Jumaat, 26 Disember 2008

Hadiah Anak Masuk Universiti IPT

SOALAN-SOALAN LAZIMHADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

Maklumat Terkini (1 Ogos 2008)1. Pindaan borang kali kedua :
KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG
*Borang pindaan ini dikemukakan bagi mengatasi masalah permohonan yang tidak lengkap untuk tujuan proses pembayaran.
Bagaimanapun borang sebelum ini yang telah dimuat turun masih boleh digunakan. Borang yang telah dihantar juga masih sah.Sila pastikan perkara berikut dipatuhi :
(i) Permohonan yang dihantar hendaklah dipastikan lengkap bagi mengelakkan kelewatan proses pembayaran;
(ii) Setiap salinan dokumen dan perakuan pada borang hendaklah DISAHKAN BENAR oleh pihak-pihak yang dinyatakan SAHAJA; dan
(iii) Bagi permohonan secara pengkreditan terus (direct debit), sila pastikan bahawa akaun bank pemohon adalah AKTIF dengan mengemukakan salinan muka depan dan mukasurat transaksi terakhir buku akaun bank pemohon. Akaun yang TIDAK AKTIF boleh menyebabkan kegagalan proses pembayaran.

Q : Bagaimana saya boleh memohon Hadiah Pengajian IPT yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini?
A : Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Rasmi Anak Masuk Universiti (BPSM/HPIPT/2008) yang boleh diperolehi daripada sumber-sumber seperti berikut:(i) Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah40000 Shah Alam
(ii) Memuat turun (download) borang permohonan melalui laman web rasmi Negeri Selangor,
iaitu: www.selangor.gov.my; (Klik Untuk Muat Turun Borang HPIPT)
(iii) Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar/ Pusat Pemajuan Pelajar di IPTA masing-masing;(iv) Pejabat Daerah/ Tanah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor.

Q : Apakah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan Hadiah Pengajian IPT ini?A : (i) Pemohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
(ii) Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:• Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau• Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau• Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
(iii) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 sahaja.
(iv) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dan Diploma sahaja. (Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon).
(v) Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.(vi) Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah.

Q : Saya lahir di Negeri Selangor, tetapi ibu bapa saya tidak lahir di Negeri Selangor. Adakah saya layak memohon?A : Layak berdasarkan kriteria: Pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya lahir di Negeri Kelantan, tetapi Ibu saya lahir di Selangor. Adakah saya layak memohon?A : Layak berdasarkan kriteria: Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPT Swasta (IPTS), iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP). Adakah IPT saya tersenarai bagi pemberian hadiah ini? Layak sekiranya pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda atau Diploma.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Masters of Business Administration) Tahun Pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia secara sepenuh masa (full time). Adakah saya layak? A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjanamuda sahaja.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian A-Level sebagai persediaan bagi pengajian ke luar negara.
A : Pengajian di peringkat Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon. Walau bagaimanapun, pemohon hanya layak dipertimbangkan setelah mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjanamuda pada tahun berikutnya.

Q : Saya kini telah bekerja dan pada masa yang sama sedang mengikuti pengajian luar kampus (PLK) peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat.
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa (full time) sahaja. Q : Saya merupakan pelajar Tahun Akhir (semester ke-lapan) di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan.A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mendaftarkan diri untuk Tahun Pertama (semester pertama) bagi sesi pengajian mulai Julai 2008 sahaja.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) tetapi belum mendaftarkan diri.A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian. Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, tetapi terpaksa menangguhkan pendaftaran pada tahun 2008 atas sebab kesihatan.
A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian pada tahun berikutnya.

Q : Pendapatan Bapa saya berjumlah RM1,250.00 manakala Ibu saya adalah suri rumah.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Ibu dan Bapa saya bekerja, tetapi jumlah pendapatan mereka adalah kurang daripada RM1,500.00.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Saya dipelihara oleh Bapa Saudara saya sejak berumur 10 tahun memandangkan Ibu dan Bapa telah berpisah dan saya mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat pendapatan Ibu/ Bapa saya.
A : Pendapatan yang akan diambilkira adalah pendapatan Penjaga, iaitu Bapa Saudara pemohon.

Q : Apakah dokumen-dokumen lampiran yang mesti dikemukakan untuk permohonan hadiah ini?
A : Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Rasmi Hadiah Pengajian IPT (RM1,000) (BPSM/HPIPT/2008) dengan menyertakan dokumen-dokumen lampiran seperti berikut:(i) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan pemohon
(ii) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Bapa pemohon;
(iii) Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
(iv) Pengesahan pendaftaran diri pelajar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Hal Ehwal Akademik/ Pusat Pemajuan Pelajar/ Bendahari Institusi/ Dekan Fakulti/ Ketua Pusat;
(v) Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji/ Perakuan Pendapatan (surat perakuan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung bagi yang bekerja sendiri) Ibu Bapa/ Penjaga pemohon; dan
(vi) Salinan muka depan Buku Akaun Bank pemohon.

Q : Saya telah mengisi borang permohonan dengan lengkap berserta dokumen lampiran yang dikehendaki. Di mana saya perlu menyerahkan borang permohonan ini?
A : Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cawangan Biasiswa dan Pinjaman PelajaranTingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40000 Shah Alam

Q : Adakah pemohon diberi pilihan untuk menerima pembayaran RM1,000 tersebut?A : Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dibuat menerusi dua (2) kaedah pembayaran mengikut pilihan pemohon, iaitu:
(i) Pengkreditan terus ke akaun pemohon; atau
(ii) Melalui cek atas nama pemohon.

Q : Berapa lama tempoh masa yang perlu saya tunggu untuk menerima pembayaran RM1,000?A : Bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas Borang Hadiah Pengajian IPT yang lengkap diterima oleh pihak Urusetia.

Q : Sekiranya saya mempunyai sebarang masalah/ kemusykilan berkenaan permohonan hadiah ini, siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkan bantuan/ penerangan?
A : Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi:Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5544 7480/ 7481/ 7482Faks: 03-5510 4095/ 5513 5564

Q. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
A : Julai 2008

Tiada ulasan: