Isnin, 19 Januari 2009
TUKAR PEGAWAI PBT?
Pertukaran kakitangan di antara PBT perlu dilakukan dengan lebih kerap kerana ia satu cara untuk memastikan pengalaman dan kepakaran mereka dikongsi oleh semua PBT.Tahap kecekapan, bentuk kepakaran dan jenis pengalaman setiap kakitangan adalah berbeza dan boleh dimanfaatkan bersama oleh semua PBT-PBT.Selain dari itu, ianya dapat menghilangkan kelesuan dan kebosanan apabila seorang kakitangan terpaksa berkhidmat di PBT yang sama sehingga bertahun-tahun lamanya.Ia akan dapat memberikan pengalaman baru kepada mereka kerana akan berhadapan dengan cabaran-cabaran baru.Kehadiran kakitangan baru juga boleh menyuntik semangat baru terutamanya jika ianya adalah seorang Ketua Jabatan dan lebih-lebih lagi jika seorang Yang Dipertua atau Dato' Bandar.Pertukaran juga perlu dilakukan kerap untuk mengelak sebarang amalan-amalan yang kurang sihat seperti pilih kasih, salah guna kuasa dan rasuah berakar umbi. Pihak polis juga mengamalkan perkara yang sama di dalam menempat pegawai-pegawai mereka seperti OCPD di daerah-daerah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan