Sabtu lalu acara perasmian dimulakan jam 7.30 pagi di Kem Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru. Jadual terpaksa diubah untuk membolehkan saya ka Langkawi mengadakan pertemuan peribadi dengan Presiden Ramos Horta, Timur Leste.
Saya kagum kerana peserta sedia tepat pada waktu menunggu ketibaan saya dan Azizah. Di antara lain saya tegaskan kepentingan memperkasa iltizam bersama menegakkan Islam serta peningkatan kefahaman, termasuk isu urutan keutamaan (fiqh awlawiyyat) saperti yang digariskan diantara lain oleh Sheikh Yusuf Al-Qardawi.
Saya memperkuat hujah dengan menukil contoh dari buku beliau. Umpamanya keghairahan gulungan kaya menderma untuk memperbaiki masjid sedia ada tetapi enggan membantu umat yang tertindas di Bosnia atau Palestin. Begitu pula menurut Sheikh Yusuf, keasyikan mengulangi ibadah haji dan umrah tetapi bakhil untuk mendukung kegiatan daawah, pendidikan atau penterjemahan karya besar.
Turut saya tegaskan berkenaan keperluan memahami maksud atau tujuan utama Shariah (maqasid Shariah), dengan menukil hujah Imam al Ghazali dalam al-Mustasfa, As-Shatibi dalam al-Mawafaqat, serta kupasan Sheikh Yusuf dan Sheikh Taha Jabir Al-Elwani.
Rumusan maqasid mencakupi ikhtiar memelihara ad-Din, kebebasan keyakinan dan bersuara, pemeliharaan harta, nyawa dan maruah. Ulama malah menegaskan isu hurriyah (kebebasan), hak asasi dan hak wanita.
Tahniah buat saudara Mustafa Kamil dan seluruh jawatankuasa, dan saya telah syurkan agar program sademikian ditingkatkan. Kertas kerja Dr. Mohd Noor Manuty dan Dr. Badrul Amin perlu diedar kepada semua aktivis parti.
ANWAR IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan