Sabtu, 27 Februari 2010

Mangsa dera, allahyarham adik Syafia Humairah Sahari diperlaku kejam !

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Sungguh tergamak hati segelintir manusia untuk berlaku kejam dan menyiksa kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun sehingga mati.
Apalah kanak-kanak malang itu tahu, sehingga menyebabkan dia dipukul dan diseksa sehingga menemui ajal.
Tanpa rasa kasih sayang, kanak-kanak perempuan ini, Syafia Humairah Sahari mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali malam tadi. Difahamkan, terdapat kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak perempuan itu termasuk di bahagian dagu, perut dan bawah telinga. Kanak-kanak itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam tadi oleh teman lelaki ibunya, yang merupakan seorang pemandu teksi.
Pemandu teksi itu yang ditemani rakannya di hospital mendakwa kanak-kanak itu cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Jururawat yang memeriksa mangsa mencurigai sesuatu apabila lelaki tersebut seolah-olah resah dan tidak mahu memberi sebarang keterangan berhubung kemalangan itu.
Sebaliknya, dia mendakwa perlu meninggalkan kanak-kanak itu di hospital untuk bergegas ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kemalangan itu.
Bagaimanapun, perkara itu terbongkar apabila pihak hospital menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk mengetahui status kemalangan itu dan mendapati tiada sebarang laporan kemalangan jalan raya dibuat di mana-mana balai di kawasan tersebut.
Doktor yang mengesyaki kanak- kanak itu menjadi mangsa dera kemudiannya bertindak membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, berikutan laporan itu, polis menahan teman lelaki ibu mangsa, berusia 28 tahun kira-kira pukul 3 pagi ini bagi membantu siasatan. "Selepas disoal siasat, suspek mengaku memukul serta menampar mangsa sebelum dia rebah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ibu kepada kanak-kanak itu dikatakan pengsan selepas mendengar anaknya itu mati dan kini sedang dirawat di hospital yang sama. Difahamkan, wanita yang berstatus ibu tunggal berusia 25 tahun itu mempunyai hubungan intim dengan suspek sejak enam tahun lalu dan hasil perhubungan itu juga, mereka mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan. Menurut Norel Azmi, polis turut mengambil keterangan daripada ibu kanak-kanak terbabit petang ini di bilik mayat hospital. "Siasatan awal mendapati, suspek mengaku mendera kanak-kanak itu bersama teman wanitanya menggunakan objek tajam," katanya. Sementara itu, bapa kandung kanak-kanak malang terbabit ketika ditemui di rumahnya dekat sini hari ini bagaimanapun enggan ditemuramah kerana masih dalam keadaan trauma.

Selasa, 23 Februari 2010

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA HULU SELANGOR 2010

Semua dijemput hadir.
Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali menganjurkan
Rumah Terbuka TAHUN BARU CINA HULU SELANGOR
kpd semua warga Hulu Selangor ;
Lokasi: Dewan Komuniti Serendah, Pekan Serendah
Hari/Masa: JUMAAT, 26 Februari 2010 (Jam-8 mlm)
Tetamu jemputan :
Datuk Chua Jui Meng, Yb Hee Loy Sian
Harap maklum.

Rabu, 17 Februari 2010

Siri 6 - Bengkel Usahawan Wanita Hulu Selangor (16 Feb 2010 - Dewan Komuniti Seri bakawali, Bkt Sentosa )

MAJLIS SILATURRAHIM MUSLIMAT PAS KT SENTOSA/BKT BERUNTUNG - 21 FEB 2010 AHAD

PAS CAWANGAN
BUKIT BERUNTUNG/BUKIT SENTOSA
menjemput semua hadir di
MAJLIS SILATURAHIM BERSAMA MUSLIMAT PAS
DENGAN IBU TUNGGAL /FAKIR MISKIN BUKIT BERUNTUNG/BKT SENTOSA.
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat (PAS)
No 70 Jalan Semarak 3C Seksyen BB7
Bukit Beruntung 48300 Rawang Selangor.
Tarikh : 21/02/2010 Ahad
Jam : 9.30 pg Hingga 2.30 Ptg
Perasmian : Ustazah Nuridah Binti Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Perasmian jam 12 T hari
Semua Ahli /AJK PAS/PKR/DAP Bukit Beruntung /Sentosa di Jemput hadir.
Dari - Pengarah Program Silaturahim Muslimat PAS/Ibu Tunggal/Fakir Miskin
Hj Mohd Zulkifli Bin Dawam

Isnin, 15 Februari 2010

Siri Keusahawanan Wanita Hulu Selangor - Seri Kemboja, Bkt Sentosa 3 (13 Feb Sabtu 8pg - 1 ptg)

Ditengah kesibukan orang Tionghua menyambut Tahun Baru Cina, masyarakat di Perumahan Seri Kemboja, Bukit Sentosa telah mengabdikan masa mereka di musim cuti ini dengan mendalami ilmu jahitan di Dewan Komunit Seri Kemboja, Bukit Sentosa.
Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Pn Mai Md Zin telah merasmikan Program Usahawan Wanita Hulu Selangor yang kali ini bertempat di Bukit Sentosa. Lebih 25 orang wanita warga Seri Kemboja telah menghadiri bengkel menjahit beg dari pakaian kitaran semula, dan rata-rata peserta telah merasa puas dengan pengetahuan yang diberikan oleh Syarikat Mostwell, penaja bengkel tersebut.
Pn Mai memerangkap Ketua Wanita PKR Cabang Hulu Selangor juga turut berharap agar bengkel ini dapat membantu kaum wanita untuk menjana sumber pendapatan sampingan selepas menunaikan tanggongjawab sebagai surirumah.

GONG XI FA CAI !

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia khasnya orang Tionghua. Moga-moga tahun Harimau ini memberikan kesejahteraan kepada kita semua bebas dari kezaliman, penindasan, ketidakadilan dan sebagainya.

Pej Pusat Khidmat Rakyat
DUN BATANG KALI
(bercuti sehingga hari Selasa 16 Feb)

Khamis, 11 Februari 2010

AHAD 7 FEBRUARI 2010 -TARIAN SINGA, AGIHAN LIMAU THN BARU CINA, EDARAN RISALAH/SGRKINI DI KEDAI/PASAR AWAM BKT BERUNTUNG/BKT SENTOSA

Dk Zainal Sakom habiskan duit peruntukan dlm 16 hari . . . .

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San tampil meminta penjelasan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom berhubung cara wang peruntukan RM513,000 dihabiskan dalam tempoh paling singkat; 16 hari.
"Kita sedia maklum bahawa hampir kesemua Adun BN Selangor telah menghabiskan peruntukan RM500,000 dalam tempoh beberapa minggu sebelum pilihan raya Mac 2008.
"Tetapi, beliau (Zainal Abidin) hanya mengambil masa 16 hari sahaja untuk menghabiskan keseluruhan peruntukan RM500,000. Malah bukan itu sahaja, beliau telah membelanjakan jumlah besar sebanyak RM513,000 dan ini telah melampaui had maksima bajet yang dibenarkan," kata beliau ketika mengulas laporan dalam TV Selangor.
Sebelum ini, tambah Lau, beliau difahamkan bahawa Pengerusi YBK merangkap bekas Adun Batang Kali itu mengguna peruntukan kawasan beliau pada 2008 dalam masa kurang tiga bulan dan jumlah yang dihabiskan ialah RM512,000, iaitu RM12,000 lebih banyak daripada jumlah peruntukan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap Dun.
"Mungkin, beliau sedang bertikam lidah dengan kerajaan negeri itu berhubung isu cukai tanah seluas 88.4 hektar milik YBK di Serendah yang dirancang untuk pembangunan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM).
"Beliau perlu membuat penjelasan segera terhadap hal itu. Ini mungkin antara sebab kenapa kerajaan Selangor tidak yakin dengan kepimpinan beliau di dalam YBK sekali gus mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap yayasan tersebut," kata beliau.

Isnin, 8 Februari 2010

Malaysia on trial along with Anwar. . .

Posted in Malaysia news with tags Anwar Ibrahim on February 6, 2010 by ckchew

The last time Malaysia’s former deputy prime minister Anwar Ibrahim was charged with sodomy, the country’s judicial system was on trial. This time around, the stakes are even higher.
If Anwar is convicted, in a case that opened in Kuala Lumpur’s High Court on Tuesday, Malaysians can wave goodbye to the best chance of developing a two-party political system in more than half a century.
It will also end any real prospect of Malaysia extricating itself from corrosive race-based politics, and signal the former British territory’s continued descent into self-destructive extremism.
Over the past two years, the charismatic Anwar, 62, has achieved what many analysts thought was impossible. He has tacked together three disparate political parties and formed a credible – if still fragile – opposition, representing hope for a multiracial future.
Nobody else has the organisational ability, political skills and personal trust to hold them together and provide the People’s Front, as it calls itself, with dynamic leadership.
Anwar’s legal problems should be seen in this light.
In 1998, then-prime minister Mahathir Mohamad sacked Anwar as deputy premier and finance minister because he suspected Anwar was using the turmoil of the Asian economic crisis to challenge him.
Beaten viciously in custody, Anwar spent years in jail after being found guilty of corruption and sodomy in trials regarded as fatally flawed by international legal authorities. He was cleared of sodomy on appeal, but banned from seeking public office for five years.
On his return, he galvanised the fragmented opposition into a stunning psychological victory in 2008, capturing five of Malaysia’s 13 states and denying the ruling National Front coalition its customary two-thirds majority in parliament.
The opposition was able to make such gains by tapping into the “politics of disgust”, winning the support of Malaysians alienated by rampant corruption and cronyism. Significant numbers of them crossed ethnic lines to vote for candidates promising reform.
Anwar targeted the affirmative action program called the New Economic Policy, which is supposed to channel economic benefits to native peoples, predominantly Malays. The policy has been widely abused to enrich better-off Malays, notably members of the ruling United Malays National Organisation (UMNO), the dominant party in the 13-member National Front.
In a bold move, Anwar formulated an alternative new economic agenda to assist all poor Malaysians, based on need rather than ethnicity. Not only did droves of disaffected Chinese and Indians desert the government, but a significant percentage of Malays also switched allegiance.
UMNO, in power since Malaysia gained independence in 1957, has reacted badly to its setback. Faced with the possibility of defeat at the next elections, due in 2013, the party has concentrated on sabotaging the resurgent opposition rather than reforming itself.
Like the rerun of a bad movie, Anwar was promptly arrested and charged again with sodomy, this time on the complaint of a university drop-out who had worked briefly for Anwar. Consensual sex between males is illegal in Malaysia, punishable by 20 years’ imprisonment and caning, though the law is rarely enforced.
The public perception in Malaysia is that “sodomy 2″, as the local media dub it, is entirely political, a view shared by the international community. An Amnesty International spokesman has characterised the trial as “the same old dirty tricks” to remove Anwar from politics.
UMNO has also resorted to scaremongering, using race and religion to reinforce the fear among Malays, the majority community, that they are besieged and under threat.
UMNO was blamed for fanning racial tension when arsonists last month attacked 10 churches across the country, after a court ruled that Christians could use the Arabic word “Allah” as a translation for ”God” in the Malay language. The government insists “Allah” should be reserved solely for Muslims, despite widespread use of the word by Christians and other minorities in Arabic-speaking countries and places such as Indonesia.
Prime Minister Najib Razak, elected president of UMNO last year to replace the discredited Abdullah Badawi and stem UMNO’s decline, has talked reform and even made minor adjustments to affirmative action. But while he promotes an inclusive vision for the country under the slogan of “One Malaysia”, an UMNO-owned newspaper often carries racist commentaries.
Anwar and his allies in the People’s Front have found the going rough in the past two years. Through a mixture of inexperience and incompetence, they have underperformed in the states they control.
Still, if Anwar is jailed for sodomy, it will not only end his political career but also terminate an attempt to open up the economic and political systems of one of the Muslim world’s most important countries.
Barry Wain, writer-in-residence at the Institute of South-East Asian Studies in Singapore and author of the recently released Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, speaks to an Asialink public event on February 16, 6pm, Level 1, Sidney Myer Asia Centre at the University of Melbourne.

Ahad, 7 Februari 2010

Kenyataan Nasir Safar Tanda Gagal 1Malaysia - Dr Tan Yee Kiew

Kenyataan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan tanda kegagalan konsep dan pelaksanaan projek “1Malaysia” yang telah menelan berjuta-juta ringgit duit rakyat.
Haruslah jelas bahawa orang kanan Perdana Menteri itu telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu seminar “1Malaysia” di mana ianya merupakan satu program rasmi yang bertujuan untuk menerangkan konsep “1Malaysia”.
Adalah munasabah pihak penganjur menjemput Nasir untuk berucap dalam seminar tersebut atas nama pegawai khas kepada Perdana Menteri yang cukup layak untuk menjelaskan ide baru pentadbiran Najib itu.
Maka kenyataan rasis Nasir itu menunjukkan kegagalan pucuk pimpinan Barisan Nasional, khususnya Najib sendiri dalam menterjemahkan konsep “1Malaysia” ke dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia.
Hari ini Najib terpaksa menerima hakikat bahawa orang kanannya sendiri pun tidak memahami ataupun bersetuju dengan konsep yang diwar-warkan olehnya sendiri, apatah lagi seluruh jentera pelaksana dan barisan pimpinan BN.
Hakikatnya konsep “1Malaysia” di dalam papan iklan, siaran radio dan televisyen, program indoktrinasi seperti seminar dan forum, dan papan tanda klinik kesihatan lebih bersifat kepentingan hiasan tingkap yang menghabiskan wang rakyat, dan bukannya kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Kini Nasir telah melepaskan jawatannya bagi menjaga imej Perdana Menteri. Namun Parti Keadilan Rakyat yakin rakyat akan menyokong perubahan dasar yang sebenar sepertimana dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan bukannya perubahan slogan yang kosong.

Dr Tan Yee Kiew
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat

Isnin, 1 Februari 2010

DS ANWAR - BN GUNA TAKTIK BARU UMPAN YB PAKATAN RAKYAT


Barisan Nasional menggunakan taktik baru untuk memancing ahli parlimen pakatan rakyat meninggalkan parti masing-masing.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, datuk seri Anwar Ibrahim berkata, wakil Barisan Nasional kini menggalakkan ahli-ahli PKR yang dipercayai tidak puas hati dengan beberapa isu dalam parti supaya menyertai parti ketiga.
Beliau menamakan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dr jamaluddin jarjis sebagai orang tengah atau broker memancing bekas timbalan ketua Keadilan Pahang, Azan Ismail supaya menyertai Parti Cinta Malaysia atau PCM.
Pada masa yang sama wakil PCM juga cuba memujuk ahli parlimen Keadilan Balik Pulau Yusmadi Yusuf supaya menyertai parti baru itu.
Azan Ismail yang juga ahli parlimen PKR bagi kerusi Indera Mahkota mengumumkan peletakan jawatan sebagai timbalan ketua PKR Pahang kerana berseliseh pendapat dengan kepemimpinan negeri.
Anwar percaya barisan nasional berusaha memujuk wakil-wakil rakyat PKR dan mungkin parti kerabat Pakatan Rakyat bagi meninggalkan parti masing-masing sebelum sambutan Tahun Baru Cina dua minggu lagi.

Khamis, 28 Januari 2010

PROGRAM MENDEKATI RAKYAT - SG CHOH DUN BATANG KALI

 Program Mendekati Rakyat - Sg Choh &
Sumbangan kepada anak yatim
sekitar Dun Batang Kali.
Semua dijemput hadir.

Tarikh : 31 Jan 2009 (AHAD)
Jam : 4 ptg
Temapt : Dewan Serbaguna Sg Choh Dun Batang Kali
(Berdekatan SMK Sg Choh)

Isnin, 25 Januari 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) - 2 DARI SELANGOR ...

PUTRAJAYA, 25 Jan. – Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman ,Petaling Jaya adalah diantara 20 Sekolah Berpestasi Tinggi (SBT) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Muhyiddin mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang terdiri daripada 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, daripada 14 sekolah menengah, 10 adalah sekolah berasrama penuh manakala bakinya sekolah menengah harian. “Sekolah ini dipilih dari kalangan sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan masing-masing. “SBT akan dibimbing dan dipantau secara khusus untuk menjamin berlaku lonjakan prestasi sekolah secara berterusan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Sepuluh sekolah berasrama penuh ialah Sekolah Tun Fatimah (Johor Baharu), Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban), Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra). Kolej Tunku Kurshiah (Seremban), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang), Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis), Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) dan SMS Muzaffar Syah (Melaka). Manakala empat sekolah menengah harian ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya), SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur), SMK Sultanah Asma (Alor Setar) dan SMK (P) St. George (Pulau Pinang). Enam sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL), SK Taman Tun Dr Ismail 1 (KL), SK Bukit Damansara (KL), SK Zainab (2) (Kota Baharu), SK Convent Kota (Taiping), SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Baharu). Muhyiddin berkata SBT bukanlah sekolah elit yang akan memberi manfaat kepada hanya sebilangan kecil pelajar, sebaliknya setiap sekolah di negara ini mempunyai peluang yang sama dan boleh bersaing di “padang yang sama rata” untuk diiktiraf sebagai SBT. “Mana-mana sekolah yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT dan mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama,” katanya.

BACAAN YASIN DI SMK SG CHOH< DUN BATANG KALI - Jumaat 22 Jan 2009


Bacaan Surah Yasin yang diadakan oleh pihak SMK Sg Choh DUN Batangkali telah diadakan pada 22 Januari 2009 untuk dihadiahkan kepada Allahyarhamah Siti Rokiah bt Marzuki, ibu kepada Pn. Roslaini dan ibu saudara kepada Pn. Normawati yang berada di wad ICU semoga cepat sembuh. Semoga aktiviti sebegini dapat dicontohi di sekolah-sekolah...

Zaid: UMNO-BN Gagal Pertahan Dasar Sendiri


Kegagalan pemimpin kerajaan UMNO-Barisan Nasional mengawal polimik isu kalimah Allah meletakkan rakyat dalam situasi keliru.
Fenomena yang wujud sejak sekian lama sebenarnya mendedahkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional untuk mempertahankan dasar sendiri.
“Yang menjadi punca masalahnya ialah, bila kerajaan Barisan Nasional sendiri melarang Herald menggunakan perkataan Allah dalam majalah, dia melanggar dasar dia sendiri. Dasarnya terbukti dalam enakmen-enakmen agama Islam yang saya sebut tadi. Enakmen yang mengatakan kita tidak boleh menggunakan perkataan ini dalam mengembangkan agama. Dia tidak kata tidak boleh gunakan dalam semua keadaan”, tegas beliau.
Begitu kata Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media pagi tadi.
Dasar yang dirujuk ialah peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988).
Kata beliau, masyarakat harus faham konteks enakmen bertujuan menghalang perkembangan agama selain Islam kepada masyarakat Islam.
Menurut beliau, sekirannya politik dicampur-adukkan dengan isu agama maka masyarakat akan berpecah-belah.
Zaid menyeru kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk terus memperjelaskan perkara ini agar rakyat tidak terkeliru dengan permainan politik UMNO-Barisan Nasional.
“Sebab itu perbezaaan antara perkembangan dengan penggunaa biasa itu kita kena faham. Kalau tidak orang politik menggelirukan isu tersebut. Sebab itu saya merasakan perlu, selain daripada pandangan ulama, dari segi dasar kerajaan Barisan Nasional sendiri. Jadi saya harap dengan kefahaman ini, kita tidak lagi menjadi kecoh”, katanya.
Zaid yang ditemui menyatakan kekecewaan beliau terhadap umat Islam bertelagah berkenaan isu hangat kalimah Allah.

Sabtu, 23 Januari 2010

AL FATIHAH KPD SULTAN ISKANDAR !


LAWATAN "BALAS" DS ANWAR KE BUKIT SENTOSA


GAMBAR : Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Nashruddin Abd Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berbual sebelum memberikan pidato malam itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah membuat lawatan balas ke Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung di sini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin UMNO menghabiskan tiga hari untuk program Juara Rakyat pada 8-10 Januari lepas. Program Mesra Rakyat bersama Penasihat Ekonomi dan Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor anjuran PKR Cabang Hulu Selangor itu diadakan di Dataran Sentosa, kira-kira 40 meter sahaja dari tapak program Juara Rakyat.
Dalam ucapannya, Anwar mendedahkan pelbagai kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan pusat sekarang. Beliau menyelar Najib yang datang tempoh hari yang antara lain menjanjikan peruntukan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung pangsapuri yang rosak di Bukit Sentosa.
"Masalah perumahan ini disebabkan kerajaan buat projek tapi tak jaga. Saya ingat semasa saya menjadi Menteri Kewangan dahulu, saya tekankan sungguh masalah perumahan rakyat ini. Jangan buat lebih kurang. Sebab nak 'fulus' masuk, bumbung teruk. Cuba tanya siapa buat, siapa beri kelulusan, mengapa bumbung teruk macam tu? Bukan bumbung saja, tanah, padang dan kemudahan lain kena selesai. Macam mana nak jaga bumbung kalau enjin kapal terbang pun boleh hilang?" sindirnya.
Beliau seterusnya memberitahu bahawa kerajaan negeri Selangor telah pun meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bumbung pangsapuri terbabit sebelum pengumuman Perdana Menteri lagi.
Anwar yang baru pulang dari Beirut berkata beliau berasa sangat malu apabila orang-orang di luar negara bertanya kepadanya mengenai kes kehilangan enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
"Sebuah negara paling teruk apabila sistem pertahanannya rosak. Apabila saya di luar negara, orang bertanya fasal enjin kapal terbang Malaysia yang hilang, malu nak jawab, cuma saya boleh kata 'sebab itulah kita nak tukar kerajaan yang ada sekarang.' Malu, sebab yang hilang enjin kapal terbang, kalau enjin 'Honda Cub' tak apa," katanya mengundang gelak ketawa hadirin.
Beliau hairan kerana kehilangan sebesar itu didakwa cuma melibatkan seorang anggota tentera berpangkat Sarjan, sedangkan yang lain terlepas.
Menurutnya lagi, negara kini mempunyai masalah pengurusan kerajaan yang telah lingkup. Pertumbuhan pelaburan asing sekarang menunjukkan Malaysia kalah dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam, sedangkan tahun 90-an dahulu, Malaysia berada di tempat pertama dalam kalangan negara-negara serantau. Kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa, UBS Invesment Research yang berpangkalan di Switzerland pula dalam laporan terakhirnya menyatakan ratusan bilion ringgit dibawa keluar dari Malaysia sepanjang setahun yang lalu.
Mengenai isu penggunaan nama Allah oleh golongan bukan Islam, Anwar berkata beliau bukanlah orang alim, tetapi beliau banyak merujuk kepada ulama yang dihormati di seluruh dunia termasuk ulama tersohor masa kini, Dr Yusuf al-Qardawi (gambar) dan Syeikh Wahbah Zuhayli. Dr Yusuf menjelaskan, isu tersebut sebenarnya bukan masalah. Ketua paderi Kristian Palestin-Baitul Maqdis sekarang pun bernama Ataallah Hannah.
Syeikh Wahbah, ulama besar dari Syria yang menulis tafsir al-Quran 'Al-Munir' pula berkata, perjanjian Hudaibiah pada zaman Nabi Muhammad pun dimulakan dengan 'Bismillah...'
"Tidak ada masalah untuk menggunakan kalimah Allah, cuma kita suarakan kebimbangan umat Islam, kita tak mahu nama ini dipermain-mainkan. Itu yang kita beritahu sewaktu perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Kristian semalam," kata Anwar.
"Kenapa sekarang baru ingat Allah? Kenapa ketika melakukan kejahatan seperti terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah tidak ingat Allah? Saya mendapat maklumat peringkat tertinggi bahawa isu penggunaan nama Allah ini sengaja dicipta untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP. Apabila DAP khususnya yang beragama Kristian menuntut agar dibenarkan menggunakan kalimah Allah, mereka mengharapkan PAS akan menentang dan akan berlakulah perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR). Alhamdulillah, semua pihak dapat menyelesakan isu ini dengan baik, malahan isu ini menguatkan lagi persefahaman antara parti-parti komponen PR.
"BN nampak semakin bercelaru. Macam mana kebenaran menggunakan kalimah Allah ini boleh berbeza-beza mengikut negeri, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh? Di Tawau, Sabah, saya diberitahu bahawa nama Allah telah lama digunakan dalam Bible berbahasa Melayu, tetapi sepanjang 50 tahun, cuma ada seorang Islam yang menganut Kristian, tetapi ribuan orang Dayak telah memeluk Islam. Dalam hal ini, semua orang Melayu baik UMNO, PAS mahupun KeAdilan perlu menerima perkara ini dengan baik, dan jangan timbul perpecahan antara kita," tambahnya lagi.
"Apa yang kita cakap ini biarlah daripada hati. Kita tolak rasuah kerana ia haram. Kalau ada pemimpin Selangor daripada Pakatan Rakyat yang mengambil rasuah, percayalah saya akan perangi dia, selagi dia tidak disingkir, saya tidak akan duduk diam," tegasnya.
"Disebabkan mahu kebenaran ditegakkan, saya dipenjara enam tahun, diterajang, ditelanjang, dipukul setengah mati. Tetapi kalau sewaktu saya keluar dari penjara tahun 2004 dulu saya terus menyokong UMNO, media perdana pasti akan mengatakan 'Anwar pemimpin ulung'. Mungkin hari ini saya bukan lagi 'Datuk Seri Anwar' tetapi 'Tun Anwar Ibrahim'."
Dengan ulangan tuduhan liwat yang dihadapinya sekarang, katanya, beliau terpaksa masuk semula ke mahkamah untuk dibicarakan. "Cuba bayangkan kalau anda kena tuduh macam ini, isteri anda kena, anak anda kena. Apa punya politik macam ini?" soalnya.
Anwar memberitahu bahawa beliau terus mendapat sokongan ulama antarabangsa. Sewaktu Dr Yusuf al-Qardawi berkunjung ke Malaysia sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, ulama dunia itu telah memanggil beliau, Azizah (Datin Seri) dan anak-anaknya seraya berkata, "Anwar, saya sekarang Ketua Majlis Ulama Sedunia. Sekali dulu anda difitnah. Jika kali ini anda diaibkan dan difitnah lagi, demi Allah saya akan pertahankan dengan melawan orang jahat ini habis-habisan."
Syeikh Wahbah Zuhayli juga pernah datang ke rumah beliau dan berkata, "Fitnah ini aib dan jahat, dan hanya boleh dilakukan oleh orang yang jahat."
Di penghujung ceramah, Anwar memohon rakyat berdoa untuknya kerana beliau merasakan gelombang fitnah yang besar bakal melandanya sekali lagi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998. Berbagai-bagai tuduhan yang ditujukan kepadanya sekarang, menurut beliau, hanyalah disebabkan beliau dapat menyatukan parti-parti politik dan orang ramai dalam Pakatan Rakyat. Dengan bersungguh-sungguh beliau memberi jaminan, sekiranya PR berjaya memimpin Putrajaya, kerajaan PR tetap akan membantu golongan miskin tanpa mengira bangsa dan agama, bukannya mengayakan golongan tertentu sahaja.
Turut berucap dalam program malam tersebut ialah Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad. Turut hadir adalah Ketua cabang PKR, Nashruddin Abd Aziz, Ketua Penerangan Pakatan Rakyat, Shaiful Anuar Sulaiman dan AJK PKR Cabang Hulu Selangor. Program malam itu dianjurkan oleh Sekretariat Cabang PKR Hulu Selangor di ketuai oleh Mat Rahat Ibrahim.

AL-FATIHAH. SULTAN JOHOR MANGKAT.


DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi mangkat jam 7.08 malam hari ini (7.08pm today). Baginda berusia 77 tahun.
Baginda, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini dan ekoran itu Jemaah Majlis Diraja Johor telah bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja.
Semoga Allah SWT. mencucuri rahmat ke atas roh Baginda.

Jumaat, 22 Januari 2010

Tunku Mahkota Johor dilantik Pemangku Raja


JOHOR BARU, Jan 22 — Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar dilantik Pemangku Raja selepas ayahanda baginda, Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, dimasukkan ke hospital di sini hari ini kerana gering.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad mengumumkan Sultan Iskandar telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini.“Dengan ini Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tuboh Kerajaan Negeri Johor 1895 setelah menerima laporan kesihatan daripada tiga pakar perubatan bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas Raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar,” beliau mengumumkan di Istana Besar Johor Baharu di sini hari ini.
Tunku Osman turut meminta rakyat berdoa supaya Sultan Iskandar sembuh sebagaimana sediakala.
Majlis itu dihadiri oleh Exco kerajaan negeri. — Bernama