Isnin, 3 Mei 2010

PEMUDA PAKATAN RAKYAT SERAH MEMO AMIRULRASYID AMZAH KPD SUHAKAM


KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pemuda Pakatan Rakyat menyokong saranan supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat kes remaja mati ditembak polis di Shah Alam, minggu lalu.
Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan segera suruhanjaya diraja bagi menjalankan siasatan.
Beliau menyatakan demikian sebelum menyerahkan memorandum Pemuda Pakatan Rakyat kepada Suhakam berhubung kes tembakan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, di pejabat suruhanjaya itu petang ini. Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Pusat,  Nasrudin Hassan dan Ketua Dapsy, Anthony Luke Siew Fook.
Di dalam memorandum tersebut, Pemuda Pakatan menyokong saranan Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia yang juga mantan Pesuruhjaya Suhakam, Prof  Datuk Hamdan Adnan supaya Suhakam sebagai badan bebas menyiasat kes tersebut sebagai pihak ketiga kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan dan memastikan siasatan dijalankan dengan telus.

Tiada ulasan: