Selasa, 27 Januari 2009

PENGETUA PUN ADA KUASA AMBIL PELAJAR...

KUALA LUMPUR: Mulai tahun ini, semua pengetua 48 sekolah berasrama penuh (SBP) di seluruh negara diberi kuasa autonomi untuk memproses sendiri pengambilan 20 peratus pelajar lulusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Tingkatan Satu.Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran, Ashah Samah, berkata pemberian kuasa autonomi melalui projek perintis itu hanya untuk 20 peratus calon, iaitu 1,160 pelajar daripada keseluruhan pengambilan 5,838 calon, manakala baki 80 peratus masih diproses kementerian.

Tiada ulasan: