Jumaat, 23 Januari 2009

KURSUS UNTUK IBU TUNGGAL >>

Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali akan memulakan kursus-kursus bagi usahawan kecil. Kursus tersebut dibuka kepada ibu-ibu tunggal yang berminat mencari sumber pendapatan sampingan.Kursus-kursus yang akan ditawarkan adalah menjahit manik, menjahit langsir, memasak (lauk, kuih), menganyam bakul daripada kertas dan membuat 'costume jewellery'.

Buat masa sekarang, kursus yang sudah bermula ialah menjahit manik. Yuran yang dikenakan adalah mengikut kursus dan pendapatan isi rumah. Usaha sedang dibuat untuk mencari peluang bagi peserta-peserta yang telah mengikuti kursus mendapat peluang tempahan atau memasarkan produk-produk yang telah dihasilkan kelak.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Pusat Khidmat Rakyat.

Tiada ulasan: