Isnin, 22 Disember 2008

PENDUDUK TAMAN DESA MELOR DIARAH BERPINDAH


Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Hulu Selangor, semalam, mengarahkan 33 keluarga yang menetap di Taman Desa Melor, Serendah, dekat sini berpindah dengan segera berikutan ancaman tanah runtuh. Sejak beberapa hari lalu, beberapa rekahan dikesan di cerun bukit di kawasan terbabit selain mendapan tanah. Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Dahlan, berkata jurutera bahagian cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengesahkan bahawa tebing setinggi 250 meter berdekatan rumah penduduk di taman itu cenderung untuk runtuh pada bila-bila masa akibat gelungsuran tanah.

Mengikut tinjauan penduduk, Sdr Kamal Hashim, wakil badan bertindak bencana alam bagi penduduk yang terlibat, ada rekahan sebesar 10 meter pada ketinggian 75 meter dari bawah tebing yang dibina itu dan ia amat membahayakan penduduk terutama di Jalan Melor 10 dan 10B, Desa Melor.

Petang semalam (Sabtu 20 Dis 2008), YB Ean Yong Tian Wah, Exco Kerajaan Selangor yang mempunyai majlis berdekatan kawasan tersebut turut melawat dan di beri taklimat oleh Sdr Kamal hashim.

Turut mengiringi lawatan tersebut adalah Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz dan David Loh, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.

Pegawai Khas DUN Batang Kali, Sdr Shaiful Anuar Sulaiman, yang turut sama di lawatan tersebut, memberitahu, keputusan segera Pegawai Daerah untuk memindahkan 33 keluarga adalah berpatutan di dalam keadaan yang serius ini yang melibatkan nyawa penduduk-penduduk.

Tiada ulasan: