Isnin, 25 Januari 2010

Zaid: UMNO-BN Gagal Pertahan Dasar Sendiri


Kegagalan pemimpin kerajaan UMNO-Barisan Nasional mengawal polimik isu kalimah Allah meletakkan rakyat dalam situasi keliru.
Fenomena yang wujud sejak sekian lama sebenarnya mendedahkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional untuk mempertahankan dasar sendiri.
“Yang menjadi punca masalahnya ialah, bila kerajaan Barisan Nasional sendiri melarang Herald menggunakan perkataan Allah dalam majalah, dia melanggar dasar dia sendiri. Dasarnya terbukti dalam enakmen-enakmen agama Islam yang saya sebut tadi. Enakmen yang mengatakan kita tidak boleh menggunakan perkataan ini dalam mengembangkan agama. Dia tidak kata tidak boleh gunakan dalam semua keadaan”, tegas beliau.
Begitu kata Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media pagi tadi.
Dasar yang dirujuk ialah peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988).
Kata beliau, masyarakat harus faham konteks enakmen bertujuan menghalang perkembangan agama selain Islam kepada masyarakat Islam.
Menurut beliau, sekirannya politik dicampur-adukkan dengan isu agama maka masyarakat akan berpecah-belah.
Zaid menyeru kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk terus memperjelaskan perkara ini agar rakyat tidak terkeliru dengan permainan politik UMNO-Barisan Nasional.
“Sebab itu perbezaaan antara perkembangan dengan penggunaa biasa itu kita kena faham. Kalau tidak orang politik menggelirukan isu tersebut. Sebab itu saya merasakan perlu, selain daripada pandangan ulama, dari segi dasar kerajaan Barisan Nasional sendiri. Jadi saya harap dengan kefahaman ini, kita tidak lagi menjadi kecoh”, katanya.
Zaid yang ditemui menyatakan kekecewaan beliau terhadap umat Islam bertelagah berkenaan isu hangat kalimah Allah.

Tiada ulasan: