Isnin, 2 Februari 2009

SEMINAR PENGEMBANGAN EKONOMI DESA - 1 FEB 2009 AHAD





Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali (N07) dengan kerjasama Sekretariat Pentadbiran PKR Bhg Hulu Selangor telah berjaya buat ulung kalinya mengadakan Seminar Pengembangan Ekonomi Desa melalui Biro Pertanian dan Asas Tani. Seminar yang dirasmikan oleh YB Tuan Yaakob Sapari, Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor itu bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang diadakan di Dewan Kem Bina Semangan Yayasan Selangor di Ampang Pecah, Hulu Selangor. Diantara pengisian program didalam seminar adalah taklimat dari Penyelaras DUN-DUN di parlimen Hulu Selangor, penerangan tentang peranan pejabat daerah dan urusan tanah dari Pegawai Daerah, Tuan Nor Hisham Dahalan, dan penerangan dari Yang DiPertua Majlis Daerah, Tuan Tukiman Nail sendiri. Hampir 200 orang penguasa penternakan dan pertanian serta usahawan dari seluruh daerah Hulu Selangor telah menghadiri seminar tersebut. Semua peserta akan di pilih untuk mengikuti lawatan belajar ke pejabat Exco Negeri dan SUK di masa terdekat ini.
MEDIA PKR/SAS

Tiada ulasan: