek kebersihan dalam kehidupan seharian. Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Mohd Nashruddin Abd Aziz berkata, bersempena dengan kehadiran tahun baru Hijrah dan Masihi kali ini, usaha memupuk sikap ke arah lebih positif terhadap aspek kebersihan dapat dilakukan. “Kita menyeru kepada semua masyarakat khususnya di daerah ini supaya sama-sama mengutamakan aspek kebersihan dalam segala perkara yang dilakukan. “Melalui perubahan itu kita percaya pada masa akan datang masyarakat akan lebih bersih dan sihat ditambah dengan persekitaran yang lebih indah serta selamat,” katanya ketika berucap merasmikan program Gotong-Royong Perdana anjuran MDHS di sini, semalam. Program Gotong-Royong Perdana itu dilakukan di Tapak Pasar Malam MDHS dan meliputi kawasan sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Gotong-royong tersebut melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), Polis Diraja Malaysia dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta turut dihadiri oleh pengerusi-pengerusi persatuan penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Program serupa turut dilaksanakan di semua peringkat di Selangor melibatkan seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap kawasan di negeri ini. Mohd Nashruddin berkata, semangat gotong-royong dan menitikberatkan aspek kebersihan perlu diterapkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Katanya, jika tidak ia hanya menjadi seperti suatu pesta dan berakhir setelah semuanya selesai bergotong-royong. “Ini bukan matlamat kita. Apa yang diharapkan daripada program ini supaya semua masyarakat sama-sama menilai aspek kebersihan dari pelbagai sudut sehingga melaluinya kita dapat menjaga kesihatan dalam masa yang sama membentuk persekitaran yang sihat dan bersih,” katanya. Beliau juga berharap agar jawatankuasa penduduk (JKP) yang hadir pada program itu membawa mesej yang diperoleh ke kawasan masing-masing agar ia dapat dilaksanakan di tempat sendiri. Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam MDHS, Junainah Abdullah ketika ditemui berkata, beliau agak terkilan dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk termasuk peniaga pasar malam di kawasan terbabit. Menurutnya, hanya wakil penduduk sahaja yang hadir pada program yang sebenarnya disusun untuk kepentingan penduduk. “Penglibatan penduduk kurang memuaskan dan daripada pengamatan kita hanya pengerusi JKP dan KRT sahaja yang hadir pada hari ini (semalam). “Sikap yang ditunjukkan oleh penduduk di sini adalah kurang sihat dan mereka tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab menjaga kebersihan ini hanya kepada kontraktor atau MDHS sebaliknya ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya. Justeru, beliau menasihatkan kepada seluruh penduduk supaya lebih prihatin dan mementingkan aspek kebersihan bersama serta tidak meletakkan tugas itu kepada pihak berkuasa semata-mata. Pada program tersebut juga penguat kuasa MDHS turut memberi notis kepada peniaga yang mengabaikan aspek kebersihan. Dalam pada itu, MDHS akan juga mengadakan Majlis Bertemu Pelanggan pada 30 Januari ini bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di perkarangan pejabatnya. Orang ramai dialu-alukan untuk hadir bagi menyuarakan segala permasalahan yang berbangkit atau segala perkara berkaitan di kawasan mereka.

21 ditahan di perhimpunan anti-perang



By Anwar Ibrahim
Dari Malaysiakini
Polis menahan 21 orang termasuk ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan beberapa pemimpin PSM, di perhimpunan nyalaan lilin anti-perang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam ini.
Upacara itu dianjurkan oleh Gabungan Anti-Perang sebagai tanda sokongan kepada mangsa perang di Palestin dan Sri Lanka.
Kira-kira 100 anggota polis kelihatan di situ bagi mengawal dan menyuraikan orang ramai.
Polis mengarah orang ramai bersurai dan 21 orang ditahan kerana gagal meninggalkan kawasan tersebut.
Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Dang Wangi.
Antara mereka yang ditahan ialah pemimpin Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim dan S Arutchelvan dan beberapa aktivis dari Suaram dan Jerit. Nasir juga merupakan wakil rakyat Kota Damansara.
Mereka dipercayai disiasat kerana menyertai perhimpunan haram.
Sekumpulan kecil orang ramai berkumpul di balai polis berkenaan bagi menunjukkan sokongan kepada mereka yang ditahan. Mereka diawasi oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Ini adalah kali pertama polis bertindak terhadap perhimpunan anti-perang sejak kebelakangan ini.
Semalam, ribuan orang menyertai perarakan ke Kedutaan Amerika untuk membantah serangan Israel di Gaza tanpa campurtangan polis.
Begitu juga dengan kumpulan yang mengadakan bantahan yang sama di Kampung Baru. Mereka juga dibenarkan membakar bendera Amerika dan Israel di tengah-tengah jalan tengahari semalam tanpa campurtangan polis.

SEKITAR PEKAN KUALA TERENGGANU . 11 JAN 2009 @A.RUSULI







Sabtu, 10 Januari 2009

GOTONG ROYONG PERDANA

Satu Majlis Gotong Royong Perdana akan diadakan pada 11 Januari 2009 bertempat di Tapak Pasar Malam Bukit Sentosa dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini adalah anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan-jabatan Kerajaan dan Agensi yang lain.

Turut terlibat dalam program ini adalah kontraktor-kontraktor MDHS dan Jawatankuasa Penduduk. Program ini digerakkan untuk memberi kesedaran "Kebersihan Adalah Tanggungjawab Kita Bersama".

Penduduk di sekitar kawasan tersebut dijemput hadir bersama-sama untuk menyertai program tersebut.

S’gor MB: Be careful about the boycott of US goods

By SIM LEOI LEOI
BANGI: Malaysians must not simply boycott all products from United States or Israel as these may be partly owned by Muslims or locals.
Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said Malaysians should instead study carefully the list of products they intended to boycott in the wake of Israel’s attack on Palestinians in Gaza.
“The products may be owned not just by the Israelis or the Americans.
“Brands like McDonald’s and Coca Cola are not totally owned by Israeli or American groups, but their shares are owned even by Muslim countries, including bumiputras in Malaysia.
“It’s better to focus on a few products like weaponry.
“There should be a ban on Muslims buying weaponry directly from these countries or even through a third party,” he told reporters after attending the 100th year memorial of Indonesian politician Mohammad Natsir at the Kolej Universiti Islam Selangor on Saturday.
Also at the memorial were PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khalid, who is PKR secretary-general, was responding to calls from several Muslim groups and leaders, including former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, for consumers to boycott products from both US and Israel to object against the attack on Gaza.
Khalid said a better move would be to refrain from investing in or using banks affiliated to Israeli or American interests.
“This will have more impact because it won’t allow the banks to expand their businesses,” he pointed out.
Khalid said all Pakatan Rakyat Members of Parliament would also be attending a special session on Monday called by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to discuss the Gaza issue.
“We will all be attending the session despite there being a by-election in Kuala Terengganu. This issue is bigger than Kuala Terengganu as it touches on a humanitarian crisis.
“Besides, I think that all Barisan Nasional MPs will also be temporarily halting their campaign to attend this session,” he said, adding that Pakatan Rakyat was throwing their support behind the Government on the Gaza issue.
“We are ready to call for a halt to the attacks and we will discuss this from the aspect of crimes against humanity,” he said.

Jumaat, 9 Januari 2009

RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA..ESOK


Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 9 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Selangor akan hantar misi kemanusiaan ke Palestin



Salmiyah Harun / harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Hrkh) -Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar bantuan misi kemanusiaan ke Palestin yang diterajui Yayasan Amal salah satu NGO yang mempunyai pengalaman luas di seluruh dunia. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah memutuskan menghantar misi itu yang berpangkalan di sempadan Mesir bagi memberi bantuan perubatan dan sosial kepada penduduk Gaza.

Segala bantuan yang diberikan dalam misi itu akan dibiayai penuh oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sehubungan itu, kerajaan negeri turut mengalu-alukan NGO yang ingin menyertai misi dan mereka yang berminat hendaklah menghubungi terus Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dak Komunikasi Rodziah Ismail atau Adun Meru Dr Abdul Rani Osman.

"Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi yang telah mengorbankan beribu-ribu orang awam yang tidak bersalah," demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya.

CERAMAH : UST MOHD FITRI ABDULLAH

CERAMAH SEMPENA HARI ASYURA
10/1/2009 LEPAS MAGHRIB

SURAU AL MUTTAQIN , JALAN ANGGERIK 3
BUKIT SENTOSA 2

Penceramah: UST. MOHD FITRI ABDULLAH

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Apa selanjutnya...PBB dah buat ketetapan......





14 hari mengharungi konflik, lebih 769 rakyat Palestin terkorban, termasuk 129 kanak-kanak, jam 10.30 pagi tadi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB meluluskan Resolusi 1860, menguatkuasakan genjatan senjata ‘serta merta’ antara pejuang Hamas dan tentera Israel. Amerika Syarikat mengambil tindakan berkecuali sewaktu pengundian dijalankan, 14 ahli Majlis lain menyokong.

Sejurus resolusi terbabit diluluskan, bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran di bandaraya Gaza. Serangan helikopter penggempur masih berterusan. Semuanya petanda awal, resolusi PBB itu tidak dihormati.

Menteri Luar Palestin, Riyad Al Maliki dalam sidang media menyatakan malangnya resolusi sama tidak menyatakan secara jelas waktu spesifik tentera Israel harus berundur dari Gaza. Malah beliau percaya, dalam tempoh 2 hari akan datang, tentera Israel akan terus melakukan serangan dijangka mengorbankan lebih banyak nyawa.

Dimana penuang islam kita, seperti Salehuddin Al Ayubi..
Dimana zaman kegemilngan islam, dengan kebisuan semua negara Arab..

SAS: Semoga kita menanganinya dengan agama dan ilmu, disebabkan kita semua berpaksikan kedunian, takut kepada negara barat dan yahudi, bukan berpaksi kepada tuhan rabulalamin.

Dr Hassan ketuai bantahan PPSMI

Malaysiakini Jan 8, 2009

Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hassan Ahmad secara rasmi memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI - yang mengancam mengadakan perhimpunan besar ala-Bersih - bagi membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi Jawankuasa Pelaksana program berkenaan, Hasni Abas berkata, Dr Hassan akan bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa induk gabungan itu.
Menurutnya lagi, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan beliau - yang mengetuai sembilan lagi wakil NGO dan sayap Pemuda parti pembangkang yang bergabung dalam GMP - dengan bekas ketua pengarah DBP itu di Yayasan Karyawan di Damansara tengahari tadi.
Isnin lalu, Dr Hassan dilaporkan menyatakan kesediaanya untuk memimpin gabungan itu bagi membantah pelaksanaan PPSMI.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hasni berkata, mesyuaratnya dengan Dr Hassan juga memutuskan untuk melantik sembilan tokoh politik dan bahasa berprofil tinggi bagi mengganggotai jawatankuasa induk itu.

Mereka termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa; bekas ketua pengarahDBP, Datuk Aziz Deraman; tokoh sastera Datuk Dr Anwar Ridwan dan penyair terkenal, Dinsman.
Ditanya tentang tugas pertama Dr Hassan, Hasni berkata: “Panggil mesyuarat jawatankuasa induk.”

Perarakan keranda

Jawatankuasa induk yang dibentuk itu merupakan badan utama pembuat keputusan dalam GMP; manakala jawatankuasa pelaksana bertindak menggerakkannnya di peringkat bawah.
Hasni yang juga pengerusi Kesatuan Pekerja DBP berkata, jumlah ahli jawatankuasa induk mungkin ditambah daripada masa ke semasa, mengikut keperluannya.
Beliau sebagai pengarah jawatankuasa pelaksana, secara automatik bertindak sebagai setiausaha GMP.

Selain itu, jawatankuasa pelaksana GMP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan gerak kerja lanjut bagi menjayakan perhimpuna besar yang dijadual Mac depan.
Selain perhimpunan ala-Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ) Mac depan, kerajaan juga mungkin berdepan dengan satu “perarakan keranda” Februari ini berhubung isu PPSMI oleh sebuah lagi badan bahasa, Gabungan Penulis Nasional (Gapena).
Perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan menjadi sebuah lagi tindakan, selain tindakan mahkamah, selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan.
Selain NGO Melayu, persatuan pendidikan Cina turut membantah pelaksanaan

Rabu, 7 Januari 2009

EDUC FAIR 10 & 11 JAN 2009


SMK KKB suksess lagi...


Seramai 14 orang daripada 185 orang calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SM3KB) telah muncul sebagai pelajar cemerlang dengan memperoleh pangkat A dalam semua mata pelajar yang diambil pada PMR 2008.Penolong Kanan, Hj Rohaizad Mokhtar memberitahu, "Mereka yang mendapat 9A dalam kategori pelajar cemerlang ialah Naziratul Akma, Nurfadilah, Fahmi dan Ab. Zarin merupakan pelajar yang tinggal di asrama dan pelajar Yayasan Selangor,” katanya di sini hari ini. Sementara pelajar yang mendapat 8A ialah Mazhar Ab Lajis , Hoh Yong Jun , Ahmad Hatim, Mohd Aiman, Tengku Mohd Amirul, Nur Fatin Syahadah, Nur Fatin Syahirah, Tan Yun Yin dan 7A Darshini dan Tashwini. Sementara itu Pengetua Kanan, Hj Manap bin Jarkasi berkata beliau amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar SM3KB tahun 2008 kerana dapat menurunkan Gred Purata Sekolah kepada 2.19 yang juga merupakan pencapaian terbaik dalam Daerah Hulu Selangor. SM3KB berjaya mencatat 86.8% kelulusan PMR 2008.
SAS: Dengar SMK Bkt Sentosa ada 50 org dapat "straight" As

JOM BISNES BERSAMA YSP & CIDB

PUSAT LATIHAN YSP (Pusat Latihan Bertauliah CIDB),
Monday, January 26, 2009

SERTAI BENGKEL DANA PEMBIAYAAN BISNES

Pusat Latihan YSP, 26-6-1, Tingkat 6, Jalan 4/50
Diamond Square Off Jln Gombak, KL,
Thursday, January 15, 2009

Sekitar penamaan calun...


Calun sedang berarak...terimakasih ARusuli..

YB Teressa, YB Lim Kit Siang sedang berarak...


Kak Zu, YB Ampang, Ketua Wanita PKR..

YB Ronnie.. sedang berarak bersama....
Setelah proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu selesai pagi Selasa hanya tiga calon sah bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Mereka ialah daripada PAS, Abdul Wahid Endut, Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam. Bagaimanapun Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Harun Alias Ab Rahman Mohamad yang juga tiba di pusat penamaan calon di Stadium Negeri dan menyatakan akan turut serta pada pilihan raya kecil berkenaan tidak menyerahkan boring pencalonannya. Seorang lagi calon bebas, Isma Airsath yang disebut-sebut akan bertanding, tidak muncul menyerahkan borang pencalonan. Proses pencalonan berjalan lancar dan cuaca amat baik sejak semalam...menurut TV3..hmm..


PRK Kuala Terengganu.. 6 Jan 2009.. Bhg pun ada hantar team..



Nie team mana.... terimakasih @ARusuli..

Rumah Selangor/WP...


Team dari pej parlimen...siap berjaket...



Mat Rahat , Ali Bakar dan Saidin... beriringan..