Jumaat, 9 Januari 2009

Apa selanjutnya...PBB dah buat ketetapan......





14 hari mengharungi konflik, lebih 769 rakyat Palestin terkorban, termasuk 129 kanak-kanak, jam 10.30 pagi tadi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB meluluskan Resolusi 1860, menguatkuasakan genjatan senjata ‘serta merta’ antara pejuang Hamas dan tentera Israel. Amerika Syarikat mengambil tindakan berkecuali sewaktu pengundian dijalankan, 14 ahli Majlis lain menyokong.

Sejurus resolusi terbabit diluluskan, bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran di bandaraya Gaza. Serangan helikopter penggempur masih berterusan. Semuanya petanda awal, resolusi PBB itu tidak dihormati.

Menteri Luar Palestin, Riyad Al Maliki dalam sidang media menyatakan malangnya resolusi sama tidak menyatakan secara jelas waktu spesifik tentera Israel harus berundur dari Gaza. Malah beliau percaya, dalam tempoh 2 hari akan datang, tentera Israel akan terus melakukan serangan dijangka mengorbankan lebih banyak nyawa.

Dimana penuang islam kita, seperti Salehuddin Al Ayubi..
Dimana zaman kegemilngan islam, dengan kebisuan semua negara Arab..

SAS: Semoga kita menanganinya dengan agama dan ilmu, disebabkan kita semua berpaksikan kedunian, takut kepada negara barat dan yahudi, bukan berpaksi kepada tuhan rabulalamin.

Tiada ulasan: