Jumaat, 23 Januari 2009

Peruntukan Adun Dikawal Jika Tidak Beri Kerjasama Selesaikan Masalah

Tuesday, 20 January 2009 SHAH ALAM, 20 Januari - Mana-mana ahli dewan undangan negeri (Adun) Selangor yang enggan memberi kerjasama kepada pimpinan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin berdepan situasi ’sukar’.

Ingatan itu diberikan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah menerima maklum balas daripada ahli majlis mengenai tindakan Adun dan Ahli Parlimen tertentu yang tidak dapat bekerjasama baik dengan mereka dalam mengatasi isu dan masalah di kawasan PBT masing-masing.

Menurut Abdul Khalid, peruntukan yang diterima Adun sebanyak RM450,000 setahun akan dikawal sekiranya mereka tidak memberi kerjasama.

“Kerajaan negeri ada menyediakan peruntukan kepada Adun yang mana mereka boleh memberinya kepada ahli majlis. Jadi kalau (Adun) tidak bekerjasama dengan ahli majlis, bagaimana peruntukan ini dapat diberikan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan ahli-ahli majlis PBT di Dewan Jubli Perak, petang tadi.

“Mungkin dia (Adun) mengharapkan ahli majlis itu datang kepadanya dan bukan dia yang pergi kepada ahli majlis itu (dalam menyelesaikan masalah PBT),” katanya yang turut menerima rungutan daripada orang ramai.

Beliau berharap dengan mengawal peruntukan

Tiada ulasan: