Wednesday, January 28, 2009
Malam tadi saya menonton Bernama TV, rancangan "Hello Malaysia". Isunya menarik -- "Penulis Blog". Hos Dahlan Maamor mewawancara blogger tersohor Dato' A Kadir Jasin dan pengacara rancangan Blog@1 Hamdan Ahmir. Rancak dan menarik. Sesuatu yang menyegarkan apabila melihat mereka berbicara soal peranan kerajaan, fungsi media massa dan tanggungjawab bloggers. Kadir dan Hamdan cukup kritikal dalam ulasan mereka.
Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila Kadir bercakap mengenai tahap toleransi sesetengah bloggers dan pengunjung blog yang rendah. Kata Kadir, bloggers mengkritik media massa yang tidak bersikap terbuka, bagaimanapun pada masa yang sama mereka juga tidak ada toleransi apabila menulis blog atau meninggalkan komen dengan menggunakan bahasa yang kesat atau penuh prasangka buruk terhadap orang lain.Saya fikir apa yang disebutkan Kadir itu ada benarnya. Saya -- seperti bloggers lain -- juga berhadapan dengan isu ini. Sementara saya mahu membuka seluas-luasnya pintu perbahasan dalam blog, ada kalanya saya terpaksa menolak komentar yang tidak serasi dengan adab dan tatasusila. Tidak salah berbeza pendapat. Apa yang salah ialah menggunakan kata-kata mencarut dan kesat, melakukan "character assassination" atau tohmahan terhadap orang lain. Ketiadaan toleransi menyukarkan kita mewujudkan suasana perbincangan yang sihat dan bermanfaat.
Terdahulu, saya pernah menyebut bahawa untuk membina toleransi yang tinggi dalam blog elok kita berpegang kepada falsafah -- "Saya yakin pendapat saya betul dan pendapat kamu salah, tetapi ada kemungkinan pendapat saya salah dan pendapat kamu betul." Sekiranya kita berpegang dengan falsafah ini, kita tidak akan menyerang orang lain secara melulu, apatah lagi menggunakan bahasa tidak elok ke atas mereka.Hampir semua pembaca blog ini yang pernah bertemu saya memberitahu mereka membaca blog tetapi juga lain-lain blog kerana ingin mengetahui pendapat orang ramai mengenai isu-isu sosial-politik yang disuarakan secara kritikal dan konstruktif. Saya fikir itu jugalah tujuan saya membangunkan blog ini.Sekiranya itu harapan semua, boleh kita jadikan blog ini kritikal dan konstruktif dengan toleransi yang tinggi sesama kita?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan