Jumaat, 23 Januari 2009

Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina 23 Jan 2009 9 pg- Jumaat- Pasar Pekan Serendah



Serendah- 23 Jan 2009,
YB Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan memerangkap Timbalan Pengerusi PKR Negeri telah hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada warga emas seterusnya melancarkan Program Mesra Usia Emas DUN Batang Kali. Majlis yang dihadiri lebih 250 orang kebanykannya warga emas turut diraikan oleh Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz, Penyelaras DUN Batang kali memerangkap Ketua Bahagian PKR Hulu Selangor, Ketua Kampong Tok'Pinang, Cikgu Hasnor Puteh, Ketua Kampong Damai, Lim Siew Chan dan Ketua Kampong Datuk Harun, Loh Kit Lim. Penganjur program adalah Sdr Frankie Lim.
Semasa melancarkan Program Mesra Usia Emas itu, YB Hee diantara lain turut menyentuh tentang ini program itu yang bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia.
Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas. Ianya terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun
Pegawai Khas Dun Batang Kali, Shaiful Anuar, memberitahu bahawa semua pemohon boleh berdaftar dengan mengisi dan menyerahkan kembali borang yang boleh didapati di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Penghulu, Pejabat Ketua kampong, Pejabat Khidmat Rakyat DUN atau berhubung terus dengan Petugas Mesra Usia Emas ini, Sdr Mat Rahat Ibrahim di talian 0122114355.


Tiada ulasan: