Sabtu, 27 Februari 2010

Mangsa dera, allahyarham adik Syafia Humairah Sahari diperlaku kejam !

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Sungguh tergamak hati segelintir manusia untuk berlaku kejam dan menyiksa kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun sehingga mati.
Apalah kanak-kanak malang itu tahu, sehingga menyebabkan dia dipukul dan diseksa sehingga menemui ajal.
Tanpa rasa kasih sayang, kanak-kanak perempuan ini, Syafia Humairah Sahari mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali malam tadi. Difahamkan, terdapat kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak perempuan itu termasuk di bahagian dagu, perut dan bawah telinga. Kanak-kanak itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam tadi oleh teman lelaki ibunya, yang merupakan seorang pemandu teksi.
Pemandu teksi itu yang ditemani rakannya di hospital mendakwa kanak-kanak itu cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Jururawat yang memeriksa mangsa mencurigai sesuatu apabila lelaki tersebut seolah-olah resah dan tidak mahu memberi sebarang keterangan berhubung kemalangan itu.
Sebaliknya, dia mendakwa perlu meninggalkan kanak-kanak itu di hospital untuk bergegas ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kemalangan itu.
Bagaimanapun, perkara itu terbongkar apabila pihak hospital menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk mengetahui status kemalangan itu dan mendapati tiada sebarang laporan kemalangan jalan raya dibuat di mana-mana balai di kawasan tersebut.
Doktor yang mengesyaki kanak- kanak itu menjadi mangsa dera kemudiannya bertindak membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, berikutan laporan itu, polis menahan teman lelaki ibu mangsa, berusia 28 tahun kira-kira pukul 3 pagi ini bagi membantu siasatan. "Selepas disoal siasat, suspek mengaku memukul serta menampar mangsa sebelum dia rebah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ibu kepada kanak-kanak itu dikatakan pengsan selepas mendengar anaknya itu mati dan kini sedang dirawat di hospital yang sama. Difahamkan, wanita yang berstatus ibu tunggal berusia 25 tahun itu mempunyai hubungan intim dengan suspek sejak enam tahun lalu dan hasil perhubungan itu juga, mereka mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan. Menurut Norel Azmi, polis turut mengambil keterangan daripada ibu kanak-kanak terbabit petang ini di bilik mayat hospital. "Siasatan awal mendapati, suspek mengaku mendera kanak-kanak itu bersama teman wanitanya menggunakan objek tajam," katanya. Sementara itu, bapa kandung kanak-kanak malang terbabit ketika ditemui di rumahnya dekat sini hari ini bagaimanapun enggan ditemuramah kerana masih dalam keadaan trauma.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yb harus melobi utk memastikan kesemua janrtan2 tak guna di padang bola pada hari kejadiajn dikenakan tuduhan jenayah subahart membunuh.

Kepengor-an, kekurangan sahsiah diri, tiada moral mereka2 yg berada di tempat kejadian yang menyaksikan pembunuhan tersebut dan mengambil sikap berpeluk tubuh tidak harus menjadi alasan pertuduhan jenayah tiak dikenakan ke artas jantan2 tak guna ini.

PERINDU SETIA berkata...

mereka yang berada di padang bola tersebut sepatutnya menghalang lelaki terbabit daripada terus memukul kanak-kanak itu. kenapa perlu takut pada seorang lelaki padahal mereka ramai.takkan lelaki itu mampu memukul seramai-ramai manuasia yang ada di situ???

cyborq berkata...

Tak kan YB nak nganga macam penduduk kampung tu yg nganga ja tgk budak 3 tahun kena belasah sampai mati oleh seorang mamat dadah.
Kampung tu bukan dibawah kawasan jagaan YB ke?
Tarbiah skit Ketua Kampung tu...Tok Imam...& sapa-sapa yg berpengaruh kat kampung tu...takdak semangat kejiranan langsung!!

Oreon berkata...

Mcm biasa...mana2 politician pun...kalau kes2 mcm ni cukup lembab...
kalau ada kena mengena dgn parti lawan...bersungguh2 pulak

Tanpa Nama berkata...

takpayah la nak salahkan YB ke Ketua kampung ke, Budak2 main bola ke.Ala kan pemain pemain bola tu kan budak budak je. Diorg dah leraikan. Semua ni dah ketentuan. Aku lebih salahkan mak budak tu. Macam orang takde agama. kalau dia xde affair dengan setan tu takkan jadi benda ni. Tuhan nak tunjuk kat dia bagi dia insaf dengan apa yang dia dah buat.

Tanpa Nama berkata...

Sapa kata tak boleh salahkan semua jantan2 tak guna kat padang bola tuh?

kalu mani dia dah pancut; dah akil baligh. ada akal fikiran. jatuh hukum ke atas jantan2 kat padang bola tuh yg dah boleh keluarkan mani tuh semua dikenakan pertuduhan jenayah kerana gagal dalam melaksanakan tuntutan fardhu kifayah.


btw; apa komen yb? apa usaha yb buat dlm kes ni? tak pernah dengar "public service" ker? prrfftthhhhhhhhhh