KOTA BHARU, 30 Mei: Biar pun menjadi sasaran kritikan dan teguran perwakilan di Kongres PKR kali ini, namun ia diterima dengan dada terbuka oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Malah disifatkan segala teguran yang dilontarkan perwakilan boleh menjadi panduan kepadanya untuk memacu Selangor ke arah lebih cemerlang.
Ketika menggulung perbahasan petang ini katanya, sepanjang tempoh pentadbirannya sebanyak 105 mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) sentiasa dibaca doa bagi mengelakkan ada Exco negeri terbabit dengan gejala rasuah.
"Pelbagai serangan termasuk isu pasir tetap saya hadapi dengan tabah. Malah kerajaan Selangor masih lagi dapat bertahan bagi melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat," katanya.
Khalid juga bersetuju beberapa saranan perwakilan seperti mewujudkan sebuah portfolio penerangan negeri bagi memberi penjelasan kepada rakyat di seluruh pelusuk Selangor.
Katanya, kerajaan Selangor juga akan membuka ruang kepada golongan muda menyertai pentadbiran negeri termasuk di majlis kerajaan tempatan.
“Kita perlu mencontohi beberapa negara luar yang menggunakan sepenuhnya tenaga muda dalam pentadbiran parti dan negara iaitu mereka di bawah umur 45 tahun,” ujar beliau.
Beliau juga melihat ada ruang untuk melantik pengerusi jawatankuasa kampung bagi menggantikan program Exco Angkat di Dun-dun yang dimenangi pembangkang.
“Saya berharap tidak ada perebutan dan yakin ramai yang boleh buat kerja, jadi janganlah pilih kawan semata-mata bagi kepentingan peribadi kita,” katanya.
Isnin, 31 Mei 2010
Ahad, 30 Mei 2010
Saya tak kecewa, kritikan perwakilan satu cabaran: Khalid
KOTA BHARU, 29 Mei — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak kecewa, sebaliknya melihat kritikan perbahasan perwakilan Kongres Nasional Keenam hari ini sebagai cabaran untuk memantapkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga tidak menganggap kritikan dan pandangan sebagai serangan ke atas dirinya, sebaliknya ia dilihat sebagai usaha untuk mengemaskan parti dan pentadbiran kerajaan negeri.
“Tidak, tidak saya tidak kecewa. Sebaliknya, saya gembira kerana ada pandangan yang diberikan merupakan maklum balas untuk menguatkan PKR khususnya di Selangor,” kata Abdul Khalid ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, pandangan-pandangan yang diperlukan merupakan ‘satu bentuk peringatan’ untuk meningkatkan proses komunikasi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Abdul Khalid juga mengakui sebagai pemimpin wajar mendengar input-input yang diberikan oleh perwakilan.
Sebahagian besar perwakilan melahirkan kepentingan Selangor dalam perjuangan untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun mereka juga mengakui bahawa Selangor juga boleh jatuh jika PKR tidak menangani isu-isu yang dihadapi negeri itu. – MALAYSIAN INSIDER

Sabtu, 29 Mei 2010
SRIKANDI PKR TERUSKAN PERJUANGAN GEGARKAN PERSADA POLITIK MALAYSIA
KOTA BAHRU 28 MEI: Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail menegaskan pergerakan itu, bukan bersifat puteri lilin sebagaimana tabiat kebanyakan ahli Puteri Umno.
Sebaliknya, beliau berkata, Srikandi sedia mengharungi sebarang cabaran dalam memberi penerangan, malah mereka pernah mengalami pengalaman pahit termasuk serangan berunsur seksual.
Bercakap kepada TV Selangor pada wawancara khas, Siti Aishah berkata, Srikandi mengamalkan pendekatan lasak tapi berhemah lantaran dilahirkan dalam serba daif ketika suasana politik tidak menentu.

Terdahulu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin melancarkan logo baru Srikandi pada kongres ini, diiringi ucapan Siti Aishah dan tayangan video berkaitan aktiviti pergerakan berkenaan.
“Kalau tengok kepada cara mereka, Puteri Umno lebih kepada puteri lilin. Saya sifatkan begitu sebab mereka hanya turun padang ketika pilihan raya dan tidak bersama rakyat, tidak seperti srikandi PKR,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata, ahli Srikandi komited dengan perjuangan dan sedia mengharungi cabaran bagi menegakkan kebenaran tanpa tidak mengejar jawatan mahupun wang ringgit.
Mengulas lanjut, Siti Aishah berkata, Srikandi diiktiraf pada tanggal 28 Februari 2009 sebagai nafas baru oleh Wanita Keadilan dan prestasi mereka begitu memberangsangkan.
"Srikandi dibarisi dengan muka-muka baru generasi wanita muda yang berpotensi dan akan terus mara menggalas amanah yang diberi. Menjadi pengharapan buat kami agar semua wanita muda tidak mensia-siakan peluang yang ada.
Biarpun Srikandi PKR masih belum diserapkan di dalam perlembagaan parti, beliau berkata, ia bukan halangan untuk meneruskan perjuangan sekalipun dihimpit pelbagai masalah pada peringkat awal penubuhan.
"Alhamdulillah berkat usaha rakan-rakan pimpinan sama ada di perigkat Pusat, negeri dan cabang, kita berjaya menunjukkan bahawa kita mampu menggegarkan persada politik ini," katanya.

Jumaat, 28 Mei 2010
TERKINI ! LOGO SRIKANDI PKR DILANCARKAN OLEH KETUA WANITA PKR..
KOTA BHARU, 28 Mei – Kongres Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyaksikan perasmian logo baru Srikandi, sebuah sayap dalam Wanita Keadilan bagi meneruskan perjuangan dalam memberi penerangan kepada rakyat.
Logo itu dilancarkan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin kira-kira jam 11 padi tadi.
Srikandi sebelum ini sudahpun berperanan dalam parti termasuk mengadakan penerangan kepada golongan muda dan terlibat dalam pelbagai aktiviti politik termasuk menyertai kempen pilihan raya kecil.
Srikandi sebagai sayap termuda, dijangka bakal mengetengahkan pelapis suara menerus kelantangan bersuara dalam membela hak dan kebebasan rakyat yang ditindas pemerintah.
Dalam ucapan, Ketua Serikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata Srikandi akan memainkan peranan penting dalam arus perdana politik dalam membawa perubahan.
TERKINI DARI KOTA BHARU - SHAMSUL ISKANDAR MAHUKAN SIASATAN TERHADAP JHO LOW, JUTAWAN MUDA
KOTA BHARU 28 Mei - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat latar belakang seorang rakyat Malaysia bernama Jho Low lulusan Wharton School of Business dan bagaimana beliau mampu memperolehi kekayaan sebegitu banyak dalam usia 28 tahun.
Shamsul mendakwa Jho juga terlibat sebagai penasihat kepada Terengganu Investment Authority, badan yang ditubuhkan untuk mengurus pelaburan hasil daripada royalti minyak negeri itu.
Malah lebih mengejutkan Shamsul mendakwa Jho merupakan individu misteri yang terlibat dalam usaha merampas tanah Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia Sungai Besi dengan bersekongkol dengan anak dan isteri Perdana Menteri.
"Kita desak SPRM menyiasat siapa Jho Low ini. Bagaimana dia memdapat kekayaan sehingga The New York Times melaporkan bagaimana anak muda ini berbelanja beratus ribu dolar berseronok di kelab-kelab eksklusif di bandaraya itu dalam beberapa bulan dan terus berbelanja besar. Semua maklumat berkenaan individu ini adalah daripada media luar negara dan kemudiannya dilaporkan oleh media tempatan. Ini menimbulkan keraguan siapa gerangan Jho Low ini dan bagaimana dia boleh menjadi begitu kaya dalam usua muda dan mempunyai kaitan dengan tokoh politik.
"Saya juga mendapat maklumat bahawa beliau juga memainkan peranan untuk merampas tanah kem TUDM di Sungai Besi bersama anak Perdana Menteri dan 'Big Mama' (Datin Seri Rosmah Mansor)," kata beliau dalam ucapan dasar pada perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK 2009 di sini pagi tadi.
Dalam ucapan beliau yang bertema "Mewarisi Nilai Mempertegas Perjuangan" Shamsul berkata kalau dahulu angkara KKN - Korupsi, Kronisme dan Nepotisme - di terajui golongan veteran seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi kini KKN dipelopori oleh golongan muda.
"AMK juga mendesak Dr Tun Mahathir yang dilaporkan oleh Barry Wain dalam bukunya telah melenyapkan lebih RM100 bilion aset dan harta rakyat selama beliau menjadi Perdana Menteri.
"Kita juga mahu SPRM siasat 'Prebet' Khairy Jamaluddin yang mana rakan baik beliau mencadangkan kepada kerajaan menggunakan Apco, firma yang semua tahu berselirat dengan tokoh Zionis yang zalim," kta beliau dengan penuh semangat.
Beliau bertegas negara bakal bankrup bukan disebabkan rakyat mahukan subsidi tetapi oleh golongan pemimpin Umno-Barisan Nasional yang korup.
"Kita mahu tiga 'puaka' ini disiasat oleh SPRM," tegas Shamsul lagi.
Khamis, 27 Mei 2010
KHALID DIDESAK LEPASKAN JAWATAN PENGERUSI PKR SELANGOR?
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula malam ini, dijangka antara lain akan menggesa perubahan kepimpinan parti peringkat negeri khususnya di Selangor.
Desakan perubahan di Selangor dijangka menjadi perhatian ekoran kesan kegagalan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil 25 April lalu.
The Malaysian Insider difahamkan perwakilan dari Selangor dijangka membawa cadangan meminta agar pucuk kepimpinan negeri memikul tanggungjawab atas kegagalan itu dengan melepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor.
Malah difahamkan desakan itu juga antara kandungan laporan bedah siasat yang disediakan baru-baru ini.
Kongres Nasional Keenam bermula malam ini dengan perasmian perhimpunan sayap Pemuda dan Wanita manakala peringkat pusat Sabtu dan Ahad ini.
Dalam ucapannya Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan menyentuh keberkesanan kepimpinan dan hala tuju Selangor yang diterajui wakil PKR.
“Memang ada pandangan sedemikian agar kepimpinan negeri memikul tanggungjawab dan dirombak seluruh badan perhubungan negeri,” kata seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya didesahkan, dengan melihat Selangor sebagai bakal kubu kuat bagi PKR dalam pilihan raya umum ke-13.
Pakatan Rakyat Selangor telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan laporan bedah siasat pilihan raya kecil Hulu Selangor, kelmarin.
PKR meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.
Bagaimanapun PKR tidak dapat mempertahankan kerusi itu yang dimenangi pada Mac 2008. Ia dimenangi oleh BN.
Seorang lagi sumber memberitahu syor tentang perubahan kepimpinan negeri akan dibangkitkan ketika kongres dalam usaha memperkemaskan jentera parti di peringkat negeri.
“Secara kebetulan desakan ini wujud ketika parti hendak mengadakan kongresnya… malah pada kebiasaannya pucuk kepimpinan akan membuat perubahan kepimpinan negeri selepas kongres tahunan.
“Jadi, akan ada perwakilan mengemukakan permintaan ini dan ia berlaku secara kebetulan, desakan ini akan dilihat kuat minggu ini,” kata seorang lagi pemimpin kepada The Malaysian Insider.
Menteri Besar Selangor merupakan Pengerusi PKR negeri dan beliau telah bertindak sebagai pengarah pilihan raya kecil PKR di Hulu Selangor.
Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor ialah Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga Angota Parlimen Kuala Langat.
“Walaupun tiada desakan rasmi, secara langsung, jika Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa beliau akan lepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri, beliau akan dilihat sebagai seorang berjiwa besar demi masa depan parti,” katanya.
Bagaimanapun pemimpin ini mengakui adalah tidak adil meletakkan beban itu ke atas bahu Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, semata-mata.
Keberkesanan jentera pilihan raya PKR menjadi fokus persoalan ketika kempen bulan lalu.
Walaupun PKR mempunyai pengalaman menguruskan pilihan raya kecil Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau secara langsung ia dikatakan longgar di Hulu Selangor.
Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin secara terbuka mengakui bahawa perlu adanya perubahan dalam kepimpinan negeri Selangor.
Anggota Parlimen Ampang ini berkata, beliau berpendapat pada masa sekarang tanggungjawab memimpin jentera parti negeri dan pentadbiran kerajaan negeri perlu dipikul berasingan oleh dua yang lain.
“Saya secara peribadi merasakan topi ketua parti negeri dan ketua kerajaan negeri (Selangor) perlu dipikul oleh dua orang yang berlainan,” kata beliau sambil menyangkal beliau mempersoalkan kebolehann Khalid.
“Saya cuma mengambil berat tentang parti. Saya lihat parti perlu diperkuatkan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Kini Khalid satu-satunya pemimpin parti negeri turut menyandang jawatan menteri besar.
Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Selangor diterajui pemimpin PKR, Pulau Pinang (DAP) manakala Kedah dan Kelantan (PAS).
“Mungkin di parti-parti lain, ketua kerajaan negeri juga memegang jawatan ketua parti negeri.
“Tetapi dalam kes PKR, saya merasakan kita belum bersedia lagi, mungkin satu hari nanti apabila kita sudah kuat, kedua-dua jawatan itu boleh dipegang oleh orang yang sama,” kata beliau dengan mengakui bahawa desakan ini timbul secara kebetulan selepas berakhirnya pilihan raya kecil dan ketika diadakan kongres nasional.
Khalid juga disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR hujung tahun ini.- MALAYSIANINSIDER

NAJIB RASUAH SAMY VELLU . . .
