Rabu, 7 Januari 2009

SMK KKB suksess lagi...


Seramai 14 orang daripada 185 orang calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SM3KB) telah muncul sebagai pelajar cemerlang dengan memperoleh pangkat A dalam semua mata pelajar yang diambil pada PMR 2008.Penolong Kanan, Hj Rohaizad Mokhtar memberitahu, "Mereka yang mendapat 9A dalam kategori pelajar cemerlang ialah Naziratul Akma, Nurfadilah, Fahmi dan Ab. Zarin merupakan pelajar yang tinggal di asrama dan pelajar Yayasan Selangor,” katanya di sini hari ini. Sementara pelajar yang mendapat 8A ialah Mazhar Ab Lajis , Hoh Yong Jun , Ahmad Hatim, Mohd Aiman, Tengku Mohd Amirul, Nur Fatin Syahadah, Nur Fatin Syahirah, Tan Yun Yin dan 7A Darshini dan Tashwini. Sementara itu Pengetua Kanan, Hj Manap bin Jarkasi berkata beliau amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar SM3KB tahun 2008 kerana dapat menurunkan Gred Purata Sekolah kepada 2.19 yang juga merupakan pencapaian terbaik dalam Daerah Hulu Selangor. SM3KB berjaya mencatat 86.8% kelulusan PMR 2008.
SAS: Dengar SMK Bkt Sentosa ada 50 org dapat "straight" As

Tiada ulasan: