Rabu, 31 Disember 2008

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) akan menganjurkan Himpunan Aman bagi ‘Membantah Keganasan Israel di Semenanjung Gaza’. Himpunan ini akan dilangsungkan pada hari Jumaat- 2 Januari 2009, selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Negara.

Selasa, 30 Disember 2008

TOLONG PASTIKAN ANDA TAHU RANCANGAN KAW KHAS BANDAR KKB !!!


HILANG ..



Assalamualaikum. . ..
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618( hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke http://us.mc509.mail.yahoo.com/mc/compose?to=hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.
Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.
Yg m'mnta kerjasamaHazlan Bin Ngah

Gaza terus bermandi darah


KEJAM... Ribuan penduduk Gaza berarak mengiringi jenazah kanak-kanak Palestin, Dena Balosha, 4, untuk dikebumikan. Dena dan empat ahli keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel, semalam.

BANDAR GAZA 29 Dis. – Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza buat hari ketiga berturut-turut hari ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.
Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga.
Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini.
Jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut.
Rejim Yahudi itu terus memekakkan telinga terhadap desakan dunia supaya rejim zionis itu menghentikan keganasan di semenanjung itu.
Sewaktu kereta kebal dan meriam Israel berkumpul di sempadan Gaza sebagai persiapan untuk melancarkan serangan darat, pesawat perang melancarkan puluhan serangan di wilayah yang padat dengan penduduk di wilayah itu, awal hari ini.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengulangi gesaannya supaya keganasan itu dihentikan segera dan mendesak Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang mengalami sekatan sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007.
“Beliau sekali lagi mendesak supaya segala tindakan keganasan dihentikan segera,” kata jurucakap Ki-moon.
Operasi ‘Cast Lead’ tentera Israel yang dilancarkan kelmarin telah pun membunuh 310 rakyat Palestin termasuk puluhan penduduk awam dan mencederakan lebih 1,400 lagi, menurut pasukan perubatan Gaza.
Hamas membidas masyarakat antarabangsa kerana tidak mengambil tindakan tegas untuk menghentikan keganasan Israel itu.
“Israel melakukan holocaust, sementara dunia hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.
Sementara itu, para pemimpin dunia terus mengutuk serangan Israel di Genting Gaza.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyifatkan apa yang berlaku di Genting Gaza sebagai satu ironi kerana serangan dan pembunuhan penduduk Palestin dilakukan di ambang umat Islam menyambut ketibaan Maal Hijrah.
Naib Perdana Menteri China, Li Kegiang turut mengecam serangan Israel itu.
Beliau berkata, China terkejut dan sangat khuatir dengan operasi ketenteraan di Genting Gaza yang telah mengorbankan banyak jiwa dan ramai yang cedera.

Malam Himpunan Mansuh ISA kecoh

Tuesday, 30 December 2008 09:52am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
BANGI 29 Dis. - Majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi di sini malam ini kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.Keadaan menjadi tegang apabila berlaku kejadian tolak-menolak antara penduduk terbabit dan kira-kira 30 petugas Unit Amal yang tidak berpuas hati kerana penduduk tersebut menghalang laluan hadirin ke majlis itu.Keadaan menjadi reda setelah campur tangan pihak polis yang dengan persetujuan penganjur telah membenarkan lima ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) diketuai Timbalan Pengerusinya, Rahimuddin Md. Harun yang mewakili penduduk kampung bagi menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mewakili Abdul Hadi kira-kira pukul 10 malam.Menurut kenyataan yang diedarkan kepada pemberita, Pewaris mendesak Abdul Hadi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak memastikan aktiviti penternakan babi di kawasan bermajoriti Melayu khususnya di Melaka tidak berleluasa demi perpaduan dan kedaulatan ummah di negara ini.Katanya, langkah itu adalah susulan kepada penyerahan memorandum sama kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mendesak diselesaikan segera isu ternakan babi di Kampung Paya Mengkuang di dalam kawasan Parlimen berkenaan.Kini terdapat 38 ladang babi dengan 5,000 ternakan itu di Kampung Paya Mengkuang."Pewaris akan terus menghantar memorandum kepada beberapa pemimpin lain mendesak mereka supaya tidak berkompromi dalam isu penternakan babi demi kepentingan umat Islam di negara ini,'' kata kenyataan itu.

Ahad, 28 Disember 2008

AL FATIHAH BUAT ALMARHUM TUNKU JA'AFAR


YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.

Pihak pejabat DUN Batang Kali mengucapkan takziah kepada Seluruh Rakyat Negeri Sembilan atas pemergian pemimpin Melayu ini. Ucapan takziah khusus buat kerabat baginda.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda.

Alfatihah.
SAS

SALAM MAAL HIJRAH 1430



1430 tahun yang lalu, perjalanan dari Gua Thur, Quba dan Madinah oleh Nabi Muhammad SAW telah memulakan peristiwa Hijrah. Seterusnya membina kota Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam yang pertama. Dalam misi Hijrah ini, Nabi Muhammad SAW diuji dengan berbagai-bagai cabaran. Puak musyrikin Quraisy memburu untuk membunuh baginda Nabi dan bagi menghalang dakwah Islam diteruskan.
Abu Karz (ahli jejak Quraisy) yang terkenal telah menjejak baginda Nabi sampai ke Gua Thur. "Nampaknya Muhammad SAW berniat datang ke tempat ini. Mungkin dia bersembunyi di dalam gua" kata Abu Karz setelah menjejaki kaki baginda Nabi hingga ke Gua Thur. Abu Karz menyuruh seseorang memasuki pintu gua. Tatkala orang itu masuk, dia melihat mulut gua itu penuh dengan sarang labah-labah dan burung merpati bertelur di luar gua. Orang itu kembali dan mengatakan kepada Abu Karz, "Ada sarang labah-labah di mulut gua, Ini menunjukkan tidak ada orang di sana". Puak Quraisy seterusnya putus asa setelah dua hari tiga malam memburu baginda Nabi SAW.
Selepas itu, ada seorang lagi yang bernama Suraqah bin Malik yang memacu kuda untuk membunuh baginda Nabi SAW, tiba-tiba kuda Suraqah terjatuh. Kudanya melemparkan Suraqah ke tanah. Suraqah kemudian sedar bahawa kejadian itu berlaku kerana niat jahatnya untuk membunuh baginda Nabi SAW. Selepas itu, Suraqah mengadap baginda Nabi SAW dengan wajah yang sayu dan menyatakan "saya serahkan hamba dan kuda saya kepada tuan dan saya bersedia melakukan apa sahaja yang tuan kehendaki". Kemudian, jawab baginda Nabi SAW "Saya tidak mengkehendaki apa-apa daripada kamu". Menurut pandangan Al-Alamah Majilisi, Nabi SAW menyatakan "Kembalilah dan yakinlah kepada yang lain supaya tidak memburu kami". Oleh itu, kepada sesiapa sahaja yang dijumpai oleh Suraqah selepas itu, dia akan berkata "Tidak ada jejak Muhammad di laluan ini".
Cerita ini memberi seribu satu pengajaran kepada kita sebagai umat Islam. Sebagai umat Nabi SAW kita memang diuji dengan pelbagai dugaan. Islam dikatakan sebagai teorrist, dihina oleh pihak-pihak tertentu dan hak-hak orang Islam pun semakin hari semakin dihakis. Malah ada juga blog yang telah secara terbuka menghina baginda Nabi SAW. Dulu ada puak musyrikin Quraisy yang ingin membunuh baginda Nabi SAW, hari ini ada pula blog yang ingin memburuk-burukkan baginda Nabi SAW.
Moga orang itu akan mendapat pengajaran seperti Suraqah. Salam Maal Hijdah 1430.
Amin.
SAS

Majlis Pelancaran Himpunan Bantah ISA esok, Isnin 29 Disember jam 9 malam di Stadium Bandar Baru Bangi

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

Intifadah tersebut akan diadakan Selasa ini, 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Jumaat, 26 Disember 2008

Mesra Usia Emas



SOALAN LAZIM - MESRA USIA EMAS
1. Di mana BORANG dan bagaimanakah cara untuk menyertai Mesra Usia Emas? (dikemaskini)
Bermula 1 Oktober 2008, pemohon hendaklah mendapatkan Borang Mesra Usia Emas di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan pemohon tinggal.
>Pusat Khidmat Rakyat
Dun Batang Kali
NO. 45M JALAN ORKID 2A, BANDAR BUKIT SENTOSA BS2, 48300 BATANG KALI, SELANGOR
TEL : 03-60282882
MOHD NASHRUDDIN ABD AZIZ017-3029430

2. Apakah tujuan program Mesra Usia Emas ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.
3. Bilakah tarikh program Mesra Usia Emas ini akan beroperasi secara rasmi?
Program Mesra Usia Emas ini dijangka akan beroperasi sekitar Oktober 2008, dan tertakluk kepada sebarang pengumuman rasmi dari semasa ke semasa . Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2008 yang lalu. Manakala Logo rasmi Mesra Emas pula (seperti yang telah dipaparkan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008, sempena Sambutan Perayaan Ambang Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor
4. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program Mesra Usia Emas ini?
Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.
5. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini? (dikemaskini)
Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.
6. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut? (dikemaskini)
Tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan di dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat.

Penama boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.

Hadiah Anak Masuk Universiti IPT

SOALAN-SOALAN LAZIMHADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

Maklumat Terkini (1 Ogos 2008)1. Pindaan borang kali kedua :
KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG
*Borang pindaan ini dikemukakan bagi mengatasi masalah permohonan yang tidak lengkap untuk tujuan proses pembayaran.
Bagaimanapun borang sebelum ini yang telah dimuat turun masih boleh digunakan. Borang yang telah dihantar juga masih sah.Sila pastikan perkara berikut dipatuhi :
(i) Permohonan yang dihantar hendaklah dipastikan lengkap bagi mengelakkan kelewatan proses pembayaran;
(ii) Setiap salinan dokumen dan perakuan pada borang hendaklah DISAHKAN BENAR oleh pihak-pihak yang dinyatakan SAHAJA; dan
(iii) Bagi permohonan secara pengkreditan terus (direct debit), sila pastikan bahawa akaun bank pemohon adalah AKTIF dengan mengemukakan salinan muka depan dan mukasurat transaksi terakhir buku akaun bank pemohon. Akaun yang TIDAK AKTIF boleh menyebabkan kegagalan proses pembayaran.

Q : Bagaimana saya boleh memohon Hadiah Pengajian IPT yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini?
A : Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Rasmi Anak Masuk Universiti (BPSM/HPIPT/2008) yang boleh diperolehi daripada sumber-sumber seperti berikut:(i) Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah40000 Shah Alam
(ii) Memuat turun (download) borang permohonan melalui laman web rasmi Negeri Selangor,
iaitu: www.selangor.gov.my; (Klik Untuk Muat Turun Borang HPIPT)
(iii) Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar/ Pusat Pemajuan Pelajar di IPTA masing-masing;(iv) Pejabat Daerah/ Tanah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor.

Q : Apakah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan Hadiah Pengajian IPT ini?A : (i) Pemohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
(ii) Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:• Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau• Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau• Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
(iii) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 sahaja.
(iv) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dan Diploma sahaja. (Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon).
(v) Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.(vi) Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah.

Q : Saya lahir di Negeri Selangor, tetapi ibu bapa saya tidak lahir di Negeri Selangor. Adakah saya layak memohon?A : Layak berdasarkan kriteria: Pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya lahir di Negeri Kelantan, tetapi Ibu saya lahir di Selangor. Adakah saya layak memohon?A : Layak berdasarkan kriteria: Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPT Swasta (IPTS), iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP). Adakah IPT saya tersenarai bagi pemberian hadiah ini? Layak sekiranya pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda atau Diploma.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Masters of Business Administration) Tahun Pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia secara sepenuh masa (full time). Adakah saya layak? A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjanamuda sahaja.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian A-Level sebagai persediaan bagi pengajian ke luar negara.
A : Pengajian di peringkat Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon. Walau bagaimanapun, pemohon hanya layak dipertimbangkan setelah mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjanamuda pada tahun berikutnya.

Q : Saya kini telah bekerja dan pada masa yang sama sedang mengikuti pengajian luar kampus (PLK) peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat.
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa (full time) sahaja. Q : Saya merupakan pelajar Tahun Akhir (semester ke-lapan) di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan.A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mendaftarkan diri untuk Tahun Pertama (semester pertama) bagi sesi pengajian mulai Julai 2008 sahaja.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) tetapi belum mendaftarkan diri.A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian. Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, tetapi terpaksa menangguhkan pendaftaran pada tahun 2008 atas sebab kesihatan.
A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian pada tahun berikutnya.

Q : Pendapatan Bapa saya berjumlah RM1,250.00 manakala Ibu saya adalah suri rumah.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Ibu dan Bapa saya bekerja, tetapi jumlah pendapatan mereka adalah kurang daripada RM1,500.00.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Saya dipelihara oleh Bapa Saudara saya sejak berumur 10 tahun memandangkan Ibu dan Bapa telah berpisah dan saya mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat pendapatan Ibu/ Bapa saya.
A : Pendapatan yang akan diambilkira adalah pendapatan Penjaga, iaitu Bapa Saudara pemohon.

Q : Apakah dokumen-dokumen lampiran yang mesti dikemukakan untuk permohonan hadiah ini?
A : Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Rasmi Hadiah Pengajian IPT (RM1,000) (BPSM/HPIPT/2008) dengan menyertakan dokumen-dokumen lampiran seperti berikut:(i) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan pemohon
(ii) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Bapa pemohon;
(iii) Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
(iv) Pengesahan pendaftaran diri pelajar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Hal Ehwal Akademik/ Pusat Pemajuan Pelajar/ Bendahari Institusi/ Dekan Fakulti/ Ketua Pusat;
(v) Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji/ Perakuan Pendapatan (surat perakuan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung bagi yang bekerja sendiri) Ibu Bapa/ Penjaga pemohon; dan
(vi) Salinan muka depan Buku Akaun Bank pemohon.

Q : Saya telah mengisi borang permohonan dengan lengkap berserta dokumen lampiran yang dikehendaki. Di mana saya perlu menyerahkan borang permohonan ini?
A : Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cawangan Biasiswa dan Pinjaman PelajaranTingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40000 Shah Alam

Q : Adakah pemohon diberi pilihan untuk menerima pembayaran RM1,000 tersebut?A : Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dibuat menerusi dua (2) kaedah pembayaran mengikut pilihan pemohon, iaitu:
(i) Pengkreditan terus ke akaun pemohon; atau
(ii) Melalui cek atas nama pemohon.

Q : Berapa lama tempoh masa yang perlu saya tunggu untuk menerima pembayaran RM1,000?A : Bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas Borang Hadiah Pengajian IPT yang lengkap diterima oleh pihak Urusetia.

Q : Sekiranya saya mempunyai sebarang masalah/ kemusykilan berkenaan permohonan hadiah ini, siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkan bantuan/ penerangan?
A : Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5544 7480/ 7481/ 7482Faks: 03-5510 4095/ 5513 5564

Q. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
A : Julai 2008

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERKAITAN TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan TAWAS? TAWAS adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

2. Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
a) Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.
b) Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.
c) Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.

3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
a) Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja dan tertakluk kepada tafsiran anak Selangor. Bagi tujuan TAWAS tafsiran anak Selangor adalah seperti berikut:-“Anak Selangor” bermaksud rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:-• Warganegara Malaysia; dan• Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor; dan• Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau• Ibu atau Bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
b) Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran dan bagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.

4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran bagi setiap anak adalah RM10.
b. Di peringkat permulaan, Pusat Pendaftaran akan dibuka pada waktu pejabat (8.00 pagi – 4.30 petang) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
c. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh Ibubapa/penjaga dengan menyertakan dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut:(i) Sijil kelahiran / Mykid anak; dan(ii) Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga.
d. Setiap pendaftaran akan diberi Sijil Pelaburan yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

5. Bagaimana sekiranya pemohon ingin membuat tuntutan atau mencairkan pelaburan?Tuntutan boleh dibuat seperti berikut:-
a. Setiap pencarum boleh memilih untuk mencairkan pelaburan pada:
(i) Ulangtahun Pertama pada jumlah RM110.00;
ATAU
(ii) Ulangtahun ke-18 pada jumlah RM1,500.00.
b. Bagi Ibubapa/penjaga yang memilih pilihan
(ii), pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menghubungi pencarum pada ulangtahun ke-18 untuk urusan bayaran caruman berjumlah RM1,500.00.
c. Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) juga berkemungkinan akan mengumumkan pembayaran bonus pada setiap 5 tahun selama tempoh caruman di dalam Tabung ini.
d. Bayaran akan dibuat kepada pencarum dengan hanya mengemukakan Sijil Pelaburan sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

6. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
31 Ogos 2008

Sekitar Hari Kesihatan Pekerja Ladang Nigel Gardner Hulu Selangor








HULU SELANGOR 23 Nov 2008
Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor telah turut serta melancarkan program Hari Kesihatan di ladang tersebut. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri komited untuk menaikan taraf hidup pekerja ladang dan keluarga mereka. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM4 Juta untuk membina asrama bagi menempatkan anak-anak pekerja ladang agar mereka mendapat pendidikan yang baik agar mereka mendapatkan pekerja yang baik dalam membantu sosio ekonomi keluarga mereka. Selepas itu Dr. Xavier juga telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada pekerja-pekerja ladang. Beliau juga mengadakan perjumpaan dengan pekerja ladang bagi mendapat input permasalahan mereka.

Khamis, 25 Disember 2008

Agensi Pantau Pembangunan Cerun Bukit....Cadangan bagus

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Sebuah agensi pengawalan bebas perlu diadakan bagi memantau pembangunan di cerun bukit di negara ini, kata Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (Mset) Datuk Abang Abdullah Abang Ali hari ini.Beliau berkata agensi ini mestilah mampu menangani bencana ini daripada berlaku dan diberikan kuasa yang mencukupi bagi memastikan penguatkuasaan pemantauan dan penyelengaraan cerun yang berisiko tinggi.Agensi ini sama seperti di Hong Kong dengan kuasa-kuasa yang perlu bagi memastikan pembangunan cerun direka, dibina dengan baik serta yang paling penting ialah penyelenggaraan, katanya dalam kenyataan di sini, Rabu."Kini terlalu banyak kementerian dan agensi dalam kementerian atau kerajaan negeri terbabit apabila bencana tanah runtuh berlaku. Ramai yang menuding jari antara satu sama lain serta pengisytiharan kekebalan daripada pendakwaan," tegas beliau.Abang Abdullah berkata demikian bagi melahirkan rasa kebimbangannya mengenai bilangan kes tanah runtuh yang berlaku mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda di negara ini.Beliau berkata jika berlakunya bencana tanah runtuh, khidmat mencari dan menyelamat (SAR) mestilah ada kepakaran teknikal yang bersesuaian untuk mengendalikan keadaan ini bagi memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan selamat dan berjalan lancar.Mset sebuah badan profesional yang ditubuhkan baru-baru ini untuk menyelamat dan mengekalkan pembangunan aset tanah di negara ini, menggesa penyelesaian profesional dan holistik bagi isu bencana tanah runtuh untuk jangka panjang.Ia juga mencadangkan satu dasar dan garis panduan nasional yang jelas dan diwajibkan mengenai pembangunan cerun bukit.-- BERNAMA

Mesra Usia Emas:.

Summary

Eligibility
Must be 60 years old and above.
Born in Selangor or Wilayah Persekutuan.
> Selangor: middle number in your IC shows the number 10.
> Wilayah Persekutuan: middle number in your IC shows the number 14....eg: xxxxxx-10-xxxx / xxxxxx-14-xxxx
Been living in Selangor for more than 15 years.
Passed away after 1 October 2008.
Unfortunately, those who have passed away before then are not eligible.

Application
Come to our service centre/Pusat Khidmat Rakyat to obtain and fill in the Mesra Usia Emas forms.
(If you've already filled in the form that's without a serial number, do come to our service centre to fill in a new form. The old forms were sold by various people so the new form has a "percuma" clause on top so that it can't be sold.)

Bring along:- two photocopy ICs of applicant- two photocopy ICs of beneficiary.
If the applicant was not born in Selangor/Wilayah Persekutuan but has been living in Selangor for more than 15 years, do bring documentation as proof:...eg: child's birth cert (if child is over 15 years old and was born in Selangor/Wilayah Persekutuan), land title, marriage certificate (if married in Selangor/Wilayah Persekutuan more than 15 years ago), etc.
(Applications without these documents will not be proccessed as this scheme is meant for constituents within Selangor only.)

If applicant is unable to pen a signature, their left thumb print is required on all three sheets of the Mesra Usia Emas form. (One copy for the State Treasury, one copy for our reference, one copy as your receipt.)

Submission
According to your IC address/constituency, submit your forms to your respective ADUNs. (There are no virtual forms as these forms have carbon copies for us to keep as records.)> Constituents whose IC addresses are within these sections are able to submit their forms to the our centre.

If your address is under Wilayah Persekutuan, do submit form(s) to your respective parliamentarians.

Applicant need not submit the form themself. Just as long as their signature/left thumbprint is on the application form, someone else may submit on their behalf.Benefits
Applicant's beneficiary will be given monetary aid of rm2,500 upon death to help bear funeral expenses.

Claims
After being registered, the beneficiary will be able to collect rm1,000 immediately.The remaining rm1,500 will be dispersed within 60 days.
Visit our service centre to claim the preliminary rm1,000.
Bring along: death certificate, police report, and burial certificate.
Only the beneficiary is able to collect the monetary aid. Beneficiary name transfers are not allowed. Hence, we suggest that you name someone who's relatively younger.

Deadline-None.

Merry Christmas and a Happy New Year


To all Christians, Pusat Khidmat Rakyat would like to wish all of you Merry Christmas and a Happy New Year.
SAS: Dont forget our state open house today 7pm at The Curve, Mutiara Damansara..

KULIAH UMUM DI SURAU AL-MUTAQQIN , JALAN ANGGERIK 32 - BKT SENTOSA 2


26 DISEMBER 2008 LEPAS ISYAK - USRAH (ISU SEMASA)DI MARKAS BUKIT SENTOSA 2, JALAN SEROJA 1

SEMUA DI JEMPUT HADIR..
Penceramah dari Pahang iaitu Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, selepas Maghrib, di Surau Al-Mutaqqin di Jalan Anggerik 3, Bkt Sentosa 2.
Semua penduduk disekitar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Rasa dan Rawang dijemput hadir dan melapangkan fikiran bagi mendapatkan sedikit ilmu , makumat dan berita yang akan disampaikannya.

Malaysia Career & Training Fair 2009


JobStreet.com MCTF 2009 is back! Malaysia's largest career and training fair is coming again on 16-18 January 2009 and it's going to be even bigger and better than before. Earlier this year, we saw more than 116,000 jobseekers benefiting from MCTF 2008. We had more than 100 companies offer a wide range of jobs with countless interviews all conducted at under the same roof.
SAS: take the opportunity to join the Malaysian Career JobFair..

Pertemuan Exco Ean Yong Tian Wah/Badan Bertindak Bencana Alam Taman Desa Melor 20 Dis Sabtu Taman Desa Melor


Perjumpaan Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur Selangor/WP, 22 Dis 2008 Isnin Hulu Yam










Persatuan Pekebun Sayur Selangor/WP (PPSSWP)telah mengadakan pertemuan
dengan Penyelaras DUN Btg Kali, Sdr Nashruddin Abd Aziz, berserta wakil
dari Majlis Daerah Hulu Selangor, Sdr Sarifudin Budin, Sdr Au Jimy Chang dan
Sdr Liu Soon Tet (AJK PPSSWP). Diantara lain perbincangan berkisar mengenai
rancangan dan masalah yang dihadapi oleh persatuan.
Sdr Liew Chow, Penasihat PPSSWP telah menimbulkan masalah yang di hadapi
kebanyakan pekebun sayur di daerah Hulu Sgr, diantara lain berkenaan
tanah2 yang di usahakan oleh pekebun sejak bertahun-tahun masih tidak di
berikan status kekal, menyebabkan mereka sukar untuk menaiktarafkan
usaha mereka, dengan kedudukan kawasan perkebunan di anggap kawasan
tarikan pelancung (jalan ke Genting Highland dari Hulu Yam melalui
kawasan mereka).
(gambar ehsan dari zrusuli@SAS)

Rabu, 24 Disember 2008

Bilik Sulit Hishamuddin Rais...




Tahniah kepada Sdr Hishamuddin Rais bersama JWK Teater "Bilik Sulit", berjaya membuka minda untuk memahami betapa kepiluan isteri-isteri tahanan ISA, SUARAM dan Gerakan Basmi ISA (GMI) berperanan..

Semalam hari terakhir di KL, nampak juga Sdr Azra (PA YB Nurul) dan rakan lain yang menyokong. Teater ini sudah pernah dipentaskan beberapa tahun lepas, kali ini suasana yang berlainan, harap sokong usaha, NO to ISA..

SAS

Isnin, 22 Disember 2008

TEATER BILIK SULIT .....hari terakhir !

Dear people - semua yang baik,
Di jemput datang menonton TEATER BILIK SULIT pada 20, 21, 22, 23 Disember jam 8.30 malam di DEWAN MAJLIS PEGUAM belakang Central Market -
Sila pilih malam yang sesuai -
Derma Rm10 untuk keluarga tahanan ISA -
Jika ada blog/myspace/friendster dll... sila iklankan-
terima kaseh
isham 2504

Untuk Tempahan, Sila Hubungi :

012-4651617 atau o123842972

Lagi berita Taman Desa Melor - Harian Metro 20 hb







HULU SELANGOR: Tebing setinggi 200 meter di Jalan Melor 10 dan 10B, Taman Desa Melor boleh runtuh pada bila-bila masa selepas berlaku pergerakan tanah menyebabkan arahan berpindah dikeluarkan serta-merta.Kejadian diburukkan lagi dengan rekahan cerun bukit dan mendapan tanah menyebabkan 33 penduduk di kawasan itu terpaksa berpindah.Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Dahlan, berkata aduan masalah penduduk diterima sejak 10 Disember lalu menyebabkan tindakan drastik perlu dilakukan segera. Katanya, jurutera Bahagian Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengesahkan tebing tinggi itu tidak selamat. “Pagi semalam saya bertemu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan perkara ini. Bertindak atas masalah ini, jawatankuasa bencana menasihatkan 33 keluarga di Jalan Melor 10 dan 10B berpindah segera,” katanya.Beliau berkata, keperluan prasarana asas seperti lori untuk mengangkut barangan penduduk yang ditempatkan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Tasik Teratai, Serendah disediakan.Harian Metro difahamkan, terdapat rekahan sebesar 10 meter pada ketinggian 75 meter dari bawah tebing yang dibina itu. Nor Hisham berkata, selain itu, jalan masuk ke taman berkenaan juga semakin mengecil akibat tanah mendap di rumah penduduk

SAS: Sudah banyak kejadian, di Hulu Selangor saja dah kali kedua menjadi perhatian nationwide, apa tindakan, dimana puncanya, kita mesti mengenal dan menyenaraikan semua projek yang telah diluluskan, mengapa diluluskan, cari puncanya, jika kita lihat kebanyakan projek yang diluluskan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor, semuanya bermasalah (tengok kualiti bangunan perumahan di sekitar Bkt Beruntung, Bukit Sentosa, masalah kilang Tan Chong yang didirikan berhampiran perumahan, mungkin "kelulusan" di kedai kopi saja, mesti ada satu tindakan bersepadu dibawah majlis tindakan Pakatan Rakyat Hulu Selangor, jangan sibuk dengan tiap kali kejadian, diwar-warkan, YB datang melawat keluar dlm surat khabar, bukan soal siapa perihatin tetapi punca di Taman Desa Melor adalah... projek pembalakan diatas bukit (siapa yang luluskan? mesti dipertanggongjawabkan!), yang menyebabkan kejadian "sinking" akibat buatan pemaju tersebut. Badan bertindak mesti ditubuhkan untuk menyaman pemaju tersebut...

Serendah International Orchid Park left neglected


Cool sight: A pond at the orchid park


Not cared for: The overgrown orchid plants.

A waste: Unused flower pots left stacked at the farm.

Before, The Orchid Farm was a colourful sight when it first took shape

By STUART MICHAEL and LIM CHIA YINGmetro@thestar.com.my
THE Serendah International Orchid Park, perched 300m above the sea level at the fringe of the Titiwangsa Range in Selangor, was once a popular tourist destination. But for the last three years, the place has become desolate, destitute and deserted.
The Selangor state government has two viable options €” to regenerate and then provide proper maintenance for the 160ha park or put it up for sale.
If the state chooses to regenerate and keep the place, it would obviously be costly.
The park was acclaimed by its developer and hailed by the authorities as the first of its kind in the country, when work first started on it in the middle of 2001.
Before: The Orchid Farm was a colourful sight when it first took shape
It was developed as part of a privatisation project between the Selangor Agricultural Develop­ment Corporation (PKPS) and a private developer which had been tasked with developing and managing the place.
During its early heyday, orchids were seen blooming in a colourful sea of purple, pink, yellow and white, among some of the many striking colours.
The developer was also quoted as saying at that time that there would be over 500,000 orchids from 100 hybrids and species in the first phase of development that covers 48ha of the hillslope.
Travel websites, magazines and the media had also generously promoted the park as an orchid paradise.
Expectations for the park were high, and there was also a proposal to set up a research and development centre within it for the purpose of developing new hybrids and different ways of growing the plants.
There were plans for overnight accommodation, involving the construction of chalets and apartments and the provision of camping grounds.
Not cared for: The overgrown orchid plants.
But about four years down the road, all the ambitious plans and projected development efforts for the park turned into an illusion and it has since been left neglected and almost abandoned.
The project was a sheer waste of public funds and hence, the six-month-old Pakatan Rakyat state government decided to do something about the matter.
Two months ago, the state government sent workers to the place to try and salvage it.
On arriving at the foothill of the park, the StarMetro team found a barrier blocked the access of vehicles up the hill.
The team had no choice but to take a labou­rious one-hour hike up the very steep slope that seemed like a never-ending journey.
A waste: Unused flower pots left stacked at the farm.
The hot afternoon weather certainly took a toll on even a fit person.
The team had expected to have a refreshing sight of a sea of orchids on reaching the place but was instead shocked to find the place looking like a forsaken ghost-town with an abject environment.
The place was devoid of any visitor. The terrace was still intact with its black netting all over.
There were flower pots lying all over the place and there were only a few flowers blooming in about 100 pots of orchids.
Some orchid stalks on the old trees were dried up and were beyondsaving. The workers had to leave them to die while others were thrown away.
The place looked nothing like the glorious orchid park that people have read about in articles and seen in photos when it was first publicised.
The seven workers there said that they did their part by watering the orchids daily and hoping that it would grow and beautify the park once again.
In response to when the park would be ready for visitors, a worker said that the park could be opened by January if these orchids are taken care of, given enough water and manure.
They said that when they first came on board two months back, the place was entirely covered with grass and shrubs of two metres in height.
Cool sight: A pond at the orchid park
It took them a month to clear the overgrown bushes, cut down the trees and make the park looked presentable.
“In the three years the park was abandoned, a lot of orchids had unfortunately died. During that period of time, visitors would also take advantage to steal the orchids,” one worker said.
According to the workers, they have even spotted wild boars and bears roaming about the area at night, due no doubt to its proximity to one of the oldest rain forests in the world.
However, the administration office is currently empty with unused chairs and tables, and so was the cafeteria but the benches and dining tables were still in fine condition.
The observation tower is still around where scapes and vistas of green down the slopes can be viewed from the top.
It is certainly a shame for such a park developed on a vast area and at highcost to be left in such a dire state.
When contacted, Selangor state agriculture, natural resources and entrepreneur development chairman Yaakob Sapari said that he had two proposals for the state executive council to decide on €” to regenerate and maintain the park or to offer it for sale.
“At present, we are carrying out minimum maintenance at the place. It was not a properly done project and we have engaged a lawyer to study the terms of the privatisation agreement, as this was a joint venture during the previous government’s administration,” he said.
“This is important before we can contemplate further action to take,” Yaakob said.
If the park is to be sold, he said it would be done at current market value.
Meanwhile, state local government, research and studies committee chairman Ronnie Liu thinks it is pointless to have an orchid park atop a hill in Serendah.
He said the distance would deter people from visiting it.
“Serendah has never been known for orchids. Moreover, we don’t need such a big land to grow orchids merely for people to come, pay for tickets and see,” he said.
“If the land is used for breeding and selling of orchids, then perhaps it is still okay.
“So I feel that the Serendah park should be sold, or the state will have to fork out extra cost to revive it,” Liu said.
He said such an orchid park was more appropriate in Shah Alam since the state’s capital city is also called Kota Anggerik (orchid city).
“But I believe that the state government should not be doing this project alone. The Shah Alam City Council (MBSA) should get corporate bodies to come on board to sponsor the plants,” he said.
“We can then name these orchids after the sponsors, and this itself would be an attraction to them, locals, tourists and even visiting delegates from overseas,” Liu said.
“Shah Alam is an ideal place where people would not mind paying to view the orchids,” he said.
SAS: What we suppose to react, whereas the council members, do they sensitive enough to make certain decision, or just sleeping at a corner, their allocated budget were all used up...

Berkorban di Aidil Adha...Kg Sentosa, Batang kali


Gambar dlm Sinar Harian ..



gambar dalam Suara Keadilan 17-24 Dis




Pada hari raya korban yang lepas, ahli jawatankuasa Mesjid As Sajidin, Batang Kali telah bergotong royong menjayakan ibadah korban selepas sembahyang hari raya korban. Kariah mesjid telah bersama-sama menyembelih 4 ekor lembu yang diantaranya di sumbangkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali untuk di bahagikan kepada golonganyang memerlukan di kawasan kariah mesjid tersebut.
En Zahar Rusuli, setiausaha JKKK Kg Sentosa, salah seorang ahli kariah mesjid menyatakan rasa syukur dan berterimakasih kepada semua penduduk dan wariah mesjid yang hadir pada tahun ini, bagi memeriah majlis gotong royong pada kali ini.
Tn Hj Wahid, AJK Mesjid As Sajidin juga menyatakan rasa gembira dan berterimakasih kepada kerajaan negeri yang turut menyumbangkan seekor lembu kepada mesjid tersebut dan berharap kerajaan negeri akan menjadikan acara ini sebagai acara/program tahunan bersamaan dengan hari raya korban.
Sdr Shaiful Anuar Sulaiman, pegawai khas, pusat khidmat rakyat Dun Batang Kali, berharap dapat kerjasama dari masyarakat di kawasan Batang Kali, dan sumbangan 4 ekor lembu, kepada mesjid-mesjid di Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Kg Sg Buaya dan Kg Ulu Rening hanyalah bersifat permulaan bagi memeriahkan sambutan raya korban tahun ini.

MAJLIS SUMBANGAN KEPADA OKU, WARGA EMAS, IBU TUNGGAL DI KG DAMAI, SERENDAH 20 DIS 2008 SABTU


Tempat: Balairaya Kampong Damai, Serendah kawasan DUN Batang Kali
Masa : 12.30 tghari - 2.30 ptg
Program: Majlis Mesra Rakyat - Penyampaian Sumbangan kepada Warga OKU, Warga emas dan Ibu Tunggal
Anjuran : JKKK Kg Damai, Serendah
Seramai 250 orang telah hadir untuk bersama dengan YB Ean Yong Hiah Wah, Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk Pembangunan Kampong Baru dan JWK Kilang Haram, untuk mendengar penerangan tentang keperihatinan kerajaan negeri, dengan sumbangan yang diberi, akan dapat terlaksana matlamat kerajaan yang inginkan exco sendiri turun padang berjumpa rakyat. Seramai 40 orang dari golongan OKU, warga emas dan ibu tunggal telah menerima sumbangan dari Yang Berhormat Exco, diikuti oleh jamuan makan tengahari.
Satu kaunter penerangan telah menjadi tumpuan orang ramai yang hadir untuk mendapatkan maklumat, terutama akhbar bulanan kerajaan negeri. Encik Lim, Ketua JKKK juga Ketua Kampong, Kg Damai ini telah mengucapkan ribuan terimakasih diatas kehadiran YB Exco Kerajaan Negeri yang juga Exco Angkat kepada DUN Batang Kali.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Sdr Mohd Nashruddin Abd Azizi, Penyelaras Dun Batang Kali juga Ahli Majlid Daerah dan Shaiful Anuar Sulaiman, Pegawai DUN Batang Kali disamping wakil orang Asli, Sdr Ah Meng.
YB telah sempat juga membuat lawatan ke Taman Desa Melor, Serendah yang berdekatan untuk meninjau keadaan penduduk yang diarahkan berpindahberikutan keadaan yang tidak selamat untuk kawasan perumahan mereka didiami akibat rekahan tanah dan kemungkinan tanah runtuh berhmapiran kediaman mereka.

PENDUDUK TAMAN DESA MELOR DIARAH BERPINDAH


Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Hulu Selangor, semalam, mengarahkan 33 keluarga yang menetap di Taman Desa Melor, Serendah, dekat sini berpindah dengan segera berikutan ancaman tanah runtuh. Sejak beberapa hari lalu, beberapa rekahan dikesan di cerun bukit di kawasan terbabit selain mendapan tanah. Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Dahlan, berkata jurutera bahagian cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengesahkan bahawa tebing setinggi 250 meter berdekatan rumah penduduk di taman itu cenderung untuk runtuh pada bila-bila masa akibat gelungsuran tanah.

Mengikut tinjauan penduduk, Sdr Kamal Hashim, wakil badan bertindak bencana alam bagi penduduk yang terlibat, ada rekahan sebesar 10 meter pada ketinggian 75 meter dari bawah tebing yang dibina itu dan ia amat membahayakan penduduk terutama di Jalan Melor 10 dan 10B, Desa Melor.

Petang semalam (Sabtu 20 Dis 2008), YB Ean Yong Tian Wah, Exco Kerajaan Selangor yang mempunyai majlis berdekatan kawasan tersebut turut melawat dan di beri taklimat oleh Sdr Kamal hashim.

Turut mengiringi lawatan tersebut adalah Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz dan David Loh, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.

Pegawai Khas DUN Batang Kali, Sdr Shaiful Anuar Sulaiman, yang turut sama di lawatan tersebut, memberitahu, keputusan segera Pegawai Daerah untuk memindahkan 33 keluarga adalah berpatutan di dalam keadaan yang serius ini yang melibatkan nyawa penduduk-penduduk.

Ahad, 21 Disember 2008

Landslide: 15 areas in Ampang at risk

The Selangor government has identified 15 areas within the Ampang area, including Bukit Antarabangsa, that is at risk from landslides.

Based on the preliminary findings of a state government study, four other districts in Selangor were also vulnerable: Ulu Selangor, Ulu Langat, Petaling and Gombak.

The full study would be made be made public in a month’s time, Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said.
On Saturday, 2,000 of the more than 3,000 residents who had to evacuate from the landslide-hit area of Bukit Antarabangsa were given the green light to return home, a decision based on the geo-technical findings by the Public Works Department (JKR) and Ikram.

Meanwhile, Khalid said all 268 families affected by the Dec 6 Bukit Antarabangsa landslide will receive aid from the state government.

Relief measures include:

1) Children from the 268 families (from pre-school to Form Five) will be given a RM120 voucher each to buy school bags, uniform and shoes by the Selangor State Development Corporation (PKNS);

2) Orang Kurang Upaya (OKU or people with disabilities) and families with a household monthly income of RM1,500 and below will be given RM500 per month for the next three months;

3) Families from the 14 houses destroyed completely by the landslide will be eligible for a discount of up to 15% for purchase of houses by PKNS or a 50% discount for rental of houses by PKNS for a year;
4) For the 81 families who were not able to return home, the state government will pay each family RM1,000 a month in lieu of house rent until they are able to do so;

5) PKNS will also offer the 81 families 14 semi-detached houses in Cheras to be rented out at a minimum rate of RM100 per month for the next three months and RM500 per month after the three months have lapsed;

6) Families who have lost their loved ones would be given RM5,000 cash token by the state government if necessary;
7) Those who were injured from the landslide will be given a cash token as much as RM1,500; and

8) Logistic assistance will be provided by local councils for the 175 families who were allowed to return to their homes while Yayasan Amal Selangor will offer medical help to the Impian Selatan Condominium residents.

“Information centres will be set up at Taman Bukit Mewah, Impian Selatan Condominium, Taman Bukit Jaya and Jalan Wangsa 11 in Taman Wangsa Ukay to coordinate aid efforts,” Khalid said.

He added that the headquarters of information centres would be at an operation room near the Surau Ad-Diniah at Jalan Bukit Antarabangsa.

Those who wish to seek the assistance offered may register at their residential area’s respective information centres or at the headquarters.
The centres will be open for three days beginning Monday.

Bayaran cukai taksiran Hulu Selangor tidak sepadan

Saudara Pengarang,

PERSOALAN yang saya ingin kemukakan di sini ialah mengapa saya perlu bayar cukai taksiran jika di kawasan saya tinggal di Bandar Baru Bukit Sentosa/Bukit Beruntung yang terletak di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) masih menghadapi pelbagai masalah dan kekurangan kemudahan asas yang tidak diambil endah?

Masalahnya seperti berikut:
* Jadual kutipan sampah tidak menentu dan kemudahan tong-tong sampah di tengah-tengah pusat `bandar' tidak disediakan.
* Longkang pula tersumbat, kotor dan ditumbuhi semak samun. Pokok pisang pun ada yang tumbuh dalam longkang, batu-batan dan sebagainya.
* Semak-samun dan lalang tumbuh di kawasan rumah dan kilang di samping kedai pejabat yang kosong dan terbiar menyebabkan timbul pula masalah tikus, nyamuk, anai-anai dan ular .
* Tiada kemudahan perkhidmatan telefon talian tetap dan kemudahan telefon awam.
* Lampu jalan rosak/tidak berfungsi yang masih belum dibaiki.
* Sebahagian jalan-jalan utama berlubang dan tidak berturap menyebabkan air bertakung di atas jalan.
* Papan tanda arah jalan tidak sempurna dari segi saiz dan lokasi menyebabkan selalu berlaku lalu lintas bersimpang siur. Tulisan yang menggunakan saiz yang kecil (tidak begitu sesuai untuk sebuah papan tanda arah jalan).
* Penjaja-penjaja haram bertaburan di merata-rata tempat termasuk beroperasi di kawasan rumah dan di bahu-bahu jalan.
* Ketiadaan balai raya/dewan masyarakat untuk penduduk berinteraksi.
* Tiada masjid/surau yang sempurna - hanya rumah wakaf yang dijadikan sebagai surau. Sepengetahuan saya terdapat tiga buah rumah penduduk yang dijadikan surau dan satu surau sementara yang dibina oleh penduduk daripada sisa-sisa buangan construction dan juga hasil derma orang ramai. Keadaan bangunannya amat daif untuk dipanggil `surau'.
* Taman permainan kanak-kanak yang tidak terurus. Kawasan rekreasi untuk penduduk sekeluarga beristirahat di hujung minggu atau melakukan aktiviti sukan/beriadah tidak mencukupi.
* Tiada asas landskap dan pokok-pokok yang sesuai sama ada di kiri kanan bahu jalan/pembahagi jalan atau di taman permainan kanak-kanak.
* Anjing liar dan anjing peliharaan berkeliaran dan mengotorkan kawasan.
* ``Terminal'' bas yang seumpama pondok bas sahaja.
* Kemudahan perkhidmatan perbankan dan urusan pos juga tiada. Saya dan mungkin penduduk lain terpaksa ke Pusat Bandar Rawang (di bawah Majlis Perbandaran Selayang) untuk membuat urusan perbankan dan pos.
* Penamaan jalan yang mengelirukan serta berulang-ulang di beberapa kawasan dan juga tidak lengkap perlu ditukar dan dikemaskinikan. - MUJI, Rawang, Selangor.

sas: siapa nak jawab..

Nur Kasturi asah bakat melalui pertandingan



MOKHTOM Maulud (kiri) dan Ustazah Ruzaiton Abd. Jalil (kanan) sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya demi kemajuan kumpulan nasyid Nur Kasturi.

PEMBENTUKAN peribadi anak-anak tidak sahaja dipengaruhi faktor baka dan kemahiran mendidik ibu bapa. Salah satu aspek yang turut menyumbang dalam usaha melahirkan generasi yang memiliki personaliti unggul ialah persekitaran.

Apatah lagi, generasi masa kini semakin terdedah dengan pelbagai pengaruh negatif yang menular melalui ‘langit terbuka’ seperti Internet, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pelbagai media berteknologi tinggi.

Lantaran itu, tanggungjawab ibu bapa semakin besar dan berat dalam mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Pun begitu, kewujudan kumpulan nasyid Nur Kasturi yang terdiri daripada 11 kanak-kanak antara usia lapan hingga 16 tahun pada dasarnya bertujuan membentuk diri serta mendidik hati mereka, sekali gus pendengar menerusi wadah nasyid.
Bakat Mohd. Al-Asyraf Mohd. Hidir, 16, Farah Nur Adirah Md. Isa, 13, Intan Nur Farhamim Mohd. Hidir, 13, Rabiatul Adawiyah Kamarul Nazli, 9, Mohammad Azrien Mohd. Hidir, 10, Che Hafzan Che Nor Azman, 9, Muhd. Shafiq Shihabuddin, 9, Mohd. Asraf Mohd. Zin, 9, Nur Aida Suraya Baharin, 10, Rabiatul Jannah Kamarul Nazli, 8 dan Nadzatul Dasira Baharin, 12, mula dikesan selepas mereka dinobatkan juara dalam satu pertandingan nasyid sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat taman perumahan Kasturi di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor tahun lalu.

Uniknya kumpulan nasyid Nur Kasturi ini bukan sahaja berbakat dalam nyanyian malah turut berkebolehan memainkan alat muzik percussion seperti congga, jhembe dan tamborin. Mereka juga dipilih oleh sebuah syarikat jualan langsung bumiputera untuk mendendangkan beberapa lagu tema syarikat berkenaan, baru-baru ini.

Meskipun masih baru dalam dunia hiburan, Nur Kasturi tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan untuk pelbagai acara keramaian, apatah lagi pada musim cuti sekolah ini.

Menurut Pengurusnya, Mokhtom Maulud, 46, melihat kepada sambutan yang semakin menggalakkan beliau merasakan tunjuk ajar yang diterima daripada Ustaz Fauzan Nordin (percussion) dan Ustaz Faiz Muhammad (vokal) turut menyumbang kepada kemantapan kumpulan nasyid itu.

Akuinya lagi, keputusan untuk serius dalam mengetengah Nur Kasturi yang sebelum ini hanya aktif di sekitar taman perumahan Kasturi dan sekitar Selangor tidak sia-sia.
Ini kerana dalam tempoh tidak sampai setahun, Nur Kasturi berjaya mengadakan beberapa siri persembahan di luar dari Selangor.

“Saya dan suami, Mohd. Hidir Yaakub dengan bantuan Ustazah Ruzaiton Abd. Jalil yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 tidak menyangka kumpulan ini mampu pergi jauh. Ini semua berkat sokongan semua pihak terutamanya penduduk perumahan Kasturi yang ada antaranya menghulurkan sumbangan tenaga dan wang ringgit,” jelasnya.
Kata Mokhtom, kejayaan mereka ini juga diharap menjadi contoh kepada kanak-kanak sama ada dari luar atau taman perumahan ini.

“Mereka ini alhamdulillah, berdisiplin dan senang dibentuk. Ia selaras dengan pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya,” jelas suri rumah ini yang boleh dihubungi di talian 013-226 5184 sekiranya ada pihak yang berminat menjemput Nur Kasturi membuat persembahan.
Kata Mokhtom, melalui aktiviti begini, kanak-kanak berkenaan dapat mengisi masa senggang, lebih-lebih lagi pada cuti sekolah sekarang dengan aktiviti berfaedah.

“Kami tidaklah terlalu mengongkong mereka dengan terpaksa mengikuti latihan tetapi beberapa jam dalam sehari diperuntukan untuk sesi latihan,” ceritanya yang amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak bagi menampung pelbagai kos pembangunan untuk terus menggerakkan Nur Kasturi di masa hadapan.
Sementara itu, penyanyi utamanya, Mohammad Azrien berkata, minat dalam nyanyian nasyid bermula sejak di peringkat pra sekolah. Lama-kelamaan apabila masuk ke sekolah agama, dia terus serius dan alhamdulillah mendapat bimbingan daripada guru-guru yang profesional dalam bidang vokal dan pengendalian alat muzik.

Ditanya rahsianya menjaga suara, dengan ketawa kecil akui Mohammad Azrien, ibunya, Mokhtom banyak membantu dari segi itu. Malah pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa ini juga menyimpan cita-cita untuk bergelar artis nasyid terkenal seperti Raihan, Rabbani, Far East suatu hari kelak.
Ketua kumpulan Nur Kasturi, Mohd. Al-Asyraf pula memberitahu, dia tidak menghadapi banyak masalah mengurus ahli kumpulan yang lain memandangkan jarak usia yang sudah dianggap abang.

Namun, ada masanya dia terpaksa menggunakan ketegasan untuk menarik perhatian mereka yang kurang berdisiplin.

Bagi pemain tamborin pula, Rabiatul Adawiyah, pada peringkat awal-awal dahulu agak sukar juga untuknya mengendalikan alat muzik tersebut kerana ia memerlukan kekuatan tangan dan kena peka dengan segala pergerakan kumpulan.
Pun begitu, dengan adanya tunjuk ajar daripada ustaz semuanya dapat diatasi dan dia semakin seronok dan berazam menguasai alat muzik lain.

Muhammad Chan bersyukur pengislaman direstui


Oleh: ZUARIDA MOHYIN
MUHAMMAD Chan Abdullah bersama anak sulungnya, Amos Chan di hadapan restoran yang terletak di Jalan Melati, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.
KEINGINAN Chan Chean Chuan atau nama Islamnya, Muhammad Chan Abdullah mengucap dua kalimah syahadah berputik sejak enam tahun lalu. Namun, hasrat tersebut terpaksa dipendamkan demi menjaga hati semua pihak terutamanya kedua-dua ibu bapa dan keluarga terdekat.
Pada waktu itu juga, kesihatan Chean Chuan ibarat nyawa-nyawa ikan. Doktor bagai sudah putus harapan dengan menyarankan agar beliau dibawa pulang ke rumah.
“Sejak disahkan menghidap penyakit buah pinggang pada tahap kronik, kehidupan saya berubah sama sekali.
“Rutin seharian saya dihabiskan dengan berbaring di kerusi malas. Saya rasa tidak bermaya langsung, cepat letih dan mengalami bengkak-bengkak keseluruhan badan, walaupun telah diberikan suntikan bagi membolehkan saya membuang air kecil.
“Sayangnya, rawatan itu tidak berfungsi malah saya terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat, kesan pengambilan ubatan itu,” kata Muhammad Chan, 55, yang kini sudah sembuh sepenuhnya selepas puas berikhtiar.
Seperkara yang diakui Muhammad Chan mengenai beberapa asbab yang membawa kepada pengislamannya, selain menggemari kelunakan bilal melaungkan azan, meskipun tidak memahami maksudnya, beliau juga tertarik dengan salah satu ibadat wajib bagi penganut agama Islam iaitu melihat mereka mendirikan solat terutamanya solat Jumaat.
Katanya, melihat umat Islam berjemaah membuktikan satu disiplin serta kesatuan yang teguh. Kewajipan mendirikan solat lima waktu dalam sehari malah tidak termasuk solat sunat yang lain, turut menjelaskan betapa rapatnya hubungan seseorang Muslim itu dengan Allah. Ia secara tidak langsung menyedarkan saya betapa kita perlu kepada-Nya walau sesibuk manapun kita.
“Ini tidak pula kalau kita lihat kepada ibadat puasa, zakat dan lain-lain. Hakikatnya, syariat di dalam agama Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Malah Islam itu merangkumi segala aspek dalam kehidupan. Yang pastinya, Islam itu tidaklah terlalu susah kalau hati kita benar-benar inginkannya ditambah dengan hidayah yang diterima.
“Sebenarnya, saya sudah lama berkehendak kepada agama Islam ini tetapi pada masa itu, saya tidak tahu bagaimana caranya. Sehinggalah bila saya berjumpa dengan seorang teman dan dia membawa saya ke Pejabat Agama Islam di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor untuk melakukan pengislaman,” terang Muhammad Chan yang mengucap dua kalimah syahadah setahun lalu.
Menariknya tentang kisah pengislaman anak kedua daripada empat adik-beradik ini, keputusannya bergelar Muslim langsung tidak mendapat tentang ahli keluarga yang lain, waima isteri dan tiga anaknya.
Kemanisan pengislaman Muhammad Chan tambah bermakna apabila isterinya juga menurut jejak langkah bergelar Muslim tiga bulan kemudian dengan menggunakan nama, Aminah Lee Abdullah.
Pengislamannya dilakukan oleh ustaz Yusuf Abdullah di Pejabat Agama Islam Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.
Lazimnya, anak-anak dan adik-beradik akan menentang apabila diberitahu bahawa ayah atau adik mereka hendak masuk Islam. Namun berlainan pula reaksi yang dialami oleh pasangan Muhammad Chan dan Aminah Lee.
“Sebelum saya memeluk Islam, saya ada beritahu abang sulung. Saya agak terkejut kerana abang saya yang merupakan seorang penganut Buddha yang taat dan pengamal vegetarian hampir 15 tahun, langsung tidak menentang.
“Malah dia menasihatkan saya agar menjadi seorang Muslim yang sejati bukan atas dasar suka-suka ataupun berkepentingan lain,” kata Muhammad Chan yang sentiasa murah dengan senyuman.
Malah ditanya kepada anak sulung Muhammad Chan iaitu Amos Chan, 31, katanya: “Agama Islam bukanlah asing bagi saya. Ini kerana saya banyak bergaul dengan orang Islam sama ada di alam persekolahan mahupun pekerjaan.
“Jadi, apabila ayah dan ibu mengambil keputusan untuk memeluk Islam, kami tidak sekali-kali menganggapnya sebagai sesuatu yang memalukan malah kami hormati pilihan mereka berdua.
“Jika agama yang mereka pilih itu menggembirakan, tidak ada sebab kami adik-beradik menentang,” kata Amos yang mengendalikan kilang pengeluaran jus minuman di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.
Di samping itu, akui Muhammad Chan, selepas bergelar Muslim, kehidupannya lebih tenang dan tenteram. Apatah lagi, dengan kenikmatan kesihatan yang sudah sihat sepenuhnya serta lebih memahami apa yang dimaksudkan nikmat sihat sebelum sakit.
Walau bagaimanapun, beliau akui mengalami cabaran di awal pengislaman iaitu dalam mendirikan solat terutamanya dari segi bacaan. Alhamdulillah, dengan adanya ilmu sewaktu mengikuti kursus-kursus jangka pendek anjuran Pejabat Agama Islam Kuala Kubu Baru dan mendapat bimbingan daripada ustaz Yusuf Abdullah serta ustaz-ustaz lain, perkara itu berjaya diatasi.
“Pokok pangkalnya, kita sendiri kenalah berusaha. Saya pernah pergi ke satu kursus di mana saya lihat dengan mata kepala saya sendiri, bagaimana orang yang Islam kerana sebab tertentu, bukan ikhlas kerana Allah. Saya jadi malu dan tidak menyangka ada yang berniat untuk kepentingan tertentu.
“Dalam bab belajar, saya percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Malah Allah telah berjanji mempermudahkan setiap usaha terutamanya kepada hamba-Nya yang berusaha ke arah lebih mengenali dan memahami Islam, insya-Allah,” jelas Muhammad Chan yang gembira bisnes kedai makannya kini semakin mendapat sambutan sejak pembukaannya kira-kira tujuh bulan lalu.
Ustaz Yusuf Abdullah yang turut serta dalam pertemuan pada pagi Krismas itu mengakui, semenjak mengenali Muhammad Chan sewaktu mengislamkan Aminah Lee, komitmen pasangan ini kepada Islam contohnya dalam melaksanakan solat, puasa wajar dicontohi golongan mualaf lain.
“Apabila saya diminta untuk menyamak kedai makannya, saya agak terkejut dengan keprihatinannya yang belum setahun memeluk Islam. Ditambah pula, kedainya turut menyediakan kemudahan bilik solat kepada pelanggan. Ini juga memudahkan dirinya, isteri dan pekerja Muslim melaksanakan ibadat solat.
“Beliau juga seorang yang pemurah dan sentiasa ingin belajar walaupun secara tidak formal dengan tidak malu bertanya berkaitan amal ibadat yang sukar difahami.
“Saya yakin, sebab itulah bisnes yang diusahakan berjalan lancar selain penyediaan makanan dan minuman yang sedap dan cepat serta pengunjung berpeluang menikmati pelbagai juadah masakan Cina,” katanya yang berbangga dengan Muhammad Chan.

Daripada roti Melayu ke tauke roti Arab

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Mohd. Rezuan Abdullah menunjukkan roti Arab yang telah siap dimasak.

Sejak kebelakangan ini roti Arab mula menjadi kesukaan ramai. Ada yang gemar mencecah roti ini bersama kuah kari, dal, sambal atau mengikut cita rasa masing-masing. Roti yang hanya popular sejak dua tahun lalu, kini bukan sahaja menjalani perubahan demi perubahan dalam bentuk bahan, bahkan juga tempoh ketahanan.
Jika dahulu jangka hayatnya hanya tahan selama tiga hari dan bahannya hanya menggunakan tepung dan yis, tetapi kini ia telah diperbaiki supaya tahan lebih lama dan ditambah dengan fiber bagi memberi kebaikan khususnya kepada pesakit kencing manis, darah tinggi dan yang ingin mengamalkan diet.
Ini diakui oleh pemilik D'Home Bakery, Mohd. Rezuan Abdullah, 32, yang sering membuat pembangunan dan penyelidikan (R&D) ke atas roti Arab, produk utama bakerinya supaya ia berlainan dengan yang lain.

"Saya telah melakukan R&D selama setahun supaya roti ini tahan lebih lama. Alhamdulillah, usaha itu berjaya, produk roti keluaran saya boleh tahan sebulan jika diletak dalam suhu bilik dan jika disimpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan selama setahun. Saya buat itu bagi membolehkan roti Arab mampu bersaing dengan roti yang lain.

"Pada permulaan diperkenalkan di Perlis dua tahun lalu, roti ini hanya boleh tahan tiga hari, tetapi apabila sampai ke Kuala Lumpur, jangka hayatnya hanya tinggal dua hari. Ini menyukarkan untuk terus menembusi pasaran.

"Dengan pengalaman saya dalam bidang kimia, tanpa putus asa saya telah melakukan ujian supaya roti ini tahan lama dan akhirnya membawa hasil yang membanggakan.
"Saya tidak meletakkan pengawet kimia, sebaliknya pengawet semula jadi yang saya cipta iaitu dengan cara stim bagi mengekalkan kelembapan roti selepas dibakar sekali gus memanjangkan jangka hayat roti," katanya ketika ditemui di bengkel rotinya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Lulusan dalam sains tulen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, penglibatannya dalam pembuatan roti didorong oleh minat isterinya, Siti Murni Surya, 30.
"Siti Murni yang memberi idea untuk menceburi bidang ini, bahkan beliau telah pergi menghadiri kursus asas pembuatan roti anjuran Jabatan Pertanian. Kemudian saya pula pergi belajar membuat roti dengan mentor iaitu pemilik kilang roti di Tanjung Karang, Selangor, Jaafar Musa, bagi mendalami lagi ilmu dalam bidang itu.
"Dari situ, kami mula membuat roti sandwic, roti inti kelapa dan kacang yang dijual di sekitar kawasan perumahan dengan menaiki motor," kata bapa kepada empat orang anak yang berusia setahun setengah hingga lapan tahun ini.
Menurut Mohd. Rezuan, penglibatan dalam pembuatan roti Arab ini mempunyai cerita yang menarik.
"Roti Arab ciptaan saya ini dahulunya namanya roti Melayu. Jika dilihat dari segi bahan dan teksturnya, memang ada kelainan dengan roti Arab yang ada di pasaran.
" Bagaimanapun pada waktu itu, pelanggan menyatakan ia seperti roti Arab, maka saya pun tukar nama kepada yang ada sekarang bagi mempopularkan lagi produk yang sedang meningkat naik pada waktu itu.
"Maka hinggalah sekarang ia dikenali sebagai roti Arab, tetapi mempunyai keistimewaan kerana jangka hayat yang panjang iaitu sebulan dan diletakkan fiber sebagai salah satu bahan utama.
"Ini membolehkan roti Arab keluaran saya sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi yang ingin menggantikan nasi sebagai makanan ruji," jelasnya yang telah menceburi pelbagai bidang perniagaan sejak tujuh tahun lalu.
Bekas penganalisis makmal ini memberitahu, sebelum terlibat dalam bidang pembuatan roti ini, pelbagai perniagaan telah dilakukan seperti mengusahakan tadika, nurseri, memproses ikan pekasam dan membekal makanan laut. Tetapi semuanya tidak lama kerana banyak masalah yang timbul.
Justeru, apabila isterinya menyuarakan idea untuk membuat roti, beliau terus bersetuju kerana bidang ini membawa pulangan harian.
Walaupun waktu itu, hanya dibuat di dalam bilik kecil di tingkat bawah rumahnya, Mohd. Rezuan dan Siti Murni menggagahkan diri memulakan kerja-kerja membuat roti.
Melihat kepada permintaan yang memberangsangkan khususnya di kalangan penduduk di sekitar kawasan perumahan, perniagaan berpindah ke sebuah premis rumah kedai yang disewa.
Begitupun, disebabkan kos pembuatan yang meningkat, kerja-kerja membuat roti kembali ke rumah semula.
Kini, setiap hari, sebanyak 1,500 keping roti Arab disiapkan dengan dibantu oleh dua orang pekerja. Selain roti Arab, Mohd. Rezuan turut membuat roti John, roti inti, roti Bengali dan roti keras.
"Dalam sehari sebanyak tiga guni tepung seberat 25 kilogram setiap satu digunakan untuk membuat produk keluarannya. Semua kerja-kerja bermula dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau sehingga doh habis dibuat," ujarnya.
Kata Mohd. Rezuan, kini terdapat empat orang ejen yang membantu mengedarkan rotinya di sekitar Rawang, Tanjung Malim, Tanjung Karang dan Selayang.
Roti Arabnya boleh diperoleh di restoran-restoran dan pasar malam sekitar kawasan tersebut.
Beliau yang gemar melakukan R&D memberitahu, beliau kini sedang mencari pelabur yang ingin membeli hasil ciptaannya iaitu doh sejuk beku untuk roti burger.
"Saya telah membuat penyelidikan mengenainya enam bulan lalu. Dengan doh segera ini boleh menjimatkan kos roti burger sehingga 30 peratus.
"Doh sejuk beku ini hanya perlu dibakar dan diletakkan jenama sendiri. Selain menjimatkan waktu kerana tidak perlu mengadunkan, kos buruh dan waktu membuatnya boleh dikurangkan sekali gus mungkin menurunkan harganya.
"Bagi yang ingin membeli produk ciptaan saya ini dan menjadi pengedar roti Arab, boleh menghubungi di talian 012-9102824," jelasnya yang mempunyai impian untuk mempunyai kilang dan bakeri yang mampu bersaing dengan jenama roti yang sedia ada.

Menternak rusa tidak sesukar disangka


Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
kos pemeliharaan rusa juga amat rendah kerana haiwan ini makan sisa soya, sawit dan buah-buahan yang boleh didapati dari pasar.
TENTU ramai yang menyangka penternakan rusa merupakan industri ‘mewah’ apatah lagi biasanya rusa dipelihara oleh golongan bangsawan dan tokoh korporat serta di kawasan taman.
Malah, ramai menganggap rusa sebagai ternakan eksklusif yang tidak ramai mampu mengusahakannya manakala pasarannya pula tidak meluas sebagai mana ternakan lain.
Justeru apabila mendapat tahu terdapat sebuah ladang ternakan rusa dengan kira-kira 800 ekor, penulis begitu teruja untuk meninjau dari dekat.

Ladang yang terletak berhampiran kawasan perumahan di Jalan Bunga Raya, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor seluas lapan hektar di dua buah tapak berlainan bukan saja dihuni oleh rusa tetapi juga 25 ekor burung unta, ayam serama, keldai dan kuda padi.

Pemiliknya yang juga Pengarah Urusan Hitech Livestock Exotic Farm, Mohamed Akbar yang memulakan industri penternakan lebih 15 tahun lalu dengan kambing dan lembu mula mengalih pandangan kepada rusa sejak tujuh tahun lepas.

Ditanya, faktor pendorong beliau beralih arah, Mohamed berkata, menternak rusa menguntungkan kerana kos operasinya amat kecil berbanding ternakan ruminan lain.
“Rusa tidak memerlukan kandang yang besar seperti kambing atau lembu tetapi cukup dengan kawasan lapang dan beberapa batang pokok besar sebagai tempat mereka berteduh.
“Malah kos makanannya juga kecil kerana saya menggunakan campuran hampas soya, sawit dan pelbagai jenis buah-buahan yang diambil dari pasar berdekatan,” katanya kepada Mega semasa ditemui di ladang ternakannya, baru-baru ini.
Malah rusa juga tidak memerlukan padang ragut yang rata tetapi cukup dengan sedikit kawasan hijau berbukit-bukit dan berbatu-batu kerana sebagai haiwan liar, rusa gemarkan tempat mencabar.
Mohamed menambah kos perubatan bagi rusa amat minimum berbanding ternakan ruminan lain.
“Sejak memelihara rusa secara komersial saya hanya mengeluarkan hanya beberapa ratus Ringgit sebulan saja untuk ubat cacing dan vitamin,” katanya yang memelihara rusa jenis Timorensis dan Axis yang berbintik-bintik.
Mohamed menambah, rusa senang dipelihara kerana tidak mudah terkena penyakit berjangkit malah sebagai haiwan liar, rusa boleh mengubati dirinya sendiri.
Rusa matang seawal usia 18 bulan dan betina bunting selama lapan bulan sebelum beranak sebanyak seekor.
Rusa betina boleh beranak sebanyak 15 hingga 16 kali dengan jangka hayat boleh mencapai 20 hingga 25 tahun.
Biasanya induk rusa akan menyorokkan anaknya di bawah batu atau rumput sehingga anaknya bercerai susu.
Menggunakan khidmat empat orang pekerja termasuk dua orang anaknya, Mohamed berkata, kawasan yang tidak luas membolehkan ibu menjaga dan menyusukan anaknya.
“Jika penternakan diusahakan di kawasan yang terlalu luas, mungkin penternak terlepas pandang anak rusa yang disorokkan.
“Ini dapat mengelakkan anak rusa daripada mati kelaparan jika tidak dijagai ibu mereka,” katanya yang telah memahami kelakuan haiwan berkenaan.
Menternak rusa lebih menguntungkan walaupun bukan untuk daging kerana rusa betina akan beranak setiap tahun manakala tanduk rusa jantan pula akan luruh setiap tahun.
“Harga tanduk jantan basah boleh mencecah sehingga RM500 dan yang kering pula menjangkau RM3,000,” katanya yang boleh dikatakan antara penternak yang memelihara paling banyak rusa di negara ini.
Kawasan yang kecil juga membolehkan penternak mencari tanduk setiap kali gugur di padang ragut.
“Biasanya pekerja saya menemui tanduk yang gugur dan tentu saja sukar jika rusa diletakkan di ladang ternakan yang luas,” katanya.
Permintaan
Menyentuh mengenai daging rusa, Mohamed Akbar berkata, harga daging rusa pula boleh mencecah sehingga RM50 sekilogram jika dijual sendiri.
Permintaan daging rusa amat tinggi terutamanya di hotel-hotel lima bintang kerana ia dikatakan makanan mewah.
Selain rusa, beliau juga memelihara lima ekor nilgai - haiwan dari Amerika Syarikat (AS) - kepalanya seperti rusa tetapi badan besar seperti lembu dan belakangnya seperti kuda.
“Dagingnya sama seperti rusa dan saya lihat haiwan berkenaan berpotensi untuk dipelihara di sini,” katanya yang mendapat galakan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Sesiapa yang berminat memelihara rusa, Mohamed menyediakan pakej penternakan yang sesuai dan berpatutan.

Mereka yang berminat boleh membeli satu petak kandang seluas 30 kaki x 50 kaki pada harga RM2,000 yang boleh menempatkan sehingga 50 ekor rusa pada satu satu masa.
Bagi mengisi petak berkenaan, Mohamed menawarkan rusa betina bunting pertama yang bakal beranak dengan harga berpatutan seekor.

“Mereka boleh berkongsi satu petak dengan rakan dan membeli beberapa ekor rusa untuk diletakkan di dalamnya.
“Kami hanya akan mengenakan kos penyelenggaraan yang minimum bagi satu petak serta kos makanan rusa,” katanya.
Apabila rusa tadi beranak, pemilik boleh memilih sama ada untuk menjual anak tadi kepada Mohamed atau terus memeliharanya di sana.
“Setiap minggu pemilik boleh membawa makanan sendiri untuk diberikan kepada rusa mereka malah mereka juga boleh membawa balik beberapa hari,” katanya.
Mohamed berkata, ini merupakan satu cara untuk mencetuskan minat mereka yang berada di bandar ke arah penternakan.
Penduduk bandar yang tidak mempunyai masa dan kawasan masih boleh melibatkan diri dalam penternakan dengan cara ini.
“Saya juga boleh memantau ternakan yang dibeli dapat penjagaan yang betul dan pada masa yang sama pemilik boleh mempelajari cara penternakan yang betul,” katanya.
Dengan cara ini kata Mohamed, ternakan rusa boleh dimajukan dengan lebih sistematik. Beliau juga akan memulakan kursus menternak rusa secara komersial kepada mereka yang berminat dalam masa terdekat.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Mohamed di 017-3458849 atau layari laman web www.hitechdeerfarm.com

Gigih tanam cendawan

Saleha Mohamed (kanan) bersama pembantunya memungut hasil cendawan di ladangnya di Rawang, Selangor.

PEPATAH yang berbunyi ‘seperti cendawan tumbuh selepas hujan’, seakan-akan menjelaskan apa yang berlaku pada masa ini iaitu ramai individu mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu selepas kerajaan khususnya Jabatan Pertanian berusaha mempromosi tanaman tersebut.
Senario tersebut didorong oleh faktor permintaan yang kian meningkat serta mempunyai potensi pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu memberangsangkan terhadap cendawan spesies berkenaan.
Justeru, semakin ramai individu tempatan bertekad untuk menceburi serta mengusahakan tanaman tersebut dengan tujuan mencari pendapatan tambahan serta keuntungan yang boleh dikatakan agak lumayan.
Melihat kepada fenomena tersebut, seorang pegawai kerajaan, Saleha Mohamed, 47, tidak ketinggalan dalam mengambil inisiatif untuk bergiat serta mengusahakan perusahaan tersebut.
Dia yang berasal dari Kelantan, menjelaskan bahawa penglibatannya dalam penanaman cendawan itu disebabkan minat berniaga dan juga keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran.
Semuanya bermula apabila beliau mengambil keputusan untuk berkongsi perniagaan tersebut bersama-sama anak saudaranya, Norazila Mohd Yusof, 28 yang kini masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).
Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan modal sebanyak RM20,000, dia bersama-sama Norliza telah memulakan pengusahaan tersebut sejak tiga bulan lalu.
‘‘Dengan modal sebanyak itu, kami mampu menyewa dua buah lot kosong rumah kedai, membeli peralatan serta menghasilkan cendawan dan kini setelah tiga bulan berlalu, cendawan tiram kelabu kami telah mengeluarkan hasil yang memuaskan,’’ katanya ketika ditemui di rumah kedai yang dijadikan gudang cendawannya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, dua buah lot rumah kedai itu yang mempunyai keluasan 20 kaki x 80 kaki tiap satu mampu menempatkan sebanyak 20,000 beg yang ditempatkan di atas rak yang disusun rapi.
Menerusi syarikat Setia Gading Enterprise yang dikendalikannya, Saleha bersama-sama dua orang pekerjanya mampu menghasilkan 40 kilogram (kg) sehingga 50 kg cendawan setiap hari.
Jelasnya lagi, secara purata, hasil tersebut merupakan cendawan yang dihasilkan daripada 1,000 beg yang sudah sampai tempoh matang.
Dalam pada itu, Saleha turut menerangkan bagaimana proses tanaman cendawan tiram kelabu dilakukan.
Menurutnya, proses tanaman cendawan tiram kelabu, memerlukan penggunaan habuk kayu serta beberapa campuran lain termasuk kapur digunakan bagi dijadikan bahan asas.
Seterusnya , kesemua bahan itu perlu digaul dan dicampur dengan air sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik khas.
‘‘Selepas itu, beg plastik tersebut akan disuntik dengan benih cendawan dan diperam selama dua bulan.
‘‘Dalam masa itu, beg plastik tersebut akan bertukar menjadi warna putih dari masa ke semasa dan itu bermakna akar cendawan tersebut sedang tumbuh dalam beg tersebut,’’ ujarnya.
Selepas tempoh dua bulan, tutup beg plastik tersebut akan dibuka dan kemudian benih yang asal itu akan dibuang tetapi beg tersebut ditutup kembali dalam tempoh 10 hari.
Tambahnya, selepas 10 hari benih tersebut dibersihkan, tutup beg tersebut akan ditanggalkan dan setiap beg akan mula mengeluarkan hasil selepas empat ke lima hari benihnya dibuang.
Hasil yang dihasilkan itu kemudiannya sudah boleh dipetik dan dibungkus untuk dipasarkan.
Buat masa ini, Saleha membekalkan cendawan-cendawannya kepada para peruncit dan pembekal cendawan kecil-kecilan di sekitar Rawang.
Selain itu, ditanya mengenai cabaran serta masalah yang dihadapi sepanjang mengusahakan penanaman cendawan itu, beliau menjelaskan bahawa cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju merupakan spesies yang sangat sensitif.
‘‘Bagi mendapatkan hasil yang baik, soal kebersihan perlu diutamakan. Ini kerana persekitaran yang kotor akan mempengaruhi udara, sekali gus akan mendatangkan penyakit kepada cendawan.
‘‘Bagaimanapun, penyakit ‘hijau’ merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para pengusaha cendawan masa kini, selain serangan serangga seperti ulat dan lain-lain lagi,’’ katanya.
Tambah Saleha, bagi menangani perkara ini, persekitaran hendaklah dijaga dengan rapi. Semburan racun serangga perosak dilakukan dengan berhati-hati agar beg cendawan tidak terdedah kepada semburan ini.
Saleha turut mengakui bahawa risiko kerosakan cendawan juga agak tinggi. Antara 10 hingga 20 peratus beg cendawan akan mengalami kerosakan.
Pada masa yang sama, Saleha turut memberitahu bahawa benih yang baik juga menjadi salah satu faktor yang mampu mempengaruhi produktiviti.
Buat masa ini, bagi menampung keperluan mendapatkan bekalan benih cendawan yang baik dan bermutu tinggi, Saleha telah mengadakan perbincangan antar pengusaha tiram kelabu di selatan Thailand.
Menurutnya, beberapa orang pengusaha di negara itu sedang berusaha mendapatkan kelulusan pihak tertentu di negara ini untuk membawa masuk benih yang baik bagi diedarkan di negara ini.
Lebih menarik, benih yang digunakan di Thailand itu mampu menghasilkan cendawan hanya dalam tempoh 28 hari berbanding pada kebiasaannya, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan setengah bagi mendapatkan hasil.
Saleha berharap agar sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan cendawan miliknya atau memasarkannya agar menghubungi di talian 019-2199180 atau suaminya Safri Ali di talian 017-3953654 atau berkunjung ke lot kedainya di alamat G23, Jln Kasturi 1B, Bukit Sentosa.