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara daripada difaraidkan untuk kepentingan Umno BN.
Ini ekoran pendedahan S Vell Paari, anak Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bahawa seorang Pegawai Khas Perdana Menteri telah datang membawa tawaran daripada Perdana Menteri menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.
“Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Selasa, 25 Mei 2010
YB AMIRUDDIN - JGN PERSOALKAN KELAYAKAN MB SGR
SHAH ALAM - Pembantu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia Dan Sukan, Amirudin Shari meminta semua pihak agar tidak mempersoalkan kelayakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung keupayaan beliau memegang portfolio berkaitan belia. Menurutnya, untuk menilai sama ada seseorang itu mampu atau tidak bergantung kepada keputusan akhir dan hasil yang berjaya dicapai. “Bagi saya isu tentang layak atau tidak layak kita lihat pada keputusan akhir yang telah dicapai. “Ia bukannya melihat dari segi fizikal, ia perlu dilihat daripada jiwa dan perasaan. Pada tahun lepas, sekurang-kurangnya kita ada 25 program belia secara keseluruhannya di peringkat negeri dan PBT. “Bagi kita apa yang telah kita hasilkan ada perubahan dan anjakan yang besar, saya rasa perkara itu tidak wajar kita persoalkan hanya melihat kepada usia,”katanya pada majlis sidang media sempena Kejohanan Futsal Padang Jelajah Selangor Edisi Piala Dunia 2010 di sini, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu berhubung keperluan Khalid Ibrahim menyerahkan portfolio belia dan sukan kepada ADUN atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang lebih muda. Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves itu lagi, dengan jiwa dan semangat kesukanan yang ditunjukkan Khalid, portfolio tersebut turut dibantu oleh tiga ADUN muda berusia bawah 35 tahun iaitu beliau sendiri, Jenice Lee Ying Ha (ADUN Teratai) dan Dr Ahmad Yunus Hairi ADUN Sijangkang). “Setiap sebulan atau dua bulan sekali, saya akan berjumpa dengan Menteri Besar untuk sama-sama berbincang bagi menggerakkan aktiviti dan program belia dan sukan. “Yang nyata perkembangan aktiviti sukan di Selangor terus rancak dan berkembang biak dengan baik. “Kita mengekalkan dan menjadikan juara liga dan FA bagi bola sepak. Ia satu penanda aras yang baik dan tahun ini kita melihat pasukan Selangor masih menjadi pasukan terbaik di liga begitu juga dengan sukan-sukan lain seperti sukan futsal,”katanya. |
KERAJAAN SELANGOR TOLAK LESEN JUDI DAN OUTLET JUDI DIKELUARKAN !
By FMT Staff
SHAH ALAM: Selangor will not allow new gambling outlets to be opened in the state in conjunction with the World Cup. It will also tighten its grip on existing outlets.
Chempaka assemblyman Iskandar Abdul Samad, in denying rumours that the Selangor government had approved 10 gambling licences in I-City, said while the federal government can issue gambling licences, outlet or premises permits came under state jurisdiction.
“I received a call from PAS Selangor secretary Khairuddin Othman saying that an MP had alleged that the state council meeting last month approved 10 gambling licences for I-City near Shah Alam.
“Let me state that no such approvals were made during the council meeting,” he said in his blog.
He was alluding to the federal government's recent issuance of gambling licences to Berjaya Corp Group allowing it to carry out related activities in conjunction with the World Cup. The move is expected to earn the federal government RM60 billion in taxes.
Iskandar said the executive council meeting last month had discussed the gambling issue but no approvals for licences were made.
“Even a suggestion to extend the operating hours of entertainment arcades was shot down by PAS councillors, what more the issuance of gambling licences to I-City. It’s a malicious rumour by Umno feeders," he said.
Iskandar said during the meeting he had raised the issue of outlets selling numbers which were patronised by Muslims.
He said in regard to this, Menteri Besar Khalid Ibrahim had suggested that the state hold back on issuing premise licences for such operations in Muslim-majority areas.
He also explained that the only way the state could contain the gambling issue is by barring the opening of new outlets.
“The federal government can give away gambling licences but the state’s local councils decide on the licence for premises.
“If all the council members agree not to issue premises licences to operators, then there will be no kedai nombor or kedai kuda in Selangor,” he said.
Sultans urged to intervene
Meanwhile, PAS has urged the Council of Rulers to step in and encourage the federal government to rescind its decision to issue gambling licences for the World Cup.
Vice-president Mahfuz Omar said PAS was confident that the council would take the appropriate action.
“The rulers had in the 1960s, after a public outcry, set an example when they told Umno-BN to cancel the Welfare Lottery.
“The late Raja of Perlis was vocal in censuring Umno leaders then. I believe the rulers will be wise in their decision,” said Mahfuz, who is also Pokok Sena MP.
The Council of Rulers is scheduled to meet on June 26 and will incidentally be chaired by the Raja of Perlis.
Isnin, 24 Mei 2010
Samy Vellu pecat 100 000 ahli MIC ...
Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam, berkata beliau bersimpati dengan timbalan ketua Pemuda MIC Malaysia yang baru dipecat, V Mugilan tetapi menafikan mereka bekerjasama menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun Kuil Sri Subramaniar di Serdang, dekat sini, hari ini, Subramaniam berkata, sejak berkecimpung dalam arena politik beliau tidak pernah "menikam orang dari belakang".
Katanya, beliau sedang berbincang dengan peguamnya kemungkinan menyaman Vell Pari.
Subramaniam yakin usaha Mugilan menubuhkan GAS mendesak Samy Vellu berundur akan mendapat sokongan kuat daripada akar umbi MIC di seluruh negara.
Subramaniam mendakwa, Samy Vellu telah memecat kira-kira 100,000 ahli parti selama lebih 30 tahun beliau menjadi presiden.
"Lagi cepat pertukaran kuasa berlaku lagi baik untuk MIC," katanya.
- Bernama
Sabtu, 22 Mei 2010
Umno membisu bila ditanya soal lesen judi....
Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Rabu, 19 Mei 2010
Selasa, 18 Mei 2010
ISU PENYELEWANGAN PASIR SEJAK ZAMAN BN ....
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mengesahkan isu penyelewengan pasir di Selangor telah wujud sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi di negeri itu.Menurutnya, nama-nama pihak yang terlibat sudah pun didedahkan dan kini beliau hanya menunggu siasatan dijalankan terhadap isu itu.
"Pulangan yang diperolehi kerajaan daripada penjualan pasir berkurangan dan ini menimbulkan syak adakah wujudnya rasuah dan penyelewengan?
"Hasil jualan pasir sebenarnya akan memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Selangor terutamanya bagi golongan miskin," katanya.
Sebelum ini, Manikavasagam menerima satu ancaman bunuh berhubung penglibatannya dalam urusan pasir di negeri Selangor.
Nota ugutan bertulis "Jangan campur isu pasir. You mati" diikat pada beg yang mengandungi cat merah dan disimbah pada keretanya dan kereta isterinya.
Beliau turut mendakwa isu penyelewengan pasir melibatkan pegawai atasan sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan perniagaan pasir di Selangor.
Beliau yang dihubungi erapakatan berkata keluarganya masih berada dalam keadaan tertekan dan trauma mengenai kejadian ini.
"Selama 10 tahun berkecimpung dalam arena politik, saya belum pernah mendapat ugutan serius seperti ini.
“Saya sedikit terkejut kerana ianya tak ubah seperti angkara ‘along’,” katanya lagi.
Ditanya mengenai tindakan seterusnya, beliau memberitahu akan membiarkan keadaan tenang dahulu sebelum meneruskan usaha membongkar penyelewengan ini.
“Ugutan itu tidak mematahkan semangat saya untuk membongkar isu penyelewengan ini.
“Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi saya percaya ini semua kerja dalaman golongan yang terlibat dan yakin ada sindiket tertentu yang mendalangi hal ini,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
erapakatan
Sabtu, 15 Mei 2010
Mustaffa Kamil - Kongres Tahunan PKR di Kota Bharu bincang isu dalaman dan etika kempen jawatan parti
PETALING JAYA: Isu dalaman dan etika pemilihan jawatan parti mungkin menjadi agenda utama perbincangan kongres tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kota Bharu akhir bulan ini.
Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, bagaimanapun sehingga ini parti belum menetapkan sebarang usul khusus untuk dibincangkan.
Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, bagaimanapun sehingga ini parti belum menetapkan sebarang usul khusus untuk dibincangkan.
Katanya, isu lain yang mungkin diketengah dan dibincangkan dalam kongres tersebut ialah pasukan polis yang bertindak di luar batasan ketika bertugas.
"Perwakilan mungkin juga membincangkan mengenai kedaulatan negara yang kian terancam dengan pelbagai perkara yang berlaku," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.
Bagaimanapun, menurut Mustaffa Kamil, kongres kali ini tiada sebarang jawatan dipertandingkan.
Katanya, kongres itu akan berlangsung selama tiga hari mulai 28 Mei di Pusat Dagangan Kelantan, di Kota Bharu. "Kongres itu sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada kongres khas untuk meminda perlembagaan PKR.
"Kita tak sempat nak buat kongres , jadi ia dibawa ke tahun ini. Ini kongres tahunan biasa, bukannya pemilihan.
"Kongres pemilihan PKR akan diadakan di Kuala Lumpur dijangka bulan November ini," katanya.
Kongres di Kota Bharu itu bermula dengan persidangan tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan pada 28 Mei.
Persidangan penuh kongres akan berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu 30 dan 31 Mei. Dijangka kongres tersebut akan dihadiri kira-kira 1,800 perwakilan dari seluruh negara.

Seminar Wanita Hebat, Keluarga Berkat
Unit Pembangunan Wanita JIM Petaling akan mengadakan program berikut dan ingin menjemput semua wanita (boleh bawa suami bersama) yang... belum hebat, ingin hebat, sudah hebat, sentiasa hebat....ke:
SEMINAR WANITA HEBAT KELUARGA BERKAT
TARIKH : 16 MEI 2010 / 2 JAMADUL AKHIR 1431H ( AHAD )
MASA : 8:30 PAGI HINGGA 12:10 TGH
TEMPAT : MUZIUM SULTAN ALAM SHAH ( AUDITORIUM DAING CELAK )
PENDAFTARAN PERCUMA (Sila daftar sebelum 10 Mei 2010 utk urusetia uruskan makanan secukupnya)
Telefon / SMS : 0193303557 / 0166540400
E-mel: sharifah_h66@yahoo.com / juriahsupaat@yahoo.com
Penyampai:
1– Prof. Dr. Haji Muhd Kamil bin Haji Ibrahim
Pensyarah Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor,
dan isterinya,
2– Puan Raudzah binti Roslan
Pensyarah Pengurusan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor
Daftar segera!! Tempat terhad!!
Anda mungkin orang terakhir pendaftarannya yang layak diterima!!

Selasa, 11 Mei 2010
Sambutan Hari Ibu Wanita Hulu Selangor - Serendah (9 Mei Ahad 3 ptg)
Seramai lebih 400 orang telah hadir ke majlis JasamuDikenang sempena sambutan hari ibu Wanita PKR Hulu Selangor di Dewan Komuniti Serendah, Ahad 9 Mei jam 3 ptg lepas.
Perayaan hari ibu yang kedua kalinya disambut secara besaran tahun ini dihadiri oleh YB Exco Kebajikan, HalEhwal Wanita, Sains, Kebudayaan dan Inovasi Negeri Selangor, Pn Rodziah Ismail dan dimeriahkan lagi oleh kehadiran Ketua Wanita PKR Pusat, YB Pn Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang. Turut hadir adalah Penyelaras Dun Batang Kali, Tuan Nashruddin Abd Aziz, Ketua-ketua Wanita Perak, Selayang, Kapar dan wakil wanita dari Hulu Selangor dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Majlis diakhiri dengan penganugerahan dan kehormatan kepada 5 wanita gigih, tunggal, usia emas, berjaya dan unggul yang dipilih khas, pemotongan kek sempena hari ibu turut diadakan selepas persembahan nasyid dan ceramah khas oleh Ust Shukri Mat.
(mediapkr/sas)
Fitnah 2 - Keterangan Saiful Bercanggah, Prosiding Ditangguh Lagi
KUALA LUMPUR 11 Mei -Prosiding kes fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bersambung pagi ini selepas ditangguhkan semalam selepas peguam bela Karpal Singh memohon penangguhan untuk membuat penghujahan bagi mendapatkan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Antara pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan pada pagi ini ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.
9.15 Pagi - Saiful memberikan keterangan bahawa semua kenyataannya telah direkodkan oleh pegawai polis Jude Pereira semenjak 29 Jun 2008
9.15 Pagi - Saiful keluar daripada kandang saksi selepas Karpal memohon untuk mendapatkan keterangan yang telah dibuat kepada polis
9.29 Pagi - Karpal mempertikaikan kenyataan Saiful kerana menurutnya kenyataan yang dibuat di mahkamah berbeza dengan kenyataan yang dibuat kepada polis.
Menurut Karpal, Keterangan Saiful kepada polis adalah "tanpa kerelaan" yang mana kesalahan tersebut di bawah seksyen 377(B) kanun acara jenayah.
Dalam hujahnya, Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.
9.33 Pagi - Karpal mahukan keterangan tersebut dibawa ke dalam mahkamah untuk siasatan lanjut.
9.54 Pagi - Hakim Mohd Zabidin Md Diah meminta tempoh sama ada untuk memberikan kenyataan saksi Saiful
Mahkamah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan sehingga esok pagi
Semalam, prosiding soal balas Saiful ditangguhkan selepas tiga jam apabila pihak pembelaan telah dinafikan dengan senarai saksi.
Hari ini, prosiding tamat dalam masa tidak sampai satu jam apabila Karpal mempertikaikan tuduhan yang dikenakan terhadap Anwar samada "tanpa kerelaan" atau sebaliknya.
Karpal turut meragui kenyataan Saiful yang bercanggah dan tidak konsisten di dalam mahkamah dan keterangannya kepada polis.
Zabidin menangguhkan perbicaraan mahkamah hingga esok pagi bagi membuat keputusan sama ada keterangan Saiful itu boleh dirujuk ke mahkamah.

Rabu, 5 Mei 2010
Mahkamah bebas 10 aktivis Bersih
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Mahkamah Sesyen Jenayah 3 Jalan Duta di sini membebaskan 10 aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan di pekarangan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007 lepas.
Hakim Fathiyah Idris semasa membaca penghakiman kira-kira jam 10.30 pagi tadi menyatakan, pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah cacat.
Pihak pendakwa jelasnya, gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.
Manakala pihak polis pula jelasnya lagi, hanya bertindak mengikut jangkaan bahawa akan berlakunya himpunan.
Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.
Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.
"Kita menganggap keputusan mahkamah hari ini adalah paling tepat.
"Pada hari itu kami datang ke parlimen atas tanggungjawab sivik kami untuk menghantar memorandum, kita bukan nak pergi berhimpun," kata Hatta selepas ditemui di luar bilik mahkamah.
Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.
Ekoran itu mereka telah ditangkap dan dituduh mengadakan perhimpunan haram dibawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 (Akta 334) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) Akta yang sama.
Bersih dalam satu kenyataan sebelum 11 Disember 2007 itu, membantah usaha kerajaan meminda perlembagaan bagi melanjutkan usia persaraan kakitangan SPR.
Kerajaan dikatakan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota SPR dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.
Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November 2007 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz yang dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember tahun berkenaan.
BN ketika itu dikatakan amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum 2008.
Isnin, 3 Mei 2010
PEMUDA PAKATAN RAKYAT SERAH MEMO AMIRULRASYID AMZAH KPD SUHAKAM
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pemuda Pakatan Rakyat menyokong saranan supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat kes remaja mati ditembak polis di Shah Alam, minggu lalu.
Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan segera suruhanjaya diraja bagi menjalankan siasatan.
Beliau menyatakan demikian sebelum menyerahkan memorandum Pemuda Pakatan Rakyat kepada Suhakam berhubung kes tembakan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, di pejabat suruhanjaya itu petang ini. Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ketua Dapsy, Anthony Luke Siew Fook.
Di dalam memorandum tersebut, Pemuda Pakatan menyokong saranan Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia yang juga mantan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Hamdan Adnan supaya Suhakam sebagai badan bebas menyiasat kes tersebut sebagai pihak ketiga kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan dan memastikan siasatan dijalankan dengan telus.

Blogger terkaya... Tak sangka - sangka !
Pas mencabar Kickdefella untuk membuat laporan Polis atau laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukkan pimpinan Pas mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda dalam isu RM4 juta.
Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, Pas tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella atau Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.
”Beliau kini terdesak untuk kembali bersama UMNO yang baru-baru ini sanggup membayar RM77 juta kepada Apco Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sebelum ini, Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Idris berkata, Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat. ”Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah.

Pas sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini,” katanya. Menurutnya, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan Pas Kelantan, namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan.
Sementara itu, utusan melaporkan Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.
Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Kesemua senarai terbabit, jelasnya, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau memberikan kenyataan kepada suruhanjaya tersebut kelmarin.
Syed Azidi dalam kenyataannya di sini hari ini mendakwa, peruntukan itu diberikan untuk menggerakkan operasi gerak saraf yang dijalankan melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim di sini bermula pada Julai 2007.
“Penyumbang terbesar ialah ahli majlis terbabit iaitu RM2.6 juta bermula pada Julai 2007 sehingga November 2008.
Dunia...dunia...macam-macam cara nak kaya dan glamour..bila ajal sampai...kain putih saja yang kita bawa...laptop nak update blog pun kita tak bawa bersama walaupun kita percaya "live after death"...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sabtu, 1 Mei 2010
Lima keadilan buat Allahyarham Aminurrasyid
http://episodeperjuangan.blogspot.com |
1. Terlebih dahulu , marilah kita mengalungkan Ummul Kitab buat Allahyarham Adik Aminurrasyid Amzah [15 th] yang ditembak mati oleh seorang anggota Polis Di Raja Malaysia 26 April 2010 baru - baru ini . 2. Ianya adalah sebuah tragedi yang sungguh malang dan sekali lagi mengheret PDRM menghadapi krisis kredebiliti mereka yang semakin dipersoalkan . 3. Sebelum ini Shahril Azlan Ahmad Kamil [25 th] turut mengalami peristiwa ngeri apabila terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009 yang lalu . 4. Norizan Salleh [30 th] juga pernah menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh seorang anggota polis sebanyak 5 kali di bahagian dada dan tangannya dalam satu peristiwa [ 30 Okt 2009 ] yang hampir meragut nyawanya dan membuatkan beliau parah dan terlantar 2 minggu dihospital . 5. Begitu juga pengalaman ngeri yang dihadapi oleh Suwandi Abdul Ghani [37 th ] dan Muhammad Azman Aziz [ 21 th ] yang ditembak polis dengan peluru hidup dalam jarak dekat oleh seorang anggota polis sewaktu menyuraikan satu perhimpunan aman di Batu Buruk pada 8 sept 2007 yang lalu . 6. Mohammad Tawfiq Noorzan [ 22 th ] juga mati ditembak oleh seorang anggota Polis yang berpengalaman di Guar Sanji Perlis [ 14 Nov 2009 ] . Bapanya memberitahu bahawa Mohammad Tawfiq tertiarap berlumuran darah setelah ditembak dadanya , dalam keadaan tangannya bergari . 7. Berlaku adil dalam menghadapi isu ini [ Aminurrasyid ] , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa supaya : Pertama : Tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat secara adil dan telus kes ini . Bukan tidak percaya kepada polis tetapi demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan dalam siasatan . Jika polis siasat polis tentu sahaja ia tidak meyakinkan , apatah lagi peristiwa ini bukan sekali dan pertama kali tetapi semakin kerap berulang . Kedua : Anggota polis yang terbabit mestilah ditahan reman agar ia tidak bebas berada di luar justeru rakyat turut rasa bimbang terhadap keselamatan saksi sekaligus mengelakkan kemungkinan saksi dipaksa atau dipengaruhi . Ketiga : SUHAKAM mestilah memainkan peranan dan mengambil langkah berkesan agar kejadian serupa tidak berulang dan pesalahnya mestilah dihukum setimpal . Insyaallah pada hari ISNIN [ 3 Mei 2010 ] pada jam 2.30 petang Pemuda PAKATAN Rakyat akan pergi ke SUHAKAM bagi membawa suara pembelaan dan keadilan buat Allahyarham Aminurrasyid . Keempat : Polis Di Raja Malaysia [ PDRM ] dan beberapa pihak media mestilah menarik balik tuduhan kononnya Adik Aminurrayid adalah penjenayah yang wajar ditembak mati justeru untuk menghalalkan tindakan mereka menembak tepat ke bahagian belakang kepala Allahyarham . Mereka juga mestilah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat seluruhnya . Sungguhpun PDRM menghadapi cabaran sukar sewaktu menjalankan tugas namun kes seperti Aminurrasyid tidak boleh dipandang sebelah mata . Polis adalah Polis Di Raja Malaysia [PDRM] bukan Polis Raja Di Malaysia [ PRDM ] Kelima : Perbetulkan tanggapan atau persepsi umum terhadap kewibawaan pihak Polis sebagai pasukan beruniform yang paling bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan rakyatnya. Janganlah sampai rakyat sendiri rasa tidak selamat dan aman terhadap pasukan beruniform ini . Campur tangan Yang diPertuan Agong mungkin wajar memandangkan pasukan polis adalah Polis Di Raja Malaysia . 8. Polis mestilah bersikap profesional menghadapi situasi ini dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak perlu melatah sehingga menjatuhkan kredebiliti dirinya sendiri apabila bingkas mengugut rakyat bahawa beliau bersedia untuk mengarahkan pasukan polis agar tidak lagi berkawal jika itu yang dikehendaki oleh rakyat ! 9. Saya rasa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agak emosi dan gagal memahami kehendak rakyat yang sebenarnya . Rakyat bukan persoalkan kawalan yang dibuat oleh pihak polis tetapi apa yang dipersoalkan ialah tindakan polis yang terburu - buru , tidak profesional dan tidak berhati - hati sewaktu memilih untuk bertindak dengan menggunakan senjata api . 10. Kesilapan dan kesalahan adalah kelemahan manusia . Isunya ialah jangan menyembunyikan kesilapan atau kesalahan apalagi angkuh mempertahankan kesalahan tersebut. Pesalah mestilah bersedia untuk menerima hukuman setimpal justeru itu adalah keadilan. Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS. |
Langgan:
Catatan (Atom)